You are on page 1of 26

4.

4 Indikator kepada
kecergasan diri
Kadar nadi pulihan yang cepat
Kadar nadi rehat semakin rendah
Perbezaan kadar nadi senaman
Pengenalan
Sebelum melakukan aktiviti senaman,
cara mengira kadar denyutan nadi perlu
diketahui.
Menurut Wee Eng Hoe (2002), nadi
boleh dikesan di beberapa tempat pada
tubuh badan kita. Namun, terdapat dua
tempat yang digemari bagi pengambilan
kadar nadi iaitu leher (karotid) dan di
pergelangan tangan (radial)


Denyutan nadi
Pemeriksaan pada pembuluh nadi
atau arteri.

Kecepatan denyutan nadi diukur pada
beberapa titik denyut.

Nadi adalah denyut nadi yang terletak
pada dinding pembuluh arteri.
Antara bahagian tubuh badan yang boleh
digunakan bagi mengesan denyut nadi
1. Radialis
Terletak sepanjang tulang radialis, denyutan nadi lebih mudah
dikesan pada pergelangan tangan pada sisi ibu jari.
Lokasi-lokasi bagi mengesan denyutan nadi
2. Karotid
Terletak pada leher di bawah lobus telinga, yang terdapat arteri karotid
antara trakea dan otot Sternocleidomastoideus iaitu otot leher. Sering
digunakan bagi bayi dan memantau peredaran darah ke otak.
3. Brachialis

Terletak pada otot biseps sehingga lipatan siku
4. Femoralis

Arteri Femoralis adalah istilah umum bagi beberapa arteri besar di peha.
5. Dorsalis pedis


6.Temporalis


7. Popliteal


8. Kordis

Denyut nadi normal mengikut usia

Bayi baru lahir :220/min
Umur bawah 1 bulan :110/min
Umur 1-6 bulan :130/min
Umur 6-12 bulan :115/min
Umur 1-2 tahun :110/min
Umur 2-6 tahun :105/min
Umur 6-10 tahun :95/min
Umur 10-14 tahun :85/min
Umur 14-18 tahun :82/min
Umur atas 18 tahun :60-100/min
Umur lanjut :60-70/min
Contoh aktiviti yang boleh
meningkatkan kadar denyut nadi
1.Ujian Kecergasan Fizikal
Peringkat demi peringkat dilakukan.

2.Aktiviti Naik Turun Tangga.
Meningkatkan denyut jantung, meningkatkan
tekanan darah dan membakar kalori.
KADAR NADI PULIHAN YANG CEPAT
Kadar nadi pulihan atau pemulihan berfungsi
dalam menunjukkan kecekapan fungsi
jantung seseorang.
Salah satu cara untuk mengetahui
kecekapan fungsi jantung adalah dengan
melihat kadar nadi pemulihan selepas
melakukan sesuatu aktiviti. (Nurul Hidayah
Mohd Nasir, 2010)
KAEDAH PENGIRAAN KADAR NADI PULIHAN
Formula :
KNP = (KNL KN selepas 1min) / 10
KNL = KNM KNR

Petunjuk :
*KNL ~ Kadar Nadi Latihan
*KNM ~Kadar Nadi Maksimum
*KNR ~ Kadar Nadi Rehat

Formula Kadar Nadi Maksimum (KNM)
Kadar nadi maksimum ialah dengan menolak
umur daripada angka 220 yang mana 220
telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senaman
sebagai satu angka tetap dalam suatu formula.
Formula :
KNM = 220 Umur
Contoh : (Lelaki/Perempuan yang berumur 30
tahun)
KNM = 220 30
= 190 dsm

Mengapa 220 umur ?
Nilai 220 merupakan kadar nadi
maksimum yang tertinggi yang boleh
dicapai oleh manusia.
Semasa bayi lahir.
Bagi bayi yang baru dilahirkan, kadar
denyutan nadi ialah 220 manakala
umur adalah 0.
Oleh itu, kadar nadi maksimum bayi,
220-0=220.

KADAR NADI REHAT SEMAKIN RENDAH
Kadar nadi rehat yang semakin rendah
menunjukkan bahawa seseorang itu
mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
Bagi individu yang aktif, sihat dan tinggi
tahap kecergasannya mempunyai kadar nadi
rehat yang rendah. (Mohad Anizu Mohd. Nor,
2011)
KAEDAH PENGIRAAN KADAR NADI REHAT
KNR hendaklah diambil sebaik sahaja kita
bangun dan sebelum kita bergerak.
Formula :
KNR = (Denyutan nadi/10 saat) x 6
Contoh :
Denyutan nadi/10 saat = 12
KNR = 12 x 6
= 72 dsm *status - pertengahan*


STATUS KADAR NADI REHAT
(denyutan seminit)
Cemerlang
(excellent)
50 dan kurang
Bagus
(good)
51-69
Pertengahan
(average)
70-79
Sederhana
(fair)
80-89

Buruk
(poor)
Melebihi 89
STATUS KADAR NADI REHAT
PERBEZAAN KADAR NADI SENAMAN
Juga dikenali sebagai kadar nadi latihan
KNL boleh diubah mengikut keperluan latihan
individu. Perubahan ini didasarkan kepada
intensiti senaman yang dipilih. (Wee Eng Hoe,
2002)
KAEDAH PENGIRAAN KNL

KNL = KNM KNR
KADAR NADI SASARAN
Disebabkan KNL boleh berubah
mengikut keperluan, KNS boleh
digunakan bagi menentukan intensiti
sesuatu aktiviti
Intensiti merujuk kepada kualiti beban
kerja yang dikenakan dalam sesuatu
latihan (Noriati Binti A. Rashid et al.,
2011)

KAEDAH PENGIRAAN KADAR NADI SASARAN
Formula : (Formula Karvonen)
KNS = KNR + x% (KNM - KNR)

Petunjuk
*KNR Kadar nadi rehat
*KNM Kadar nadi maksimum
*x% - Intensiti

Contoh :


Umur = 20 tahun
Kadar Nadi Rehat (KNR) = 60 denyutan / minit
Kadar Nadi Maksimum (KNM) = 220 20
=200 dsm
Contoh intensiti 60% Contoh intensiti 90%
KNL = KNR + 60% (KNM KNR)
= 60 + 60/100 (200 60)
= 60 + 0.6 x 140
= 60 + 84
= 144 denyutan / minit
KNL = KNR + 90% (KNM KNR)
= 60 + 90/100 (200 60)
= 60 + 0.9 x 140
= 60 + 126
= 186 denyutan / minit
Kadar nadi senaman/latihan berbeza
mengikut intensiti sesuatu aktiviti yang
dilakukan.
Contohnya kadar nadi senaman bagi
seseorang yang berlari pecut lebih tinggi
dari kadar nadi senaman seseorang
yang berlari-lari anak.
Semakin tinggi intensiti, semakin tinggi
kadar nadi senaman.

You might also like