You are on page 1of 1

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba, permasalahan berkaitan

dengan wang amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana dengan
wanglah kita dapat melakukan segala-galanya walaupun wang tidak dapat membeli segala-
galanya. Menabung juga merupakan amalan yang tidak asing lagi dengan konsep kewangan
demi mewujudkan masa depan yang terjamin. Oleh itu, anak-anak perlu dididik untuk
menabung bagi menjamin keselesaan hidup pada hari mendatang kerana bak kata pepatah
"sediakan payung sebelum hujan."
Amalan menabungkan wang sememangnya dapat mendatangkan pelbagai manaat kepada
anak-anak khususnya apabila mereka ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Hal ini
demikian kerana kos pendidikan ke !"# semakin meningkat saban tahun akibat aktor ekonomi
khususnya kolej-kolej swasta. Amalan menabung juga dapat meringankan beban keluarga
lebih-lebih lagi keluarga yang mempunyai ramai anak. Oleh itu, menabung dapat meringankan
beban untuk memasuki !"# khususnya kolej-kolej swasta.
Di samping itu, amalan yang dituntut agama ini juga dapat digunakan bagi tujuan kecemasan.
Hal ini demikian kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana bak kata
pepatah "malang tidak berbau". $os perubatan yang semakin meningkat juga merupakan sebab
amalan menabung perlu diamalkan sejak kecil lagi bagi menampung kos perubatan yang
mahal. "ada masa yang sama, nilai berdikari dapat ditanam dalam diri seseorang indi%idu.
&eterusnya, sikap suka berhutang juga dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dengan
adanya wang simpanan, kita tidak perlu berhutang dengan orang lain ataupun dengan ceti
haram. 'ika kita tidak mempunyai hutang, beban hidup kita akan berkurangan. Hal ini kerana
kita tidak perlu risau diburu oleh pemiutang ataupun diisytiharkan mulis dalam perniagaan.
&elain itu, kita juga dapat mempelajari selok-belok dunia perbankan. "erkara sebegini amat
penting lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang bercita-cita untuk bekerja dalam agensi
perbankan. $ita juga akan menjadi lebih ari akan perkembangan ekonomi dalam negara kita.
"enabungan di bank juga dapat menyumbang kepada ekonomi dalam negara kerana wang
yang ditabung akan dilaburkan sekali gus menjamin keteguhan ekonomi negara.
!ntihanya, sebagai warga yang sentiasa bersedia menghadapi ujian yang mendatang, amalan
menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. (alaupun menabung wang dalam kuantiti yang
sedikit, lama-kelamaan wang tersebut akan terkumpul menjadi banyak. )ak kata pepatah
"sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit". $ita juga perlu ingat bahawa penabungan kita akan
membawa kepada hasil yang lumayan pada masa akan datang.

You might also like