You are on page 1of 6

7.

2 PENGENALAN
PAKU PAKIS
Tumbuhan bervaskular,mempunyai floem dan xilem
Tidak mengeluarkan bunga,biji benih
Menghasilkan beribu-ribu spora di dalam pundi spora yang dikenali
sebagai sporangium.
Setiap sporangium ini membentuk tompokan bulat,
berbentuk hati atau tersusun secara
memanjang di bahagian permukaan bawah(abaskial),
hujung,atau tepi daun.
Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sebagai sorus.
Dilindungi oleh indusium pada sesetengah spesis
Apabila matang:
Spora yag kelihatan seperti debu-debu halus ini akan bebas
dan disebarkan.
Ciri unik paku-pakis:
Kewujudan krozier(ffon muda yang bergulung seperti cangkuk atau
gelungan tali.
SEJARAH PAKU PAKIS
Terbentuk melalui proses evolusi yang panjang kira-kira 300 juta tahun dahulu.
Berasal dari lumut tanduk dalam divisi Byrophyta dan Spermatophyta.
Amnya:
Tumbuhan ini dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu :
Paku-pakis primitif yang berstruktur ringkas(fern-allies)
Paku pakis sejati (true fern)
Paku-pakis primitif akarnya berupa rizoid (cth:Psilotum) ,berbatang kecil dan umumnya
Berwarna hijau (memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses forosintesis),daun yang
berupa sisik dengan satu vena daun sahaja.

Paku-pakis sejati pembahagian antara akar, batang, daun tampak jelas.
Ketiga-tiga organ tersebut telah mencapai kesempurnaan yang tinggi.
Sebilangan besar paku-pakis tumbuh liar.
Terdapat lebih kurang 500 spesies paku-pakis liar terdapat di Semenanjung Malaysia.
Spesies yang boleh dimakan dikenali sebagai Athyrium esculentum
Terdapat juga paku-pakis liar yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan untuk
Mengubati penyakit.
Cth:penyakit kulit, luka, sakit perut.
Ada juga yang boleh diguna sebagai penahan darah dan menyuburkan rambut.

sambungan
Dijadikan tumbuhan perhiasan.Antaranya ialah:
Lycopodium, Asplenium, Playcerium
Tumbuhan pteridofit tersebar luar ke seluruh dunia kecuali kawasan
kutub.
Kira-kira 75% spesies terdapat di kawasan tropika,hampir tropika
dan
dan kawasan pergunungan yang berhampiran dengan kawasan
tropika.
Spesies yang hanya terdiri daripada bahagian batang yang berwarna
hijau iaitu tanpa akar dan daun sejati ditemukan pada genus
Psilotum, hingga kepada genus Cyathea
mempunyai akar sejati
berdaun tebal
batang sempurna
menyerupai batang pohon palma.
Ketinggian: > 2.5cm (paku-pakis air dari genus Azolla , 30cm seperti paku-pakis Cytathea
danDicksonia)
BINAAN DAUN DAN HABITAT
Terdiri dari dua jenis:
PERTAMA
Daun mikrofil berbenuk sisik dengan ukuran yang sangat kecil (> 1cm)
Ditemukan pada paku-pakis seperti pada genus Psilotum,Lycopodium,Selaginella
dan Equisetum
Khusus pada Psilotum dan Equisetum daunnya mengalami pengurangan
Dari segi bentuk dan fungsi sehingga menjadi sangat kecil
(Tidak menjalankan fungsi fotosintesis)

KEDUA
Daun makrofil-mempunyai ukuran lebih besar
Mempunyai susunan yang lebih kompleks dengan pelbagai variasi
Aktif bagi berbagai-bagai fungsi fisiologi (spt pada daun tumbuhan peringkat
tinggi.
Terdapat dalam bentuk tunggal atau majmuk iaitu permukaan daun(lamina)
tidak terbahagi kepada segmen-segmen yang terpisah.
Dihubungkan kepada batang(rizom)
melalui suatu tangkai sama ada panjang atau pendek.
Cth:Vittaria,Ophioglossum.Antrophyumi,Salvinia.