You are on page 1of 4

Sepetang di Paris

Mujahid Yusof Rawa


Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.
Mujahid Yusof Rawa
Published: 18 June 2014 | Updated: 18 June 2014 3:16 PM
Eifel Tower yang dirakam oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa ketika di Paris, baru-baru
ini.Kota Paris adalah nama yang sering dikaitkan dengan kota
romantik dan penuh elitis menjadi penggemar penerbit filem dari
seluruh dunia. Eifel Tower menjadi monumen kebanggaannya
malah kota Paris dan Eiffel Tower tiada berpisah jua.
Budaya elit Paris terletak pada gaya hidup penduduknya dan cara pakaian
mereka serta kehidupan mereka yang bercirikan kebebasan dan keseronokan.
Kehadiran saya di sini betul-betul memenuhi tajuk filem Hindustan dibuat pad
1967, An Evening in Paris yang dibintangi oleh oleh Shammi Kapoor dan Shamila
Tagor. Maksud saya ialah tulisan ini mencatatkan pengalaman sepetang saya di
Paris dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Morocco.
Sampai di Paris
Perjalanan kami pulang ke tanah air dari Morocco kali ini mengambil arah berbeza iaitu Rabat-
Paris-KL. Jadual penerbangan kami menyebabkan kami terpaksa transit dan bermalam di Paris.
Pesawat kami mendarat lewat daripada jadual asal 20 minit iaitu pada 5.20
petang. Kami berdua sahaja kerana Ahli Parlimen Kepala Batal, Datuk Seri
Reezal Merican mengambil jadual penerbangan melalui Kaherah atas urusan
Amanah Raya yang mana beliau adalah pengerusinya.
Jadi saya dan Zamzuri, pegawai protokol Parlimen sahaja kali ini dalam
perjalanan pulang. Ketibaan kami disambut sebaik keluar dari pintu kapal
terbang dengan tertera nama Yusof Mujahid Datuk dan Zamzuri.
Saya tersenyum kerana nama saya ditulis begitu mengikut cara barat dengan
meletakkan nama ayah dahulu. Pegawai menunggu kami berwajah Asean sambil
seorang lagi wanita berwajah Eropah senyum menunjukkan jalan khas untuk
kami.
Pihak kedutaan menyusun ketibaan kami melalui jalan VIP tanpa perlu melalui
imigresen biasa, malah kami dibawa melalui kereta khas melalui landasan ke
ruang menunggu VIP.
Zamzuri pegawai protokol Parlimen yang mengiringi misi kami memberitahu
saya sebagai ahli Parlimen layak mendapat laluan ini. Saya tersenyum kerana
selama ini jikalau saya bermusafir bukan urusan rasmi saya terpaksa berbaris
seperti biasa tanpa laluan khas VIP.
Kami disambut oleh pegawai kedutaan dengan penuh kemesraan dan urusan visa
kami dibuat di situ dalam beberapa saat sahaja. Waktu Asar di Paris ialah pada
6.10 petang dan peluang menunggu saya ambil untuk solat jamak takhir
beralaskan kot saya sebagai sejadah.
Meninjau Kota Paris
Kami mengharapkan peluang untuk melihat-lihat pusat beli-belah yang
menawarkan barang berjenama original pada harga murah namun pemandu
kami Antony atau sebutan Perancis-nya Antion memberitahu kami kedai di sini
tutup tepat 8 malam sedangkan kami baru dapat keluar dari bangunan Charles
De Gaulle pada 7 petang. Perjalanan dari lapangan terbang ke kota Paris pula
mengambil masa kira-kira sejam.
Ketika ditanya mengapa Paris yang menjadi tarikan pelancong menutup
kedainya awal, Antion menjawab itulah keunikan orang Paris, mereka membuka
kedai lewat dan menutupnya awal dalam nadanya yang sinis kepada budaya
tutup kedai awal di sini.
Eifel Tower
Justeru, kami membuat keputusan untuk ke Eifel Tower dan menikmati
monumen agung ini dengan bergambar dan bersiar-siar di sekitarnya. Semua di
sini bergambar dan berselfie dengan Eifel Tower sebagai latar belakangnya.
Di dataran Eifel Tower kelihatan anak muda sama ada lelaki dan perempuan
menunjukkan kehebatan masing-masing dengan razorblade dan skateboard.
Tidak kurang juga ramai pasangan duduk di taman kiri dan kanan sambil
bermadu asmara secara terbuka dan bebas. Sama seperti di mana-mana tempat
pelancongan terkenal, penjual cenderamata kelihatannya seperti orang Afrika
dan Arab dengan pakaian yang agak tidak terurus. Oleh kerana dari satu hujung
ke satu hujung jalan jauh, pemandu kami mengambil kami di sebelah seberang
jalan dan kereta kami meluncur laju ke City Centre untuk mencari pengurup
wang yang kebanyakan sudah tutup kedai kerana kami perlu menukar mata wang
kepada Euro untuk makan malam dan lain-lain.
Politik Perancis
Politik Perancis lebih menarik kerana kebebasan dan demokrasi hidup di sini.
Walaupun bukan semuanya baik tetapi daripada sudut kesedaran rakyat kepada
tanggungjawab membentuk dasar kerajaan dan ketelusan adalah tinggi.
Semasa kami di Paris dua kesatuan sekerja sedang mogok iaitu kesatuan teksi
dan keretapi awam. Perancis terkenal dengan kesatuan sekerja yang kuat dan
mampu melumpuhkan infrastruktur kerajaan khususnya pengangkutan. Sebagai
warga Euro, Perancis terpaksa mengikuti regulasi yang ditetapkan dan antaranya
membebankan sektor tertentu khususnya pengangkutan.
Menurut Antion, Presiden Perancis kini Francois Hollande yang beraliran sosialis
terjerat antara melaksanakan dasar sosialisnya dan masalah ekonomi yang
dihadapi oleh rakyat khususnya dalam isu pengangguran.
Kerajaan sosialis Hollande mendapat kejutan apabila pilihan raya tempatan
berubah kepada parti yang beraliran kanan khususnya dasar mereka yang
menentang kehadiran pendatang asing yang ramai.
Hollande menurut persepsi awam dilihat gagal menyelesaikan masalah
pengangguran yang kian meningkat dan gagal menangani isu peningkatan
pendatang haram yang menyebabkan jenayah mencuri meningkat.
Antara yang diingatkan oleh pegawai kedutaan yang menyambut kami ialah
supaya berhati-hati meninggalkan barangan dalam kereta kerana banyak kes
pecah kereta berlaku.
Falsafah hidup
Daripada sudut falsafah kehidupan ramai penduduk Perancis mengamalkan
kehidupan bebas walaupun Katolik adalah agama mereka yang utama.
Sebahagian mereka mengamalkan kehidupan berumahtangga tanpa ikatan
perkahwinan. Ketika ditanya Antion menjawab di Perancis anda boleh lakukan
apa sahaja dalam kehidupan peribadi anda hatta hidup tanpa agama namun anda
perlu menjaga ketenteraman awam dalam apa sahaja gaya hidup yang anda pilih.
Tidaklah menghairankan kerana Perancis adalah antara pengasas pemikiran
liberal sekular sebagai falsafah hidup dan kebangkitan terhadap penguasaan
gereja dalam kehidupan masyarakat Eropah.
Malam terakhir
Malam terakhir di Paris berlabuh dalam keletihan setelah menghabiskan
sepetang di Kota Paris. Katil hotel saya mengajak saya lebih awal menikmati
empuk tilamnya, TV saluran Al Jazeera kini menonton saya kerana kelopak mata
saya tidak berdaya lagi melawan sehinggalah saya terus dibawa mimpi indah
hanya untuk bangun 5.30 pagi esoknya.
Kini kisah perjalanan saya ke Morocco sempurna di Paris dan saya berada dalam
pesawat MAS mengharapkan titipan pena saya berakhir di sini dalam perjalanan
yang berbaki lapan jam lagi ke KL. Saya perlu rehat untuk meneruskan program
yang sedang menunggu di Malaysia nanti.
Good night from MH 002. 18 Jun, 2014.
* Penulis mewakili Parlimen Malaysia dalam mesyuarat eksekutif Kesatuan
Parlimen Negara Islam (PUIC) di Rabat, Morocco pada 10-11 Jun, 2014.
Catatan pertamanya berjudul Perjalanan di Morocco.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili
pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mujahid-yusof-rawa/article/sepetang-di-
paris#sthash.i8mLCQYv.dpuf

You might also like