You are on page 1of 4

HBPE1103_SEM J AN09/F_Z

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.


SOALAN Markah
1. Memahami falsafah sesuatu disiplin penting kerana ia secara keseluruhan
mempengaruhi prinsip, teori dan cara kerja dalam melaksanakan sesuatu
aktiviti atau program. Nyatakan DUA ciri falsafah yang baik.

( 4 )

2. Pada tahun 1971, American Alliance for Health, Physical Education and
Recreation (AAHPER) melancarkan projek informasi mengenai Pendidikan
J asmani yang dipanggil Physical Education Public Information (PEPI).
Nyatakan DUA konsep PEPI.



( 4 )

3. Terangkan perbezaan di antara Penilaian Formatif dengan Penilaian
Sumatif dari segi bentuk dan pelaksanaannya.
( 4 )

4. Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan J asmani. Nyatakan DUA ciri pendekatan
pengajaran Tradisional dalam Pendidikan J asmani.


( 4 )

5. Penempatan pelajar Pendidikan Khas dalam Pendidikan J asmani Suaian
bergantung kepada penilaian keupayaan motor yang dijalankan. Berikan
EMPAT tujuan spesifik penilaian keupayaan motor Pendidikan J asmani
Suaian.




( 4 )




1
HBPE1103_J AN09/SMPP/F_Z

BAHAGIAN B
ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. (a) Dengan ringkas, galurkan sejarah perkembangan Pendidikan J asmani
di Malaysia bermula sebelum zaman penjajahan British hingga
sekarang.

(b) Zaman remaja dan dewasa adalah fasa pembentukan dan
pertumbuhan fizikal yang sempurna. Waktu inilah faktor kecergasan
merupakan elemen yang sangat perlu diberi perhatian dan
dititikberatkan untuk memastikan pertumbuhan fizikal yang
sempurna. Huraikan.


( 12 )





( 8 )
(Jumlah: 20)
2. (a) Kategorikan TIGA konsep kurikulum mengikut Pusat Perkembangan
Kurikulum Malaysia.

(b) Rumuskan EMPAT fasa Pendidikan J asmani mengikut Batcher
(1964).

(c) Nyatakan TIGA prinsip asas perkembangan kurikulum dalam
penyusunan kandungan sukatan pelajaran Pendidikan J asmani dari
tahun 1 hingga tahun 6.

( 9 )


( 8 )



( 3 )
(Jumlah : 20)





2
HBPE1103_SEM J AN09/F_Z

3. (a) Bandingkan perbezaan di antara Ujian Rujukan Norma dengan Ujian
Rujukan Kriteria.

(b) Terdapat beberapa faktor utama yang perlu diteliti dalam
melaksanakan pengajaran Pendidikan J asmani di sekolah. Buat
analisis anda bagi sekurang-kurangnya TIGA faktor.

(c) Dengan ringkas, nyatakan EMPAT tujuan penilaian dan pengukuran
dilaksanakan dalam Pendidikan J asmani.

( 8 )



( 6 )


( 6 )
(Jumlah : 20)
4. (a) Terdapat pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Gaya pembelajaran Tidak Langsung adalah salah satu daripadanya.
Buat jadual yang menunjukkan kelebihan dan kelemahan gaya
tersebut.

(b) Dettmer (1997), mengutarakan domain Sosial yang berkaitan dengan
hubungan individu dan tingkah laku manusia. Huraikan LAPAN
peringkat Domain Sosial dalam konteks Pendidikan J asmani.


( 8 )


( 12 )
(Jumlah : 20)










3
HBPE1103_J AN09/SMPP/F_Z


BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Taksirkan konsep Kesepaduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan J asmani. Anda perlu menjelaskan
pengertiannya, contoh-contoh yang sesuai dan huraian yang bertepatan.

(Jumlah : 20)

2. Apakah yang anda fahami tentang konsep pengajaran dan pembelajaran
Bestari ? Apakah perbezaan gaya pembelajaran sekolah masa kini dengan
Sekolah Bestari ? Salah satu daripada elemen dalam pembelajaran Bestari
ialah, Intergrasi Kemahiran Generik yang terbahagi kepada lima
kemahiran. Kemahiran kelima ialah : Kemahiran Teknologi Maklumat
yang terdiri daripada dua mod ; Pengajaran berbantukan komputer
dan Pembelajaran berbantukan komputer. Huraikan kedua-duanya.

(Jumlah/ Total: 20)




KERTAS SOALAN TAMAT

4

You might also like