You are on page 1of 56

7 masalah pembelajaran murid peringkat

rendah
Oleh Mohd Fuad Razali

HARI ini saya menghadiri perjumpaan dengan ibu bapa murid-murid Tahun Enam di sebuah sekolah di
Alor Merah, Alor Setar, Kedah.

Pihak sekolah mengaturkan pertemuan itu untuk membentangkan kepada ibu bapa mengenai
perancangannya bagi mempersiapkan murid-murid Tahun Enam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) tahun ini. Ia juga membolehkan ibu bapa memberi maklum balas dan cadangan
berhubung perancangan itu, terutama yang membabitkan masalah pembiayaan.



Walaupun perjumpaan itu dibuat pada jam 4.30 petang, nampaknya mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada ibu bapa. Guru besar menganggarkan kira-kira 80 orang ibu bapa menghadiri
perjumpaan berkenaan berbanding 119 calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Jika
diandaikan seorang murid diwakili seorang waris, maka kehadiran itu kira-kira 67 peratus. Cukup
baiklah bagi sebuah sekolah di kawasan luar bandar.

Saya tertarik untuk berkongsi mengenai masalah yang masih lagi berlegar di kalangan murid seperti
dibentangkan kepada ibu bapa oleh guru besar sekolah berkenaan petang tadi. Beliau menyenaraikan
tujuh perkara mengenainya iaitu:

1. Tiada matlamat yang jelas. Kata guru besar, ramai murid masih tidak mempunyai matlamat yang
jelas. Mereka tidak tahu apa cita-cita mereka dan mengapa mereka datang ke sekolah. "Ada yang
mengaku datang ke sekolah kerana di suruh oleh emak mereka. Malah, ada yang tidak tahu pun apakah
tujuan dan matlamat mereka belajar," katanya.

2. Tidak menguasai sesuatu kemahiran dengan kukuh. Kata guru besar, ada murid yang faham
sewaktu guru mengajar tetapi selepas beberapa waktu mereka lupa mengenai apa yang sudah
dipelajari. "Sewaktu belajar, murid diberi kemahiran. Kemahiran itu memerlukan banyak latihan.
Dengan latihan, mereka akan lebih memahami apa yang diajar dan mengingatinya," katanya.

3. Disiplin belajar yang rendah. Misalnya, sewaktu guru mengajar di dalam kelas, apabila ada rakan
yang mengganggu seperti mencuit dari belakang, murid yang diganggu akan hilang tumpuannya
terhadap pengajaran guru kerana melayani gangguan rakannya.

4. Tiada kesedaran mengenai kepentingan ilmu dan kemahiran. Kata guru besar, ada murid yang
masih belum menyedari bahawa ilmu dan kemahiran penting untuk masa depan mereka.

5. Kurang menguasai teknik dan kemahiran belajar. Mengikut kata guru besar, ada murid yang
membuat kerja sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru dengan bersungguh-sungguh, malangnya
hasilnya tidak seberapa. "Amat malang bagi murid sebegini," katanya. Beliau berkata, jika murid
berkenaan rajin, lama kelamaan ia akan menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.

6. Tidak membuat kerja rumah. Kata guru besar, ada di kalangan murid yang tidak membuat kerja
rumah, terutama murid lelaki. Disebabkan tidak membuat kerja sekolah, buku latihan selalu bertukar
dengan buku latihan yang baru. "Sekejap-kejap buku latihan yang baru. Selalu sangat. Alasannya buku
latihan hilang," kata guru besar.

7. Kurang bermotivasi untuk belajar.

Berdasarkan senarai di atas, saya kira tugas guru kini menjadi bertambah berat, terutama yang
bertugas di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Jika soal memastikan anak buat kerja rumah dan
latihan, saya kira bab ini ramai ibu bapa yang boleh tolong. Bukan tolong buat kerja rumah untuk anak-
anak, tetapi tolong pantau dengan bertanyakan anak-anak: hari ni ada kerja rumah tak? Kerja rumah
dah buat ke belum?

Tetapi apabila datang bab murid tidak mempunyai matlamat yang jelas serta tidak menguasai teknik
dan kemahiran belajar, bukan semua ibu bapa dapat membantu. Pada hemat saya, anak-anak tidak
akan mempunyai matlamat yang jelas jika ibu bapa sendiri tidak jelas matlamat ia menghantar
anaknya ke sekolah. Begitu juga dengan teknik dan kemahiran belajar, bukan semua ibu bapa -
walaupun yang pernah pergi ke sekolah dan memasuki universiti - dapat membantu memberi tunjuk
ajar mengenai teknik dan kemahiran belajar kepada anak-anak mereka.

Tetapi saya percaya guru-guru, dengan latihan serta semangat, jika ini ada pada mereka, dapat
membantu memberi wawasan dan hala tuju kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah. Begitu
juga dengan teknik dan kemahiran belajar, nampaknya guru-gurulah yang kena bantu.

Sebab itulah, ketika adik saya menghubungi saya untuk mendapatkan pendapat sewaktu dia hendak
memohon kursus perguruan di maktab (sekarang institusi pendidikan guru), soalan pertama yang saya
tujukan adakah dia benar-benar berminat dengan profesion keguruan. Bagi saya, kerjaya guru berbeza
daripada kerjaya lain. Kerjaya guru membabitkan pembinaan insan. Kerjaya guru tidak sesuai untuk
orang yang hanya sekadar bekerja untuk cari makan!




Kertas Projek
PROFIL STAIL BELAJAR MURID-MURID SEKOLAH RENDAH PELBAGAI PENCAPAIAN
BAB 1
PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN

Bab ini menjelaskan kajian mengenai profil stail belajar murid-murid sekolah rendah di beberapa
sekolah kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar di negeri Melaka. Tajuk yang akan
dibincangkan dalam bab ini ialah merangkumi latar belakang kajian, penyataan masalah, kerangka
konseptual, tujuan kajian,objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian, definisi operasional dan rumusan.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) menunjukkan bahawa bidang pendidikan
merupakan satu di antara bidang keberhasilan negara (NKRA) yang perlu diberi perhatian oleh setiap
golongan masyarakat. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot
berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends In International Mathematics and Science
Study (TIMSS), 2007 lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum
dalam Matematik dan Sains. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak
mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada kumpulan pekerjaan
berkemahiran tinggi. Jika dibuat perbandingan dengan Pembangunan Pendidikan di Republik Korea
didapati mereka amat menekankan pendidikan di mana memastikan semua pelajar disokong dan boleh
berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah. Tumpuan dan pengukuhan pendidikan
diberi di semua peringkat daripada sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran.

Di Malaysia kerajaan memberi perhatian kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran rakyat di
sepanjang hayat bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari
sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan beberapa strategi. Antaranya merombak sistem
pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan.

Usaha untuk merombak sistem pendidikan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara yang
diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada usaha transformasi pendidikan. Matlamat
Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan
bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Sistem pendidikan negara juga menekankan nilai dan etika yang menjadi asas kepada
pencapaian Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan
dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar kearah melengkapkan mereka dengan
kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.

Justeru itu bagi meningkatkan prestasi murid guru-guru perlulah mendekati murid-murid. Pembelajaran
boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan cara pemperosesan maklumat yang
berlaku dalam diri manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah pelajar hanya boleh melihat sesuatu
secara konkrit dan abstrak. Terdapat juga pelajar yang berminat dan cenderung untuk belajar sendiri
sedangkan ada yang lebih cenderung untuk belajar dalam kumpulan (Joyce & Weil 1980). Stail belajar
yang diamalkan oleh murid mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik mereka (Keefe 1991).




1.3 PENYATAAN MASALAH

Murid-murid berbeza dari aspek fizikal, tahap kecerdasan, kestabilan emosi, minat dan motivasi.
Menurut Tyson (1998) satu aspek kepelbagaian pelajar yang semakin mendapat perhatian para pendidik
dan pengkaji ialah berkenaan dengan stail. Konsep kepelbagaian pelajar meliputi pendekatan yang
diamalkan semasa belajar atau stail pembelajaran. Manakala menurut Zubaidah Zakari (2007) murid-
murid merupakan golongan yang menjadi harapan negara untuk meneruskan kecemerlangan pada masa
akan datang. Kecemerlangan hanya akan dapat dicapai oleh para pelajar sekiranya mengamalkan
pembelajaran yang bersesuaian. Sebaliknya jika stail belajar tidak bersesuaian dan tidak berkesan
semasa pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah.

Untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan murid Dunn(1980) menyatakan bahawa kegagalan pelajar
bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang mata pelajaran sekiranya
pembelajaran itu menekankan kepada stail belajar yang mereka gemari. Felder dan Silverman(1998)
pula mengatakan bahawa stail belajar setiap pelajar adalah berbeza begitu juga dengan pengajaran guru
yang berbeza. Apabila perbezaan di antara stail belajar dan stail pengajaran berlaku, ini akan
menyebabkan pelajar cepat merasa bosan dan tidak memberi perhatian dalam kelas, tidak membuat
peperiksaan dengan baik dan kadang kala ada pelajar yang tertinggal dalam pelajaran.

Berdasarkan laporan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (2009) pencapaian pelajar sekolah luar
bandar masih rendah dan ketinggalan berbanding pencapaian pelajar sekolah bandar.





Jadual 1.1 Perbandingan pencapaian calon bandar dan luar bandar dalam keputusan
Penilaian Menengah Rendah
Lokasi Semua A Semua E
Bandar 22,901 (8.31%) 267 (0.10%)
Luar Bandar 4775 (3.09%) 123(0.08%)


Jurang perbezaan pencapaian boleh dilihat berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
pada tahun 2009 di mana pencapaian pelajar luar bandar jauh ketinggalan dengan pelajar bandar. Salah
satu faktor yang boleh menyumbang ke arah pencapaian akademik pelajar ialah stail pembelajaran. Ini
kerana stail pembelajaran pelajar boleh mempengaruhi kepada pencapaian akademik pelajar. Hasil
kajian yang ditinjau oleh Grun (1986) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara stail
pembelajaran dan gred yang diperolehi oleh pelajar.

Di Malaysia terdapat kajian-kajian yang mengkaji stail belajar pelajar antaranya kajian oleh Hii Siong Ting
(2006) ke atas 146 orang pelajar Sains Tahun 5, Fakulti Pendidikan, UTM. Beliau menggunakan soal
selidik Dunn dan Dunn (1978) mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap
elemen stail belajar cahaya, suhu, motivasi sendiri, rakan sebaya, pelbagai cara dan sub elemen yang
terdiri daripada visual, kinestetik, auditori, masa pagi dan masa malam. Hasil kajian menunjukkan
kecekalan pelajar berada pada tahap yang rendah.

Manakala kajian Zubaidah Begam (2007) ke atas pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama di
UTM menggunakan soal selidik Index of Learning Styles yang dibangunkan oleh Felder & Solomon
menunjukkan stail belajar Visual menunjukkan peratus keseluruhan tertinggi diminati pelajar. Diikuti
oleh stail belajar Active, Sensing, Sequential dan GlobalSeimbang.

Para pendidik perlulah memahami stail belajar setiap pelajarnya. Menurut (Shahabuddin dan Rohizani
2003 dalam Tay Lay Guat 2006) oleh kerana terdapat hubungan antara stail pengajaran dan stail belajar ,
secara tidak langsung guru dapat memahami dan mendiagnosis kekuatan dan kelemahan pengajaran
mereka berdasarkan gerak balas daripada murid-murid dalam kelas. Jika ketidaksepadanan wujud
antara stail pengajaran dan stail belajar, murid akan bosan dan menjadi pasif serta tidak responsif dalam
kelas. Jika fenomena negatif ini tidak segera diperbaiki dan berlarutan, golongan murid ini
berkecenderungan mendapat keputusan yang tidak cemerlang dalam peperiksaan dan akhirnya mereka
tercicir daripada persekolahan.

Sebagai menyokong stail belajar murid-murid dalam kelas,guru harus mengambil berat dan
menghormati serta menghargai stail belajar setiap murid-muridnya. Guru juga harus bersikap toleransi
dengan kepelbagaian stail belajar murid-murid dengan tidak menetapkan stail belajar yang khusus ke
atas murid-murid di dalam kelas.

Terdapat banyak kajian yang dibuat berkisar dengan pelajar di sekolah menengah dan di institusi
pengajian tinggi. Kajian berkenaan dengan stail belajar murid sekolah rendah amat kurang
dijalankan. Justeru itu mengkaji stail belajar murid-murid sekolah rendah ini dipilih untuk mengenalpasti
apakah stail belajar mereka.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji stail belajar murid-murid dari pelbagai pencapaian di sekolah
rendah terpilih di negeri Melaka. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah mengenalpasti perbezaan stail
belajar mengikut faktor demografi dari segi perbezaan jantina dan faktor sosioekonomi pelajar. Kajian
ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara faktor latar belakang sosioekonomi dan stail belajar
ke atas pencapaian pelajar.

Pada akhir kajian satu huraian tentang profil stail belajar murid-murid berdasarkan kepada latar
belakang sosioekonomi murid-murid, jantina dan pencapaian akademik dapat dikenal pasti
menggariskan keupayaan dan keperluan murid-murid berdasarkan kepada kerangka konseptual yang
dibina. Dapatan kajian akan mempamerkan sama ada stail belajar murid-murid mempunyai hubungan
dan sumbangan kepada pencapaian akademik. Profil yang dihasilkan dalam kajian ini bukan bertujuan
untuk mengkategorikan murid tetapi sebagai usaha membantu mengenal potensi serta keperluan murid
agar cemerlang dalam sistem pendidikan mereka. Profil ini juga penting untuk membantu guru-guru
melaksanakan program yang berpusatkan murid-murid.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti stail belajar yang diamalkan oleh murid-murid sekolah rendah di negeri Melaka
2. Mengenalpasti perbezaan stail belajar murid-murid sekolah rendah berdasarkan jantina,
sosioekonomi, lokasi sekolah dan pencapaian
3. Mengkaji hubungan antara faktor latar belakang sosioekonomi dan stail belajar ke atas
pencapaian pelajar

1.6 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah stail belajar yang diamalkan oleh murid-murid sekolah rendah di negeri Melaka?
2. Adakah terdapat perbezaan stail belajar murid-murid sekolah rendah berdasarkan jantina,
sosioekonomi, lokasi sekolah dan pencapaian?
3. Adakah terdapat hubungan antara faktor latar belakang dan stail belajar ke atas pencapaian
pelajar?

1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Terdapat tiga hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini. Penyataan hipotesis kajian ini ditulis dalam
bentuk hipotesis nul seperti berikut:-.

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan stail belajar murid-murid sekolah rendah di
negeri Melaka.
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan stail belajar murid-murid sekolah rendah
berdasarkan jantina, status sosioekonomi, lokasi sekolah dan pencapaian

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan hubungan antara faktor latar belakang
sosioekonomi dan stail belajar ke atas pencapaian pelajar

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL

Sistem pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan
persekitaran. Interaksi individu dengan persekitaran adalah penting bagi mewujudkan pengalaman yang
pelbagai untuk terjadinya pembelajaran. Menurut Keefe (1991) faktor kognitif, afektif dan fisiologi
mempengaruhi stail belajar seseorang murid. Setiap murid berbeza antara satu sama lain. Mereka
memiliki sifat yang unik. Menurut Siti Hawa dan Marof (1990) perbezaan ini wujud kerana seseorang
individu itu membesar dalam suasana persekitaran dan pewarisan yang berbeza. Ciri dan sifat
personaliti seseorang murid yang membezakan dengan murid yang lain adalah seperti persepsi,
pencapaian, nilai, sikap dan stail belajarnya.

Beberapa teori tentang stail belajar yang menjadi fokus utama dalam kajian ini dibincangkan
seterusnya. Teori-teori ini merupakan dasar pembentukan kerangka konseptual dalam kajian ini.

1.8.1 Teori-teori Stail Belajar

Menurut Kundayis Labeh (2005) stail belajar adalah cara bagaimana seseorang itu menumpukan
perhatian, memproses, menguasai dan mengingat maklumat atau kemahiran baru yang agak
sukar. Stail belajar yang diamalkan adalah adalah berbeza mengikut umur, tahap pencapaian, akademik,
budaya, jantina serta cara-cara individu itu memproses maklumat (Shaughnessy, 1998).

Stail belajar adalah merupakan cara bagaimana individu itu memberi tumpuan kepada proses
memperoleh serta mengekalkan maklumat baru dan juga maklumat yang kompleks. Mengikut Dunn
dan Dunn (dalam Kundayis Labeh, 2005), terdapat 22 elemen dalam stail belajar yang antaranya ialah :
o Elemen persekiratan (bunyi, cahaya, hawa, tempat duduk)
o Emosi (motivasi, ketabahan, keakuran dan ketidakakuran dan struktur)
o Sosiologikal (belajar bersendiri, kumpulan kecil, berpasangan)
o Fisiologikal (melalui persepsi belajar dengan mendengar, membaca, melihat, sentuhan,
mengalami, pergerakan bebas)
o Pemprosesan psikologikal (pemprosesan psikologi dibuat sama ada secara global atau
analitikal).

Teori pembelajaran yang mempengaruhi Model Stail Belajar Dunn & Dunn (1993) adalah Teori
Pembelajaran Kognitif dan Teori Fikiran Lateral (Brain Lateralization Theory). Teori Pembelajaran
Kognitif mengusulkan yang setiap pelajar mempunyai keupayaan mental dan cara tersendiri
memproses, mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula maklumat serta pengalaman
yang dipelajari berdasarkan kepada ciri dan sifat yang diwarisi atau dipelajari. Manakala Teori Fikiran
Lateral ialah hasil daripada kajian yang dijalankan oleh neurologi Perancis iaitu Paul Braco dan Sperry
(1972) yang mencadangkan bahawa otak mempunyai dua hemisfera yang mempunyai fungsi yang
berlainan. Teori ini mendapati bahawa individu memproses serta menghayati maklumat dalam keadaan
yang berbeza iaitu di mana hemisfera kiri mempunyai hubungan dengan keupayaan verbal dan
berurutan manakala hemisfera kanan mempunyai hubungan dengan emosi, keupayaan spatial dan
pemprosesan secara global atau holistik.

Menurut Dunn dan Dunn (1993) faktor persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi mempunyai
hubungan antara satu sama lain. Contohnya pelajar yang bersifat analitis memproses maklumat
menggunakan hemisfera kiri otak dan kebiasaannya mempunyai stail belajar yang berterusan iaitu
biasanya pelajar berkenaan akan belajar dalam persekitaran yang sunyi serta cahaya yang terang dengan
susunan perabot yang formal. Mereka juga belajar tanpa mengambil sebarang makanan atau
minuman. Manakala murid yang memproses maklumat secara global menggunakan hemisfera otak
kanan biasanya belajar dalam keadaan yang memerlukan rehat dari masa ke semasa. Murid ini
kebiasaannya belajar dalam keadaan persekitaran yang mempunyai cahaya yang lembut, mendengar
bunyi serta susunan perabot dan bilik yang tidak formal. Murid ini juga perlu makan dan minum
semasa belajar.

Kerangka konseptual kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 dibina berlandaskan kepada kerangka
teoritikal stail belajar bertujuan mengenal pasti profil stail belajar murid-murid. Kerangka ini terlebih
dahulu mengenal pasti latar belakang murid yang terlibat merangkumi sosioekonomi
keluarga. Responden yang terlibat berdasarkan pemboleh ubah yang dikaji merangkumi tahun
pengajian (Tahun 6), jantina (lelaki/perempuan) serta pencapaian akademik (cemerlang, sederhana dan
lemah). Elemen stail belajar yang dikaji terdiri daripada 22 elemen yang membentuk persekitaran,
emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.













STAIL BELAJAR
Persekitaran
o Bunyi
o Cahaya
o Suhu
o Reka bentuk
Emosi
o Motivasi
o Ketekunan
o Tanggungjawab
o Struktur
Sosial
o Sendirian
o Rakan Sebaya
o Dewasa
o Pelbagai
Fisiologi


DEMOGRAFI
Jantina
Lokasi
Sosioekonomi



PENCAPAIAN























o Auditori/Visual/
o Taktil/Kinestetik
o Makan/Minum
o Waktu
o Mobiliti
Psikologi
o Global/Analitikal
o Hemesferik
o Kanan/Kiri
o Impulsif/Reflektif









Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian di Malaysia berhubung dengan stail belajar murid-murid di sekolah rendah masih kurang
dijalankan berbanding dengan stail belajar pelajar di sekolah menengah dan di intitusi pengajian
tinggi. Selain itu kajian juga banyak tertumpu kepada hubungan stail belajar dengan mata pelajaran
dan kaedah pengajaran guru.

Justeru itu kajian stail belajar ini amat berguna bagi membantu mengatasi kekurangan bahan
penyelidikan dalam aspek ini. Di samping itu kajian ini juga dapat membantu organisasi pendidikan
seperti Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan tahap dan kualiti pencapaian murid di
sekolah rendah melalui kaedah pembelajaran yang lebih efektif. Kajian ini juga dapat membantu
pembuat dan pelaksana dasar kurikulum dan latihan perguruan untuk seluruh institusi perguruan dan
sekolah-sekolah di Malaysia.

Maklumat daripada kajian stail belajar ini akan dapat membantu Kementerian Pelajaran merancang,
menyusun serta membuat keputusan semasa dan masa depan dalam perkara-perkara yang melibatkan
pembelajaran dan pengajaran. Malahan hasil kajian ini juga akan dapat diterjemahkan oleh Jabatan-
jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekoah-sekolah untuk diaplikasikan dan
diadaptasikan oleh mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan pencapaian yang
lebih produktif serta berkualiti.

Para guru di sekolah juga perlu mengetahui kajian ini kerana ia dapat mengurangkan konflik dengan
murid-murid di samping mengwujudkan integrasi stail pengajaran guru dengan stail pembelajaran
murid. Ibu bapa selaku orang yang paling hampir dan sentiasa bersama dengan anak-anak mereka di
rumah harus juga memiliki maklumat kajian stail belajar murid-murid ini supaya mereka dapat
memahami sikap dan personaliti anak-anak mereka semasa belajar.
Stail belajar yang mudah, efektif dan menarik dalam menguasai disiplin ini sudah pasti akan membantu
proses pembelajaran murid-murid mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Memberi pendedahan pengetahuan tentang konsep dan signifikasi stail belajar kepada guru dan murid-
murid sekolah rendah. Ini dapat membantu mereka meneroka stail belajar masing-masing untuk
dimanipulasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru boleh mengadaptasikan stail belajar yang boleh diterima secara majoriti oleh murid-
murid. Murid-murid mungkin boleh belajar secara bersendirian, berpasangan, belajar berasaskan
tugasan, belajar berdasarkan minat dan bakat murid dan sebagainya.
Guru-guru dapat memahami konsep, strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
keperluan perbezaan individu. Memberi kesedaran kepada guru-guru tentang kaitan positif dan
seterusnya mengaplikasikan teori perbezaan individu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Tan Lay Guat (2006) selain daripada pihak kementerian pelajaran dan guru-guru, ibu bapa juga
perlulah memahami stail belajar anak-anak mereka supaya mereka mengenalpasti kecenderungan anak
untuk belajar. Ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang selari dengan stail belajar anak-
anak mereka. Ibu bapa juga perlu menyediakan kemudahan dan inventori profil stail belajar anak-anak
mereka supaya mereka lebih memahami dengan lebih jelas stail belajar anak-anak mereka sama ada di
rumah atau di sekolah.s

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara yang dinyatakan tersebut:

1. Kajian ini melibatkan pelajar Tahun 6 yang menduduki Peperiksaan UPSR untuk mengenalpasti
jenis-jenis stail belajar berdasarkan Model Stail Belajar Dunn dan Dunn (1993)

2. Pencapaian murid ini diukur terbatas kepada pencapaian murid dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Peperiksaan UPSR pelajar Tahun 6

3. Kajian ini mengambil kira sosioekonomi pelajar berdasarkan sebuah sekolah daripada kawasan
bandar, luar bandar dan pinggir bandar .

4. Kajian ini juga melihat kepada perbezaan jantina antara murid di dalam kelas.

1.11 DEFINISI OPERASIONAL

1.11.1 Profil

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) profil ialah huraian ringkas yang mempamerkan corak kekuatan dan
kelemahan individu dalam aspek-aspek yang dikaji. Rekod kumulatif yang dapat memberi gambaran
serta huraian tentang seseorang menunjukkan perbezaan antara individu dan boleh dijadikan sebagai
kerangka untuk mengenal pasti potensi individu.

1.11.2 Stail Belajar

Stail belajar ialah respon murid terhadap item-item soal selidik seperti mana dalam skala Stail
Pembelajaran. Menurut Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub (2003) stail belajar adalah merujuk
pada proses seseorang itu belajar atau menyimpan maklumat. Stail belajar tersebut bergantung kepada
beberapa faktor iaitu taraf sosioekonomi, kognitif dan alam sekitar. Keefe (1991) menyatakan bahawa
stail belajar merupakan satu petunjuk stabil menunjukkan bagaimana seseorang melihat, berinteraksi
dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran. Terdapat pelbagai definisi stail belajar yang
dikemukakan oleh ahli psikologi. Dunn dan Dunn (2000) mendefinisikan stail belajar sebagai
kecenderungan seseorang menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat
yang diterima.

Berdasarkan kepada Model Dunn dan Dunn, stail belajar seseorang individu ini dipengaruhi oleh lima
faktor utama iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi, emosi dan psikologi dan dibahagikan kepada 22
elemen khusus. Rangsangan persekitaran terdiri daripada elemen bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk
bilik. Rangsangan emosi terdiri daripada motivasi kendiri, motivasi ibu bapa, motivasi guru, kecekalan,
tanggungjawab dan struktur. Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen belajar bersendirian, dengan
rakan sebaya, orang dewasa dan berwibawa, atau belajar dengan pelbagai cara. Rangsangan fisiologi
terdiri daripada elemen waktu paling sesuai untuk belajar, pengambilan makanan dan minuman serta
mobiliti. Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen global atau analitis, hemisfera otak kanan atau
kiri, impulsif atau refleksi. Instrumen yang digunakan adalah Inventori Stail Pembelajaran (LSI-BM) oleh
Dunn, Dunn & Price (2002).

1.11.3 Pelbagai pencapaian

Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian merujuk kepada apa yang telah dicapai, dihasilkan atau
diperolehi. Manakala Kelinger (1978) mendefinisikan pencapaian akademik sebagai markah atau gred
yang dicapai oleh seseorang pelajar dalam satu ujian atau peperiksaan. Mengikut Sepiah @ Nik Yassin
(1981) pencapaian bermaksud pelajar-pelajar mengikut kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui
ujian atau peperiksaan. Dalam konteks kajian ini, pencapaian merujuk secara khususnya kepada prestasi
pencapaian mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun dan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2011.

1.12 KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui profil stail belajar murid-murid sekolah rendah pelbagai
pencapaian. Kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan stail belajar murid-murid sekolah rendah
mengikut jantina dan sosioekonomi. Dapatan kajian ini sangat penting kepada pengajar untuk
mempelbagaikan stail pengajaran mereka supaya dapat memenuhi pelbagai stail belajar murid-murid di
sekolah rendah.

Maklumat dan profil yang dihasilkan dapat membantu pihak-pihak tertentu merangka program-program
pendidikan yang memberi tumpuan kepada murid-murid dalam usaha membentuk murid-murid yang
pintar, kreatif dan berbakat dalam apa juga bidang di samping dapat memperkembangkan potensi diri
masing-masing.
BAB 2


TINJAUAN LITERATUR


2.1 PENGENALAN

Kajian ini memfokuskan kepada profil stail belajar murid-murid sekolah rendah pelbagai
pencapaian. Ulasan kepustakaan menjurus kepada stail belajar serta sumbangan variable ke atas
pencapaian akademik, jantina dan sosio ekonomi murid selaras dengan tujuan dan objektif kajian. Bab
ini akan menghuraikan berdasarkan teori dan kajian-kajian lalu. Ulasan kepustakaan akan dibuat seperti
berikut konsep stail belajar, teori dan model stail belajar, kajian-kajian mengenai stail belajar, kajian-
kajian pencapaian murid daripada kelas cemerlang, sederhana hingga lemah, kajian-kajian perbezaan
jantina, kajian-kajian stail belajar dengan latar belakang sosio ekonomi murid

2.2 STAIL BELAJAR

Stail belajar merupakan cara bagaimana seseorang itu belajar. Pembelajaran merupakan kebolehan
seseorang mengambil maklumat, mengkod dan menfailkan maklumat tersebut supaya ianya mudah
untuk digunakan apabila diperlukan. Stail belajar tidak berkait dengan kecerdasan atau apakah
kemahiran yang telah dipelajari tetapi stail belajar berkait rapat dengan bagaimana minda kita bekerja
dengan berkesan terhadap pembelajaran maklumat baru. Stail belajar seseorang itu telah wujud dalam
diri seseorang sejak dilahirkan (Nazamud-din Alias, 2005).

Dunn (2000) menyatakan stail belajar adalah bagaimana seseorang itu mula memberi perhatian,
memproses dan menyimpan maklumat yang baru dan sukar. Manakala munurut Zubaidah (2007) stail
belajar seseorang merujuk kepada stail atau cara pembelajarannya. Ia merupakan cara interaksi
individu dengan sistem maklumat atau rangsangan dan memproses serta menganalisa maklumat
tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan. Manakala menurut Mok Soon Sang (2001) stail
belajar ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan
memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.

Stail belajar berbeza antara satu sama lain. Terdapat berbagai jenis stail belajar yang dikesan dalam
kalangan murid misalnya ada murid yang belajar sambil mendengar radio, menonton tv, melukis,
menyanyi, menari, bertengkar, berdebat, berjalan, bermain, memasak, perlu guru disisi, perlu kawan,
perlu objek, dalam bentuk cerita, dalam suasana ketawa dan pelbagai jenis lagi stail belajar. Dalam erti
kata yang lain, kepelbagaian dalam stail belajar dalam kalangan murid menunjukkan keunikan setiap
individu (Dunn dan Dunn dalam Abd Aziz Ismail, 2001).

Sternberg (2001) mengatakan stail belajar merujuk kepada corak, tabiat atau cara yang digemari dalam
membuat sesuatu dan ianya adalah tekal dalam jangka waktu yang panjang di samping merentasi
berbagai aktiviti. Beliau mendefinisikan lima dimensi stail belajar iaitu :-
1. Fungsi (kreatif, berpusat tugasan atau bercorak penilaian)
2. Bentuk (fokus yang tunggal atau bertabur, luwes atau keutamaan)
3. Aras (konkrit atau global)
4. Skop (intrapersonal atau interpersonal)
5. Pembelajaran (liberal atau konservatif)

Menurut Abd.Aziz Ismail (2001) apabila stail belajar yang pelbagai jenis dapat difahami dan dikesan oleh
para guru, ibu bapa dan murid sendiri, sudah pasti ianya akan dapat dimanfaatkan dalam mengurangkan
konflik yang mengganggu proses pembelajaran. Sebagai contohnya, konflik dalam pembelajaran sering
berlaku apabila ibu bapa memaksa anak-anak mereka belajar dengan duduk di kerusi dan menulis atau
membaca di atas meja. Sebaliknya anak-anak mereka tetap mahu belajar atau membuat kerja sekolah
di hadapan televisyen. Bila situasi dan kondisi ini berada dalam konflik, proses pembelajaran tidak akan
berlaku dalam kalangan anak-anak mereka. Anak-anak ini akhirnya akan hilang minat untuk terus
belajar. Oleh itu beliau mencadangkan agar para guru, ibu bapa dan murid-murid memahami stail
belajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang murid merupakan satu keistimewaan
yang dapat digunakan secara efektif dalam pembelajaran mereka.

2.3 TEORI DAN MODEL STAIL BELAJAR

Stail pembelajaran merupakan proses individu mempelajari dan menyimpan maklumat. Menurut
Entwistle (1981) stail belajar adalah strategi yang digunakan oleh individu apabila memproses maklumat
dan menyelesaikan masalah yang dipengaruhi oleh faktor personaliti dan kognitif. Manakala
Kolb (1984, 1985) pula berpendapat stail belajar adalah satu proses yang menyeluruh dan dipengaruhi
oleh interaksi individu dengan persekitarannya. Dunn dan Dunn (1993) mentakrifkan stail belajar
sebagai kecenderungan individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat yang
diterima. Menurut Dunn dan Dunn stail belajar dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran,
emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi.

Menurut Noorzalina Mohd Noor (2007) terdapat pelbagai teori, model dan instrumen yang digunakan
untuk mengenal pasti stail belajar murid-murid. Bagi mengenal pasti dan memahami hubungan antara
teori dan model stail belajar yang telah dikemukakan, Curry (1983) memperkenalkan model bawang
atau onion model membahagikan model stail belajar berdasarkan empat teori pembelajaran yang utama
iaitu teori pembelajaran personaliti, teori pemprosesan maklumat, teori pembelajaran sosial serta teori
pelbagai dimensi dan arahan :

1. Teori pembelajaran personaliti menjelaskan bagaimana personaliti seseorang individu
mempengaruhi stail belajar mereka. Antara model stail pembelajaran yang menggunakan teori
ini adalah Myers-Briggs Type Indicator and Keirsey Temperament Sorter.

2. Teori pembelajaran pemprosesan maklumat merangkumi kecenderungan pelajar memahami
proses maklumat diperolehi, disaring, disimpan dan digunakan. Secara umumnya pemprosesan
maklumat ini melibatkan hemisfera otak kanan dan otak kiri. Antara model stail belajar yang
telah dibangunkan berdasarkan teori ini ialah model stail belajar Kolb (Experiential Learning
Model), Felder dan Silverman, dan Gregoric (Mind Styles)

3. Teori pembelajaran sosial melibatkan kecenderungan pembelajaran pelajar berdasarkan kepada
interaksi sosial pelajar. Kecenderungan pembelajaran ini juga dipengaruhi oleh faktor usia dan
kematangan pelajar. Antara model stail belajar yang dibangunkan berdasarkan kepada teori ini
adalah model stail belajar Baxter Magolda serta Reichman dan Grasha.

4. Teori pembelajaran pelbagai dimensi dan arahan melibatkan kecenderungan pembelajaran
merentasi pelbagai domain seperti keadaan persekitaran, emosi, sosial, kognitif, fisiologi dan
psikologi. Model stail belajar yang dibangunkan berdasarkan kepada gabungan pelbagai teori
adalah model stail belajar Dunn dan Dunn.

2.3.1 Model Pembelajaran Kolb

Terdapat pelbagai model lain yang berkaitan dengan stail belajar antaranya Model Kolb (1984). Kolb
membahagikan stail belajar kepada empat kategori iaitu imaginatif dan kreatif, teori analisis, praktik dan
intuitif dinamik. Individu yang mengamalkan stail belajar secara imaginatif dan kreatif akan membuat
pengamatan terhadap maklumat yang ada secara konkrit dan seterusnya memproses maklumat
tersebut secara reflektif. Persoalan yang sering bermain di fikiran mereka ialah mengapa?. Individu
ini suka mencari makna dan sebab-sebab mempelajari sesuatu maklumat itu. Mereka sukakan pelbagai
aktiviti yang membolehkan mereka berinteraksi dan berkongsi idea-idea bersama orang lain.

Manakala bagi murid yang mempunyai stail belajar teori analisis pula sukakan persoalan mengenai apa
dia?. Memperolehi maklumat secara abstrak dan maklumat itu diproses secara reflektif. Mereka suka
mencari fakta-fakta untuk menjelaskan konsep-konsep dan membuat analisis tentang sesuatu
maklumat.

Golongan murid jenis praktik pula suka mempersoalkan tentang bagaimanakah ia berfungsi?. Mereka
ingin mengetahui kaedah atau cara-cara sesuatu benda berfungsi dan lebih suka membuat atau
mencuba sendiri untuk menambahkan pengalamannya dalam mengendalikan pelbagai benda. Mereka
mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara aktif. Mereka gemar mencari kegunaan
maklumat yang diperolehi dan belajar menguji teori untuk mengetahui kegunaannya.

Sementara pelajar jenis intuitif dinamik gemar menyoal kepada diri apakah kegunaan baru yang boleh
saya cipta?. Mereka membuat pengamatan terhadap maklumat secara konkrit dan memprosesnya
secara aktif. Mereka suka mencari perkara baru yang belum diketahui untuk memperolehi
maklumat. Mereka cuba mencari sesuatu yang boleh direkabentuk berdasarkan maklumat baru dan
suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka belajar melalui kaedah cuba jaya dan inkuiri.

2.3.2 Model Stail Belajar Selmes

Selmes (1987) telah membentuk satu instrumen untuk mengukur stail belajar murid-murid iaitu
Studying At School Inventory (Inventori Pembelajaran Di Sekolah) pada tahun 1987 di England. Selmes
juga menghuraikan dengan terperinci tentang latihan yang dapat menggalakkan murid-murid belajar
secara bersendirian iaitu tidak bergantung pada orang lain. Terdapat lima stail belajar yang
dikemukakan iaitu :-

1. Stail belajar mendalam (Deep learning style)

Stail belajar mendalam bercirikan murid-murid mencari makna tersirat untuk mengaitkan konsep-
konsep yang dipelajari. Stail ini juga merujuk kepada sikap ingin tahun lebih mendalam berkenaan mata
pelajaran yang dipelajari. Pelajar jenis ini mempunyai minat yang tinggi terhadap kandungan mata
pelajaran dan cuba memahaminya secara mendalam. Stail belajar mendalam memerlukan pemahaman
maksud kandungn dan pemikiran kritikal terhadap pembacaan. Murid-murid ini akan mengaitkan
maklumat baru dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Seterusnya murid-murid jenis ini
juga akan cuba menentukan sejauh mana rumusan yang dibuat penulis bertepatan dengan fakta, sifat
ingin tahu dengan lebih mendalam ilmu yang dipelajari.

2. Stail belajar permukaan (Surface learning style)

Stail belajar permukaan bermakna hafalan fakta-fakta yang dipelajari dan anggapan bahawa fakta-fakta
ini tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Murid-murid hanya akan menghafal fakta yang
dirasakan akan ditanya oleh guru atau disoal dalam peperiksaan. Murid-murid stail ini biasanya tidak
dapat memahami isi pelajaran secara mendalam (Selmes 1987). Stail belajar permukaan adalah merujuk
kepada sikap proses menghafal perkataan-perkataan dan fakta-fakta pelajaran secara berperingkat-
peringkat.


3. Stail Belajar Motivasi (Motivational learning style)

Stail belajar motivasi menggambarkan murid-murid mempunyai kecenderungan untuk bekerja keras
dalam pembelajaran hasil motivasi dalaman dan luaran. Murid-murid jenis ini mempunyai semangat
bersaing antara satu sama lain terutama bertanding dengan rakan sekelas. Murid jenis ini akan
berusaha mencari jalan untuk berjaya dan mencapai motif pembelajaran. Murid ini juga mendapat
galakan diri sendiri, guru, ibu bapa dan rakan-rakan dalam mempertingkatkan pencapaian mereka.

4. Stail belajar gigih usaha (Hardwork learning style)

Stail belajar gigih usaha bererti murid-murid belajar secara gigih, tidak mudah putus asa, sedia belajar
dari kesalahan, rajin berusaha dan kurang bergantung pada orang lain. Murid-murid ini akan tekun
berusaha dalam pembelajaran tanpa arahan dari pihak lain untuk mencapai kejayaan
cemerlang. Mereka sentiasa berusaha sendiri dalam membuat apa sahaja tugasan seperti membuat
nota sendiri, mengulangkaji dan membuat latihan tambahan.

5. Stail Belajar terancang (Organized learning style)

Stail belajar terancang ini bercirikan murid-murid merancang masa belajar dengan berkesan, menyusun
kandungan pelajaran secara sistematik dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menyimpan
dan mengingat maklumat serta merangka jawapan sebelum menjawab soalan peperiksaan. Seseorang
itu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk belajar semua mata pelajaran yang dipelajari.

2.3.3 Model Stail Belajar Babich

Model Gaya Pembelajaran et.al (1976) mengemuka tiga bidang gaya pembelajaran iaitu, kaedah
mengumpul dan menerima maklumat, cara bekerja dan cara berkomunikasi. Dalam bidang tatacara
pengumpulan dan penerimaan maklumat, terdapat lima jenis gaya pembelajaran iaitu gaya
pembelajaran visual-linguistik, visual-nombor, auditori-nombor, auditori- linguistik dan auditori visual
kinestetik. Manakala dalam bidang komunikasi mengandungi dua jenis gaya pembelajaran iaitu gaya
pembelajaran pernyataan lisan dan gaya pembelajaran pernyataan bertulis.

1. Gaya Pembelajaran Visual Linguistik

Gaya pembelajaran Visual-Linguistik melibatkan gabungan unsur visual dan linguistik. Pelajar yang
mempunyai gaya ini dapat belajar dengan berkesan apabila melihat perkataan di dalam buku, di atas
papan tulis, di atas peta atau di dalam lembaran buku kerja. Pelajar jenis ini perlu menulis perkataan
yang didengar dan melihat perkataan tersebut pada kertas. Mereka juga akan belajar dengan lebih baik
jika membaca bahan pelajaran. Gaya pembelajaran yang bersandarkan modaliti visual merupakan
kecenderungan untuk berfikir dalam bentuk imej atau gambar. Minda mereka seolah-olah seperti
kamera. Setiap maklumat yang didengar dan dibaca akan diterjemah dalam bentuk gambar di dalam
minda mereka. Apabila mereka hendak menggunakan maklumat tersebut, imej atau gambar tersebut
akan diimbas kembali. Pelajar dalam kategori gaya pembelajaran ini akan menunjukkan prestasi yang
baik sekiranya guru mengajar mereka menggunakan banyak bahan visual. Pelajar jenis ini dikatakan
berupaya membuat gambaran mengenai konsep abstrak dengan jelas. Kebiasaan mereka lebih pendiam
dan bertulisan cantik. Keadaan mereka sentiasa kemas dan teratur.

1. Stail Pembelajaran Visual-Nombor

Stail pembelajaran ini mengandungi gabungan unsur visual dan nombor. Pelajar dalam stail
pembelajaran jenis ini lebih minat melihat nombor di papan tulis, lembaran kerja atau pada
kertas. Pelajar ini lebih suka dan mudah memahami fakta yang disampaikan dalam bentuk nombor.
Mereka juga tidak memerlukan penerangan yang banyak secara lisan.

1. Stail Pembelajaran Auditori-Nombor

Stail pembelajaran ini melibatkan gabungan unsur auditori dan nombor. Pelajar yang mengamalkan stail
ini didapati akan belajar dengan baik dan berkesan melalui pendengaran kepada penerangan yang
berkaitan dengan angka. Pelajar jenis ini boleh mengingat nombor rumah, kereta dan sebagainya yang
berkaitan dengan nombor melalui penerangan secara lisan. Mereka juga boleh mencongak dengan baik
dan mengira tanpa menggunakan kertas dan pen.

1. Stail Pembelajaran Auditori-Linguistik

Stail pembelajaran ini melibatkan unsure auditori dan linguistik. Pelajar dalam jenis stail pembelajaran
ini dapat belajar dengan lebih berkesan melalui pendengaran lisan. Pelajar jenis ini perlu membaca agak
kuat untuk memahami maklumat baru. Mereka juga lebih mudah memahami perkataan-perkataan dan
fakta-fakta yang mereka dengar daripada guru. Stail belajar yang bersandarkan modality auditori
merupakan kecenderungan dan kebolehan pelajar untuk mencerap maklumat melalui deria
pendengaran. Pelajar jenis ini berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah secara bercakap atau
berbincang. Mereka juga mempunyai bakat bercerita. Mereka akan memberi tumpuan kepada
percakapan guru dan berkeupayaan untuk memahami segala penerangan yang disampaikan oleh guru
dengan cepat. Oleh itu, kaedah pengajaran syarahan sangat sesuai untuk mereka untuk pembelajaran
yang berkesan.

1. Stail Pembelajaran Auditori-Visual- Kinestetik

Stail Pembelajaran ini melibatkan gabungan unsur auditori, visual dan kinestetik. Pelajar dalam jenis stai
pembelajaran ini dapat belajar dengan lebih berkesan melalui pengalaman. Mereka memerlukan
kombinasi ransangan-ransangan melalui penglihatan, pendengaran dan melibatkan diri secara fizikal
dalam pembelajaran secara aktif. Stail pembelajaran yang bersandarkan modality kinestetik adalah
kecenderungan belajar melalui sentuhan dan aktiviti fizikal secara aktif. Pelajar jenis ini tidak boleh
duduk diam didalam bilik darjah dan tidak suka mendengar. Mereak juga kurang berupaya membuat
gambaran sesuatu konsep yang abstrak. Kebiasaannya mereka hanya menghafal konsep tanpa
memahaminya. Keadaan fizikal mereka dapat dilihat tidak terurus tetapi mereka dapat menghasilkan
tugasan sekolah dengan baik. Pelajar jenis ini boleh belajar secara berkesan sekiranya guru
menyediakan aktiviti belajar yang melibtkan pergerakan anggota badan mereka.

1. Stail Pembelajaran Pelajar Individu

Pelajar yang memiliki stail pembelajaran ini akan belajar dengan berkesan secara bersendirian. Mereka
boleh berfikir, memahami dan mengingat sesuatu dengan lebih baik apabila bersendirian. Mereka juga
mengutamakan pendapat sendiri daripada menerima pendapat orang lain.

1. Stail Pembelajaran Pelajar Kumpulan

Pelajar yang memiliki stail belajar ini belajar dengan berkesan secara berkumpulan. Proses interaksi
dalam kumpulan membantu meningkatkan pembelajaran mereka. Proses interaksi dalam kumpulan
membantu meningkatkan pembelajaran mereka. Proses sosialisasi antara ahli kumpulan adalah sangat
perlu bagi mereka untuk belajar dengan lebih baik.

1. Stail Pembelajaran Pernyataan Lisan

Pelajar yang mengamalkan stail belajar ini lebih mudah menerangkan sesuatu secara lisan. Mereka fasih
bertutur dan boleh menghuraikan sesuatu dengan lebih baik secara lisan berbanding secara
bertulis. Mereka mampu bercakap dan mengeluarkan pendapat tanpa perasaan takut dan
malu. Pelajar ini juga mengalami kesukaran melahirkan pemikiran secara kertas dan pensil.


1. Stail Pembelajaran Pernyataan Bertulis

Pelajar yang mengamalkan stail pembelajaran ini mampu menyampaikan sesuatu pendapat atau
menjawab soalan dengan lebih baik secara bertulis. Pelajar ini mengalami kesukaran untuk menyusun
dan menyampaikan isi pemikiran secara lisan.

2.3.4 Model Stail Belajar Felder dan Silverman

Model stail belajar Felder dan Silverman (1988) mengkategorikan pelajar kepada pelajar aktif atau
refleksi, pelajar pengesan atau intuitif, pelajar visual atau verbal dan pelajar induktif atau
deduktif. Menurut Felder dan Silverman pelajar yang aktif mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan
dengan mengaplikasikan pelbagai cara dan berinteraksi dengan orang lain bagi memahami dan
menyelesaikan sebarang masalah berbanding dengan pelajar refleksi yang gemar memikirkan sesuatu
perkara bersendirian tanpa melibatkan orang lain

Pelajar yang pengesan adalah pelajar yang belajar secara konkrit berpandukan kepada fakta berbeza
dengan pelajar intuitif yang belajar secara inovatif dan konseptual. Pelajar visual mempelajari sesuatu
dengan lebih baik dengan menggunakan bahan visual seperti gambar rajah, jadual, filem dan video
berbanding dengan pelajar verbal yang lebih cenderung kepada pembelajaran secara bertulis atau
lisan. Pelajar induktif atau urutan adalah pelajar yang menstrukturkan maklumat secara logik, urutan
dan spesifik kepada bentuk umum berbanding dengan pelajar deduktif atau global yang menstrukturkan
maklumat daripada bentuk umum kepada spesifik.

2.4 MODEL STAIL BELAJAR DUNN DAN DUNN

Stail pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seseorang
murid itu menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Di dalam bilik darjah, murid-murid
mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Terdapat beberapa model yang berkaitan dengan stail
belajar. Di antaranya ialah Model Stail Pembelajaran Dunn & Dunn (1978) memfokuskan kepada 22
elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang murid. Kesemua 22 elemen itu dapat
diklasifikasikan kepada 5 kategori, iaitu persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal.

Model Stail Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut : 1) Kebanyakan individu
mampu dan boleh belajar. 2) Setiap individu mempunyai stail pembelajaran tertentu. 3) Stail
pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran. 4) Melalui iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan stail pembelajaran, seseorang murid dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan stail belajar kepada 5 bahagian iaitu persekitaran, emosional,
sosiologikal, fizikal dan psikologikal. Antara elemen-elemen stail belajar yang dikenal pasti itu ialah 1)
persekitaran: bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk 2) emosional: motivasi, kecekalan, tanggungjawab
dan struktur 3) sosiologikal: rakan sebaya, kendiri, pasangan, berkumpulan, dewasa dan pelbagai 4)
fizikal : persepsi indera, makan minum, masa dan mobiliti 5) psikologikal : analitik, global, otak
kiri/kanan, refleksi diri dan desakan.

2.4.1 Persekitaran

i. Cahaya Dunn dan Dunn mendapati cahaya memberikan kesan yang berbeza
pada individu dan terdapat pelajar sangat sensitif terhadap cahaya. Kajian Dunn dan Dunn (1978)
mendapati terdapat individu yang memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Menurut Siti
Hawa Munji (1989) terdapat sebilangan pelajar yang gemar cahaya terang kerana cahaya yang samar
akan membuatkan mata cepat letih dan mengantuk. Tetapi ada juga pelajar yang tidak suka sinaran
cahaya yang terlalu terang.

ii. Bunyi Menurut kajian Dunn dan Dunn (1978) terdapat individu yang
memerlukan bunyi seperti muzik semasa mereka belajar. Mereka akan memasang radio atau televisyen
sewaktu belajar terutama ketika larut malam. Bunyi daripada radio atau televisyen akan dapat
mengatasi suasana sunyi dan dapat memberikan lebih konsentrasi terhadap pembelajaran
mereka. Walau bagaimanapun bagi mereka yang suka belajar dalam suasana sunyi lebih gemar belajar
bersendirian berbanding secara kumpulan kerana perbincangan yang berlaku dalam kumpulan akan
mengganggu konsentrasi mereka.

iii. Suhu Menurut Dunn dan Dunn (1978) setiap individu mempunyai tindak balas
yang berbeza terhadap suhu persekitaran. Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya
dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran
dan emosi seseorang terganggu dan cepat rasa mengantuk . Namun begitu ada pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian dalam suasana yang sejuk hawa dingin.

iv. Reka bentuk Berdasarkan kajian Garger (1985), stail belajar seseorang individu
ditentukan oleh personality individu yang berbeza. Murid-murid yang gemar belajar dalam keadaan
formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan
kerusi. Golongan murid yang gemarkan keadan formal amat berstruktur dan mempunyai personaliti
introvert. Bagi murid yang suka belajar di tempat informal misalnya di atas katil, sofa atau lantai,
mereka dikaitkan mempunyai personaliti ekstrovert. Pelajar perlu tahu memilih tempat pembelajaran
yang sesuai dan selesa untuk mereka memberikan konsentrasi terhadap pelajaran.

2.4.2 Emosional

Terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur.
1. Motivasi -Menurut Siti Hawa Munji (1990) motivasi ialah daya penggerak utama
yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa
tertentu. Apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk
bertindak kea rah mencapai matlamat. Bagi pelajar yang memerlukan motivasi ekstrinsik, mereka selalu
didesak atau digalakkan supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pembelajaran, insentif
diberikan dalam bentuk markah, gred, hadiah dan kedudukan dalam kelas. Pada akhir peringkat
pembelajaran, keputusan peperiksaan yang baik, sijil dan surat akuan merupakan insentif yang
mendorong pelajar supaya lebih berusaha dengan lebih tekun. Motivasi intrinsik juga penting untuk
pelajar bagi memberikan dorongan dalaman kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti
pembelajaran. Dorongan dalaman ini adalah keperluan, minat, sikap dan emosi semulajadi ataupun
berpandukan pengalaman serta kehendak persekitaran. Apabila pelajar sukar memahami dan
memperolehi pengetahuan dalam sesuatu pengajaran, pelajar mudah kehilangan minat dan kurang
memberi tumpuan.

1. Kecekalan Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat
membantu murid belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara
individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Ada segelintir
murid hilang minat serta bosan terhadap kerja kerana mereka hanya mampu menumpukan perhatian
dalam kangka masa yang pendek sahaja. Ramai murid mempunyai sikap suka menangguhkan kerja
terutama apabila tugasan yang diberikan itu membosankan, sukar serta memerlukan usaha yang lama
untuk menyiapkannya.

1. Tanggungjawab Menurut Dunn dan Dunn (1978) murid yang mempunyai sikap
bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif
sendiri. Namun begitu terdapat juga murid yang mengabaikan dan tidak akan menyiapkan kerja dengan
baik.

1. Struktur Arahan yang jelas dan berstruktur mendorong murid untuk belajar
dengan lebih berkesan, namun begitu terdapat juga murid yang suka belajar dengan gaya bebas. Dunn
dan Dunn (1978) mendefinisikan srtuktur sebagai suatu peraturan spesifik yang digunakan untuk
melaksanakan kerja dan menyiapkan tugasan. Pelbagai jenis struktur yang berbeza diambil oleh murid
bergantung kepada cara belajar setiap individu dan kebolehannya membuat keputusan.

2.4.3 Sosiologi

Terdiri daripada elemen-elemen seperti sendiri, berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya
atau orang dewasa. Dunn dan Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan secara terus oleh guru kepada murid.

1. Diri sendiri Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak
mahu gangguan sewaktu mereka belajar. Mereka lebih selesa bersendirian berbanding belajar bersama
rakan sebaya kerana kurang gemar membuang masa untuk bercakap sesama rakan menyebabkan tidak
dapat menumpukan terhadap pelajaran.

1. Berpasangan Individu yang belajar secara berpasangan adalah individu yang
lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya. Pasangannya adalah teman paling karib
dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama.

1. Rakan Sebaya Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang pada kebiasaannya
melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan,
sumbangsaran dan perkongsian idea-idea tentang cara pembelajaran yang berkesan.

1. Orang Dewasa Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka menyoal atau
mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah pembelajaran. Bagi murid yang kurang
selesa belajar dengan murid yang sebaya dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau
orang dewasa.
2.4.4 Fisiologi

Rangsangan fisiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan, minuman, waktu
belajar dan pergerakan.

1. Persepsi Pancaindera Menurut Dunn dan Dunn (1982) murid biasanya
memperolehi maklumat atau pengalaman melalui persepsi visual, auditori, taktual dan
kinestetik. Sekiranya seseorang murid mempunyai persepsi visual yang tajam, dia akan suka belajar
dengan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, graf, gamba rajah, slaid, video, televisyen, computer
dan sebagainya. Sekiranya seseorang murid mempunyai persepsi auditori, dia akan suka belajar melalui
pengeluaran bunyi seperti siaran muzik dari radio atau kaset. Ini akan membantu mereka
mengingat. Kaedah belajar taktual adalah pembelajaran melalui sentuhan kerana penterjemahan serta
penggabungan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa menyentuh bahan yang ingin
dipelajari. Pembelajaran menggunakan kaedah kinestetik pula adalah pembelajaran melalui melakukan
aktiviti fizikal dan gerak kerja.

1. Makanan dan minuman Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan
sekiranya mereka makan dan minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar dapat
dikurangkan melalui makan dan minum. Manakala terdapat murid yang kurang gemar makan sewaktu
belajar tetapi akan makan selepas belajar kerana bagi mereka makan dan minum akan mengurangkan
daya tumpuannya semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.

1. Waktu/Tempoh Belajar Waktu belajar memainkan peranan membantu pelajar
sama ada berasa lebih segar apabila belajar di waktu pagi atau gemarkan persekitaran yang sunyi dan
tenteram di waktu malam untuk mendapat proses pembelajaran berkesan. Kepentingan waktu perdana
mampu menyelesaikan tugas yang diberi. Waktu perdana sangat penting kerana ketika itulah murid
akan belajar dengan paling berkesan (Dunn dan Dunn, 1978).

1. Pergerakan/Mobiliti Terdapat murid yang gemar beralih tempat duduk sekiranya
belajar untuk jangka masa yang lama. Mereka perlu melakukan sedikit pergerakan dalam proses
pembelajaran tersebut contohnya bergerak untuk mendapatkan makanan, minuman, berpindah ke
tempat lain bagi meneruskan pembelajaran dan sebagainya (Dunn dan Dunn, 1978). Dalam proses
pembelajaran waktu rehat satu kemestian bagi setiap murid.

2.4.5 Psikologi

Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen-elemen berikut iaitu analitik/global, impulsive/reflektif,
dominan otak kiri/dominan otak kanan.

1. Analitik/Global Murid yang analitik melakukan tugasan secara terperinci dan
lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Mereka hanya melakukan satu perkara
sahaja dalam satu masa. Berlainan pula dengan murid yang global kerana murid ini akan melihat
sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka. Murid ini akan lebih cenderung untuk
bekerjasama dalam bentuk berkumpulan berbanding secara individual. Mereka gemar melakukan
banyak perkara dalam satu masa. Murid holistik melihat aspek secara meluas dan membuat rumusan
secara menyeluruh.

1. Impulsif/Reflektif Individu yang impulsif gemar membuat keputusan yang cepat
dan sering mengikut gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Manakala individu yang reflektif lebih berhati-hati semasa membuat kerja. Individu ini
sangat prihatin dan berfikir mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

1. Dominan Otak Kiri / Dominan Otak Kanan - Otak manusia terbahagi kepada dua
bahagian iaitu otak kiri (HOKI) dan otak kanan (HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi stail
belajar setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia daripada aspek bahasa,
matematik, logic, sekuens, linear dan analisis. Manakala otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk,
ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama.

Model Dunn dan Dunn di atas menunjukkan individu mempunyai stail belajar yang berbeza berdasarkan
kecenderungan belajar individu tersebut. Stail belajar individu didapati bertindak balas dengan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan iklim. Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran, sumber dan iklim yang disesuaikan dengan stail belajar seseorang dapat
mengoptimumkan proses pembelajaran dan prestasi belajar individu.

Berdasarkan kajian Anuar Zaini et. al (2004) ke atas beberapa buah sekolah rendah di negeri Selangor
mengenai stail belajar murid di sekolah rendah mendapati skor min visual adalah rendah (46.32)
berbanding skor min Kinesthetic-Auditory (57.65). Ini mungkin disebabkan murid-murid sekolah rendah
didedahkan dengan kaedah mendengar nota yang dibacakan oleh guru manakala murid menyalin nota
tersebut.

2.5 KAJIAN-KAJIAN LEPAS MENGENAI STAIL BELAJAR

Analisis literatur mendapati kajian-kajian berkenaan dengan stail belajar telah dijalankan dengan
meluas. Pembelajaran merupakan aspek penting dalam pendidikan. Dalam kajian ini terdapat beberapa
kajian lepas berkenaan dengan stail belajar individu iaitu Smith (1982) dan Weng Chih-Yi
(2001). Manakala Chua Leong Chee (2002), Zamri et al. (2002) dan Vafa (2002) mengkaji pengaruh latar
belakang murid ke atas stail belajar.

Zabedah Abd. Razak (2005) telah menjalankan kajian stail belajar dengan mengemukakan Inventori Stail
Pembelajaran Grasha ke atas 300 orang murid sekolah menengah. Dapatan kajian beliau menunjukkan
tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan bagi Stail Pembelajaran Mengelak dan
Kompetetif. Walau bagaimanapun beliau mendapati wujud perbezaan yang signifikan dari segi Stail
Pembelajaran Kolaboratif, Bergantung dan Turut Serta antara pelajar perempuan dan pelajar
lelaki. Pelajar perempuan mencatat min yang lebih tinggi bagi ketiga-tiga stail pembelajaran itu. Ini
bermakna tahap kerjasama, pergantungan dan penyertaan pelajar perempuan adalah lebih tinggi
daripada pelajar lelaki.
2.6 KAJIAN PERBEZAAN STAIL BELAJAR MURID KELAS TERBAIK,
SEDERHANA DAN LEMAH

Setiap individu mempunyai stail belajar yang berbeza dan kadarnya berlainan dengan individu yang lain,
walaupun umur mereka sama. Perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketaksamaan dalam aspek
perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Mengikut Dictionary of
Psychology (1973) dalam Santhi Suppiah (2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkahlaku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu
kumpulan.

Pelajar-pelajar juga mempunyai stail pembelajaran yang berbeza-beza. Ada pelajar-pelajar yang suka
melibatkan diri secara aktif, suka memerhati, gemar menggunakan prinsip dan teori. Ada yang lebih
mementingkan hakikat yang sebenar. Semua ini merupakan masalah yang perlu dikenalpasti oleh guru-
guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas supaya ianya berjalan dengan
lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan baik. Guru juga boleh bersedia
berhadapan dengan pelajar dan tahu cara apakah yang terbaik untuk mengajar pelajar-pelajar ketika di
dalam kelas (Azizi Hj.Yahaya et al. 2003).

Terdapat beberapa kajian yang mengkaji tentang perbezaan stail belajar berdasarkan pencapaian
pelajar. Di antaranya ialah Susabda (1992) yang mengkaji tentang stail belajar mengikut pencapaian
awal pelajar. Hasil kajiannya mendapati pelajar cemerlang dan lemah mempunyai stail belajar yang
berbeza. Misnan (1999) dalam kajiannya untuk melihat hubungan antara stail belajar dengan
pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Arab telah menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah
(Selmes 1987). Misnan telah mengubah suai inventori tersebut kepada empat stail belajar. Keempat-
empat stail pembelajaran itu ialah stail hafalan, stail perbincangan, stail latihan dan stail
motivasi. Sampel terdiri 200 pelajar Tingkatan 4 di enam buah sekolah di negeri Perak. Dapatan kajian
mendapati stail belajar yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah stail motivasi dan stail
hafalan. Sementara pelajar lemah mengamalkan stail motivasi dan perbincangan semasa mempelajari
Bahasa Arab.

Manakala dapatan kajian oleh Norihan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan stail belajar antara
pelajar pandai, sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kesan
positif stail belajar adalah sama ke atas semua pelajar, walaupun mereka mempunyai keupayaan yang
berbeza.

Selain dalam negara, kajian stail belajar juga banyak di luar negara. Geiser-William (1999) telah
membuat kajian terhadap pelajar-pelajar pinggir bandar gred 18 Matematik. Beliau mendapati pelajar
mengamalkan learning-style-responsive dalam strategi pembelajaran Matematik telah menunjukkan
kesignifikan yang tinggi dalam pencapaian dan sikap mereka berbanding dengan pelajar yang
menggunakan stail tradisional.

Manakala Collinson 2000, Gadt-Johnson & Price 2000 dan Reid 1987 mendapati wujud hubungan yang
kuat antara stail belajar seseorang dengan pencapaian akademik. Kajian tersebut menjelaskan bahawa
pelajar yang mencapai tahap akademik tinggi cenderung kepada stail belajar secara bermotivasi kendiri,
bertanggungjawab, terarah kendiri dan menggunakan pendekatan belajar secara taktil daripada
auditori. Pelajar yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan rendah cenderung kepada stail
belajar secara berkumpulan dan memerlukan perhatian guru. Pelajar golongan ini mempunyai daya
ingatan auditori yang lemah dan lebih cenderung kepada stail belajar secara visual iaitu melalui media
gambar, lukisan, symbol, graf, komik dan kartun daripada membaca buku teks.

Lee Min Fong (2001) telah membuat kajian tehadap stail belajar murid-murid dan stail pengajaran guru
di sekolah menengah kawasan Skudai, daerah Johor Bahru. Kajian ini melibatkan 120 responden dari
dua buah sekolah di Skudai, daerah Johor Bahru. Beliau menggunakan instrument yang direka oleh Kolb
(1995) untuk mengukur stail belajar. Kajian menunjukkan bahawa, 21.5 peratus pelajar adalah dari jenis
stail pembelajaran pengalaman konkrit, 24.3 peratus pembelajaran pemerhatian reflektif, 29.9 peratus
pembelajaran pengkonsepsian abstrak dan 24.3 peratus pembelajaran pengujikajian aktif.





2.7 KAJIAN PERBEZAAN STAIL BELAJAR MURID LELAKI DAN MURID
PEREMPUAN

Stail belajar antara murid lelaki dan murid perempuan mempunyai perbezaan yang nyata. Sarimah
Abd.Razak et al. (2007) telah menjalankan kajian tentang stail belajar pelajar di Sekolah Menengah
Teknik. Walaupun semua pelajar dalam kajiannya mempunyai dan mengalami pengalaman
pembelajaran, kandungan sukatan pelajaran, persekitaran pembelajaran dan kaedah pengajaran guru
yang sama, wujud perbezaan dalam mengubah pengalaman ke dalam pengetahuan antara pelajar lelaki
dan perempuan. Pelajar lelaki adalah lebih reflektif dan mereka belajar melalui proses
penghayatan. Manakala pelajar perempuan lebih aktif dan lebih suka menyelesaikan tugas dan melihat
hasil.

Ini turut diakui oleh Magolda (1989) pada peringkat awal sosialisasi, kanak-kanak perempuan adalah
rapat dengan ibu mereka dan ini menyebabkan mereka lebih penyayang. Sejak kecil mereka telah
didedahkan dengan peranan dan tugas sebagai isteri dan ibu seperti membersih dan mengurus rumah
tangga. Pelajar lelaki pula lebih berdikari, impersonal dan ogical. Mereka lebih objektif dan berhati-hati
sebelum membuat pertimbangan dan keputusan. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan sendiri
dalam memberikan pendapat.

Vafa (2002) telah menjalankan kajian ke atas pelajar University Houston menggunakan kaedah tinjauan
secara atas talian (online) dengan menggunakan alat Productivity Environmental Preference
Survey (PEPS). Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti kecenderungan stail belajar berdasarkan
umur, jantina, tahap pengajian atau pengalaman bekerja. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
pelajar lelaki lebih cenderung untuk belajar menggunakan faktor pendengaran berbanding dengan
pelajar perempuan.

Manakala Alumran (2008) telah melakukan kajian ke atas pelajar Universiti Bahraini bagi mengenalpasti
kecenderungan stail belajar pelajar berdasarkan jantina. Hasil kajian mendapati terdapat kaitan yang
signifikan di antara stail belajar berdasarkan jantina. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada stail
pembelajaran intuitif iaitu bersifat abstrak, inovatif serta berorentasikan teori dan makna yang
tersirat. Manakala pelajar perempuan pula lebih menggemarkan pembelajaran secara sensor iaitu
bersifat konkrit, praktikal serta berorientasikan fakta dan procedural.

Berdasarkan kajian Zalizan Mohd Jelas et al.(2006) terhadap stail belajar pelajar lelaki dan perempuan
menunjukkaan bahawa pelajar perempuan lebih mengamalkan stail belajar yang bersifat abstract,
sequential dan concrete sequential. Oleh itu besarnya bilangan guru perempuan dan stail pengajaran
mereka yang komplemen dengan stail belajar pelajar perempuan menyebabkan pelajar perempuan
memperolehi kelebihan secara kebetulan. Ini menyebabkan pelajar lelaki mengalami diskriminasi yang
tidak disengajakan. Justeru itu guru perlu sedar tentang stail belajar antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya lebih sesuai
dengan stail belajar pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Kajian yang dijalankan oleh Sadler-Smith (1996) menunjukkan terdapat perbezaan dalam stail belajar
murid lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan jantina, umur dan program
belajar dalam pendekatan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Revised
Approaches to Studying Inventory (RASI). Hasil kajian ini mendapati pelajar lelaki mengamalkan stail
mendalam berbanding pelajar perempuan yang lebih suka kepada gaya pembelajaran permukaan.

Trayer (1991) menunjukkan faktor jantina dan etnik mempengaruhi stail belajar pelajar. Beliau
mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai etnik mempunyai stail belajar yang
berbeza.

Kajian tentang stail belajar dengan jantina juga telah dijalankan oleh Watson (1997) terhadap 147 orang
pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stail belajar mengikut
jantina. Pelajar lelaki dan perempuan sama-sama cenderung kepada stail belajar konkrit dan kombinasi
stail belajar konkrit dan abstrak.
Berdasarkan kajian Tan Lay Guat (2006) menggunakan Model Stail Belajar Selmes, dapatan kajian
inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara stail belajar lelaki dan
perempuan bagi semua jenis stail kecuali stail gigihusaha. Didapati pelajar perempuan lebih
mengamalkan stail gigihusaha daripada pelajar lelaki. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan
min yang signifikan antara stail belajar pelajar Melayu dan pelajar Cina bagi semua stail belajar kecuali
stail gigihusaha. Didapati secara keseluruhan pelajar Melayu lebih cenderung mengamalkan stail
dorongan, stail permukaan dan stail mendalam berbanding pelajar Cina. Akan tetapi pelajar Cina lebih
cenderung mengamalkan stail terancang daripada pelajar Melayu.

2.8 KAJIAN STAIL BELAJAR DAN STATUS SOSIO EKONOMI MURID

Menurut Coral, 1985 dalam Abd. Razak Ahmad, 1999 mendapati faktor-faktor persekitaran yang lebih
baik dan lengkap serta tahap sosio ekonomi yang lebih tinggi berupaya mengekalkan pencapaian para
pelajar dalam akademik.

Terdapat pelajar yang berada atau berkemampuan dari segi kewangan, tetapi tidak minat belajar
dan kadangkala kita dapati pelajar yang hidup susah atau sederhana lebih cemerlang. Ini kerana pelajar
yang sederhana dari segi ekonominya, mempunyai kesedaran di dalam diri mereka sendiri. Situasi ini
menunjukkan walaupun ibu bapa tersebut mempunyai harta yang banyak, tetapi ia tidak menjamin
kejayaan dalam mendidik anak dengan baik.

Dunn (1979) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategi menyatakan bahawa kajian yang
dilakukan semenjak abad yang lalu menunjukan bahawa stail belajar seseorang adalah berbeza diantara
satu sama lain tanpa mengira umur, status sosio-ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut
berubah apabila kanak-kanak membesar dan semakin matang, manakala sesetengah sifat kanak-kanak
itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang membawa kesan kepada
pencapaian akademik kanak-kanak tersebut seperti yang dikatakan oleh Dunn ( 1984 ) dalam Azizi Hj.
Yahaya et. al ( 2003 ).

Berdasarkan kajian Kara N. Swindell, B.S. 2009 menyatakan bahawa faktor sosio ekonomi sememangnya
mempengaruhi stail belajar murid. Mereka mendapati bahawa murid yang berstatus sosio ekonomi
sederhana menggemari stail belajar secara visual manakala murid yang berstatus sosio ekonomi rendah
meminati stail belajar secara taktail.

Berdasarkan kajian Mohamad Zailani (2001) yang meninjau aspek-aspek kecenderungan stail belajar
guru pelatih tahun dua maktab-maktab perguruan di Sarawak menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
aspek kecenderungan stail belajar yang signifikan antara guru pelatih mengikut jantina ialah risiko verbal
dan kecenderungan kepada cahaya. Mengikut kaum ialah risiko verbal, kecenderungan masa belajar
pagi, malam dan kecenderungan kepada bunyi. Mengikut status sosio-ekonomi ialah kesungguhan
belajar dan kecenderungan kepada bunyi. Guru pelatih dari status sosio-ekonomi rendah
berkecenderungan lebih kepada stail belajar kesungguhan berbanding dengan guru pelatih daripada
status sosioekonomi tinggi. Guru Pelatih dalam kalangan status sioekonomi sederhana lebih cenderung
kepada bunyi semasa belajar berbanding dengan guru pelatih dari status sosioekonomi tinggi. Implikasi
kajiannya menunjukkan bahawa latar belakang guru pelatih termasuk jantina, kaum dan status
sosioekonomi mempengaruhi aspek-aspek kecenderungan stail belajar tertentu.

Kajian Swift (1969) tentang stail belajar murid-murid mendapati bahawa murid-murid yang
mengamalkan cara belajar yang baik, menghasilkan kerja sekolah yang memuaskan dan memperoleh
pencapaian akademik yang memberangsangkan merupakan kumpulan pelajar yang datang daripada
kelas pertengahan. Manakala menurut Biggs (1993) mendapati faktor-faktor etnik, latar belakang
keluarga dan status sosio-ekonomi mempengaruhi pendekatan pembelajaran murid-murid. Murid-
murid yang datang dari latar belakang keluarga berada secara tidak langsung akan mempengaruhi cara
murid itu berfikir dan seterusnya membentuk sahsiah individu ke arah introverts.


2.9 KESIMPULAN

Stail belajar dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan pendidikan menjadi peka kepada
perbezaan-perbezaan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas. Justeru itu perubahan ke arah
yang lebih baik perlu berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia agar ia dapat menghasilkan satu
produktiviti yang akan membantu keunggulan negara. Guru pelu menyediakan situasi pembelajaran
yang memberangsangkan dengan cara menggalakkan penglibatan pelajar, perbincangan dalam
kumpulan, sumbangsaran, sesi soal jawab dan lain-lain. Tujuan mempelbagaikan stail pengajaran ini
adalah untuk memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai stail belajar. Ini akan memberi
manfaat kepada pelajar bukan sahaja dalam tempoh jangka pendek di dalam kelas tetapi untuk masa
hadapan mereka.



















BAB 3
KAEDAH KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan
keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Antara aspek-aspek yang dibincangkan ialah rekabentuk
kajian, populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, tatacara pemerolehan data,
tatacara penganalisisan data dan rumusan.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kaedah kajian ini adalah berupa kaedah kajian tinjauan. Menurut Mohd Najib (2003), kaedah tinjauan
adalah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas lalu melalui sekali
kutipan data yang selalunya melalui soal selidik. Menurut Mohd. Majid Konting (1994), soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan
sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar dan dapat
mengukur ciri-ciri atau pembolehubah yang hendak diukur. Arahan dan soalan yang diberikan dalam
soal selidik dalam sesuatu kajian adalah piawai dan serupa kepada semua sampel yang dikaji. Soal
selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas sampel kajian terhadap rangsangan
soalan yang diberi. Gerak balas atau jawapan yang diberi oleh sampel kajian tidak dipengaruhi oleh
personaliti dan tingkah laku, dan cara penyelidikan penyelidik kerana penyelidik tidak hadir sama
semasa sesi menjawab soal selidik dijalankan. Alat penyelidikan ini telah diuji kesahan dan
kebolehpercayaannya terlebih dahulu dalam kajian rintis bertujuan untuk memastikan alat penyelidikan
ini adalah sesuai digunakan dalam kajian ini.

Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar adalah stail belajar murid-murid sekolah rendah.
Terdapat 22 elemen stail belajar yang dikaji oleh Dunn dan Dunn (1993). Inventori Stail Belajar LSI
digunakan. Sebanyak 104 soalan yang dikemukakan.

Hipotesis Ho1 dijawab dengan ujian deskriptif menggunakan min, mod dan sisihan piawai untuk melihat
stail belajar yang diamalkan oleh murid-murid sekolah rendah di negeri Melaka. Hipotesis Ho2 pula diuji
dengan MANOVA bertujuan untuk menentukan kesignifikan perbezaan stail belajar murid-murid sekolah
rendah berdasarkan jantina, sosioekonomi, lokasi dan pencapaian. Manakala hipotesis Ho3 pula diuji
dengan ujian pekali korelasi Pearsons (r) untuk menentukan kesignifikan perbezaan hubungan faktor
latar belakang dan stail belajar ke atas pencapaian pelajar.

Terdapat dua jenis soalselidik untuk mendapatkan data maklumat tentang profil. Stail belajar dan
pencapaian akademik murid. Kaedah penghasilan data dalam kajian dibuat mengikut proses seperti di
dalam Rajah 1.2
















RAJAH 1.2 Kaedah Penghasilan Data
3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN


Pengumpulan data












Menurut Wiersma (1995) bilangan sampel yang dikaji perlu memenuhi garis panduan minimum
responden yang diperlukan dalam sesuatu kajian. Terdapat empat kriteria yang perlu dipenuhi dalam
pemilihan sampel iaitu i) memenuhi matlamat kajian, ii) boleh diukur, iii) praktikal dan iv) menjimatkan
masa dan kos. Sekiranya populasi yang dikaji adalah besar, sampel yang dipilih haruslah mewakili
populasi. Menurut Gay (1996) jumlah minimum responden bagi sesuatu kajian bergantung kepada jenis
kajian yang dijalankan, semakin besar sesuatu populasi semakin kecil peratus sampel yang
diperlukan. Contoh, populasi adalah 1500 maka sampel 20% adalah memadai dan sekiranya melebihi
satu tahap (N=5000) saiz sampel seramai 400 responden sudah memadai.

Krejcie dan Morgan (1970) menyatakan bahawa jadual penentuan saiz sampel berdasarkan kepada
formula yang telah dirangka oleh United States Office of Education. Krejcie dan Morgan merangka
jadual bagi menentukan saiz sampel yang perlu dikaji berdasarkan kepada populasi contohnya bagi
populasi 2000 saiz sampel yang diperlukan adalah 322 responden manakala bagi populasi 10 000 saiz
sampel adalah 370. Manakala Roscoe (1995) telah menyatakan dalam kebanyakan penyelidikan, saiz
sampel yang dicadangkan adalah berada dalam lingkungan 30 hingga 500. Saiz sampel yang terlalu
besar iaitu melebihi 500 boleh menyebabkan berlakunya kesilapan mentafsir kajian.

3.3.1 Populasi Kajian

Populasi merupakan satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas
sekumpulan individu atau objek. Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 daripada 3
buah sekolah kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar di negeri Melaka.




3.3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 daripada 3 buah sekolah kategori bandar, pinggir
bandar dan luar bandar di negeri Melaka. Kajian ini tidak memerlukan sebarang kaedah persampelan
kerana keseluruhan populasi telah diambil sebagai sampel kajian.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik yang bertujuan untuk
mengukur pembolehubah-pembolehubah kajian. Menurut Sheatley dalam Syed Arabi 1998 memberi
penerangan bahawa soal selidik yang baik seharusnya boleh mencapai tujuan kajian dengan
perbelanjaan yang sederhana. Tujuan soal selidik ialah untuk mendapatkan data daripada sampel
kajian. Manakala menurut Wei Chooi Yi (2009) soal selidik digunakan dalam kajian kerana dapat
menjimatkan masa dan membolehkan responden menjawab soalan soal selidik tanpa bimbingan dan
intervensi secara langsung daripada penyelidik.

Instrumen atau inventori yang digunakan dalam kajian ini adalah Soal Selidik Latar Belakang Pelajar dan
Inventori Stail Pembelajaran (LSI-BM).

3.4.1 Soal Selidik Latar Belakang Pelajar

Soal selidik latar belakang pelajar terdiri daripada soalan berkaitan dengan latar belakang murid. Item
yang dikemukakan merangkumi umur, tahun pengajian, jantina, pekerjaan ibu bapa, pendapatan
keluarga, bilangan ahli keluarga, keputusan peperiksaan pertengahan tahun serta keputusan
UPSR. Murid-murid mengambil masa dua puluh minit menjawab soal selidik ini. Bagi memastikan
kesahan maklumat akademik yang dikemukakan, maklumat akademik terperinci pelajar telah
dikemukakan oleh pihak Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
3.4.2 Inventori Stail Pembelajaran (LSI)

Inventori Stail Pembelajaran (Learning Style Inventory) telah dibina oleh Dunn, Dunn dan Price (2002)
bagi mengenal pasti stail belajar pelajar. Ia adalah satu instrumen yang berupaya membuat penilaian
diagnostik ke atas stail pembelajaran pelajar. Instrumen ini digunakan untuk mengenal pasti keadaan
yang paling sesuai untuk individu mempelajari, menumpu perhatian, dan memahami sesuatu yang baru
dan mencabar. Inventori ini mengenal pasti elemen-elemen yang penting yang merangsang
pembelajaran dengan menilai pilihan utama individu daripada segi keadaan persekitaran, keadaan
emosi, sosial, fizikal dan psikologi. Inventori ini membolehkan pelajar mengenal pasti cara yang terbaik
untuk belajar dengan mengambil kira tahap respons pelajar yang paling konsisten berdasar kepada
faktor analisis.

Soal selidik ini menggunakan skala Likert lima mata untuk mengukur kecenderungan stail pembelajaran
murid-murid dengan menilai lima rangsangan utama yang terdiri daripada 22 subskala atau
elemen. Inventori ini mengambil masa antara 30 hingga 40 minit untuk ditadbirkan.

Menurut Noorzalina Mohd Noor (2007) profil stail belajar yang dihasilkan akan membekalkan maklumat
skor mentah serta skor piawai. Skala skor piawai adalah antara 20 hingga 80 dengan min 50 dan sisihan
piawai 10. Skor piawai ini ditentukan berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ke atas 500 000
pelajar yang telah mengambil inventori LSI. Individu yang mempunyai skor 60 ke atas mempunyai
kecenderungan yang tinggi terhadap elemen stail belajar tersebut manakala individu yang mempunyai
skor 40 ke bawah mempunyai kecenderungan yang rendah terhadap stail belajar tersebut kecuali bagi
elemen belajar dengan rakan sebaya atau bersendirian dan elemen pagi atau malam yang berada pada
satu kontinuiti. Individu yang mempunyai skor antara 40 hingga 60 tidak mempunyai kecenderungan
yang spesifik. Stail belajar mereka bergantung kepada keadaan serta perkara yang sedang
dipelajari. Stail belajar individu tidak dipengaruhi oleh kesemua 22 elemen. Majoriti individu yang dikaji
mempunyai kecenderungan terhadap enam atau lapan elemen sahaja.
3.4.2.1 Rangsangan dan Elemen Stail Pembelajaran

Berikut merupakan subskala yang mengukur Inventori Stail Pembelajaran yang dibahagikan kepada
rangsangan persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi:

a) Rangsangan persekitaran terdiri daripada elemen bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk bilik.
o Elemen bunyi merujuk kepada persekitaran yang sunyi berbanding dengan bunyi
persekitran. Terdapat pelajar yang memerlukan keadaan persekitaran yang sunyi ketika belajar
berbanding dengan pelajar yang boleh belajar dalam keadaan persekitaran yang ada interaksi
perbualan, muzik serta bunyi radio atau televisyen.
o Elemen cahaya merujuk kepada sinar cahaya yang terang atau sederhana
terang/malap. Terdapat pelajar yang belajar dengan lebih baik dalam persekitaran cahaya
terang seperti di bawah cahaya lampu atau berhampiran dengan tingkap. Di sebaliknya
terdapat juga pelajar yang gemar belajar di bawah cahaya lampu yang malap berjauhan
daripada cahaya jendela atau redup dilindungi pokok.
o Elemen suhu merujuk kepada persekitaran yang sederhana panas atau sejuk. Kebanyakan
pelajar tidak dapat berfikir dengan baik dalam keadaan persekitaran yang panas manakala ada
yang kurang selesa dalam persekitaran yang sejuk.
o Elemen reka bentuk merujuk kepada kecenderungan belajar dalam persekitaran pembelajaran
yang tidak formal atau formal. Terdapat pelajar yang dapat belajar dengan baik dalam bilik yang
mempunyai reka bentuk formal dengan susunan kerusi meja yang rapi seperti di bilik darjah
atau perpustakaan. Terdapat juga pelajar yang belajar dengan lebih baik dalam persekitaran
yang tidak formal sama ada atas sofa, kusyen, lantai, katil atau permaidani.

b) Rangsangan emosi terdiri daripada elemen motivasi kendiri, motivasi ibu bapa, motivasi guru,
kecekalan, tanggungjawab dan struktur.
o Elemen motivasi kendiri merujuk kepada motivasi atau keinginan pelajar berjaya dengan
cemerlang untuk kepuasan diri. Pelajar yang mempunyai motivasi kendiri yang tinggi
mempunyai objektif pencapaian dan corak pembelajaran yang sistematik serta kemahuan yang
tinggi untuk berjaya. Pelajar yang mempunyai motivasi kendiri yang rendah perlu sentiasa
mendapat rangsangan, maklum balas dan pengawasan daripada ibu bapa dan guru.
o Elemen motivasi ibu bapa merujuk kepada kecenderungan pelajar untuk belajar dengan
cemerlang dengan motivasi serta sokongan daripada ibu bapa atau ahli keluarga.
o Elemen motivasi guru merujuk kepada individu atau pelajar yang melaksanakan tugasan dengan
baik dalam usaha mendapat penghargaan atau pujian daripada guru mereka.
o Elemen kecekalan merujuk kepada tahap kecekalan pelajar sama ada tinggi atau rendah. Pelajar
yang mempunyai kecekalan yang tinggi adalah pelajar yang mempunyai ketekalan melaksanakan
atau menyempurnakan sesuatu tugasan sebelum memulakan tugasan lain berbanding dengan
pelajar yang dapat melaksanakan beberapa tugasan dalam tempoh masa yang sama.
o Elemen bertanggungjawab atau akur melibatkan pelajar yang mempunyai komitmen serta
bertanggungjawab melaksanakan sesuatu tugasan sebaik mungkin. Pelajar yang rendah dalam
elemen ini adalah pelajar yang tidak melakukan sesuatu hanya disebabkan oleh arahan
seseorang.
o Elemen struktur merujuk kepada kecenderungan pelajar mendapat arahan atau penerangan
yang spesifik sebelum memulakan sesuatu tugasan berbanding dengan pelajar yang lebih
cenderung diberi kebebasan melaksanakan tugas mengikut cara mereka tersendiri.

c) Rangsangan Sosial merujuk kepada elemen belajar bersendirian, dengan rakan sebaya, kehadiran
orang dewasa atau pelbagai cara.
o Elemen belajar bersendirian atau dengan rakan sebaya merujuk kepada kecenderungan pelajar
yang gemar belajar bersendirian berbanding dengan pelajar yang gemar belajar, berbincang dan
berinteraksi dengan rakan sebaya.
o Elemen belajar dengan kehadiran orang dewasa atau berwibawa merujuk kepada pelajar yang
belajar dengan lebih baik jika terdapat orang dewasa atau berwibawa. Pelajar dengan stail
pembelajaran ini perlu sentiasa diberi motivasi serta dipantau tugasan-tugasan yang diberi
berbanding dengan pelajar yang mampu belajar bersendirian atau dengan rakan sebaya.
o Elemen belajar dengan pelbagai cara merujuk kepada keupayaan pelajar belajar bersendirian,
dengan rakan sebaya atau dengan orang yang lebih berwibawa bergantung kepada keadaan.

d) Rangsangan fisiologi merujuk kepada elemen persepsi terdiri daripada auditori, visual, taktual dan
kinestetik serta elemen pengambilan makanan, waktu belajar dan mobiliti.
o Elemen kecenderungan auditori merujuk kepada individu yang belajar dengan lebih baik bila
arahan atau penerangan diberi secara lisan seperti syarahan, perbincangan dan rakaman
o Elemen kecenderungan visual merujuk kepada kecenderungan pelajar belajar dengan lebih baik
sekiranya mereka membaca, melihat atau memerhatikan sesuatu. Pelajar yang cenderung
dalam stail pembelajaran ini berupaya memejamkan mata mereka dan membayangkan sesuatu
yang telah dibaca atau dilihat.
o Elemen kecenderungan taktual atau sentuhan merujuk kepada pelajar yang perlu menggunakan
pergerakan tangan ketika belajar seperti menulis nota, menggaris buku atau memanipulasikan
objek ketika belajar.
o Elemen kinestetik merujuk kepada kecenderungan pelajar menggerakkan badan atau
memerlukan interaksi dengan keadaan persekitaran untuk menghayati atau memahami sesutau
yang dipelajari. Pelajar yang cenderung kepada stail pembelajaran ini belajar dengan lebih baik
jika mereka dapat berinteraksi bersama dalam proses pembelajaran seperti berlakon, membina
model, menemuramah atau melawat tempat yang dipelajari.
o Elemen pengambilan makanan merujuk kepada kecenderungan pelajar yang mengambil
makanan atau minuman semasa belajar berbanding dengan pelajar yang tidak mengambil
sebarang makanan sehingga selesai belajar.
o Elemen belajar pada awal pagi atau malam merujuk kepada waktu yang paling sesuai untuk
belajar sama ada belajar pada awal pagi atau malam selepas waktu senja
o Elemen belajar di waktu lewat pagi merujuk kepada kecenderungan pelajar belajar di sekitar
10.00 pagi
o Elemen belajar di waktu petang merujuk kepada kecenderungan pelajar belajar di waktu petang.
o Elemen mobiliti merujuk kepada keupayaan pelajar duduk setempat ketika belajar atau perlu
sentiasa bergerak

e) Rangsangan psikologi merujuk kepada gabungan antara elemen di atas yang menentukan sama
ada seseorang pelajar itu global atau analitis, mempunyai pemikiran hemisfera otak kanan atau otak kiri,
serta bertindak secara refleksi atau impulsif.
o Elemen yang terlibat dalam pemikiran global adalah elemen persekitaran yang ada bunyi,
cahaya yang malap serta reka bentuk yang tidak formal. Selain daripada itu pelajar global tidak
mempunyai tahap kecekalan yang tinggi, gemar belajar dengan rakan sebaya serta perlu kepada
pengambilan makan dan minuman. Pelajar global lebih kepada hemisfera otak kanan serta
impulsif.
o Elemen yang terlibat dalam pemikiran analitis adalah elemen persekitaran yang senyap, perlu
cahaya bilik yang terang serta reka bentuk bilik yang formal. Pelajar analitis juga mempunyai
tahap kecekalan yang tinggi. Pelajar analitis lebih kepada hemisfera otak kiri serta refleksi.




3.4.3.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan Inventori Stail Pembelajaran LSI

Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan LSI mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan muka,
kontruk dan prediktif yang tinggi jika dibandingkan dengan instrumen lain yang mengukur stail
pembelajaran (Debello 1990, Miller & Edgar 1994). Kajian yang dijalankan oleh Dunn dan Dunn (1997)
ke atas 817 pelajar gred lima hingga dua belas menunjukkan kebolehpercayaan melebihi 0.6 bagi 21
daripada 22 elemen stail pembelajaran. Elemen yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah
adalah elemen belajar pada lewat pagi dengan nilai 0.56. Kajian yang dijalankan ke atas 336 pelajar gred
lima hingga dua belas di Kanada (Dunn dan Dunn 1997) menunjukkan kebolehpercayaan melebihi 0.6
bagi 18 daripada 22 elemen yang dikaji.

Kajian yang telah dijalankan ke atas 853 pelajar bagi LSI Bahasa Malaysia (Dunn et al. 2002)
menunjukkan kebolehpercayaan yang diperolehi melebihi 0.6 bagi 20 daripada 22 elemen kecuali
elemen motivasi kendiri yang mempunyai nilai 0.54 dan motivasi ibu bapa dengan nilai 0.58. Bagi
meningkatkan lagi tahap kebolehpercayaan instrumen ini, Price dan Dunn (1997) melaksanakan
penelitian nilai ralat piawai pengukuran (standard error of measurement). Berdasarkan kepada
penelitian nilai ralat piawai pengukuran, Price dan Dunn mendapati bahawa alat ukur ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi memandangkan nilai ralat piawai pengukuran untuk kajian ini adalah kecil
iaitu antara 0.68 hingga 2.03 bagi alat ukur yang mempunyai 104 item.
3.5 KAJIAN RINTIS
Kajian rintis dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang
digunakan oleh pengkaji. Kajian rintis yang dijalankan ini dapat menentukan ketepatan dan ketekalan
item-item yang dibina dalam soal selidik. Fraenkel dan Wallen (1996) telah mendefinisikan kajian rintis
sebagai satu cubaan kajian yang dibuat secara kecilan yang bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan
alat dan tatacara kajian. Manakala menurut Wiersma (1995) tujuan kajian rintis dijalankan untuk
mewujudkan peluang mengenalpasti kelemahan bahasa yang digunakan dalam soal selidik dan juga
untuk memperolehi maklumat tentang kemungkinan corak dapatan kajian. Kumpulan sampel yang
dipilih untuk kajian rintis tidak semestinya di pilih secara rawak tetapi sampel tersebut perlulah
mempunyai kesamaan ciri-ciri berlandaskan pembolehubah-pembolehubah kajian agar mencapai tahap
kepercayaan dan kesahan yang tinggi.
Satu kajian rintis dilaksanakan oleh pengkaji ke atas 30 orang murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan
Jasin, Melaka. Data yang diperolehi daripada kajian rintis dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS
Window Versi 17 untuk menguji kebolehpercayaan instrumen.
Menurut Mohd Majid (1994), nilai Cronbach Alfa alat kajian yang menghampiri 1 bermakna
kebolehpercayaan adalah tinggi, baik dan berkesan. Sekiranya kurang daripada 0.6 bermakna
kebolehpercayaannya adalah rendah. Jika nilai Cronbach Alfa berada di antara 0.6 hingga 0.7 masih
boleh diterima dan sekiranya melebihi 0.8 boleh dianggap sangat baik.
3.6 TATACARA PEMEROLEHAN DATA

Sebelum soal selidik dijalankan, pengkaji akan memohon kelulusan dan kebenaran untuk melaksanakan
kajian daripada Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pengkaji akan memohon
kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk menjalankan kajian.

Jika kedua-dua telah bersetuju dan memberi kelulusan maka pengkaji akan memohon kebenaran
daripada pihak sekolah untuk menjalankan kajian.




3.7 TATACARA PENGANALISAN DATA
Pengkaji mengumpulkan semua data kuantitatif daripada soal selidik dan menganalisisnya dengan
program Statistical Package for The Sosial Science (SPSS) 17.0. Analisis dibuat secara statistik deskriptif
dan inferensi. Mengikut Majid (2004) statistik deskriptif
3.7.1 Statistik Deskriptif
Statistik deskriptif adalah kaedah statistik yang digunakan untuk meringkaskan, merumus,
mempersembahkan data yang diperoleh agar data itu dapat memberi maklumat yang
bermakna. Analisis deskriptif akan digunakan untuk mengenal pasti stail belajar yang diamalkan oleh
murid-murid sekolah rendah di negeri Melaka. Setiap item dianalisis menggunakan data deskriptif
dalam bentuk min dan sisihan piawai.
3.7.2 Statistik Inferensi

Statistik inferensi yang digunakan ialah MANOVA dan Ujian Korelasi Pearson. MANOVA digunakan
untuk melihat perbezaan stail belajar murid-murid sekolah rendah berdasarkan jantina, sosioekonomi,
lokasi sekolah dan pencapaian. Manakala Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan
antara faktor latar belakang sosioekonomi dan stail belajar ke atas pencapaian murid.

Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur dan menilai hubungan antara dua atau lebih
pemboleh ubah selanjar atau linear. Nilai pekali korelasi ini antara -1 hingga +1 menunjukkan tiga
kemungkinan hubungan, iaitu hubungan positif (+), hubungan negatif (-) atau tiada hubungan
(r=0). Tanda (+) atau tanda (-) masing-masing menjelaskan arah hubungan yang positif atau negatif,
manakala nilai mutlaknya pula menjelaskan kekuatan hubungan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.2

Bagaimanapun, pekali korelasi Pearson tidak boleh digunakan untuk membuat inferens tentang sebab
dan akibat (Alias Baba 1997). Dalam kajian ini pekali korelasi Pearson digunakan untuk menjelaskan
arah dan kekuatan hubungan antara faktor latar belakang sosioekonomi dan stail belajar ke atas
pencapaian pelajar.

JADUAL 1.2 Hubungan kekuatan Pekali Korelasi
Pekali Korelasi Kekuatan
0.70 1.00
0.30 0.69
0.00 0.29
Kuat
Sederhana
Tiada ke Lemah
3.8 KESIMPULAN
Bab ini telah menerangkan secara menyeluruh tentang kaedah kajian yang digunakan oleh penyelidik
untuk menjalankan kajian seperti reka bentuk kajian, populasi dan sample kajian, instrumen, prosedur
kajian dan tatacara penganalisan data. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji stail belajar murid-murid
sekolah rendah pelbagai pencapaian di Negeri Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan
instrumen borang soal selidik berdasarkan Inventori Stail Belajar LSI. Dapatan kajian ini dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS window versi 17.0.







RUJUKAN


Abd. Aziz Ismail. 2001. Kajian gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian subjek
Geografi di sekolah-sekolah menengah. Fakulti Pendidikan. UKM.

Abdul Razak Ahmad. 1999. Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
mata pelajaran sejarah daripada segi jantina, etnik dan lokasi sekolah. Fakulti
Pendidikan.UKM

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Ed. Ke-2.
Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alumran, J.I.A. 2008. Learning Styles, teaching styles in relation to gender, field of study
and academic achievement for Bahraini University Students. Individual
differences research. 6 (2): 303-316

Atkins, H.,Moore, D., Sharpe, S. dan Hobbs, D. (2001). Learning style theory and
computer mediated communication. Ed Media. Tampere: Finland.

Azizi Hj.Yahaya. Shareeza Abdul Karim dan Noordin Yahaya. 2003. Hubungan gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar di Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Teknik Negeri Sembilan. National Seminar Memperkasakan Sistem
Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johor Bahru.

Biggs, J.B.1993. What do inventories of students learning process really measure? A
practical review and clarification. British Journal of Educational Psychology
63:3-19

Chua Leong Chee. 2002. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
akademik guru-guru pelatih semester tiga maktab Perguruan Sarawak, Miri.
Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. UKM

Claxton, C.S. dan Murell, P.H. (1988). Learning Style. ERIC Digest. Washington DC:
ERIC Clearinghouse on Higher Education. (ED 301-143).

Conllison, E. 2000. A survey of elementary students learning style preferences and
academic success. Contemporary Education (71): 42-47.

De Bello, 7.1990. Comparison of eleven major learning styles models: variables,
appropriate populations, validity of instrumentation and the research behind
them. Journal of reading, writing and learning. Disabilities International 6(3),
203-222

Dunn, R. 1993. The learning styles of gifted adolescents in nine culturally diverse
nations. International Education 20(64) : 4-6

Dunn, R., & Dunn, K. 1993. Teaching secondary students through their individual
learning styles: practical approaches for grades 7-12, MA: Allyn and Bacon.

Dunn, R., & Dunn, K., & Price, G.E. 2002. Learning Style Inventory. Lawrence, KS:
Price Systems

Dunn, R. & Dunn, K. 1980. What is your childs learning style? The newletter of
parenting. 3(1):4-58.

Dunn, R. dan Dunn, K.(1992). Teaching Elementary Students Through Their Individual
Learning Styles- A Practical Approach for Grades 3-6. Boston : Allyn and Bacon

Entwistle, E. 1981. Styles of learning and teaching: an integrated outline of educational
psychology for students, teachers and lecturers. New York: John Wiley & Sons.

Felder, R.M. & Silverman, L.K. 1988. Learning style and teaching style in engineering
education. Engineering Education 78: 674-681

Fraenkel, J.R & Wallen, N.E. 1996. How to design and evaluate research in education.
Third Edition. New York : Mc Graw Hill

Garger, S. dan Guild,P. (1984). Learning Style: The Crucial Differences. Curiculum
Review, 23(1), 9-12

Gadt-Johnson, C.D. & Price, G.E. 2000. Comparing students with high and low
preferences for tactile learning. Education (120): 581-586.

Gay, L.R. 1996. Educational research: competencies for analysis and application. Ed. Ke
New Jersey: Prentice Hall Inc.

Geiser William F. 1999. Effects of learning style responsive versus traditional study
strategies on achievement, study and attitudes of suburban eight grade Mathematics students. Research
in Middle Level Education Quarterly 22: 19-41

Hamden Ghani. 2002. Perkaitan antara kecerdasan pelbagai, gaya pembelajaran dan
pencapaian Matematik di kalangan pelajar tingkatan empat. Projek Sarjana.
Bangi : UKM

Hamzan Omar. 2006. Perkaitan stail berfikir dan stail belajar dengan pencapaian dan
daya saing pelajar MRSM. Tesis.UKM

Haynes, M.E.(1989). Make Every Minute Count, How To Manage Your Time
Effectively. London: Crisp Publication

Joyce, B. & Weil, M.1980. Models of Teaching. Ed. Ke-2. New Jersey : Prentice-Hall,
Inc.

Kara N.Swindell, B.S .2009. Differences in the middle school classroom: Examining
learning styles and learning environments of boys and girls from different socioeconomic backgrounds.
Thesis. University of Texas at Dallas.

Keefe, K.W.1989. Learning style profile handbook: Accomodaling perceptual study and
instructional preferences. Reston: National Association of Secondary School
Principals.

Krejcie, R.V. & Morgan D.W. 1970. Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement 30: 607-610

Kolb, D.A. 1984. Experiental learning experience as a source of learning and
development. Next Jersey: Prentice Hall, Inc.

Kolb, D.A. 1985. The Learning Style Inventory. Boston, MA : McBer and Co.

Kundayis Labeh. 2005. Hubungan antara stail pembelajaran dengan pencapaian
akademik dan motivasi pencapaian di kalangan pelajar Maktab Perguruan
Keningau Sabah. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. UKM .

Lee Min Foong. 2001. Hubungan pola gaya pembelajaran pelajar dan gaya pengajaran
guru di kalangan pelajar dan guru sekolah menengah akademik Daerah Johor
Bahru : satu kajian kes. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Pendidikan. UTM.

Magolda, M.B.B (1989). Gender differences in cognitive development: An analysis of
cognitive complexity and learning styles. Journal of College Student
Development, 30, 213-220.

Misnan Jemali. 1999. Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Bahasa
Arab Komunikasi Sekolah Menengah Rendah di negeri Perak. Projek Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Mohd Noor Badlilshah. 2007. Gaya pembelajaran : Satu kajian deskriptif terhadap
pelajar Kolej Matrikulasi Perak. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu
Pendidikan Negara Ketiga, hlm. 25-30

Mohd Safarin Nordin, Kalalularifin Subari dan Mohd Nazari Mohd. 2005. Gaya
pembelajaran pelajar cemerlang: Kajian Kes di Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Seminar Pendidikan. JPPG.
.
Mohamad Zailani Jaya. 2001. Kecenderungan gaya pembelajaran guru pelatih tahun
dua maktab-maktab perguruan di Sarawak. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. 2001. Psikologi Pendidikan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Nazamuddin Alias. 2005. Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan
Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. Jurnal Pendidikan MPBL. Jilid 6

Noorzalina Mohd Noor. 2007. Kajian Profil Kecerdasan Pelbagai dan Gaya
Pembelajaran Pelajar Maktab Rendah Sains Mara. Tesis Dr. Falsafah. UKM

Norihan Abu Hassan. 2001. Perkaitan antara pencapaian awal, kaedah pengajaran,
gaya pembelajaran dan kesukaran subjek terhadap pencapaian matematik di
kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Norlia Abdul Aziz. 2001. Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Selangor.

Raven, M.R.(1993). A comparison of learning styles, teaching styles, and personality
styles of preservice Montana and Ohio agriculture teachers. Journal of
Agricultural Education, 34,40-50

Reid, J.M. 1987. The learning styles preferences of ESL Students. TESOL Quarterly 21:
1-5.

Roscoe, J.T. 1995. Faundamental research statistic for the behavioral science. Ed. Ke-2.
New York: Holt, Rinehart and Winston.

Ruslin Amir. 2007. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran pensyarah dan
pelajar UKM. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan UKM

Sadler-Smith, E. 1996. Approaches to studying: Age, gender and academic
performance. Educational Studies 22 (3): 367 379.

Sarimah Abd.Razak, Ramlah Hamzah, Rosini Abu dan Zakaria Kasa. 2008. Gaya
Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Teknik. Pertanika Jurnal Soc.Sci &
Hum. 16(2): 225-237

Selmes.I.P.1987. Improving study skills: Changing perspective in education. Great
Britain: Hodder and Stoughton Ltd.

Sepiah @ Nik Yassin Hj. Nik Zain. 1981. Faktor yang mempengaruhi murid-murid untuk
belajar dengan tekun dan memimpin: satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia

Shahabuddin Hashim dan Dr. Rohizani Yaakub. 2003. Psikologi Pembelajaran dan
Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Shaughnessy, Michael., F. 1998. An interview with Rita Dum about learning styles
Clearing House 71(3)

Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan. 1990. Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti

Susabda. E.1992. The relationship between matched/mismatched students learning
styles to faculty teaching style and academic performance in Christian secondary
school in Southern California Talbot school of Theology. Biola University.
Dissertation Abstracts International 53 (11): 3854A
Swift, D.F.1969. The sosiology of education: introductory analytical perspective. New
York: Humanities Press

Syed Arabi b. Idid. 1993. Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia

Trayer M. 1991.Learning styles differences: Gifted vs regular language students. Foreign
Language Annals 24:419-425

Vafa, S. 2002. Learning style preferences among online university students. Dalam
Crawford et al.(pnyt.). Proceedings of society from information technology and
teacher education International Conference, hlmn 736-739

Watson. S.A. 1997. Learning style preferences: A comparison of traditional and
nontraditional interior design students. Disertasi Education Doctor. University of
Arkansas. Dissertation Abstracts International 59 (01): 2999A.

Weng, Chih-Yi. 2001. The relationship between learning style preferences and teaching
style preferences and teaching style preferences in college student. PHD
dissertation, University of Northern Colorado, Greeley, Co. USA

Wiersma, W. 1995. Research methods in education : an introduction. Ed. Ke-6.
Massachusetts: Allyn and Bacon.

Witkin, H.A.(1976). Cognitive style in academic performance and in teacher-student
relations. In S. Messick (Ed.), Individuality in learning. San Francisco, CA:
Jossey-Bass.

Zabedah Abd. Razak. 2005. Hubungan gaya pembelajaran dan kecerdasan emosi dan
pencapaian. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. UKM

Zalizan Mohd. Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki & Jamil Ahmad. 2005. Prestasi
Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 31 : 93-111

You might also like