Guru Bertugas : a) Nor Hafizah Binti Abdullah Kassim b) Sakuntala Devi a/p Govindaraju c) Nor Liza Binti Omar d) Mohamad Hafizul Bin Mohd
1.1 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Hairi) 1.1.1 Murid-murid dikehendaki memastikan kelas bersih. 1.1.2 Murid-murid didapati mengasah pensel di bawah meja dan mengakibatkan sampah selepas pensel diasah bertaburan di bawah meja. Ini mengakibatkan kelas kotor. 1.1.3 Murid-murid diminta memastikan sampah-sarap tidak bertaburan di sekeliling tong sampah sebaliknya disapu sehingga bersih dan dibuang ke dalam tong sampah.
1.2 Nilai Murni ( Keberanian) Cik Nor Hafizah 1.2.1 Berani Tidak gentar melakukan sesuatu 1.2.2 Berani dapat dipraktikkan di sekolah dengan cara melakukan sesuatu perkara yang baik seperti berani berucap di khalayak ramai, berani bertanya apabila tidak memahami sesuatu, berani melaporkan sesuatu perkara yang berlaku (bercakap jujur).
1.3 Pelancaran Program Nilam 1.3.1 Puan Loke merasmikan Program NILAM 2014. 1.3.2 Persembahan nyanyian lagu NILAM (Tahun 6 Kuning dan 6 Hijau) 1.3.3 Deklamasi sajak oleh Mohammad Lyzimi dan Amir Kabir dari kelas 6 Hijau. 1.3.4 Pidato oleh Mohd Jasim (4 Kuning) 1.3.5 Persembahan Choral Speaking Bahasa Inggeris
1.4 Penyampaian Piala dan Sijil 1.4.1 Piala Naib Johan Choral Speaking Peringkat Zon Bandar 2014. 1.4.2 Piala dan sijil The Best Conductor Tong Ee Son (6 Kuning) 1.4.3 Piala tempat ketiga Pidato Piala Diraja Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Daerah Johor Bahru 2014 Mohd Jasim (4 Kuning)
Laporan disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,