You are on page 1of 3

1

Panduan Kursus HBEF 2503 (Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan) bagi


program Sarjana Muda Pengajaran (SMP_BPG)


Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian

Kursus berkaitan kajian terdiri daripada DUA kursus iaitu HBEF 2503 dan HBEF 4303.
Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303.


Panduan Pelajar Sarjana Muda Pengajaran_Bahagian Pendidikan Guru
(SMP_BPG)
Pelajar perlu menyediakan satu cadangan kajian tindakan dalam kursus ini. Pelajar
bebas memilih tajuk kajian,tetapi tajuk yang dipilih mestilah berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah (pelajar). Untuk menyediakan cadangan
kajian, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik oleh Fakulti.
Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam kajian
bahagian 2 (HBEF 4303).


KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503

1. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester Januari 2014. Pelajar
WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303.

2. Penilaian:
PENILAIAN
%
Individu yang
Bertanggungjawab
Kerja Kursus:

Cadangan Penyelidikan (CP)
40%

Tutor Penyelia
Peperiksaan Akhir (dwi bahasa)
60%

OUM
JUMLAH KESELURUHAN 100%






2

3. Cara Perlaksanaan:
a) Pelajar akan mengikuti kelas tutorial seperti biasa yang dikendalikan
oleh seseorang tutor.
b) Peperiksaan adalah berdasarkan modul HBEF 2503.
c) Perjumpaan/perbincangan tutor penyelia dengan pelajar sekurang-
kurangnya DUA (2) kali, iaitu selama 2 jam (minimum) bagi setiap
perjumpaan. Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut
persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.

4. Bahasa Pengantar:
a) Pelajar yang mengambil major Bahasa Inggeris hendaklah menulis
Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris.
b) Pelajar yang mengambil major Pendidikan Matematik dan
Pendidikan Sains digalakkan menulis Cadangan Penyelidikan dalam
Bahasa Inggeris.
c) Manakala pelajar yang mengambil major lain (selain dari major di atas)
dikehendaki menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Melayu.

5. Seterusnya, setelah lulus kursus HBEF2503, pelajar akan melaksanakan
bahagian 2 (kursus HBEF4303) berdasarkan cadangan kajian yang telah
disediakan. Pelajar dinasihatkan untuk terus melaksanakan kajian dan
menyediakan Laporan Akhir (HBEF4303) selepas selesai kursus HBEF2503
walaupun kursus HBEF4303 belum ditawarkan. (kursus HBEF4303 biasanya
ditawarkan selang satu semester selepas kursus HBEF2503. Contohnya,
kursus HBEF2503 ditawarkan Semester Januari 2014; kursus HBEF 4303
akan ditawarkan Semester September 2014).


6. Format Cadangan Penyelidikan

Cadangan Penyelidikan pelajar hendaklah mengikuti format yang
disediakan seperti berikut:

BIL PERKARA
o Lebih kurang 21 24 halaman (tidak termasuk muka surat
3
tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)
o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12
poin

i Muka surat Tajuk (Title Page)
ii Abstrak (Abstract)
Bab 1



PENGENALAN (INTRODUCTION)
[kira-kira 6-7 halaman]

Latar belakang masalah
Penyataan Masalah Kajian (Statement of Research Problem)
Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Question)
Objektif Penyelidikan atau Kajian (Objectives of the Research)

Kepentingan Penyelidikan atau Kajian (Significance of the
Research)
Batasan Penyelidikan atau Kajian (Limitation of the Study)
Bab 2



TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)
[kira-kira 8-9 halaman]

Bab 3



METODOLOGI PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY)
[kira-kira 7-8 halaman]

Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian (Research Design)
Sampel (Sample)

Instrumen (Instuments)
Contoh: soal selidik, ujian pencapaian, skala sikap, senarai
semak permerhatian, senarai semak temu bual (perlu
dilampirkan)
Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure)
Analisis Data (Data Analysis)
Rujukan (References)

You might also like