You are on page 1of 22

Ilmu dan

Pembangunan
Masyarakat Menurut
Islam
Pengenalan Aktiviti Pembangunan
Spiritual (Untuk Muslim)

Pembangunan aspek spiritual merupakan salah satu
kaedah yang digunakan untuk membentuk sahsiah diri
yang baik.
Pembangunan spiritual yang ditekankan dalam Islam
ialah pembangunan yang memfokuskan terhadap usaha
mendekatkan hubungan seseorang dengan penciptanya
iaitu Allah s.w.t. melalui amalan rohani(Ibadah Qalbiyyah).
Hubungan dalam bentuk rohani yang erat ini melahirkan
seorang yang bersedia untuk tunduk dan patuh kepada
penciptanya seterusnya akan membawa kepada
menghayati sahsiah dan akhlak terpuji yang boleh dilihat
melalui amalan zahir.































































































sahsiah ialah aspek-aspek yang saling mempengaruhi
antara-antara sifat-sifat dalaman dan luaran.
Ia bermaksud merangkumi aspek luaran iaitu tingkah
laku yang dijelmakan dari sifat dalaman yang meliputi
aspek emosi, sikap, motivasi dan sebagainya.
Dalam erti kata lain,tingkah laku jasad menggambarkan
sifat rohani seseorang.
Gambaran pemeringkatan peningkatan diri dalam
pembinaan spiritual
Mujahadah
(kesungguhan)

Iman


Taqwa

Hidayah
Kepentingan Iman sebagai elemen penting dalam
pembangunan spiritual:
Orang beriman dengan senang boleh menerima arahan-arahan
pencipta (Allah s.w.t) serta mengakui tanda-tanda kebenaran yang
dibentangkan kepada mereka.

Pemeringkatan mekanisme dalam proses pembangunan spiritual

Selaraskan akal Bina kehendak Melahirkan kekuatan
dengan akidah (hati) perasaan

Pendekatan: Pendekatan: Pendekatan:
Ilmu + Ilmu + Ilmu +
persekitaran persekitaran + amal +
amal persekitaran


Bina Iman


Penjelasan pemeringkatan mekanisme proses
Pembangunan spiritual

Peringkat 1: Penyelarasan antara akal dengan akidah melalui proses
taaqul / ilmu.

Muqaddimah:
Akal yang ditekankan dalam peringkat ini ialah akal yang dihubungkan dengan hati.
Ia bertepatan dengan penjelasan al Quran yang menggunakan lafaz yang sama
kepada akal untuk perkataan hati (al Qalb) dan dalam beberapa tempat yang lain di
dalam al Quran hati dijelaskan dengan menggunakan perkataan akal (al Aql).

Objektif:
Pembentukan akal / hati yang jujur, bersih, waras.
Menghilangkan penutup-penutup akal / hati yang menutupnya daripada menerima
kebenaran seperti sangkaan-sangkaan yang salah, taqlid yang salah dan sebagainya.
Menyelaraskan akal / hati dengan akidah.

Tindakan:
Menyampaikan ilmu yang benar berkenaan iman. Al Quran menjelaskan bahawa
orang yang dapat menerima ilmu yang benar boleh mengelakkan diri daripada
halangan-halangan yang menghalang daripada menerima iman.


Peringkat II: Pembinaan kehendak diri untuk menerima kebenaran
dan berubah ke arah kebaikan.
(Pembentukan hati untuk menerima dan menghayati kebenaran)

Muqaddimah:
Pada peringkat ini, seseorang itu telah memahami konsep Iman yang sebenar dan
telah sedar betapa pentingnya keimanan kepada seseorang individu. Walaupun
begitu, kefahaman dan kesedaran ini sahaja tidak cukup untuk menggerakkan
seseorang ke arah menghayati Iman tersebut. Ia masih perlu membina kehendak
untuk menerima iman tersebut sebagai sesuatu yang dihayati.(Iman bukan sekadar
ilmu semata-mata tentang konsep-konsep aqidah tetapi ia memerlukan kehendak
daripada hati seseorang individu untuk menerimanya sebagai suatu yang dihayati)

Objektif:
Membina keinginan terhadap diri seseorang untuk menghayati Iman dalam
kehidupan.
Membawa seseorang untuk memperbanyakkan amalan soleh melebihi daripada
perkara-perkara fardhu yang telah ditetapkan ke atas seorang muslim.

Tindakan:
Bersihkan jiwa serta tingkatkan cahaya hati melalui latihan hati dan zikrullah. Ini
adalah disebabkan, al Quran menjelaskan bahawa keinginan dan kekuatan
melakukan amalan yang baik lahir daripada hati yang bersih.
Peringkat III: Melahirkan perasaan yang kuat untuk menghayati
Islam

Pada peringkat ini, aqidah yang berasaskan ilmu yang benar serta diterima
dengan penuh kerelaan hati perlu diserapkan ke dalam ruang diri, diserapkan
ke dasar jiwa dan disebatikan dengan darah daging sehingga aqidah tersebut
menjadi sebahagian yang tidak terpisah daripada diri individu. Peringkat ini
menjadikan seseorang menjadikan pegangan aqidah merupakan asas yang
paling kukuh kepadanya dalam menjalani kehidupan harian.

Objektif:
Memperkukuhkan iman yang telah mencapai tahap penghayatan melalui
kehendak hati (bukan taqlid)
Menjadi seorang individu muslim yang sebenar dan menjadi contoh kepada
yang lain.

Aktiviti:
Penyiraman ayat-ayat Allah s.w.t.
Pembersihan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan
sifat-sifat mahmudah.
Pemupukan amal soleh.


Hubungan Manusia dan Pembangunan
Setiap pembangunan tidak mungkin terlaksana kecuali ada pelakunya
(development actors). Dalam pembangunan berkiblatkan Islam
pelakunya adalah manusia. Oleh itu, konsep manusia dan konsep
pembangunan Islam adalah sangat berbeza daripada konsep manusia
dan konsep pembangunan lazim kerana asas epistemologi ilmu Islam
dan epistemologi ilmu lazim adalah jauh berbeza.

Konsep Insan
Manusia telah menjadi tema utama dalam kitab suci Al-Quran.
Maududi menegaskan bahawa pokok persoalan yang ditimbulkan oleh
Quran ialah tentang manusia.

Dalam usaha mendekati konsep manusia secara menyeluruh kajian ini
ingin meninjau dari pandangan Al-Quran dan tokoh-tokoh Islam
berkenaan hal insan.Untuk tujuan itu Al- Quran mengandungi serta
membicarakan mengenai manusia sebagai insan secara keseluruhannya.
Pada dasarnya tokoh Islam telah banyak menyumbangkan
fikrah baik dari segi epistemologi mahupun aksiologi.
Namun dalam kajian ini tumpuan utama adalah untuk
memaparkan konsep manusia daripada pelbagai perspektif
tokoh-tokoh Islam tradisi dan kontemporari. Landasan
kerangka teori mereka adalah al-Quran dan al-Sunnah.

1) Imam Al-Ghazali
Konsep manusia menurut Imam Ghazali dapat dikaji dari
segi unsur kerohanian yang terdiri daripada roh, nafs, aql.
(Al-Ghazali, 1980). Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya
telah mengutarakan teori manusia berdasarkan ayat al-
Quran.

Pendek kata huraian Imam Al-Ghazali cukup jelas bahawa
manusia memang ada kecenderungan untuk meningkatkan
hakikat dirinya yang suci bersih. Namun manusia juga akan
terjerumus ke lembah yang lebih rendah dari haiwan. Ilmu
dan tindakan yang mulia adalah penting untuk menyucikan
diri manusia.

2. Ibn Khaldun (732H/1332M-808/1406)
Menurut Mahmoud Dhaouadi (1997) Ibn Khaldun membahaskan tabiat
manusia menekankan fitrah manusia seumpama diwawarkan dalam Al-
Quran dan Hadith yakni manusia secara semula jadinya dilahirkan Islam
dan kecenderungan untuk mendekati hokum Ilahi.

Agama sebagai model untuk nilai moral. Manusia juga mempunyai sifat
zalim dan tidak adil daripada sifat binatang kerana dikuasai oleh sikap
pembaziran kemewahan(sifat haiwan) yang mambawa kehinaan dan
keruntuhan. Dalam mengkaji penjelasan Ibn Khaldun mengenai
keperibadian manusia didapati wujud empat sifat.


a. Tabiat Fitrah manusia
Ibn Khaldun menjelaskan tabiat manusia dengan menggunakan konsep
fitrah yang disarankan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam kedua-dua
sumber rujukan Islam ini, konsep fitrah menjelaskan tabiat manusia
yang ingin hidup secara seimbang berpandukan hukum alam sejagat.
Berpandukan kayu ukur ini, Ibn Khaldun menilai kualiti seseorang
individu, kumpulan, masyarakat dan tamadun. Ibn Khaldun menegaskan
selain manusia berpegang ke hukum fitrah ini selagi itulah mereka
menjadi berjaya dan berguna.
b. Sifat Manusia Dwi-dimensi
Pendapat kedua mengenai sifat semulajadi manusia ialah konflik
dalaman sifat semulajadi manusia. Menurut Ibn Khaldun, konflik
dalaman ini berpunca daripada dwi-dimensi sifat manusia. Manusia
akan terikut kepada sifat kehaiwanan jika luput nilai-nilai kebaikkan
dalam sifat kemanusiaan. Namun demikian, menurut Ibn Khaldun,
manusia mampu memelihara kesucian sifat kemanusiaannya apabila ia
berpaut dengan agama sebagai model serta petunjuk ke arah perbuatan
yang baik.

c. Sifat agresif manusia
Ibn Khaldun menyatakan bahawa dasar kepada sifat agresif dan
ketidakadilan manusia tertanam dalam sifat kehaiwanan yang berakar
dalam diri manusia. Memandangkan manusia bersikap agresif dan tidak
adil, manusia jatuh ke peringkat kehaiwanan kerana sikap agresif dan
ketidakadilan didominasi oleh sifat kehaiwanan dan kebendaan manusia.


d. Sifat Dinamik manusia
Ibn Khaldun mengutamakan sifat dinamik manusia yang
wujud dalam fitrah manusia. Menurut Ibn Khaldun,
manusia mampu bergerak ke peringkat fitrahnya jika ia
hidup dan berusaha untuk melaksanakan
tanggungjawabnya atas situasi keislaman yang hakiki
(Mahmoud, Dhaouadi 1997: 108-112).

Maka Ibn Khaldun menegaskan manusia secara fitrahnya
cenderung hidup sebagai muslim tetapi cenderung sifat
kehaiwanan akibat pengaruh nilai-nilai yang tidak baik
seperti kelalaian, kemewahan, kebendaan dan
ketidakadilan. Pegangan agama adalah penting untuk
membimbing manusia menyedari fitrahnya.

3. Allamah Mohamed Iqbal (1873M-1938M)
Menurut Iqbal dalam membentuk personaliti seseorang individu,
beberapa faktor mempengaruhi dirinya. Antara faktor utama
ialah :
1. Cinta
2. Faqr
3. Keberanian
4. Kesabaran
5. Kasb-i-Halal; yang lebih mudah diterjemahkan sebagai
mencari penghidupan atas pencarian yang halal.
6. Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang original dan
yang kreatif (Ashraf Nurdin, 1985 : 39)

Sementara Hassan (1970) menyatakan bahawa bagi Iqbal
kebenaran adalah kualiti yang diakui sebagai unsur sah
karakter manusia. Sejarah manusia adalah sejarah pasang-
surut keberanian manusia untuk mempertahankan nilai-nilai
keadilan dan kebenaran.



4. Nuruddin Ar-Raniry
Konsepsi manusia menurut Syeikh Nuruddin tentang manusia
sangat diwarnai oleh ajaran mistik yang dianutinya. Beliau
memandangkan manusia sebagai makhluk Allah yang paling
sempurna di dunia ini.
Manusia adalah khalifah Allah di bumi dan merupakan
mazhar(tempat kenyataan) asma dan sifat Allah yang paling
lengkap dan sempurna.
Konsep Pembangunan

Fathi Yakan (2002) pula menyatakan pembangunan (al-
Tanmiyyah) juga membawa maksud peningkatan,
kebangkitan dan pertambahan.

Dalam konteks Islam peningkatan dan penambahan ini
dari semua aspek kehidupan kerana sifat kehidupan ini
sentiasa berubah tidak berhenti-henti dan jika tiada
peningkatan maka matilah ia.
Pembangunan Modal Insan Dalam Konteks
Pendekatan Islam

Pembangunan modal insan dalam konteks
pendekatan Islam lebih memberi penekanan kepada
kesedaran tentang betapa perlunya setiap individu
mengetahui tentang apa yang perlu dilakukan, dan
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala
tindakan atau perbuatan yang dilakukan supaya
semua yang dilakukan menjadi sebahagian daripada
amalan terbaik (amal soleh).
konteks pendekatan Islam ialah membangunkan
keperibadian manusia seutuhnya selaras dengan
bakat dan potensi yang dimiliki menerusi program
pendidikan dan latihan.
Penekanan yang diberikan ialah setiap manusia perlu
dibangunkan dengan kekuatan spiritual untuk menggerakkan
daya kerja yang tulus ikhlas, kekuatan minda untuk
memikirkan tentang kerja yang lebih sistematik dan berdaya
maju, kekuatan fizikal untuk melaksanakan kerja dengan
sepenuh tenaga serta dipupuk dengan kesedaran dalaman,
kesungguhan,disiplin dan visi masa hadapan yang jelas.

Ini kerana manusia perlu dididik supaya mempunyai nilai dan
harga diri, kepercayaan diri dan keutuhan diri untuk
merangsang masa hadapan yang lebih cemerlang, gemilang
dan terbilang.
konsep pembangunan modal insan di dalam
sesebuah organisasi menurut pendekatan Islam
mengkehendaki sesuatu yang hendak dilakukan
itu dilakukan dengan penuh ilmu pengetahuan
dan kesedaran.
Oleh itu jelaslah pembangunan modal insan perlu
meliputi kekuatan jasmani dan rohani.
Kepentingan Pembangunan Modal Insan
Bersepadu
Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat
komprehensif dan berteraskan kepada falsafah tauhid
dan berasaskan ilmu wahyu iaitu al-Quran, al-Hadith
dan amalan ulama-ulama silam.

Oleh itu pembangunan modal insan bersepadu adalah
amat penting dalam konteks pengurusan Islam.

Pengurusan dalam Islam amat menekankan tentang
aspek pengurusan kerja berkualiti dan pembangunan
modal insan secara terancang.
Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal insan ini telah
dipraktikkan sehingga kini dan ianya mempunyai persamaan
dengan corak pengurusan sekarang yang menekankan kepada
konsep disentralisasi dan empowerment kepada subordinates
yang dipilih dan dilantik oleh pihak pengurusan.

pekerja yang baik akan menetapkan objektif-objektif yang
beliau percaya sepenuhnya akan dapat memberi kesan positif
kepada organisasi dalam suasana kerja yang penuh
bersemangat dan ceria.

Dengan perkataan yang lebih mudah, ciri utama pekerja yang
baik ialah mengetahui dan menetapkan halatuju organisasi
dari segi visi dan misi serta objektif yang jelas yang hendak
dicapai.
Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja
murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja
bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses,
prosedur, peraturan yang jelas dan mudah
dilaksanakan.

Dalam hal ini, sesebuah organisasi perlu sama-sama
berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam
membangunkan sumber manusia atau modal insan
yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi.
Kesimpulan...
Tegasnya, pembangunan dan pengurusan modal insan
adalah elemen penting dalam membentuk pengurusan
organisasi yang efisyen dan berkesan dalam konteks
pengurusan Islam. Matlamat pembangunan modal insan
ini jika dihayati adalah selaras dengan perjuangan misi
Negara dalam konteks menghadapi cabaran keempat yang
ditetapkan dalam wawasan 2020 iaitu untuk membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur. Dengan kata lain, untuk mewujudkan
masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika
dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan
kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

You might also like