You are on page 1of 33

KULIAH 1

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN


ETNIK DAN PEMBENTUKAN
BANGSA/NASION MALAYSIA
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

RAS
- Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal
tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari
generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan
Austroloid.

ETNIK / KAUM
- Berkenaan dengan bangsa : Satu kelompok yang boleh
dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek
moyang yang sama
SUKU
- kelompok masyarakat yg membentuk rumpun
bangsa (suku Iban, Kadazan dll)

BANGSA / NASION
- Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun
manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama &
lebih rela bekerjasama sesama mereka,
berbanding dengan rumpun bangsa yg lain.
Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa,
kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama.
MASYARAKAT
- Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat -
sebagai “satu kumpulan manusia” yang
berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan
merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama.
Terdapat perhubungan terus menerus di
kalangan mereka yang masih hidup dan kekal
selama berabad-abad.
- Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup
saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama
dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu
menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga
terjalin hubungan antara satu sama lain serta
lahir satu sistem yang dinamakan sebagai
kebudayaan.
KEBUDAYAAN
- Sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia (yg
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan
kelompok yg bercorak kebendaan dan bukan
kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu
masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa
aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan
semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek
kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan,
nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan
sebagai pola kebudayaan sejagat.
- Perubahan merupakan sifat yg penting bagi sesuatu
kebudayaan.
MASYARAKAT MAJMUK
- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp
pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun
mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah
sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka
adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan
mereka amat kurang dan hubungan mereka amat
terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas
garis-garis ras.
- Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi
politik pula masyarakat majmuk timbul akibat
dominasi penjajah.
- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan /
kelemahan azam sosial bersama (common social will)
yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota
masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan
kepada tingkah laku sosial.
AKOMODASI / PENYESUAIAN
- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-
kelompok yg berkonflik bersetuju untuk
menghentikan / mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk
sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi
sosial seumpama ini membolehkan kelompok-
kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta
sikap mereka yg berasingan.
- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia :
Penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai
agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap
kelompok etnik. Penyesuaian amat penting sebagai
satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam
hubungan etnik.
- Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai
satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan
pemerintah dan kelompok-kelompok etnik
berkenaan.
ASIMILASI
- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di
antara kelompok / individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini
berhubungan dengan penyerapan sehala individu /
kelompok ke dalam kelompok lain. Proses asimilasi
bergantung kepada 2 faktor penting:
1. Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka.
2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima
golongan lain.
- Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz
kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara
golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar
imigrasi.
- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan
berbanding kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai
kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada
golongan majoriti sukar diasimilasikan.

- Di Malaysia – Oleh sebab bilangan kaum Cina yg


begitu besar, mereka paling sukar diasimilasikan.
Banyak faktor penghalang asimilasi ini (kesan dasar
pecah dan perintah penjajah & perbezaan agama,
kepercayaan dan budaya)
INTEGRASI
- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua
kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya
hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan
tetapi disuburkan.
- Pengekalan identiti kepelbagaian dibentuk melalui
pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa
kebangsaan.
- Kebudayaan Melayu menjadi teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan. Kebudayaan kaum lain yg
sesuai boleh dicedok asalkan unsur-unsur
kebudayaan tsb tidak bercanggah dengan prinsip
Kebudayaan Kebangsaan & Islam sebagai agama
rasmi.
AKULTURASI
- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan
daripada suatu budaya kepada budaya yang lain.
Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan
yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza
dalam satu jangka masa yg berterusan dan
perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu
atau kedua-dua budaya tersebut.
- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan
yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok
adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya,
sosial dan psikologikal.
ETNOSENTRISME
- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya
daripada kebudayaan kelompok lain.
- Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila
mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan
standard dan nilai kebudayaan sendiri dan
menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg
lebih rendah.
- Etnosentrisme membayangkan keengganan /
ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk
menghargai pandangan kelompok daripada
kebudayaan masyarakat yg lain.
- Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah
mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan
stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)
- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi
penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu
masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara
anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan
kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam
ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik
politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.

RASISME / RASIALISME
- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan
terhadap seseorang berasaskan keturunan
bangsanya.
- Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri
sahaja yg paling unggul.
INSTITUSI SOSIAL

- Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat


dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan
pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau
suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu
matlamat sosial yg tertentu.

Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi


keluarga, institusi politik, institusi agama,
institusi pelajaran dll.
JARAK SOSIAL

- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg


benar-benar wujud di antara individu-individu,
individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis
hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara
kelompok.
- Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan
persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak
sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang
hubungan atau interaksi dan persefahaman antara
kedua-duanya.
KELAS SOSIAL
- Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu
kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan
sehari-hari, segolongan individu yg mempunyai
kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik,
kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau
hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua


golongan:
1. Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca
pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.
2. Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya
tenaga kerja sahaja
MOBILITI SOSIAL
- Merupakan satu proses perubahan individu atau
kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan
sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial
sesuatu masyarakat.
- Dalam sistem yg lebih terbuka, seperti sistem
kelas, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih
terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti
dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti
sosial jarang sekali berlaku.
KONTRAK SOSIAL
- Merupakan satu persetujuan yg dicapai di antara
pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat
yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.

- Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum


Melayu, Cina dan India tentang perkara penting
dalam perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu,
Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam
sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA

• Konsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia berkait


rapat dgn identiti nasional.
• Negara : mempunyai 4 elemen penting - Rakyat yg
diperintah, wilayah yg dimiliki, kerajaan yg
memerintah dan kedaulatan.
• Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion dikenal
pasti melalui 2 sifat asas:
1. Kewarganegaraan - kedaulatan kolektif &
penyertaan politik sepunya.
2. Etnisiti : mempunyai ciri-ciri bahasa yg sepunya,
sejarah yg sama & identiti budaya yg lebih luas
yg dimiliki oleh anggota nasion itu.
•Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan
Nasionalisme.

-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu


keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa
sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg
bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat
asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang
serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg
melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg
unggul & sah.

• Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya


usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan
negara berdaulat.
• Nasionalisme adalah fenomena sejagat yg
mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk
menubuhkan negara, memelihara kedaulatannya &
menuntut kesetiaan unggul individu kpd negaranya.

• Negara yg pernah dijajah- memanifestasikan


semangat nasionalisme dgn cara menamatkan
penjajahan utk membina negara bangsa yg bebas &
berdaulat.

• Negara yg tidak pernah dijajah-menggulingkan


sistem kerajaan tradisional & menggantikannya dgn
sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan rakyat.
• Konsep Nasion -Negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa umumnya boleh
disamakan dgn integrasi nasional.

•Kepentingan pembentukan nasion:


- untuk memastikan nasion itu terus kekal
dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram.
Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion.
Pengukuhan negara memerlukan penyertaan
dan dukungan komuniti etnik yg memberikan
kesetiaannya.
MODEL PEMBENTUKAN NASION
Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model
Akomodasi Politik / penyelesaian politik.

APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?


- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum.
Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak
berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan &
kegembiraan yg sama pd masa lampau’.
- Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem
ekonomi duaan & pengasingan pendidikan
menyukarkan perpaduan kaum dicapai.
- Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses
asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg
dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar
pendidikan & bahasa kebangsaan.

Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2)


‘Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah
melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu
melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan &
ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm
negara’.
- Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik
tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
- Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami
keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia.
- Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk
boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah
penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd
faktor-faktor lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan
sosial & sosiobudaya.
TERAS PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA.

- Malaysia membentuk nasion mengikut acuan sendiri:


menggabungkan pendekatan politik, ekonomi &
sosial.

- Berpendirian pragmatik - keupayaan membuat


penyesuaian, berani membuat keputusan, memiliki
pemikiran & sikap pro-aktif serta berwawasan.

- Berdasarkan DEB, DPN, Wawasan 2020 dan Islam


Hadhari.
Usaha pembentukan nasion Malaysia
dilaksanakan melalui pelbagai strategi:

1. Kerjasama & perkongsian politik.


- Awal kemerdekaan - politik kompromi melalui Parti
Perikatan (kerjasama & perkongsian elit pemerintah
pelbagai kaum)
- Selepas 13 Mei 1969 - formula Perikatan ubah
pendekatan. Pendekatan baharu-Barisan Nasional
dibentuk - pengukuhan kerjasama & perkongsian
politik pelbagai kaum.
- Kawalan politik utk kawal politiking yg berlebihan &
utk menjamin kestabilan politik.
- Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-
rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai
kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan
kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama)

- 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun


Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar
Bahasa Kebangsaan, DEB)

2. Kerjasama & perkongsian ekonomi.


- DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat
kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang
kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg
saksama di kalangan penduduk.
- DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak
drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990).
- Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk
bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik.
- Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan
ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih
ramai usahawan.
- Adanya program sokongan utk meningkatkan
penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.
3. Keadilan sosial.
- Kesan drp kerjasama politik & ekonomi -
pengagihan yg adil & memerangi pemusatan
kekayaan segelintir manusia melalui program
pembangunan luar bandar.

4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan.


- dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa
kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia.

5. Kebudayaan Kebangsaan.
- keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup
& budaya bersama.
6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai
agama, etika & moral.

Teras, Model dan usaha membentuk nasion


Malaysia berbeza dgn negara lain kerana sejarah,
sistem politik, ekonomi & sosial berbeza dgn negara
luar. (cth: Asimilasi berjaya dilaksanakan di
Indonesia & Thailand tetapi model ini tidak dpt
dilaksanakan di Malaysia kerana masalah komposisi
penduduk yg berbeza)

You might also like