You are on page 1of 26

CABARAN

TERHADAP
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA DAN
GLOBAL
KULIAH 10
- Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam
kalangan rakyat sesebuah negara yg
mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa,
budaya dan etnik.
- Persoalan hubungan etnik, perpaduan
dan integrasi amat penting bagi mewujudkan
kestabilan politik dan seterusnya
pembangunan negara berjalan rancak
tanpa sebarang gangguan.
- Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga

negara dapat disalurkan kepada memajukan


negara drp digunakan utk menyelesaikan
masalah yg wujud drp kepelbagaian etnik.
PEMBINAAN JATIDIRI MALAYSIA.

- Jatidiri bermaksud ciri-ciri, gambaran atau keadaan


khusus seseorang. Ia juga boleh dianggap sbg identiti
bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan,
patriotisme dan kewarganegaraan yg menjurus kpd
ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa.
- Jatidiri ialah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai
nilai sendiri, dihayati secara kolektif dan dominan
sifatnya yg dpt mencirikan rupa dan peribadi bangsa
(semangat, sikap, pendirian, kepercayaan,
tekad dan visi bangsa) yg mampu membina
personaliti dan identiti kendiri yg bersifat dinamik dan
struktural.
- Cita-cita pemupukan jatidiri boleh dicapai kerana
sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan
perlakuan yg sama mengikat seluruh negara.
Sebagai sebuah negara yg merdeka dan berdaulat,

sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan


identiti sendiri yg sesuai dgn negara ini.
- Namun krisis yg berlaku pd tahun 1969 (peristiwa
13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia belum
mempunyai suatu budaya nasional yg menjadi asas
bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah
wujud permuafakatan di antara rakyat di negara ini
dlm mewujudkan perlembagaan sbg undang2
tertinggi negara.
Melalui Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa
garis kasar tentang bentuk kebudayaan Malaysia
seperti:
1. Kedudukan YDA sbg ketua negara – sbg
manifestasi penerapan unsur kebudayaan
Melayu.
2. Perkara 152 – B.Melayu sbg bahasa
kebangsaan.
3. Kedudukan agama Islam sbg agama
persekutuan – mencerminkan corak budaya
Melayu tradisional kerana agama menjadi
pegangan masyarakat Melayu sejak zmn
kesultanan Melayu Melaka lagi.
Berdasarkan garis kasar tsb satu Kongres Kebudayaan
Kebangsaan telah diadakan pd th 1971 yg menetapkan 3
prinsip asas utk membina kebudayaan kebangsaan iaitu:
1. Kebudayaan kbgsaan haruslah berteraskan
kpd kebudayaan rakyat asal di rantau ini.
2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajar
blh diterima menjadi unsur kebudayaan
kbgsaan.
3. Islam menjadi unsur yg penting dlm
pembentukan kebudayaan kbgsaan.
Penerimaan Dasar Kebudayaan Kbgsaan (DKK) sbg jatidiri
rakyat Malaysia kerana ia menjadi asas kebudayaan
nasional yg berkait rapat dgn budaya, sejarah, politik dan
perlembagaan negara ini.
Bagaimanakah Jatidiri acuan Malaysia?
- Perlukah kita menjadi ‘salad bowl’ dalam meraikan
perbezaan?
- Penyatuan pada peringkat kerohanian adalah mustahil
kerana kesamaan agama adalah pada etika & moral
bukannya pada persoalan kerohanian (hakikat ketuhanan,
syurga dan neraka dll).
- Penyatuan hanya boleh berlaku pd peringkat kesedaran
yg mencetuskan kemahuan memilih untuk bersatu. Kita
hanya boleh bersatu jika kita ada ilmu tentang penyatuan

dan suka untuk bersatu.


- Dari segi fizikal hubungan etnik yg kelihatan adalah
menerusi aktiviti2 yg boleh dikategorikan sbg aktiviti
penyatuan.
- Sebarang acuan yg hendak diketengahkan di
negara ini perlu menghasilkan agen hubungan etnik
yg memilih, tahu, suka dan melakukan
aktiviti2 dlm kerangka hubungan etnik
nasional.
- Perlukah kita meraikan perbezaan ataupun
mengiktiraf perbezaan?
- Meraikan perbezaan harus dlm lingkungan
manifestasi fizikal spt fesyen pakaian,
makanan, permainan dll, tetapi bukannya
meraikan fahaman kenegaraan yg pelbagai
atau menyamatarafkan kedudukan semua agama
sbg agama rasmi demi meraikan kepelbagaian.
- Kemahuan majoriti amatlah penting kerana
tanpanya tidak ada kerjasama yg menyeluruh.
Kerjasama mesti berpadanan dgn kontrak
sosial kerana ia tlh dipersetujui dan
didokumenkan, bukan sesuatu yg subjektif dan
tertakluk kpd citarasa semberono iaitu
‘asalkan ada aktiviti shj’.
- The chemistry of ethnic relations’ ini
sewajarnya mengandungi unsur2 penyatuan yg
mencetuskan & memudahkan kerjasama dlm
sesuatu sistem masyarakat. Cth dlm kelab2
sukarela, badan2 amal, PIBG dll dgn menjadikan
hubungan etnik dan integrasi sbg acara
tahunan.
- Agen hubungan etnik mempunyai tahap2 fungsi
hubungan etnik yg pelbagai iaitu pd peringkat
diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan
negara.
- Melalui agen hubungan etnik ini budaya yg
mencetuskan perpaduan blh dibentuk, budaya
yg berpaksikan kpd wawasan yg boleh dikongsi
bersama, disokong oleh media yg positif dan dasar2
kesedrhanaan yg membawa kpd keseimbangan.
- Keseimbangan sangat perlu kerana sebarang
aspek budaya yg diekstrimkan tanpa berpandu
kpd kontrak sosial akan membawa keretakan kpd
integrasi nasional.
- Ketidakseimbangan itu juga termasuklah
semangat perkauman yg mgatasi semangat
kebangsaan, semangat kenegerian yg mgatasi
semangat keMalaysiaan dan semangat keakuan
yg mgatasi semangat kekitaan.

Hubungan etnik menurut acuan Malaysia seharusnya


mengandungi sekurang-kurangnya 6 unsur2
berikut:
1. Political Will – hubungan etnik diinstitusikan
oleh kepemimpinan kerajaan dgn niat, kemahuan,
dan kesukaan dlm aktiviti yg disengajakan. Niat
dicetuskan oleh kesedaran tentang kepentingan
hubungan etnik.
2. Critical Mass – Adanya badan induk sbg faktor
pemangkin kpd semua program hubungan etnik
dan integrasi misalnya peranan Jbtn
Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional.
3. Kekukuhan ekonomi – hubungan etnik, integrasi
dan perpaduan hanya blh terhasil jika ada
keperluan asas utk survival manusia dipenuhi,
cth. Makanan utk meneruskan kehidupan (faktor
ekonomi).
4. Islam Hadhari – realitinya majoriti penduduk yg
beragama Islam, sewajarnya hbgn etnik &
integrasi nasional serasi dgn majoriti pnduduk
dan blh diterima oleh minoriti. Ketamadunan blh
dikongsi bersama oleh seramai mungkin rakyat
Malaysia.
5. Shared Vision – wawasan yg dikongsi bersama
kerana yg hendak diintegrasikan itu mesti
mempunyai visi yg sama tentang hala tuju & hasil
integrasi yg dimahukan – Wawasan 2020.
6. Penggunaan Sains & Teknologi – Teknologi dpt
menangani masalah hbgn etnik dan integrasi dgn
berkesan. Cth: penggunaan mykad utk mengatasi
masalah imigresen, peningkatan interaksi virtual
dgn penggunaan teknologi tanpa wayar 3G,
penerbangan yg lebih murah dan shared portal.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di
antara etnik.
i. Cabaran dalam aspek sosial:
a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh
merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai
etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan
kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan
anggota yg seterusnya menimbulkan
prasangka, streotaip & mengekalkan
kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain.
b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi
hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.
ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
a. Perbezaan pekerjaan.
b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya
jurang pendapatan antara etnik
merupakan cabaran yg sering
membawa kpd ketidakstabilan
masyarakat majmuk.
iii. Cabaran dari aspek politik.
- Politik perkauman : menjadi lebih
parah apabila isu-isu perkauman
diperalatkan utk kepentingan
sesuatu pihak dan mendapat sokongan
rakyat.
2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara
etnik.
- Perbezaan dari segi agama, bahasa dan
kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar
apabila setiap kaum terus mengutamakan
kaum sendiri dlm memilih sahabat,
mendapatkan pekerjaan dan dlm urusan
seharian sehingga mewujudkan polarisasi
antara etnik.

3. Cabaran globalisasi.
- Proses globalisasi atau pembaratan corak
hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik
Barat sejagat.
- Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm
rangka nilai & kebebasan manusia masa kini,
maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi
manusia.
- Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya
hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas,
sains & teknologi yg memusnahkan, serta
sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua
manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh
dunia.
- Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus
pembaratan dan globalisasi yg mendesak.
Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg
amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya
nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran
Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat.

Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung &


dikawal akan menjurus kpd pembentukan semangat
perkauman yg mendalam, menimbulkan prasangka &
mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan
meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi &
mudah terjadinya konflik yg mengundang rusuhan
kaum. Situasi ini ditambah lagi dgn beberapa
persepsi yg kurang tepat tetapi menjadi pegangan
dan terus dipercayai oleh sebahagian besar
masyarakat Malaysia.
10 Persepsi yg menjejaskan hubungan etnik:
1. Negara Malaysia diperintah oleh orang Melayu /
kuasa politik ini berada di tangan org Melayu.
2. Kuasa ekonomi di negara ini berada di tangan
orang Cina / semua orang Cina itu kaya.
3. Semua org Melayu mendapat hak istimewa dan
menikmati keuntungan drp semua dasar
kerajaan.
4. Perpaduan kaum mustahil dicapai kerana
terdapat perbezaan agama, budaya dan kaum.
5. Kebanyakan org Melayu miskin kerana malas.
6. Kebanyakan org Cina kaya kerana pandai menipu
dlm perniagaan.
7. Dasar Ekonomi Baru menguntungkan org
Melayu shj.
8. Org Cina di Malaysia didiskriminasi oleh org
Melayu.
9. Org Cina dan bukan Melayu mempunyai taat
setia yg berbelah bahagi kpd negara ini.
10. Kegagalan pelaksanaan dasar ekonomi di
negara ini disebabkan oleh sabotaj org Cina.

Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw


hbgn etnik mengalami turun naik mengikut kategori
baik, sederhana,dingin dan baik.
Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai faktor:
- Faktor jangka panjang: kesan dasar pecah &
perintah British.
- Dasar2 pembangunan selepas merdeka belum
cukup mantap dalam menangani masalah
pembangunan sosioekonomi rakyat dan hbgn etnik.
- Perjalanan kempen pilihan raya yg dipenuhi
dgn isu-isu perkauman & sensitif spt bahasa,
agama & kedudukan istimewa Melayu.
- Ketidakseimbangan dlm ekonomi dan jurang
perbezaan yg wujud dlm bidang pendidikan antara
org Melayu dan bukan Melayu menimbulkan rasa
tidak puas hati org Melayu.
Iktibar drp Peristiwa 13 Mei 1969
1. Kerosakan harta benda awam : rusuhan itu
tidak mendatangkan faedah kpd semua etnik,
malah tragedi itu mengakibatkan banyak nyawa
terkorban (kematian: 196 orang dan
kecederaan: 493 orang) dan harta benda
musnah.
2. Perintah berkurung & pgisytiharan darurat:
menyekat kebebasan dan pergerakan semua org
utk menjalankan urusan, berinteraksi dan
berniaga.
3. Mencabar kedudukan org Melayu dlm keadaan
org Melayu belum terjamin dr segi ekonomi
akan sia-sia shj kerana ia mengundang konflik
perkauman berdarah.

Penghayatan Islam sbg kaedah penyelesaian.


- Sbg agama rasmi, kedudukan Islam harus
mendapat tempat yg wajar dlm penyelesaian
masalah seperti yg diperakui dlm
Perlembagaan Malaysia.
- Ajaran Islam yg mengandungi norma-norma yg
bercorak universal dan menentang paksaan
terhadap orang bukan Islam sangat sesuai utk
masyarakat berbilang kaum.
-Unsur toleransi dlm Islam harus ditonjolkan
dan diterima dlm konteks penyelesaian cabaran yg
wujud dlm hbgn etnik di Malaysia.

Sahifah Madinah / Piagam Madinah.


- Piagam yg digunakan semasa Nabi Muhammad
mendirikan kerajaan di Madinah yg ketika itu
wujud kepelbagaian etnik (golongan pendatang
yg trdiri drp Yahudi & Muhajirin, golongan
tempatan Ansar, perbezaan dari segi agama
spt Islam, Yahudi dan Kristian)
-Menerusi sahifah/piagam tsb, Nabi
Muhammad telah memperkenalkan konsep
perpaduan & kesatuan dlm menyatukan org Islam
dan bukan Islam yg tidak ada dlm mana2 negara
atau agama lain.

Antara beberapa peraturan berhubung org bukan


Islam ialah:
i. Semua org bukan Islam & penganut agama
Yahudi dlm kalangan kabilah Arab Madinah
hendaklah mengikut org Islam dan menolong
mempertahankan negara bersama mereka dlm
mana2 peperangan. Mereka tidak dibenarkan
menolong orang Quraisy Mekah dan menghalang
org Islam menyerang org Quraisy Mekah.
ii. Keselamatan mereka dijamin dan mereka
diberi hak kewarganegaraan dgn syarat mereka
memutuskan segala hubungan atau ikatan dgn
org Quraisy dan bersikap berkecuali.
iii. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama
berhak mendapat pertolongan dan persamaan,
tidak dizalimi dan diserang.
iv. Setiap orang hendaklah berpegang kpd agama
mereka.
v. Setiap orang tidak boleh dihalang daripada
menuntut haknya apabila dicerobohi.

You might also like