You are on page 1of 18

Aplikasi Kemahiran dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral

1. Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint




Pengenalan
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini
dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus
meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

Apakah TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik
ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid.

Kelebihan TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran,
murid dan guru berupaya;
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
menyelesaikan masalah dengan berkesan.
membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
berkomunikasi dengan baik dan
memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
kemahiran berfikir secara kritis
kemahiran berfikir secara kreatif
kemahiran generik

aplikasi TOC dalam pendidikan
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
kandungan kurikulum.
pengajaran dan pembelajaran konsep.
membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
perancangan strategik untuk mencapai matlamat.

Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah
sebagaimana berikut;

sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni
dan kerohanian).
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan
perancangan strategik).

Teknik dalam TOC
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;

Teknik Awan ( The Cloud )
Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )



Teknik Awan ( The Cloud )

Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan
penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak
diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu
pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.

Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)

Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian
mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan
perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga
mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang
berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.



Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan
untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar
pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan
kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah
dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi
cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Teknik Awan
i. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik
yang wujud.


ii. Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan
konflik.
iii. Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.
iv. Kenal pasti pula matlamat bersama.
v. Murid akan mencari penyelesaian win-win ke arah tercapainya
matlamat bersama.




Teknik Penyelesaian Masalah
i. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan berpandukan
kepada teks yang dikemukakan.
ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian
matlamat.
iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
supaya matlamat dapat dicapai.

Kesimpulan

Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang
logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid
untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan
bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid
mampu berkomunikasi dengan baik .



2. Pembelajaran Aktif

Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru



Pengenalan

Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi
pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey
menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan
satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam
era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada
inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar
bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.



Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?

Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi
dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk
mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima.
Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua
andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan
(2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.

Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk
berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan
mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima
pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru
mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.



Mengapakah pembelajaran aktif diberikan keutamaan?

Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu
pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar,
pembelajaran aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara,
menyimpan informasi lebih lama and berasa seronok dalam bilik darjah.
Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan
murid lain dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu
sendiri sahaja. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif
secara umumnya membawa kepada retensi pengetahuan yang terhad seperti
yang ditunjukkan di bawah:




Bagaimanakah menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?

Menggunakan pembelajaran aktif boleh menjadi satu cabaran kepada guru
dan murid yang tidak biasa dengan pendekatan tersebut. Guru sebagai
fasilitator menyerahkan sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada
murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang
dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar. Berikut adalah
beberapa teknik umum untuk memberikan peluang kepada murid untuk
terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka:



Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas.
Berikan masa untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka
berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil
perbincangan tadi dengan seluruh kelas.



Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan
mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid
beberapa minit untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan:
Apakah perkara yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang
kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan
mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan
kamufeedback/maklum balas tentang pemahaman murid.

Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas
dalam sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan
minta input daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.

Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif
dan penglibatan murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan,
permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya boleh digunakan.

Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi
pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang
lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan
koperatif menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberikan.

Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh
menggalakkan murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.

Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku
dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan
menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam
bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat
sesuatu tindakan.
Kebaikan menggunakan pembelajaran aktif and keberkesanannya:

Murid secara individu mungkin akan berhadapan dengan sesuatu masalah
dan putus asa tetapi secara berkumpulan, murid akan membantu antara satu
sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid akan terdedah kepada pelbagai
strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani mencuba strategi
tersebut dalam keadaan power sharing dan empowerment. Murid lebih
yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara
berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif
apabila mereka mengajar antara satu sama lain.

Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?

Arahan berpusatkan murid

Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru
Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar
belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada
murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Komuniti diskusi

Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara
satu sama lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga
sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui interaksi dengan lain
secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan memotivasikan murid.


Refleksi

Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan
peluang untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi
dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk
sampai ke tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa
melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius.
Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi
dengan pelbagai cara.



Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran

Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap
pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap
tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi
dengan pembelajaran sendiri.

Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran

Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik
kognitif dan perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk
pemahaman yang baru. Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif
positif, murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko
apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.

Penilaian autentik

Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui
pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama
murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid
menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran
lebih bermakna.

Peranan guru sebagai fasilitator

Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan
membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi
fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa
makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu.
Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid
belajar. Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlulah menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan kreativiti masing-masing untuk memimpin dan menyokong
pembelajaran murid mereka.

Menggunakan masalah autentik

Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas
pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan
sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid
perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran tersebut
akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.



Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR

Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan
moral, tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak
kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian
perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan
tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu
membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka
bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru
menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada
murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata
sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada
jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.



3. Pembelajaran Kontekstualisme

Pembelajaran Kontekstualisme

Definisi Satu kaedah pemeblajaran yg menggabungkan isi kandungan dgn
pengalaman harian individu, masy. Dan alam pekerjaan melibatkan aktiviti
hand-on dan mind-on. Ciri-ciri:

dapat proses maklumat baru dgn cara yg bermakna dlm rangka minda.
maklumat disampaikan dlm konteks pelbagai dan bermakna
guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran.



4. Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran Konstruktivisme

Definisi Pengetahuan, idea, konsep dibina secara aktif oleh individu yg
berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui proses metakognitif. Ciri2

Penglibatan- simulasi perasaan ingin tahu
Penjelajahan guna pend. Inkuiri utk menjelajah dan menyiasat
Penerangan- definisi konsep dan penyataan
Penghuraian menghubungkait sesuatu kemahiran / konsep
Penilaian menilai pemahaman pelajar melalui demotrasi pemhaman
dan kemahiran.

Peranan guru- Fasilitator, pembimbing, mengenalpasti masalah, berfikiran
terbuka, mencabar persepsi murid, beri masa yg secukupnya, tahu
melaksanakan pembelajran koperatif.

Peranan murid sikap bertanggungjawab , memnpunyai inisiatif kemuka isu ,
adakan perbincangan , mencabar hipotesis yg telah dibuat, perlu mempunyai
kemahiran maklumat dan penggunaan teknologi .




5. Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif



6. Kemahiran Kajian Masa Depan

7. Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral

Aplikasi Kemahiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Moral

Pengenala

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi(KKE)

Dalam konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau
kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna.



Patricia (1996)

Kompetensi merupakan ciri potensi individu yang membolehkannya
menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam
sesuatu situasi.

Whiddett dan Hollyfords (2003)

Tingkah laku yang didemonstrasikan oleh individu secara aktif atas kerja yang
ditugaskan di bawah konteks organisasinya.

Pengertian

Ciri-ciri kecekapan menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan
kemahiran empati, intrapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran
sosial.



Model Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer & Salovery

Pengenapastian Kecerdasan Emosi

Model Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer & Salovery





Rubrik Kompetensi Kecerdasan Emosi

Cabang Literasi
Emosi
Kompetensi Kecerdasan Emosi
1. Persepsi dan
Ekspresi
Emosi
Keupayaan mengenal pasti dan
menunjukkan dengan ekspresi
yang tepat
2. Penggunaan
Emosi
Keupayaan menggunakan emosi
secara membina dalam proses
membuat keputusan yang wajar.
3. Pemahan Emosi Keupayaan memahami maksud
yang sebenar terhadap pelbagai
emosi di dalam situasi yang nyata,
agar boleh menggunakannya
untuk membina komunikasi
berkesan dalam interaksi sosial.
4. Pengurusan
Emosi
Keupayaan mengurus emosi
supaya literasi emosi daripada
aspek personal dan sosial dapat
dipertingkatkan.











Kepentingan EQ:

Mengikut Howard Gardner, potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan
seperti berikut:

Antara lapan jenis kecerdasan yang dikenal pasti oleh Howard Gardner,
kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal adalah jenis
kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan emosi.


Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial
termasuk kerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi
dengan berkesan
Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman
seseorang terhadap agama, refleksi kendiri, dan mendisiplinkan diri
serta kesedaran terhadap perasaan diri.

Kepentingan Kecerdasan Emosi Murid

1. Memahami Emosi diri sendiri

Kemajuan mengenal pasti dan menamaka emosi sendiri

Lebih berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan
perasaan

Dapat mengenal pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan
rasional


2. Mengurus Emosi

Toleransi

Masalag disiplin bilik darjah akan dapat dikurangkan

Menunjukkan perasaan marah dengan cara berpatutan tanpa berlawan

Tingkah laku distruktif dan agresif dapat dikurangkan

Peningkatan perasaan positif terhadap diri, sekolah dan keluarga

Mengurus tekanan secara berkesan

Kerungsingan sosial dan kesepian dikurangkan

3. Memanfaatkan emosi

Murid menjadi lebih bertanggungjawab

Berupaya menumpukan perhatian dengan lebih teliti t4erhadap tugasan
masing-masing

Tindak balas yang lebihg rasional dan berdaya

Mengawal diri secara lebih berkesan

4. Empati Membaca Emosi

Peningkatan keupayaan memahami perasaan orang lain

Peningkatan empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain

Sedia dan cekap mendengar kata orang lain

5. Mengurus hubungan

Kebolehan bertambah dalam daya menganalisis dan memahami
hubbungan antara orang.

Dapat menyelesaikan konflik dan merunding perselisihan dengan lebih
berkesan

Dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik

Asertif yang berlebihan dan mahir dalam komunikasi

Disanjungi lebih ramai orang

Dapat berinteraksi dengan rakannya secara lebih mesra

Timbangrasanya dipertingkatkan

Peningkatan dalam bekerjasama, pertolongan dan perkongsian

Dapat berinteraksi secara lebih demokratik dengan orang lain.


Cara Guru Membantu Murid Mengurus Emosi Diri:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Mewujudkan interaksi dua hala

o Suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis

Mengurangkan suasana yang tegang

o Menggalakkan murid-murid rapat dengan guru

o Tidak segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat

Mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain dan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Memberi banyak peluang berinteraksi

Contoh aktiviti:

o Pengayaan

o Pemulihan

o Lakonan

o Sesi buzz

o Permainan

o Pertandingan

o Kerja projek





3. Menggunakan Teknik Menyoal

Untuk mendapatkan tindak balas murid

Mencungkil pendapat murid

Murid-murid dibimbing dan digalakkan menjawab soalan

Penglibatan murid dalam pembelajaran adalah secara aktifi

Interaksi dua hala yang sihat berlaku

4. Menggunakan Percakapan yang sesuai

Percakapan guru menjadi pengaruh tidak langsung

Mewujudkan interaksi dua hala

Menggalakkan murid mengemukakan pendapat/memberi tindak balas

o Teknik memuji

o Menerima pendapat murid-murid dengan hati terbuka

5. Menggunakan Strategi Berpusatkan Murid

Mewujudkan pembelajaran aktif

meminimumkan kaedah menerang, syarahan, demonstrasi guru

Memaksimumkan kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian
masalah

mewujudkan interaksi secara langsung antara murid

6. Menggunakan Banyak Alat Bantu Mengajar

Menarik perhatian murid dan menimbulkan minat untuk belajar

Murid yang berminat akan berusaha melibatkan diri dalam pembelajaran
yang aktif

ABM yang sesuai berfungsi sebagai media antara guru dan murid untuk
membentuk interaksi

7. Mewujudkan Suasana Interaksi yang Kondusif dalam Bilik Darjah

Suasana interaksi yang kondusif

o Menyusun keadaan fizikal- tempat duduk murid berkumpulan

8. Mambantu Murid Bermasalah

Terdapat murid yang bermasalah peribadi seperti:

o Pendiam

o Penakut

o Pemalu

Guru harus mengadakan sesi kaunseling

Menggalakkan penyertaan/penglibatan mereka dalam aktiviti
pembelajaran bersama murid normal yang lain

Mendorong murid normal menerima murid-murid bermasalah

Tindakan guru ini akan meningkatkan penglibatan lebih ramai murid
berinteraksi



9. Mengajar dengan sikap penyayang

Bertujuan merapatkan hubungan guru dengan murid-murid.

Murid-murid digalakkan bertanya soalan dan memberi pendapat

Mengemukakan masalah peribadi dengan harapan dapat diselesaikan
oleh guru penyayang mereka

10. Gunakan Ganjaran sebagai galakan dan motivasi pembelajaran

Elakkan hukuman dan gunakan bimbingan sewajarnya untuk murid
masalah disiplin

o Mengurangkan konflik antara guru dengan murid dalam sistem sosial sekolah

You might also like