You are on page 1of 25

PISMP AMBILAN JANUARI 2012

ARMAN NORZAMAN BIN AZLAN


MOHD IZZAN AMIR BIN MOHD JOHARI
MUHAMMAD EIZAZ BIN AHMAD FAISAL
K3 PISMP AMBILAN JANUARI 2012

CIK NOOR HASIAH BINTI SULAIMAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN
WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
13 MEI 1969
Tarikh keramat dimana berlaku satu rusuhan
kaum.
Wujud selepas keputusan Pilihanraya 1969
diumumkan pada 10 Mei 1969.
Parti Perikatan gagal memenangi 2/3 majoriti
di parlimen namun masih mampu
menubuhkan kerajaan.
Parti-parti politik menyuburkan perasaan
perkauman bagi memenangi pilihanraya.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan pada 11 Mei 1969.

Perarakan tersebut tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman.

Segelintir pengikut sahaja yang mengeluarkan slogan mengenai isu
perkauman.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah mengadakan perarakan
bagi meraikan kemenangan lalu menyebabkan kesesakan jalan raya
di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan menuju ke Kampung Baru yang terdapat lebih
30,000 orang Melayu yang tinggal di situ.
Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika
itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan
mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan
slogan.
Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai
konotasi yang negatif (sial).
Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah
orang Melayu di tepi-tepi jalan.

UMNO telah mengadakan perarakan balas
pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Jam 3.00 petang, datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di Setapak,
hanya dua kilometer dari rumah Menteri
Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal
Cina yang melalui Jalan Kampung
Baru telah dipancung.
Setelah itu, perintah darurat dikeluarkan.

Ahli FRU dikerah masuk ke Kampung Baru bagi
menenangkan keadaan namun gagal.

Begitu juga dengan Rejimen Renjer dan Askar
Melayu turut berkawal pada ketika itu namun
masih gagal memulihkan keadaan.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan :
196 mati,
439 cedera,
39 hilang
9,143 ditahan
211 kenderaan musnah.
Pengajaran
Peristiwa 13
Mei 1969
Kehilangan
Nyawa dan Harta
Benda
Berlakunya
Perintah
Berkurung
Keuntungan
Kepada Musuh-
Musuh Negara
Perpaduan
Nasional
Keadilan
Ekonomi
Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Banyak kerosakan terhadap rumah , jalan raya dan
keadaan fizikal bandar Kuala Lumpur yang berlaku
Banyak nyawa kaum Melayu dan Cina yang
terkorban.
Berlakunya Perintah Berkurung
Disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum .
Bertujuan mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan
kestabilan negara.
Memberikan kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan
pergaulan yang kurang harmoni antara kaum.
Rakyat susah berinteraksi dan tiada peluang mencari punca
pendapatan.
Segala aktiviti harian masyarakat disekat.
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Membuka peluang kepada musuh-musuh negara mengambil
kesempatan.
Peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia
sebagai taklukan dan jajahan
Contoh penaklukan Portugis terhadap Melaka dan Israel terhadap
Palestin.
Perpaduan Nasional
Dasar perpaduan kaum yang diperkenalkan kerajaan.
Rakyat perlu menanam sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur ,
bertoleransi .
Perlu kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan
istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.
Keadilan Ekonomi
Keadaan menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu
hanya pada satu kaum sahaja.
Berlaku pemisahan ekonomi seperti Kaum Melayu menjadi petani, Kaum
India menjadi penoreh getah di estet dan Kaum Cina melombong bijih timah.
Kadar kemiskinan akan menjadi isu dalam masyarakat Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini
merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai
dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
(ii) Menyusun semula masyarakat

Bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang
miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan
identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam
masyarakat Malaysia.
KEPENTINGAN HUBUNGAN
ETNIK
KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK
Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan
kepada 3 elemen utama dalam memastikan
pembangunan dan perpaduan dalam negara
terus dikekalkan dan dipelihara.
3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu
ialah dari segi ekonomi, budaya dan
keselamatan.
EKONOMI
Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di
Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan
etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap
golongan etnik di negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti
berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka
semua adalah rakyat negara ini.

Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya
perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan
perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara.
Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum
sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha
masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman
sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah
merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-
bandar besar.

Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga
sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih
dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk
memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan
meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi
supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai
ekonomi Negara kita.
Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana
ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini
kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara
dalam perkembangan ekonomi Negara.

Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan
besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat
seperti ini.

BUDAYA

Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga
memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini
mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara
dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup
bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan
dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam
negara.

Seperti yang kita ketahui, negara Malaysia terdiri daripada rakyat
yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai
pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari
aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama
etnik di negara kita.
Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia
akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan
seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup
bersama dengan aman dan harmoni.

Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap
pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini
ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing
dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai
contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik
kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi
bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan.

Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana
masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik
yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua
etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan
perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan
kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang etnik.

Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan
adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar
memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua
akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di
Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya
peristiwa yang tidak diingini.
PERPADUAN
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara haruslah
dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara Malaysia pada
masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan
berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum
pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara Malaysia

Kesan daripada rusuhan ini dapat dilihat betapa ramai
masyarakat negara ini yang mati dalam peristiwa berdarah ini.
Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik adalah
untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang
melibatkan kaum berlaku lagi.
Keharmonian di antara etnik juga mestilah dikekalkan untuk
melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban
untuk negara Malaysia.

Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap
kumpulan etnik di negara ini bagi memastikan kesemua
golongan etnik ini mempertahankan keselamatan negara.


Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di negara Malaysia
akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada luar
dan dalam negara.

Negara Malaysia haruslah dipertahankan kedaulatannya
daripada yang melibatkan pergaduha bagi memastikan negara
ini akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020
dan mengekalkan perpaduan negara Malaysia.

You might also like