You are on page 1of 1

Ancaman komunis

Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di
bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan
pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura.
Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat
keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul
Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:
Perkauman
Walaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dapat menyekat pengaruh komunis, namun isu berkenaan
keseimbangan kaum pula timbul. Ini disebabkan jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu kerana lebih kurang 75% penduduk Singapura
terdiri daripada orang Cina.
Sekiranya Singapura bersatu dengan Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak, penduduk Cina akan menjadi 55.925% berbanding dengan kaum
bumiputera yang berjumlah 32.135% daripada kepada jumlah keseluruhan penduduk. Jika Sabah dan Sarawak bersatu dengan Tanah Melayu
dan Singapura, masalah ini sedikit sebanyak dapat diatasi. Jumlah penduduk bumiputera akan menjadi 49.65% manakala orang Cina pula 41.72%
Latar Belakang Yang Hampir Sama
Negeri-negeri yang dicadangkan menyertai Malaysia dianggap mempunyai latar belakang yang sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan
sejarah yang sama. Penubuhan Malaysia membolehkan negeri-negeri ini berkongsi faedah terutamanya dari segi perdagangan, pasaran,
pelaburan asing dan kestabilan politik.
Mempercepatkan Kemerdekaan
Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha bersendirian.
Kerajaan British tidak yakin untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini kerana ancaman komunis. Melalui penubuhan Malaysia,
penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi
itu menegaskan:
Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the national
territory
Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they freely determine their political status and freely
pursue their economic, social and cultural development
1. Senario politik di Singapura
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an.
Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu
permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti
Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli
PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka
tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu
Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan
Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu
Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu.
Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat.
Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja,
pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh
komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui
gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
3. Mengimbangi penduduk
Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei
kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura
menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah,
Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.
4. Kemajuan ekonomi bersama
Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah
Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur.
Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan
dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.
5. Mempercepatkan proses kemerdekaan
Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British
berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu
bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan
keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

You might also like