You are on page 1of 6

Orang ramai menumpukan perhatian menyaksikan perlawanan akhir

badminton antara Lee Chong Wei dengan musuh ketatnya Lin Dan pada
Sukan Olimpik London 2012 di sebuah restoran dekat Kuala Lumpur kelmarin.
- Utusan/Abdul Razak Latif
SERINGKALI ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-
masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberikan
sokongan walaupun di depan televisyen ataupun di pelbagai lokasi strategik
seperti kedai makan.
Baik sukan bola sepak Piala Dunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol
dan Itali; lumba kereta F1, dan bola keranjang; penyokongnya bukan sekadar
di stadium atau litar perlawanan tetapi juga ditonton merata dunia. Ini
menunjukkan setiap sukan ada penyokong dan peminatnya.
Sukan Olimpik juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan
negara turut bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil
negara tercinta, Malaysia. Bergegarnya ruang di luar kadang-kadang lebih
meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti
turut menjadi keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.
Sekiranya ia diadakan di Malaysia, saya percaya stadium akan dipenuhi untuk
memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun Khairul Anuar
mahupun Mohd. Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd.
Khalid, Nur Suryani Mohd. Taibi dan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30
atlet dalam sembilan acara sukan di London 2012.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan
dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa.
Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada
Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun,
James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid
Ali.
Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman
sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun
seringkali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan
masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk
fahaman politik masing-masing.
Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan
perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh
bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur
tadbir-urus berbeza.
Sukan diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ia
merupakan medium perpaduan negara dan ia dekat dengan diri beliau yang
gemar sukan bola sepak. Najib pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada
1986 sehingga 1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam proses
membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam
kalangan masyarakat.
Dasar Sukan Negara yang menjadi asas memurnikan dan memakmurkan
dunia sukan terbentuk sewaktu Najib memimpin Kementerian Belia dan
Sukan.
Beliau juga menjadi 'penggerak' dalam mengkaji semula fungsi Majlis Sukan
Negara untuk melahirkan atlet bermutu dan berkualiti. Beberapa insentif dan
skim diperkenalkan termasuklah untuk jurulatih, atlet dan staf sebagaimana
menyediakan biasiswa sukan dalam dan luar negara. Ini tidak ketinggalan
program di peringkat sekolah seperti program Kem Bakat dan Tunas
Cemerlang untuk mengenal pasti kebolehan bersukan dari peringkat awal lagi.
Penglibatan Najib dalam sukan bersifat menyeluruh. Di samping
mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan,
Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan beliau.
Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan
kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini
diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'.
Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat
Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu;
yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia
di arena antarabangsa.
Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam
perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat
dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Sumbangan
Najib diiktiraf di dalam negara apabila menerima Anugerah Emas
Kepimpinan SAM-Benson & Hedges 1983 sebagai menghargai sumbangan
dalam dunia sukan.
Najib juga pernah dianugerahkan Ijazah Kehormat Sains Sukan dari Akademi
Sukan Amerika Syarikat kerana kewibawaan serta usaha berterusan untuk
meningkatkan tahap pembangunan sukan tempatan dan antarabangsa
sepanjang mentadbir Kementerian Belia dan Sukan.
Peranan kepimpinan arus perdana amat penting dalam menerokai alam
sukan sebagai alat perpaduan di samping nilai komersial lain. Yang nyata,
sokongan berterusan ke atas sukan akan membolehkan kepelbagaian negara
turut menjadi tumpuan. Ia boleh dibangunkan sebagai satu industri yang
membawa pulangan besar kepada negara dalam jangka panjang terutama
dalam sektor pelancongan dan pelaburan.
Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melangkaui
zaman dengan memperkenalkan litar kereta F1 di Malaysia, menjadi
penganjur lumba basikal Tour de Langkawi, mengelilingi dunia dengan kapal
layar, dan pendakian Gunung Everest; menyemarakkan semangat 'Malaysia
Boleh'. Imej negara terpapar di seluruh dunia dan kesemua ini hanya dapat
dilakukan jika negara terus kekal stabil, masyarakatnya tidak terhakis
semangat jati diri dan berjiwa Malaysia.
Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan
tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan
warganya.
Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di
pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.
Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan
nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan
menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di
belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak
bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.
Apa gunanya atlet memiliki keupayaan dan kecergasan tetapi permusuhan
dalam organisasi menyebabkan atlet hilang motivasi dan keazaman.
Keistimewaan seseorang dalam sukan jangan disekat hanya kerana
kepentingan diri ke atas kedudukan dalam organisasi.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga
segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan
tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh.
Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur
semangat 'kekitaan'.
Misalnya, anugerah Kalung Perpaduan kepada Kelab Sukan Sportsunite oleh
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menunjukkan
komitmen kerajaan dalam meningkatkan tahap penerimaan ke atas konsep
Satu Malaysia.
Yang penting adalah usaha menganjurkan karnival sukan termasuklah
badminton, hoki, futsal, bola sepak, boling, bola jaring, ping pong, taekwando,
bola keranjang dan kabadi. Perpaduan sebegini boleh diperpanjangkan ke
dalam kehidupan harian kita.
Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan
usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari
masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh
sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari
segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu
negara, satu Matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat
bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan
kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh
juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di negara ini.
Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan
dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip
1Malaysia.
Apabila Chong Wei melangkah masuk ke gelanggang badminton pertandingan
akhir sukan Olimpik, apakah yang mahu kita lihat; bukankah kejayaan
memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di
Sukan Olimpik?
Sokongan padu dan harapan setiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh
beliau kerana Chong Wei bukan sekadar mewakili dirinya tetapi beliau juga
menjunjung semangat jati diri 28 juta populasi Malaysia.
Beliau dan atlet lain adalah milik Malaysia sebagaimana kita mempunyai
tanggungjawab mempertahankan apa sahaja yang boleh mengancam
keselamatan negara, biarlah 'yang ringan sama dijunjung, yang berat sama
dipikul' kerana kita rakyat Malaysia. Ia boleh dimanfaatkan secara berterusan
melalui sukan.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20120807/re_01/sukan#ixzz2r
7RwGQJ5
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20120807/re_01/sukan utusan online
Konsep Sukan Untuk Semua Dapat Pupuk Perpaduan Kaum
SHAH ALAM: Konsep sukan yang disertai oleh semua kaum di peringkat
akar umbi adalah lebih berkesan dan berkekalan dalam memupuk perpaduan
negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Katanya pembangunan sukan di peringkat akar umbi mampu mewujudkan
semangat berpasukan bagi memantapkan ikatan perpaduan dan
keharmonian masyarakat.
"Justeru itu, bidang sukan harus diterokai dengan giatnya agar golongan
muda boleh berinteraksi melalui sukan," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Liga Kampus Dodgeball 2010 di Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, dekat sini, Sabtu.
Koh berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan
bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, institusi pengajian tinggi
serta sekolah dalam mempromosikan konsep sukan untuk semua di semua
peringkat.
Beliau juga menggesa agar sektor korporat melalui tanggungjawab sosial
korporat (CSR) memberikan tajaan dan sumbangan secara langsung kepada
pembangunan sukan dalam usaha memupuk perpaduan. Mengenai kemelut
kepimpinan parti Gerakan Pulau Pinang, Koh, yang juga Presiden Gerakan,
berkata beliau akan memberi komen mengenai isu itu pada mesyuarat
tahunan perwakilan negeri itu, Ahad.
Media sebelum ini melaporkan sekumpulan ahli parti di Pulau Pinang sedang
berusaha mengumpulkan tandatangan bagi membolehkan mesyuarat agung
luar biasa (EGM) diadakan supaya usul tidak percaya boleh diluluskan ke
atas pengerusinya, Datuk Teng Hock Nan. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_sukan&file=/2010/9/25/mstar_su
kan/20100925172144
SRI AMAN: Sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah mampu mengeratkan
perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri (JPNIN)
Sarawak Delin Liet Blaun berkata, penglibatan ahli masyarakat dalam pelbagai jenis
sukan amat penting dalam memperkukuhkan perpaduan kaum.
Biasanya sukan akan terbuka kepada semua kaum, justeru aspek perpaduan dapat
diperkukuhkan. Menerusi aktiviti sukan kita juga boleh meningkatkan kesihatan diri
masing-masing.
Ini penting kerana dengan penglibatan semua kaum dalam aktiviti sukan akan
menjayakan gagasan 1Malaysia, ujarnya.
Beliau berkata demikian pada penutupan rasmi Sukan Tahunan Tabika Perpaduan
Bahagian Sri Aman anjuran JPNIN Bahagian Sri Aman di Kompleks Sukan Bahagian
Sri Aman di sini baru-baru ini.
Delin turut memuji usaha JPNIN Bahagian Sri Aman kerana menganjurkan sukan
tahunan yang disifatkannya sebagai platform terbaik untuk mencungkil bakat kanak-
kanak dalam bidang sukan.
Kanak-kanak tabika bukan sahaja harus didedahkan dengan sesi pembelajaran dalam
kelas malah mereka juga harus digalak terlibat dalam acara-acara yang boleh
menyihatkan tubuh badan, ujarnya lagi.
Selain itu, katanya, integrasi nasional menerusi acara sukan dalam kalangan kanak-
kanak juga dapat disemai kerana mereka dapat bergaul antara satu sama lain.
Bukan setakat itu sahaja, ibu bapa yang terlibat juga dapat bertukar-tukar pendapat
serta bertemu dengan guru-guru anak mereka untuk mengetahui prestasi dan
perkembangan pelajaran mereka, jelasnya.
Oleh yang demikian, beliau menyeru agar acara sukan tahunan itu diteruskan dari
tahun ke tahun dalam usaha memupuk perpaduan nasional dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum.
Hadir sama Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman,
Rickado Dorlen.


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/12/06/sukan-menyihatkan-badan-
erat-perpaduan-masyarakat/#ixzz2r7cqDOkc
http://www.theborneopost.com/2012/12/06/sukan-menyihatkan-badan-erat-
perpaduan-masyarakat/
http://mohdijat.blogspot.com/2010/11/definisi-sukan.html
http://zanas.wordpress.com/dasar-dalam-negara-perpaduan-negara-2/
http://www.mpsepang.gov.my/
https://maps.google.com/maps?q=smk+sungai+pelek&ie=UTF-
8&hq=&hnear=0x31cdecabaa59678f:0xf751982a869cab33,Sekolah+Menengah+Sun
gai+Pelek,+Malaysia&ei=eWLiUsfEBcSOrgeO7YGYDQ&ved=0CIIBELYDMA8

You might also like