You are on page 1of 2

Soalan Bahagian A

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.



Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan
remaja berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga
remaja yang kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat.
Keadaan ini diburukkan lagi lantaran sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu
mengutamakan kerjaya dan kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak

Remaja yang bermasalah dapat dikesan dengan mengenal pasti kelainan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka seperti perubahan emosi daripada periang
kepada pendiam atau cepat marah. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja
mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Dengan ini, anak-anak mempunyai
ruang untuk bercerita tentang masalah mereka. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya
terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Jika tindakan ini dilakukan, anak-
anak remaja akan berasa diri mereka tidak dihargai. Remaja yang mula menunjukkan
tanda-tanda perubahan seperti tidak dapat tidur, kurang selera makan, tidak bertenaga,
kurang fokus dan suka menyendiri merupakan remaja yang bermasalah. Untuk
mengatasi konflik ini, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi
yang betul oleh ibu bapa mereka.
Di sekolah pula, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang
sepatutnya oleh guru. Hal ini sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan yang
dihadapi mereka. Pada masa yang sama, rakan sebaya boleh membawa pengaruh
kurang baik seperti merokok dan melepak. Oleh itu, remaja perlu memilih rakan sebaya
yang sesuai. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat
dan mereka seharusnya boleh membantu rakan mereka yang bermasalah. Di samping
itu, di hospital kerajaan atau swasta terdapat banyak pakar psikiatri yang mampu
membantu remaja untuk mengatasi masalah mereka. Oleh itu, ahli keluarga boleh
membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar psikiatri.
Remaja sendiri juga seharusnya bijak dalam menangani masalah mereka.
Mereka perlulah berusaha mengawal tekanan untuk mengelakkan emosi negatif melalui
pelbagai teknik. Contoh teknik yang boleh digunakan ialah teknik relaksasi dan teknik
pernafasan. Dalam pada itu, masyarakat berperanan dalam memastikan remaja
menjadi insan yang berguna dengan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan
undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. Remaja seharusnya menjadi
modal insan yang cemerlang dengan memanfaatkan usia remaja sebaik mungkin demi
masa depan yang lebih bermakna.




..


..


..


..


..


..


..

You might also like