You are on page 1of 16

MEDIA DAN MASYARAKAT

CCA 2033

PENSYARAH:
MISS GWYNEDD NORA OWEN

TAJUK TUGASAN:
MEDIA PENENTU AGENDA

PEMBENTANGAN OLEH:
MUHAYUDIN SALLEH
NO. MATRIK:
125485

Universiti Utara Malaysia


PENGENALAN
• Kajian adalah terhadap media cetak utama arus
perdana dan media cetak milik pembangkang yang
mungkin mempunyai agenda tersendiri
• Agenda tersendiri ini bertujuan untuk memberitahu,
membujuk dan mempengaruhi masyarakat
• Kajian adalah dengan membuat perbandingan
antara dua (2) akhbar media cetak berbahasa
Melayu di Malaysia yang dikatakan mungkin
mempunyai agenda tersendiri

Universiti Utara Malaysia


OBJEKTIF KAJIAN
• Melihat jumlah dan kecenderungan
berita/artikel isu bajet 2010 dan politik dalam
akhbar Utusan Malaysia dan Harakah sama
ada menyebelahi pihak kerajaan atau
menyebelahi parti pembangkang

Universiti Utara Malaysia


PESOALAN KAJIAN
• Media seringkali digunakan oleh sesetengah pihak
(kerajaan/pembangkang) dalam mempengaruhi masyarakat
untuk percaya dan memberi sokongan kepada salah satu (1)
pihak ini
• Persoalannya adakah benar wujudnya akhbar yang menjadi
penentu agenda bagi kedua-dua pihak ini?
• Berapakah jumlah berita/artikel isu bajet 2010 dan politik yang
disiarkan untuk satu (1) keluaran yang menyebelahi pihak
kerajaan atau pihak parti pembangkang
• Sejauhmanakah kecenderungan artikel/berita isu bajet 2010 dan
politik yang disiarkan memihak kepada kerajaan/parti
pembangkang?

Universiti Utara Malaysia


METODOLOGI
• Kaedah kajian yang digunakan ialah analisa
kandungan
• Membuat perbandingan di antara dua (2) akhbar
berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia yang
dikatakan pro-kerajaan dan Harakah dikatakan pro-
pembangkang
• Analisa kandungan dilakukan ke atas akhbar Utusan
Malaysia yang bertarikh 28hb / 29hb Oktober 2009
dan akhbar Harakah yang bertarikh 29hb Oktober
2009
Universiti Utara Malaysia
• Perbandingan dibuat berdasarkan dua (2) isu
iaitu bajet 2010 dan politik antara dua (2) jenis
akhbar ini
• Perbandingan dibuat dengan menggunakan
jadual

Universiti Utara Malaysia


ULASAN KAJIAN LEPAS
• Berdasarkan kajian lalu misalnya kajian oleh Ismail
Sualman dan rakan-rakan (1998) mendapati
terdapat hubungan di antara penentuan agenda
dengan agenda publik dalam pilihanraya di Malaysia
• Menurut teori penentuan agenda seperti mana
kajian yang dijalankan oleh Weaver (1982)
mengandaikan bahawa akhbar tidak memainkan
peranan sebagai saluran mudah atau cerminan
kepada apa yang terjadi

Universiti Utara Malaysia


• Menurut McCombs dan Shaw (1972)
semakin media massa sering memapar dan
menyiarkan sesuatu isu, maka isu tersebut
menjadi penting di mata masyarakat

Universiti Utara Malaysia


HASIL KAJIAN
• Berdasarkan jadual 1, kajian mendapati
akhbar Harakah meyiarkan sebanyak 33
berita/artikel isu bajet 2010 dan politik
manakala akhbar Utusan Malaysia pula
menyiarkan sejumlah 36 berita/artikel isu
bajet 2010 dan politik untuk dua (2) keluaran
28hb dan 29hb Oktober 2009

Universiti Utara Malaysia


JADUAL 1: Jumlah Berita/Artikel
Akhbar Jumlah
Utusan Malaysia (28 & 29hb Oktober 2009) 36
Harakah (29hb Oktober 2009) 33

JADUAL 2: Jumlah Berita/Artikel Bajet 2010


Akhbar Jumlah
Utusan Malaysia 5

Harakah 8

Universiti Utara Malaysia


• Berdasarkan jadual 2, kajian menunjukkan
akhbar Harakah lebih banyak menyiarkan
berita/artikel mengenai bajet 2010 iaitu
sebanyak 8 berbanding dengan akhbar Utusan
Malaysia hanya 5 berita/artikel sahaja
• Berdasarkan jadual 3 pula, didapati akhbar
Utusan Malaysia menyiarkan lebih banyak
berita/artikel isu politik untuk dua (2) keluaran
iaitu sebanyak 31 manakala akhbar Harakah
menyiarkan 25 berita/artikel sahaja

Universiti Utara Malaysia


JADUAL 3: Jumlah Berita/Artikel Politik

Akhbar Jumlah
Utusan Malaysia 31
Harakah 25

JADUAL 4: Kecenderungan Berita/Artikel Bajet


2010 & Politik
Akhbar Kerajaan Pembangkang
Utusan Malaysia 28 8
Harakah - 33

Universiti Utara Malaysia


• Berdasarkan jadual 4, kajian menunjukkan
akhbar Utusan Malaysia dalam dua (2)
keluaran menyiarkan sebanyak 28
berita/artikel bajet 2010 dan politik yang
cenderung kepada kerajaan dan sebanyak 8
berita/artikel bajet 2010 dan politik yang
cenderung kepada pembangkang
• Manakala akhbar Harakah pula menyiarkan
sebanyak 33 berita/artikel bajet 2010 dan
politik yang cenderung kepada pembangkang
dan langsung tiada (0) berita/artikel bajet 2010
dan politik yang cenderung kepada kerajaan

Universiti Utara Malaysia


KESIMPULAN
• Kajian analisa kandungan ini telah mendedahkan sejumlah
berita/artikel isu bajet 2010 dan politik dalam media utama
arus perdana dan media milik pembangkang yang
cenderung kepada mana-mana parti/pihak
• Akhbar Harakah jelas sekali hanya menyiarkan
berita/artikel isu bajet 2010 dan politik yang cenderung
kepada parti pembangkang
• Akhbar Utusan Malaysia pula nampak lebih cenderung
kepada kerajaan namun tetap ada juga berita tentang parti
pembangkang yang diselitkan walaupun tidak banyak

Universiti Utara Malaysia


• Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa akhbar
utama arus perdana dan akhbar milik
pembangkang memainkan peranan masing-
masing selaras dengan tugasnya sebagai media
untuk memberitahu, membujuk dan
mempengaruhi masyarakat melalui penulisan
berita
• Kewujudan media penentu agenda memang
benar dan begitu aktif dalam memainkan
peranan

Universiti Utara Malaysia


SEKIAN
INDERA SEGARA

Universiti Utara Malaysia

You might also like