You are on page 1of 5

EX2023 MAKROEKONOMI II

BAB 7: EKONOMI KEYNES BARU



7.1 PENDAHULUAN
Teori Keynes lama dibentuk:
bagi menjelaskan mengapa wujud UN terpaksa secara besar-besaran.
AD berperanan dalam menentukan tingkat y dan N.
Ciri utama model ini adalah ketegaran upah wang
o Kejatuhan AD -> P jatuh ->DD buruh oleh firma berkurangan. Disebabkan
upah wang rigid (kontrak buruh) dan jangkaan harga adapif oleh buruh dan
upah rigid menyebabkan gunatenaga dan output jatuh dan UN meningkat
(Rujuk: Bab ketegaran upah).

Kritikan utama ke atas Ekonomi Keynes Lama - ekonomi Keynes mempunyai teori
yang tidak mencukupi (theoretically inadequate) kerana pembinaan teori
makroekonomi perlu berlandaskan mikroekonomi (microeconomic foundation) yang
mantap.

Pendokong Ekonomi Keynes baru menjelaskan:
UN terpaksa wujud kerana ketegaran P (selain ketegaran W seperti Ekonomi
Keynes lama)
Rigidity (ketegaran) upah wang (W) dan P disebabkan gelagat pengoptimuman
oleh ejen ekonomi (menggunakan asas mikroekonomi). Iaitu terdapat beberapa
ciri dalam proses peletakan harga dan upah yang mewujudkan ketegaran-
ketegaran tersebut.

Ciri-ciri Utama Ekonomi Keynes Baru
Pasaran persaingan tak sempurna bagi pasaran keluaran. Ini bertentangan
dengan model Keynes lama yang mengandaikan PPS.
Model Keynes baru mengandaikan ketegaran P keluaran.
Di samping faktor-faktor yang menyebabkan pembolehubah nominal (seperti W)
tegar, model Keynes baru juga memperkenalkan ketegaran benar (real
rigidities), iaitu faktor-faktor yang menyebabkan upah benar atau harga relatif
firma tegar bila berlaku perubahanAD.
3 model Keynesian baru
a. Model Harga Tegar (Sticky Price Models) atau model kos menu (Menu Cost
Models)
b. Model Upah Cekap (Efficiency Wage Models)
c. Model Orang Dalam-Orang Luar dan Histerisis (Insider-Outsider Model and
Hysteresis)

7.2 MODEL HARGA TEGAR/KOS MENU STICKY PRICE (MENU COST) MODEL
Model Keynes lama
andaikan PPS firma penerima P. Harga ditentukan oleh DD dan SS pasaran.
Jadi keluk DD firma adalah horizontal (anjal sempurna)
Ketegaran W (gagal menyelaras apabila berlaku perubahan AD) menyebabkan
wujud UN terpaksa.
Model Keynes baru andaikan persaingan tak sempurna (monopolistik
/oligopolistik), iaitu firma boleh pengaruhi harga. Ketegaran harga
SEM 2 SESI 0506/AZMA
1
EX2023 MAKROEKONOMI II
menyebabkan wujud UN terpaksa. Jika satu firma (e.g: restoren) tidak
menurunkan harga apabila berlaku kejatuhan DD makanan restoren, ia akan
kehilangan sebahagian daripada pelanggannya (bukan semua). Begitu juga
ketika berlaku kemelesetan ekonomi, apabila DD kereta jatuh, Syarikat Ford
Motor masih mampu menjual keretanya walaupun tanpa mengubah tingkat
harganya. Ini kerana firma monopolistic atau oligopolistik mempunyai kuasa
mengawal harga. Tiada insentif bagi firma untuk mengurangkan harga kerana
masih dapat mengekalkan jualan yang agak tinggi pada harga asal. Ini bermakna
tiada firma akan menurunkan harga.
Sticky price model (menu cost model) menjelaskan wujud kos yang
menghalang harga untuk menyelaras apabila berlaku perubahan DD. Akibatnya,
output akan jatuh apabila berlaku penurunan DD.
Sebab-sebab harga tegar:
1. Kos Menu merujuk kepada sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh
firma jika ia mengubah harga keluarannya. Firma tidak menurunkan P
walaupun AD jatuh kerana terdapat kos untuk mengubah P yang mungkin
melebihi faedah daripada penurunan P. Bila firma mengubah P, senarai atau
pamplet harga baru mesti dicetak dan diedarkan kepada pelanggan.
2. Kos pengurusan kos untuk mengumpul maklumat bagi menentukan
tingkat harga optimum yang baru. E.g: berkomunikasi dengan pelanggan
(menjelaskan logiknya mengubah harga).
3. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan: Jika DD meningkat
(ekonomi baik) tindakbalas pasaran menyebabkan P meningkat. Tetapi
hubungan muhibah dengan pelanggan (consumer goodwill) akan terjejas bila
P dinaikkan. Semasa ekonomi meleset (DD jatuh) tindakbalas pasaran
menyebabkan Pa perlu jatuh. Tetapi jika P diturunkan dalam masa meleset,
maka P mesti dinaikkan kembali selepas ekonomi pulih, iaitu bila DD
meningkat kembali. Hubungan baik dengan pelanggan mungkin terjejas.
Firma mendapati adalah lebih optimal jika P diubah bila kos berubah kerana
pelanggan lebih memahami sebabnya.
4. Mengelak Perang Harga: Penurunan P mungkin boleh mencetuskan
pusingan persaingan menurunkan P di kalangan firma-firma (perang harga)
sehingga pada akhirnya tidak siapa yang untung kerana harga mungkin jatuh
terlalu rendah dan tidak dapat menampung kos pengeluaran biasa berlaku
di antara firma-firma oligopolistik.

Jika kos untuk mengubah harga adalah sangat tinggi, maka akan wujud ketegaran
P. Kejatuhan dalam AD menyebabkan N dan y berkurangan tetapi P tetap.

7.3 MODEL UPAH KECEKAPAN (EFFICIENCY WAGE MODEL)
E.g senario: Syarikat Ford membayar pekerjanya $5 sehari berbanding firma-firma
lain membayar $2-$3 sehari. Tujuan ia membayar upah melebihi upah pasaran
adalah untuk mengurangkan ponteng kerja, masalah turnover pekerja dalam
syarikatnya dan meningkatkan morale pekerja dan akhirnya dapat meningkatkan
produktiviti L.
Model Upah Kecekapan model di mana produktiviti L bergantung kepada
upah benar yang dibayar kepada L. Kadar upah benar ditetapkan bagi
SEM 2 SESI 0506/AZMA
2
EX2023 MAKROEKONOMI II
memaksimumkan unit kecekapan buruh bagi setiap ringgit yang
dibelanjakan dan bukannya kadar upah benar pasaran.
Indeks kecekapan atau indeks daya pengeluaran buruh (e)
|
.
|

\
|
=
P
W
e e
Kecekapan pekerja berfungsi positif kepada upah benar.
Fungsi pengeluaran boleh ditulis sebagai:
| |
(

|
.
|

\
|
=
=
K N
P
W
e F y
K eN F y
,
,

y (output) bergantung kepada
- K (tetap dalam jangka pendek)
- input buruh (N) @ unit kecekapan (efficiency units). Bilangan unit
kecekapan buruh = bilangan unit fizikal (N) yang diukur dengan jam
kerja (man-hours) dalam satu tempoh didarab (X) indeks kecekapan.
Matlamat firma
o menentukan upah benar supaya kos unit kecekapan buruh diminimumkan
o memaksimumkan unit kecekapan buruh yang dibayar bagi setiap ringgit

y meningkat jika
N meningkat
kecekapan buruh (e) meningkat walaupun N tetap
Ini bermakna, dalam jangka pendek tingkat output atau keluaran dapat
ditingkatkan dengan menambahkan guna tenaga (N) atau meningkatkan
upah benar (kerana ia dapat meningkatkan kecekapan L).

Menurut pendokong teori upah kecekapan
o dalam kebanyakan industri, upah ditentukan berdasarkan kepada kecekapan.
Upah benar tidak bebas berubah untuk membersihkan (to clear) pasaran
o Kadar upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada kadar upah benar
pembersihan (market-clearing real wage rate) pasaran.
Maka UN terpaksa wujud Ketegaran upah benar (ketegaran benar) mewujudkan
UN terpaksa.
Rajah




Model/alasan kenapa kadar upah benar ditetapkan melebihi kadar upah benar
pembersihan pasaran
i. Model Mengelak Kerja (Shirking model): Firma memberi peluang kepada
pekerja supaya tidak mengabaikan tugas. Jika L cuai dia mungkin dibuang
kerja dan susah baginya untuk mendapat kerja lain dengan gaji sedemkian.
Jika firma boleh mengawas perestasi kerja maka strategi menetapkan upah
tinggi tersebut boleh menguntungkan.
ii. Model Pusing Ganti Kos (Turnover cost models): Firma boleh
mengurangkan kadar berhenti kerja (quit rate) di kalangan pekerja dan ini
SEM 2 SESI 0506/AZMA
3
EX2023 MAKROEKONOMI II
boleh mengurangkan kos pengambilan (recruiting) dan latihan (training)
pekerja baru. Juga menggalakkan L menambah pengalaman untuk
menjadikan mereka tenaga kerja yang lebih produktif.
iii. Model Pertukaran Hadiah (Gift exchange models): Berkaitan dengan
semangat (morale) pekerja. Pembayaran upah benar yg lebih tinggi daripada
kadar upah benar pembersihan (clearing) pasaran meningkatkan semangat
bekerja. Firma seolah-olah memberi hadiah kepada L supaya pekerja akan
bekerja lebih rajin.

Jika upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada upah benar keseimbangan dlm
kebanyakan sektor, akan mewujudkan pengangguran terpaksa dalam ekonomi.
upah benar kecekapan ditetapkan berdasarkan kecekapan buruh, jadi wujud
ketegaran benar.
Jika berlaku kejatuhan AD (e.g: Ms nominal jatuh) dan firma boleh menurunkan P
output untuk mengekalkan jualannya dan mengurangkan W (dengan kadar yang
sama) supaya upah benar kekal pada paras kecekapan(W/P)*.
Walau bagaimanapun, jika firma tidak menurunkan P disebabkan kos menu, maka
bagi mengekalkan w kecekapan, W juga mesti tidak boleh jatuh. Ini bermakna
kejatuhan AD menyebabkan N dan y jatuh dan wujud UN terpaksa.
Kesimpulan gabungan ketegaran nominal, kos menu, dan ketegaran upah benar
(akibat upah kecekapan) dapat menjelaskan mengapa wujud UN terpaksa.

7.4 MODEL ORANG DALAM-ORANG LUAR DAN HISTERESIS
UN tinggi dan berkekalan sejak tahun 1980 di Eropah.
Timbul hipotesis di mana UN sangt dipengaruhi oleh UN pada tempoh lepas. Iaitu
ekonomi tersekat dalam perangkap pengangguran.
Histerisis - satu pembolehubah menggambarkan histeresis jika
pembolehubah dikejutkan keluar (shocked away) daripada laluan (nilai)
asalnya, ia tidak menunjukkan kecenderungan untuk kembali semula ke
laluan asalnya, walaupun kejutan yang menyebabkan ia terkeluar dari
laluan asalnya telah tiada lagi.
Kadar keseimbangan UN bergantung kepada sejarah sebenar atau laluan (path)
sebenar UN - kadar keseimbangan UN adalah path-dependent.
Model histerisis cuba menjelaskan kenapa UN masih berterusan walaupun sebab asal
kewujudannya sudah lama tiada. Ini dapat diterangkan oleh model orang dalam-
orang luar (insider-outsider model).
Mengandaikan pertandingan tak sempurna dalam pasaran keluaran dan buruh
2 pihak yang bertindakbalas, iaitu kesatuan sekerja dan majikan.
Orang dalam
o Ahli-ahli kesatuan sekerja
o Mempunyai kuasa tawar menawar dengan pihak majikan
o Pemberhentian mereka dan menggantikan dengan oursiders (iaitu yang
bukan ahli kesatuan) melibatkan kos yang besar (seperti kos pengambilan
pekerja baru dan kos latihan).
o Mereka juga menyusahkan majikan melalui mogok
o Mereka boleh menuntut kadar upah benar > kadar upah benar pembersihan
pasaran (market clearing real wage rate) - menyebabkan berlaku UN di
kalangan outsiders.
SEM 2 SESI 0506/AZMA
4
EX2023 MAKROEKONOMI II
o Insiders akan menuntut kenaikan upah benar sehingga menyebabkan hanya
sedikit sahaja insiders diambil bekerja. Ini bermakna terdapat insiders yang
menganggur kerana N ditentukan oleh DD
L
oleh firma, dan DD
L
oleh firma
berhubung secara negatif dengan upah benar.
o Insiders berkepentingan untuk mengekalkan pekerjaan mereka dan
mendapat upah benar yang tinggi tidak berminat langsung dalam soal-soal
penciptaan pekerjaan baru supaya orang yang sekarang sedang menganggur
dapat bekerja.

Orang luar - pekerja-pekerja yang bukan ahli kesatuan sekerja dan penganggur
tidak ada kuasa tawar menawar dengan majikan.

BAGAIMANA KEMELESETAN EKONOMI MENERBITKAN HITERESIS /
PERANGKAP PENGANGGURAN

Kemelesetan ekonomi menyebabkan majikan membuang pekerja sebahagian drp
insiders menjadi orang luar.
Upah benar jatuh lebih rendah drp sebelum kemelesetan.
Bila ekonomi pulih, insiders menuntut kenaikan upah benar, sekurang-kurangnya
sama tinggi dengan tingkat sebelum kemesletan. Majikan patuh kerana kesatuan
sekerja kuat.
Majikan tidak dapat mengambil kembali pekerja yang telah dibuang kerana orang
dalam tidak bersedia untuk bertolak ansur dari segi upah benar ini.
Kadar pengangguran kekal tinggi walaupun ekonomi telah pulih histeresis/
perangkap pengagguran.
SEM 2 SESI 0506/AZMA
5

You might also like