You are on page 1of 15

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANG: Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran.



Nama Peserta: Siti Rushliyana binti Rusli
No. K/P: 870119-06-5426
Minggu:
Hari / Tarikh:
Masa: 9.30 pagi 9.45 pagi
Umur Kanak-kanak: 2-3 Tahun
Bil. Kanak-kanak: 3 Orang
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Kanak-kanak sudah menguasai deria rasa.
2. Kanak-kanak pernah makan buah-buahan.
3. Kanak-kanak pernah melihat kepelbagaian bentuk buah-buahan.
Tema: Buah-buahan
Tajuk: Lazatnya buah-buahan
Bidang Perkembangan:
1. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran.
2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
3. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik




Objektif pembelajaran:
1. Kanak-kanak dapat menguasai deria rasa seperti masam, manis, dan pahit.
2. Kanak-kanak dapat menjawab soalan mudah tentang buah-buahan.
3. Kanak-kanak dapat mengenali bentuk dan saiz buah-buahan.
Bahan:
- kad imbas
- Kertas warna
- gam
-gambar buah-buahan asas.
Tempat / Ruang Aktiviti: Dalam kelas (ruang yang lapang)
Langkah Mengendalikan Aktiviti:
1. Kelas dimulakan dengan sesi soal-jawab. (games)
2. Guru akan menunjukkan pelajar gambar buah-buahan yang manis, masam, pahit.
3. Pelajar diminta membuat mimik muka berdasarkan rasa buah-buahan tersebut.
4. Guru akan meminta pelajar memadankan buah-buahan dengan rasa serta menamakan
buah-buahan.
5. Kanak-kanak akan membuat aktiviti Kolaj buah-buahan sambil diperhatikan oleh guru.




RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANG: Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik.

Nama Peserta: Siti Rushliyana binti Rusli
No. K/P: 870119-06-5426
Minggu:
Hari / Tarikh:
Masa: 9.30 pagi 10.00 pagi.
Umur Kanak-kanak: 4-5 Tahun.
Bil. Kanak-kanak: 3 Orang
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Kanak-kanak sudah boleh mengenali bentuk.
2. Kanak-kanak sudah pandai menyebut kereta.
3. Kanak-kanak pernah merasai menaiki kereta.
Tema: Kenderaan
Tajuk: Keretaku
Bidang Perkembangan:
1) Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik.
2) Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
3) Perkembanagan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian.

Objektif pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh mengenali persamaan, perbezaan dan corak yang ada pada kereta
2. Kanak-kanak boleh menjawab soalan mudah tentang kereta.
3. Kanak-kanak boleh membaca doa menaiki kereta.
Bahan:
- Kereta sebenar
- Kad bergambar seperti pintu, lampu, stereng, kusyen
- Kertas surat-khabar.
- Alat permainan kereta
Tempat / Ruang Aktiviti: Halaman tadika dan dalam kelas.
Langkah Mengendalikan Aktiviti:
1. Natures walk iaitu membawa kanak-kanak memasuki dalam kereta.
2. Kanak-kanak dibenarkan memasuki ke dalam kereta dan menyentuh alatan atau barangan
yang terdapat di dalam kereta.
3. Kemudian kanak-kanak akan masuk ke dalam kelas dan bersoal jawab tentang kereta
iaitu persamaan, perbezaan dan corak yang ada pada kereta.
4. Guru akan menggunakan kad imbas bagi menerangkan tentang perbezaan, persamaan
dan corak yang ada pada kereta.
5. Kanak-kanak diminta berkongsi pengalaman menaiki kereta bersama guru.
6. Guru membuat aktiviti berdasarkan hasil pembelajaran di mana setiap kanak-kanak
diberikan kertas kosong A4 bagi melukis gambar kereta yang mereka minati.

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANG: Perkembangan Fizikal

Nama Peserta: Siti Rushliyana binti Rusli
No. K/P: 870119-06-5426
Minggu:
Hari / Tarikh:
Masa: 9.30am 9.45am
Umur Kanak-kanak: 1-2 Tahun
Bil. Kanak-kanak: 3 Orang
Pengetahuan Sedia Ada:
1) Kanak-kanak sudah boleh merangkak, berjalan dan melompat dengan bimbingan.
2) Kanak-kanak sudah boleh memahami arahan.
3) Kanak-kanak sudah pandai meniru perbuatan orang lain.
Tema: Haiwan
Tajuk: Tiru Macam Saya
Bidang perkembangan:
1) Perkembangan fizikal
2) Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
3) Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
Objektif pembelajaran:
1) Kanak-kanak boleh merangkak menggunakan kedua-dua belah lutut dan tangan
mengikut arahan guru.
2) Kanak-kanak boleh meniru bunyi yang dibuat oleh guru.
3) Kanak-kanak merasa gembira bila diberi perhatian dengan memberi senyuman.

Bahan:
- Patung haiwan (kucing, burung, harimau)
- Muzik (bunyi haiwan)
Tempat / ruang aktiviti: Dalam bilik aktiviti (kawasan lapang)
Langkah Mengendalikan Aktiviti:
1. Guru akan menerangkan kepada kanak-kanak tentang aktiviti yang akan dilakukan iaitu
meniru gaya haiwan yang ditunjukkan oleh guru.
2. Bagi gaya pertama, guru menunjukkan cara merangkak iaitu merangkak macam kucing
sambil membunyikan suara kucing.
3. Bagi gaya kedua, guru akan bangun dan bergerak secara perlahan seperti burung sambil
membunyikan suara burung.
4. Bagi gaya ketiga pula, guru akan merangkak sambil membunyikan suara harimau.
5. Selepas hampir 10 minit berlalu, guru meminta kanak-kanak berada dalam bulatan dan
bertanya tentang jenis bunyi yang ada semasa aktiviti merangkak tadi.

Refleksi:
- Pendidik / pengasuh:
- Terhadap Kanak-kanak:
- Cadangan Penambahbaikan:






RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANG: Pemakanan
Nama Peserta: Siti Rushliyana binti Rusli
No. K/P: 870119-06-5426
Minggu:
Hari / Tarikh:
Masa: 9.30 pagi 9.45 pagi
Umur Kanak-kanak: 4 Tahun
Bil. Kanak-kanak: 3 Orang
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Kanak-kanak sudah boleh menyebut nama buah-buahan biasa seperti pisang dan limau.
2. Kanak-kanak pernah makan buah pisang dan limau.
3. Kanak-kanak pernah memegang buah pisang dan limau.
Tema: Buah-buahan
Tajuk: Erm... Sedapnya Buah buahan
Bidang perkembangan:
1. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi
2. Perkembangan Fizikal
3. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Objektif pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menyebut khasiat buah pisang dan limau.
2. Kanak-kanak boleh menyebut ciri-ciri buah pisang dan limau.
3. Kanak-kanak boleh mengupas buah pisang dan limau menggunakan kedua-dua belah
tangan.
Bahan:
- Buah limau
- Kotak (magic box)
- Pinggan kertas
- Tuala kecil
- Plastik kecil
- Air (untuk basuh tangan)
Tempat / ruang aktiviti: Dalam kelas (ruang aktiviti)
Langkah Mengendalikan Aktiviti:
1. Kanak-kanak dibawa ke ruang aktiviti.
2. Guru akan menghamparkan tikar dan meminta kanak-kanak untuk duduk diatas tikar
secara bulatan.
3. Guru akan memulakan pengajaran dengan magic box iaitu meminta kanak-kanak meneka
apa yang ada di dalamnya.
4. Seorang demi seorang dibenarkan untuk merasa apa yang ada di dalam kotak dengan
tangan.
5. Selepas itu, guru meminta kanak-kanak untuk mengambil sebiji buah seorang demi
seorang.
6. Setiap kanak-kanak diberikan satu bekas pinggan kertas.
7. Guru akan bersoal jawab dengan kanak-kanak seperti cuba teka buah apa? warna
apa?
8. Kanak-kanak diminta untuk menyatakan ciri-ciri buah tersebut.
9. Guru akan memberitahu tentang khasiat buah buahan tersebut.
10. Guru akan akan memberitahu tentang kesan kalau tidak makan buah seperti mudah
terkena penyakit iaitu demam.
11. Guru menunjukkan cara mengupas kulit buah buahan tersebut.
12. Guru meminta kanak-kanak mengupas buah limau atau pisang dan meminta kanak-kanak
untuk membuang kulit dalam plastik yang disediakan.
13. Buah yang telah dikupas hendaklah diletakkan dalam pinggang yang telah disediakan.
14. Pujian diberikan kepada kanak-kanak seperti pandainya adik kupas... cuba lagi....
pandainya....
15. Kanak-kanak akan makan buah buahan tersebut bersama dengan guru tetapi sebelum
itu hendaklah membaca doa dahulu.
16. Kanak-kanak diajar menggunakan tangan kanan untuk makan. Sekali lagi guru akan
bertanya tentang rasa buah iaitu manis.
17. Selepas itu kanak-kanak diminta membasuh tangan dan lap pada kain yang telah
disediakan.
18. Sekali lagi guru akan bertanya tentang khasiat makan buah limau itu.
19. Akhir sekali guru akan memainkan lagu tentang buah.








RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)
BIDANG: Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Nama Peserta: Siti Rushliyana binti Rusli
No. K/P: 870119-06-5426
Minggu:
Hari / Tarikh:
Masa: 9.00 pagi 9.30 pagi
UmurKanak-kanak: 3 - 4 Tahun
Bil. Kanak-kanak: 3 orang
PengetahuanSedia Ada:
1. Kanak-kanak sudah pandai menyebut perkataan yang didengar.
2. kanak-kanak sudah boleh meniru bunyi yang didengar
3. kanak-kanak sudah boleh memahami perkataan yang didengar.
Tema: Anggota Badan
Tajuk: Kepala saya
Bidang perkembangan:
1. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
2. Perkembangan sahsiah , sosioemosi dan kerohanian
3. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik





Objektif pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menyebut nama-nama anggota kepala yang asas.
2. Kanak-kanak merasa gembira bila diberi perhatian.
3. Kanak-kanak boleh membilang nama anggota badan.
Bahan:
- Kad bergambar seperti mata, hidung, telinga, rambut, mulut.
- Lagu
- Kertas bergambar
- Pensil warna
Tempat / ruang aktiviti: Dalam kelas
Langkah Mengendalikan Aktiviti:
1. Guru akan memulakan kelas dengan memainkan lagu tentang anggota badan.
2. Guru meminta pelajar membuat bulatan.
3. Guru akan menyebut nama-nama anggota kepala sambil menunjukkan.
4. Kemudian kanak-kanak diminta untuk menyentuh anggota badan masing-masing.
5. Memilih kanak-kanak secara rawak dan meminta kanak- kanak tersebut meneka anggota
kepala.
6. Dengan menggunakan kad bergambar meminta pelajar memadankan gambar.
7. Kanak-kanak akan diberi lukisan bergambar dan diminta untuk mewarnakannya.
8. Di akhiri dengan menyanyi bersama-sama.


RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANG: Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Nama Peserta: Siti Rushliyana binti Rusli
No. K/P: 870119-06-5426
Minggu:
Hari / Tarikh: .
Masa: 9.30 pagi 10.00 pagi
Umur Kanak-kanak: 4 Tahun
Bil. Kanak-kanak: 3 Orang
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Kanak-kanak pernah melihat ayam.
2. Kanak-kanak sudah boleh memahami arahan.
3. Kanak-kanak sudah pandai mewarna, mengecat dan mengenali warna.
Tema: Haiwan
Tajuk: Ayam Jantan
Bidang perkembangan:
1. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
3. Perkembangan Fizikal.
Objektif pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh menghasilkan sesuatu rekaan mengikut kreativiti masing-masing.
2. Kanak-kanak boleh menjawab soalan mudah berdasarkan hasil kreativiti masing-masing.
3. Kanak-kanak boleh menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghasilkan kreativiti
masing-masing seperti mewarna dan mengecat tangannya sendiri.
Bahan:
- Kertas Lukisan A3
- Warna Tampera
- Botol mineral
- Surat kahabar lama / Alas plastik
- Berus Lukisan
- Sapu tangan kecil
- Hiasan Mata (plastik)
Tempat / ruang aktiviti: Dalam kelas (ruang aktiviti)
Langkah Mengendalikan Aktiviti:
1. Kanak-kanak di bawa ke ruang aktiviti
2. Kanak-kanak di minta duduk secara bulatan.
3. Semua bahan-bahan diletakkan di tengah bulatan.
4. Guru akan menunjukkan cara-cara melakukan aktiviti ini sambil mempamerkan hasil
yang telah sedia ada.
5. Setelah itu,guru meminta kanak-kanak menghasilkan lukisan ayam menggunakan
kreativiti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan.
6. Kanak-kanak bebas menghasilkannya.
7. Bimbingan dan tunjuk ajar diberikan bagi yang memerlukan.
8. Setelah semuanya siap, kanak-kanak diminta berdiri sambil menunjukkan hasil kreativiti
masing-masing seorang demi seorang.
9. Guru akan bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang hasil kerja mereka.
10. Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak sambil bertepuk tangan.



RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

BIDANG: Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
NamaPeserta: Siti Rushliyana binti Rusli
No. K/P: 870119-06-5426
Minggu:
Hari / Tarikh:
Masa: 9.30 pagi 9.45 pagi
UmurKanak-kanak: 4 Tahun
Bil. Kanak-kanak: 3 orang
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Kanak-kanak sudah mengenali eksperesi wajah.
2. Kanak-kanak pandai meniru eksperesi wajah.
3. Kanak-kanak pernah merasai perasaan kasih sayang.
Tema:
Tajuk: Topengku.
Bidang perkembangan:
1. Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian.
2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
3. Perkembangan kreativiti dan estetika.


Objektif pembelajaran:
1. Kanak-kanak boleh meluahkan perasaan kasih sayang.
2. Kanak-kanak boleh meluahkan emosi secara lisan.
3. Kanak-kanak boleh menunjukkan kretiviti melalui kraftangan.
Bahan:
- Kad imbasan (emosi)
- Kertas lukisan A3 / Pinggan Kertas
- Pensel warna
- Gunting
- Getah
Tempat / ruang aktiviti: Dalam kelas (ruang yang lapang)
Langkah Mengendalikan Aktiviti:
1. Guru akan akan bersoal-jawab dengan kanak-kanak tentang kad imbasan emosi.
2. Guru mempamerkan replika topeng yang pelbagai emosi dan meminta semua kanak-
kanak membuat, menghiaskan dan mewarnakan mengikut kreativiti masing-masing
dengan bimbingan guru.
3. Kanak-kanak akan menunjukkan hasil kerja masing-masing.
4. Setiap kanak-kanak akan bercerita di hadapan kawan-kawan yang lain.
5. Pujian diberikan kepada semua kanak-kanak.

You might also like