You are on page 1of 7

Nama Alhambra berasal dari perkataan

Arab, hamra yang bermaksud merah.


Dinamakan Istana Alhambra bererti Istana
Merah kerana istana ini banyak dihiasi
bata-bata berwarna, serta penghias
dinding yang agak kemerah-merahan.


Istana Alhambra sebenarnya adalah sebuah
masjid, istana dan kompleks kota silam
kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol.Ia
adalah tempat tinggal raja-raja Muslim Granada
dan mahkamah mereka, tetapi sekarang dijadikan
muzium yang mempamerkan kecantikan gaya
senibina Islam.

Istana Alhambra adalah simbol puncak
kejayaan Islam di Sepanyol. Islam
masuk ke negeri ini dibawa oleh
pasukan Islam pimpinan Thariq bin
Ziyad yang dikirim raja muda Islam
di Afrika, Musa bin Nusair. Pasukan
Islam sendiri datang untuk
memerdekakan Andalusia (Sepanyol)
dari kekacauan hebat atas permintaan
Gabenor Ceuta, Julian.
Selain menjadi bukti kejayaan
Islam, Istana Alhambra yang
bernilai seni arkitektur
tinggi ini juga memperlihatkan
peradaban tinggi umat Islam pada
masa
dulu.
Istana ini dilengkapi taman juga bunga-bunga indah nan harum.
Ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128
tiang yang dibuat dari marmar.
Di taman ini pula terdapat kolam air yang dihiasi dengan 12
patung singa yang berbaris melingkar, dari mulut patung singa-
singa tersebut keluar air yang memancar. Di dalamnya terdapat
berbagai ruangan yang indah, seperti Ruangan Al-Hukmi (Baitul
Hukmi), iaitu ruangan pengadilan. Ruangan Bani Siraj (Baitul
Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar yang dipenuhi
dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab.
Selain itu, istana merah ini dikelilingi oleh benteng yang
kemerah-merahan. Yang lebih unik lagi pada bahagian luar
dan dalam istana ini ditopang oleh tiang-tiang panjang
sebagai penyangga juga penghias istana Alhambra. Dinding
luar dan dalam istana banyak dihiasi kaligrafi dengan
ukiran khas yang sukar dicari dan tiada tandingannya
hingga kini.

You might also like