You are on page 1of 3

Tujuan sambutan Hari Raya Korban

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah
perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula
dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha
serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban
yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua
hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah
dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada
hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan
diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada
kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di
mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi
sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling
bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam
akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada
rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat
Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi
memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit
solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum
membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum
pergi ke masjid.
[1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang
mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas
bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang
dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-
bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan,
tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan
Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati
perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria
dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu
semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan
menziarahi sesama mereka
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud
daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah,
sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah
SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa
bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik
daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan
Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) Tiada amal anak Adam yang lebih
disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya
binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan
tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah
sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang
dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan. (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam
Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari
Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan
darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan
tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban
itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi,
maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-
Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu
Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi
sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha).
Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab
dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa:
Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar
atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
[2]
Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan
inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan
makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.
Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di
dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan
ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa
bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

You might also like