You are on page 1of 1

Cara menjaga kemudahan awam

Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Impian, barisan guru yang saya
hormati dan seterusnya murid-murid yang saya kasihi. Salam sejahtera dan selamat
pagi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada skuad Prihatin
kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, Cara
Menjaga Kemudahan Awam.
Hadirin yang saya kasihi,
Kemudahan awam ialah perkhidmatan dan perlatan yang disediakan oleh
kerajaan dan pihak tertentu untuk digunakan oleh orang ramai. Contoh kemudahan
awam ialah tandas awam, stesen bas, stesen komuter dan lapangan terbang. Namun,
seringkali ada sahaja berita yang kita dengar tentang kerosakan harta benda awam ini.
Amalan menjaga kemudahan awam menjadi tanggungjawab kita. Antaranya
termasuklah mengepam air setelah menggunakan tandas. Amalan ini akan dapat
menghindarkan bau yang tidak menyenangkan dan tandas akan kelihatan bersih.
Selain itu, tabiat membuang sampah merata-rata tempat akan menyebabkan
keadaan persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu orang ramai yang menggunakan
kemudahan awam tersebut berasa tidak selesa.
Kita juga dilarang menconteng kemudahan awam, contohnya pada dinding,
papan tanda, perhentian bas, tandas, dan pondok telefon. Ini akan menimbulkan
pandangan negatif dalam kalangan pelancong asing terhadap rakyat tempatan.
Akhir kata, kemudahan awam ialah hak semua orang. Oleh itu, sebagai anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya menjaga kemudahan awam yang
disediakan demi kepentingan bersama.
Sekian terima kasih.

You might also like