You are on page 1of 5

Reflektif Jurnal Amalan Profesional Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin

~1~



FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL

REFLEKTIF JURNAL


NAMA : NURUL ASYIKIN BT YA SALLEH @ SALAHUDDIN
NO. MATRIKULASI : 831001055474001
NO.KAD PENGENALAN : 831001-05-5474
SEMESTER : MEI 2014
PENSYARAH : PN HJH BADRUL MUIN BT MOHAMAD ADAM
EMEL : nur_kasihku2000@yahoo.com
ALAMAT KAMPUS : OPEN UNIVERSITY
KAMPUS BUKIT TUNGGAL
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Reflektif Jurnal Amalan Profesional Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin

~2~

Pada bulan Mac sehingga bulan Mei 2014 saya dikehendaki menyiapkan sebanyak 4
tugasan EPIC (HBEF3603) Amalan Profesional. Bulan Mac 2014, antara bulan yang paling
sibuk kerana berada di awal tahun, banyak perkara perlu disediakan dan dikemaskini. Tambahan
pula saya dilantik sebagai Ketua Panatia Matapelajaran Sains, mengajar subjek Bahasa Malaysia
tahun 1,Sains KSSR Tahun 4 yang baru bermula tahun ini , Sains Tahun 5 dan Sains tahun 6.
Tambahan pula bulan Mac bermula kedatangan jemaah Nazir ke sekolah untuk kelayakan
mendapatkan Ba`iah dari kerajaan negeri. Oleh yang demikian, saya perlu membahagikan masa
dengan sebaik-baiknya kerana terpaksa menguruskan Fail Kurikulum, Fail Hal Ehwal , dan Fail
Kokurikulum. Di samping itu juga, keperluan mengurus bilik-bilik khas yang berada di bawah
penyeliaan saya sebagai ketua seperti Bilik Sains dan Bilik kesihatan Tambahan pula masih
mempunyai anak-anak yang masih kecil di rumah yang perlu mendapat perhatian dan tumpuan
sepenuhnya. Pada waktu malam biasanya saya akan bangun membuat tugasan-tugasan EPIC
khasnya. Kekangan masa membuatkan saya sedikit sebanyak agak tertekan ,namun saya
tekadkan azam untuk menyelesaikan semua tugasan dengan baik. Saya juga telah menggunakan
forum dalam EPIC OUM untuk mendapatkan nasihat, tunjuk ajar dan panduan melalui tutor EOS
dan rakan-rakan sekuliah.
Bagi sesi praktikum ini, saya memilih untuk menjalani praktikum selama 8 minggu di SK
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu,memandangkan saya
adalah salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini. Saya memilih tajuk Gerhana dalam Tema
Menyiasat Alam Semesta bagi tahun 6. Saya mengajar kelas terakhir bagi tahun 6 iaitu kelas 6
Cerdik yang terdiri daripada 25 orang murid. Kebanyakan murid adalah bermasalah dalam
pembelajaran dan tingkah laku. Melalui rujukan buku yang mengumpulkan soalan-soalan
percubaan dan sebenar UPSR , saya mendapati tajuk gerhana kerap ditanya di dalam
peperiksaan. Ini bermakna murid perlu benar benar menguasai tajuk ini.
Bagi tugasan pertama, saya perlu mengisi Borang Pemantauan Praktikum yang
mengandungi tarikh, masa, tahun dan kelas murid yang diajar tajuk pelajaran . Di samping itu
saya perlu mencadangkan nama Guru Pembimbing sepanjang tempoh praktikum dan saya telah
meminta Puan Musalmah Bt Alias sebagai pembimbing saya sepanjang sesi praktikum ini.
Beliau merupakan seorang guru yang telah lama mengajar subjek Sains hampir 10 tahun
walaupun beliau bukan asalnya major dalam subjek Sains ketika mendapat latihan ikhtisas
Reflektif Jurnal Amalan Profesional Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin

~3~

perguruan sebelum ini. Lalu saya segera mengisi borang maklumat praktikum di dalam portal
EPIC OUM. Puan Musalmah telah banyak membantu saya berkongsi idea, pendapat, teknik
pengajaran dan berkongsi pengalaman mengajar kerana murid tersebut pernah diajar oleh beliau
sebelum ini. Beliau telah membuat pencerapan kali pertama semasa saya mengajar mula
memasuki tajuk Gerhana. Pengajaran kali pertama ini saya tidak menggunakan apa-apa alat
bantu mengajar dan hanya bergantung kepada rujukan buku teks, pengalaman sedia ada murid
dan guru. Saya memaklumkan kepada murid bahawa saya pernah mengalami pengalaman
Gerhana Matahari sewaktu berumur 12 tahun kira-kira 18 tahun yang lalu. Namun kesemua
murid memberitahu mereka tidak pernah mengalami Gerhana Bulan atau Gerhana Matahari,
hanya sekadar mengikuti rancangan National Geographic, akhbar atau berita di televisyen sahaja.
Kesemua murid didapati mendapat markah yang kurang memuaskan apabila saya menguji
pengetahuan mereka melalui ujian pra. Soalan ujian pra ini terdiri daripada soalan-soalan yang
biasa ditanya dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan tajuk Gerhana iaitu bahagian A
(objektif) dan bahagian B (struktur). Tujuan ujian pra ini adalah untuk mengesan atau
mengenalpasti kelemahan murid dan kesilapan dalam menjawab soalan. Saya mendapati bahawa
6 orang murid di dalam kelas 6 Cerdik ini mendapat markah paling rendah. Saya telah
menjadikan 6 orang murid ini sebagai responden dalam kajian.

Alhamdulillah saya telah dapat merancang satu kit pembelajaran yang diharap dapat
membantu mengatasi murid tidak memahami tajuk Gerhana dan berminat untuk belajar Sains
iaitu Gerhana Smart Kit . Sesi kedua praktikum saya telah membawa 6 responden tersebut
untuk menjalani aktiviti di dalam `Gerhana Smart Kit. Kesemua responden dapat memberi
kerjasama yang sangat baik,dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti secara aktif,
menunjukkan minat yang sangat mendalam serta telah berjaya mendapat keputusan yang sangat
baik selepas menjalani ujian pos di akhir pdp. Pemantauan kedua telah dibuat oleh guru
pembimbing dan beliau sangat berpuas hati dengan perubahan yang positif di kalangan
responden. Saya berasa sangat bersyukur saya telah mendapat markah penuh sepanjang sesi
pemantauan dengan beliau. Borang Laporan Pemantauan telah diisi oleh guru pembimbing dan
terpaksa disahkan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran mewakili guru besar kerana beliau
Reflektif Jurnal Amalan Profesional Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin

~4~

terpaksa menghadiri mesyuarat beberapa hari. Saya tidak mempunyai masalah untuk menghantar
secara online Borang Laporan Pemantauan tersebut.
Semasa menjalani sesi kedua tersebut saya telah meminta khidmat EIO sekolah, Cik Nor
Hayati untuk merakam perjalanan pengajaran saya menggunakan Gerhana Smart Kit.
Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah ketika membuat rakaman kerana telah belajar dari
kesilapan rakan-rakan satu pengajian kerana ramai di antara mereka membuat rakaman terlalu
lama sehingga ada yang merakam selama 40 minit. Ini membuatkan file video terlalu besar untuk
dimuat naik ke dalam portal EPIC dan ada yang terpaksa membuat rakaman semula. Saya ada
membuat soal jawab, perbincangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan melalui telefon, dan
kumpulan guru satu pengajian melalui facebook. Saya telah mencuba sendiri menukarkan video
rakaman saya dari MP4 kepada FLV iaitu dapat mengecilkan file supaya mudah dimuat naik.
Apa yang membuat saya berasa agak terkilan adalah saya tidak dapat memuat naik keempat
empat video yang telah saya rakam kerana setiap video terdapat 4 bahan bantu mengajar dalam
Gerhana Smart Kit. Saya hanya dapat memuat naik satu video sahaja kerana setiap video yang
dimuatnaik tidak boleh melebihi 20MB. Saya telah bertanya kepada tutor EOS saya iaitu Puan
Hajah Badrul Muin tentang masalah itu dan bercadang untuk menghantar secara soft copy
video-video yang tidak dapat dimuatnaik tersebut secara bersemuka dengan beliau dan beliau
telah bersetuju. Di samping itu juga, saya juga ada membantu rakan-rakan yang mengalami
masalah mengecilkan file rakaman video dan akhirnya saya berjaya menyelesaikan masalah
rakan-rakan. Saya bersyukur melalui masalah ini, sebenarnya mengajar saya erti kesabaran,
persahabatan, sentiasa berusaha, sentiasa terbuka hati untuk membantu insan dalam kesusahan.
Ini adalah kerana saya percaya, bahawa jika kita selalu menolong orang dalam kesusahan,
nescaya Tuhan akan sentiasa memudahkan segala kerja dan urusan kita, Insya Allah
Selesai tugasan kedua, saya mula membuat tugasan ketiga iaitu Laporan Inovasi. Pada
mulanya saya mengalami masalah untuk memahami kehendak tugasan namun akhirnya berkat
perbincangan, pendapat, sumbangan idea dan pengalaman rakan-rakan satu kuliah alhamdulillah
saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Saya juga berpeluang untuk membuat
rujukan contoh-contoh laporan inovasi dan tesis tesis daripada pelajar-pelajar IPG dan OUM
sendiri. Secara tidak langsung saya telah belajar dan memahami apa itu kajian tindakan dan
keperluannya untuk mengatasi sesuatu masalah atau isu secara sistematik. Saya juga berasa
Reflektif Jurnal Amalan Profesional Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin

~5~

sangat bertuah dan bersyukur kerana suami saya sendiri iaitu Encik Asyraf Ridwan B Ali
merupakan seorang pensyarah di IPG Kampus Dato Razali Ismail telah banyak menyediakan
bahan rujukan, berkongsi pengalaman dan buah fikiran untuk saya jadikan panduan. Dari sini,
saya telah memahami bahawa tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu,
tapi bertanggungjawab membuat kajian dan penambahbaikan dalam pdp seharian. Pengajaran
yang berinovasi bukan sahaja dapat mengubah pembelajaran menjadi lebih bermakna, malah
mampu mengubah tingkah laku murid ke arah lebih positif dan berjaya dalam peperiksaan. Ia
juga secara tidak langsung dapat membantu melancarkan tugas guru dan memberi motivasi
kepada guru untuk selalu merancang dan berusaha membuat persediaan mengajar yang terbaik
untuk anak didik.
Tugasan terakhir pula adalah membuat reflektif jurnal. Tugasan ini menghendaki saya
membuat refleksi semula tentang emosi dan perasaan yang wujud sepanjang membuat tugasan
pertama hingga keempat. Begitu juga dengan tugasan yang lain, dengan perbincangan dan
sumbangan idea rakan-rakan banyak menolong saya mendapatkan panduan dan pencerahan
untuk membuat sesuatu tugasan dengan lebih baik. Saya akui terdapat pelbagai emosi dan
perasaan negatif yang timbul sejak awal tugasan hinggalah ke akhir tugasan dek kerana
kekangan masa dan kelemahan diri. Perasaan sedih, kecewa, tertekan, gembira, bersyukur dan
berbangga bercampur gaul. Di akhir tugasan ini, saya sebenarnya berasa teramat bersyukur
kerana pihak OUM telah banyak membantu para pelajar memberi ruang waktu dan senggang
untuk setiap tugasan dan berusaha membantu kami memberi panduan dan bimbingan untuk
memahami kehendaki soalan. Ucapan terima kasih juga tidak dilupa kepada tutor EOS saya iaitu
Puan Hajah Badrul Muin dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan walau beliau sentisa berada
dalam keterbatasan waktu. Banyak perkara yang positif saya telah belajar antaranya pengurusan
masa, berusaha mendapatkan perbincangan dan muzakarah bersama rakan-rakan dan pensyarah
dan belajar sesuatu perkara yang baru seperti ilmu teknologi komputer dan internet.
Saya amat berharap saya dapat menjadikan segala pengalaman dalam menyiapkan
tugasan ini sebagai antara GURU terbaik untuk menjadikan saya sebagai seorang Pendidik
yang berdedikasi, berwawasan, berinovatif dan berusaha untuk mencapai kemenjadian anak
didik baik dari segi akhlak dan akalnya dalam kehidupan realiti, insya ALLAH.

You might also like