You are on page 1of 14

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

1
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
1
PENDAHULUAN
Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang.
Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan
mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-
ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka. Masalah ini sangat
serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk mengenalpasti
faktor berlakunya miskonsepsi-miskonsepsi dan seterusnya berikhtiar untuk mengambil
langkah bagi mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang.
Bermulanya 23 Julai 2012 sehinggalah 21 September 2012, saya bersama-sama
lima orang lagi rakan seperjuangan saya iaitu Nur Salsabila, Nor Fazana, Mohamad
Safwan, Afifuddin dan Mohd Azizi telah menjalani sesi praktikum fasa kedua di Sekolah
Kebangsaan Seri Sentosa yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Bak kata
pepatah, sambil menyelam, minum air. Jadi, saya telah mengambil kesempatan ini
untuk melaksanakan tugasan individu bagi subjek MTE 3114 yang mana memerlukan
saya untuk menjalankan kritikal analisis terhadap miskonsepsi yang dihadapi oleh anak-
anak murid saya dalam subjek Matematik.
Skop yang telah saya kaji meliputi tiga topik kecil iaitu topik Geometri, Ukuran
dan juga Pengendalian Data. Untuk menjalankan kritikal analisis ini, saya telah
mengambil 19 spesimen iaitu murid-murid 4 Cemerlang. Sebelum memulakan analisis,
saya telah menjalankan beberapa kajian tentang topik geometri, ukuran dan
pengendalian data serta miskonsepsi-miskonsepsi yang kerapkali dilakukan oleh murid
dalam mempelajari ketiga-tiga topik ini.
Bagi miskonsepsi melibatkan topik geometri, saya telah mengenalpasti dua
miskonsepsi yang dilakukan oleh murid kelas 4 Cemerlang. Manakala bagi topik
ukuran, dua miskonsepsi juga yang saya berjaya kesan. Bagi topik pengendalian data
saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi. Saya juga telah menjalankan kritikal
analisis mengenai apakah faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya
miskonsepsi-miskonsepsi tersebut dan cara untuk mengatasi miskonsepsi tersebut.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

2
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
2
DAPATAN ANALISIS DOKUMEN- LEMBARAN KERJA
PELAJAR TAHUN 4 CEMERLANG
1.0 MISKONSEPSI MENGENAI GEOMETRI
CONTOH 1
Berdasarkan gambar rajah di atas, saya mendapati miskonsepsi
yang telah dilakukan oleh dua orang murid saya yang telah saya kenalpasti ialah
masalah kefahaman yang kurang mengenai bahasa Matematik. Bagi sesetengah murid,
kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang membaca, menulis dan
bercakap. Dalam Matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah
matematik yang sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik ataupun
mempunyai erti yang berlainan.
. Sebagai contoh, seperti yang telah dipaparkan di atas, kedua-dua murid saya
tidak dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bentuk sfera. Natijahnya, murid
berkenaan menganggap bola berbentuk bulat. Begitu juga dengan bentuk kubus.
Mereka juga menganggap dadu berbentuk segi empat walhal pada dasarnya, dadu
merupakan objek tiga dimensi dan berbentuk kubus. Dan pada pandangan peribadi
saya, faktor berlakunya miskonsepsi ini berkemungkinan besar disebabkan oleh
pengetahuan sedia ada murid tentang istilah bentuk dua matra dan tiga matra yang
telah mereka pelajari secara tidak sengaja dari kecil.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

3
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
3
PEMBETULAN










Oleh yang demikian, saya telah mengkaji cara untuk mengatasi miskonsepsi ini
daripada berlaku.saya sebagai bakal guru berazam untuk menggunakan objek maujud
ataupun alat bantu mengajar yang konkrit bagi mengajar topic bentuk dua matra dan
tiga matra supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, objek maujud
sangat penting kerana saya berpendapat bahawa jika guru menggunakngaan objek
maujud, murid dapat menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk dua dimensi dantiga dimensi.
Oleh yang demikian, murid tidaklah berasa keliru untuk menentukan yang mana
adalah merupakan objek tiga matra dan yang manakah pula yang dimaksudkandengan
bentuk dua matra.miskonsepsi ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu
mengajar dan objek maujud dengan efisien.


1.











a) Circle / bulat
b) Oval / bujur
c) Sphere / sfera
d) Hemisphere / hemisfera
2.











a) Square / Segiempat sama
b) rectangle / Segiempat tepat
c) cuboid / kuboid
d) cube / kubus

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

4
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
4

CONTOH 2








Miskonsepsi kedua yang telah saya kenalpasti ialah miskonsepsi yang juga
melibatkan topik geometri iaitu murid saya tidak dapat membezakan sepenuhnya ciri-
ciri yang terdapat pada bentuk yang berbeza.
Sebagai contoh, murid menyangka bahawa bentuk rhombus itu ialah bentuk segi
empat kerana mereka telah terbiasa dengan bentuk segi empat yang sangat common
dalam kehidupan seharian mereka. Walhal pada dasarnya, kedua-dua bentuk tersebut
mempunyai empat sisi yang sama panjang namun demikian bentuk rhombus
mempunyai empat sisi selari manakala segiempat bersudut 90 darjah. Begitu juga
dengan segiempat sama dengan trapezium. Kedua-duanya mempunyai dua sisi yang
sama panjang yang bertentangan namun apa yang membezakannya ialah trapezium
mempunyai dua sisi bertentangan yang selari.





HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

5
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
5
PEMBETULAN


Saya mendapati bagi mengatasi miskonsepsi ini guru haruslah memberi
penekanan kepada murid bahawa bukan semua bentuk segi empat adalah dinamakan
segi empat. Terdapat beberapa segiempat istimewa yang diberikan nama yang
istimewa seperti trapezium dan rhombus. Guru perlu memberi penjelasan yang jelas
kepada pelajar bahawa segiempat yang mempunyai dua garis selari yang bertentangan
dinamakan trapezium manakala segiempat yang mempunyai empat garis selari
dinamakan rhombus.




3.













a) Trapezium / trapezium
b) Rhombus / rombus
c) Square / segiempat sama
d) Rectangle / segiempat tepat
2.













a) Trapezium / trapezium
b) Rhombus / rombus
c) Square / segiempat sama
d) Rectangle / segiempat tepat

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

6
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
6
CONTOH 3

Miskonsepsi ketiga yang saya telah kenalpasti ialah kekeliruan untuk mengenal
pasti antara segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Saya mendapati bahawa murid
saya gagal untuk melukiskan bentuk segi tiga sama kaki dengan tepat. Mereka berdua
telah melukiskan segi tiga sama kaki sebagai segi tiga sama sisi. Murid saya
berpendapat bahawa kedua-dua segi tiga tersebut adalah sama. Keadaan ini sangat
jelas sekali menunujukkan murid saya gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.








HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

7
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
7
PEMBETULAN













Oleh yang demikian, saya berazam untuk membuat transformasi pengetahuan
bagi membetulkan miskonsepsi tersebut. Pada fikiran saya, saya boleh menayangkan
atau mempamerkan gambar segi tiga sama sisi kepada murid-murid saya dan meminta
murid saya untuk menyatakan nam bentuk tersebut. Sya perlu membimbing murid saya
ketika murid memberikan respon kepada soalan saya. Saya boleh mengulagi proses
yang sama apabila menayangkan bentuk segi tiga samakaki. Dan yang paling penting
sekali, saya perlu cuba untuk menanamkan kata kunci bagi mewakili kedua-dua
segitiga agar murid lebih jelas dan faham.




HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

8
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
8
2.0 MISKONSEPSI MENGENAI TOPIK UKURAN
CONTOH 4








Bagi topik ukuran pula, saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi yang sangat
lazim ditemui di dalam buku latihan murid. Miskonsepsi yang saya maksudkan ialah
miskonsepsi kelemahan dalam pengiraan. Setelah menjalankan kajian yang sangat
terperinci untuk mengetahui punca sebenar mengapa kerapkali berlakunya miskonsepsi
ini, saya telah menemui jawapannya. Saya mendapati ada murid yang memahami
konsep Matematik tetapi tidak konsisten dalam pengiraan . daripada pemerhatian saya,
mereka melakukan kesilapan dalam membaca symbol atau teknik penyelesaian operasi
yang salah. Murujuk kepada gambar rajah hasil kerja murid saya diatas, jelas sekali
bahawa mereka melakukan kesilapan dalam pengiraan operasi tolak. Mereka tidak
meminjam daripada rumah puluh. Murid saya terus membuat pengiraan tanpa
mengambilkira nilai digit.






HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

9
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
9
PEMBETULAN

Sebungkus gula mempunyai berat 1520 g. Sebungkus tepung mempunyai berat 367 g
kurang daripada gula tersebut. Apakah berat sebungkus tepung, dalam kilogram?


1520
- 367

1153










Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah saya perlu memberi penekan kepada
murid saya mengenai pentingnya mengambilkira nilai tempat dan juga nilai digit dalam
pengiraan. Tidak kisahla sama ada mereka ingin melakukan operasi penambahan atau
operasi penolakan. Nilai digit sangat penting dan perlu diambilkira sewajarnya. Selain
itu, bagi menarik minat murid , saya boleh juga menggunakan alat bantu mengajar
jadual nilai tempat bagi memberi gambaran yang jelas kepada murid tentang besarnya
nilai puluh berbanding nilai sa.





Jawapan : 1153

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

10
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
10
3.0 MISKONSEPSI MENGENAI PENGENDALIAN DATA

CONTOH 6










Miskonsepsi bagi topik pengendalian data yang telah murid saya lakukan ialah
murid saya tidak dapat memindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor.
Saya telah mengenalpasti punca berlakunya situasi ini. Murid saya tidak memberi fokus
kepada petunjuk yang saya beri di bawah piktograf iaitu petunjuk satu gambar pokok
mewakili sepuluh batang pokok. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan
maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk tersebut.
Selain itu, saya berpendapat bahawa murid saya tidak tahu untuk menjawab
soalan c, sebab itulah mereka hanya menulis jawapan sesuka hati. Mereka tidak pandai
membaca piktograf yang diberi.



HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

11
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
11
PEMBETULAN
Number of trees planted in Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa in 5 months.
Bilangan pokok yang ditanam dalam Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa dalam 5 bulan.



represents 10 trees







mewakili 10 batang pokok

a) Which month has the most number of trees planted?
Bulan yang manakah mempunyai bilangan pokok yang paling banyak
ditanam?
_______________May_______________________________________

b) Which months has the same number of trees planted?
Dalam bulan yang manakah mempunyai bilangan yang sama bagi pokok
yang ditanam?
_______________J anuary and March___________________________

c) Find the total number of trees planted in the five months.
Hitung jumlah bilangan pokok yang ditanam dalam lima bulan itu.
____________130 trees______________________________________
January
Januari

February
Februari

March
Mac

April
April

May
Mei


HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

12
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
12

Saya telah mengenalpasti cara untuk mengatasi miskonsepsi ini. Setelah saya
mengkaji segala hasil kerja murid saya, saya dapati sangat ramai murid yang
menghadapi miskonsepsi ini. Saya perlu memberikan penekanan kepada mereka
setiap kali mereka diberi soalan yang melibatkan piktograf supaya peka terhadap
petunjuk yang diberi . saya juga perlu mengingatkan mereka semua bahwa petunjuk
adalah sangat penting untuk memindahkan maklumat daripada piktograf.


HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

13
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
13
PENUTUP
Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya sangat berpuas hati
kerana banyak input baru yang saya peroleh yang sangat bermanfaat kepada saya
sebagai bakal guru. Pertama sekali, saya telah dapat mengenalpasti beberapa
miskonsepsi yang kerap berlaku dalam topik geometri, ukuran dan juga pengendalian
data. Selain itu, saya juga dapat mempelajari beberapa sebab miskonsepsi terbebut
boleh berlaku serta turut merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk mengatasinya.
Saya tutur berasa teruja memandangkan saya telah berjaya menjalankan analisa
ini terhadap murid saya dan dapat mengenalpasti apa sebenarnya yang menghalang
mereka daripada mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Menerusi tugasan ini
juga, saya dapat merancang pelbagai alat bantu mengajar yang kreatif yang sesuai
untuk membinbing murid memahami konsep dalam topic ini. Akhir kata, saya berharap
dengan setinggi-tinggi harapan agar semua pendidik serra bakal pendidik termasuklah
diri saya peka terhadap miskonsepsi dalam Matematik yang dihadapi oleh kebanyakan
murid. Sama-samalah kita melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang semaksima mungkin menjelang 2012









HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

14
MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
14
BIBLIOGRAFI

Mike Askew (2005). Teaching Primary mathematics
London :Hoddler Arnold

Website retrived on 29
th
Aug 2012 from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran
http://azimatmate.blogspot.com/2011/07/matematik-ukuran-jarak.html
http://www.col.org/stamp/JSMath6.pdf
http://www.scribd.com/doc/56449705/definisi-istilah-geometrik
http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_definition_of_data_handling_in_mathematics_term

You might also like