You are on page 1of 22

Detik Terindah

Bab 1 ~sepi
Nama saya Miasarah Aisyah. Saya hanya lah seorang budak
perempuan yang biasa. Saya ni bukan ya orang yang terkenal sangat di
sekolah atau di kawasan rumah saya. Tapi disebabkan itulah saya berasa
saya selalu di buli kerana badan saya yang bersaiz kecil seolah olah
tidak terdaya untuk melakukan apa apa pun.
Saya tidak mempuyai banyak kawan-kawan kerana saya selalu
dipingirkan bersendirian dan sering di ejek di kalangan budak lelaki di
sekolah saya, sehingga saya menjadi takut kepada semua budak lelaki
kerana takut di ejek dan dibuli. Jadi saya buat keputusan untuk tidak
bercakap dengan mana mana budak lelaki pun, kerana untuk berjaga
jaga.
Di samping lelaki yang suka membuli saya, ada juga yang cuba
untuk memikat saya tapi saya tahu ada yang ikhlas dan ada yang dengan
niat untuk mengenakan saya. Walau bagaimanapun saya menolak kerana
takut menyesal dan disakiti pada kemudian hari. Walaupun saya
menolak mereka, saya tidak mengunakan cara yang kasar dengan niat
mereka akan paham bagaimana keadaan saya ketika ini.
Tapi di rumah pula saya dilayan dengan baik sekali sebab mak dan
ayah saya seorang yang penyayang dan memahami. Tapi abang saya lain
dia suka sangat menyakat dan membuli saya tapi kadang kadang dia ni
baik dan peramah. Saya anak yang terakhir daripada dua adik beradik.
Munkin sebab itu saya ni manja sikit agaknya. Tapi ke dua ibu bapa saya
tidak mengetahui yang saya selalu dibuli di sekolah, sebab saya telah
buat keputusan untuk berdiam macam budak budak betul kan?
Bab 2 ~Amirul
Seperti biasa saya akan pergi ke sekolah pada pukul 6.45
pagi, tetapi kali ini saya terbangun awal dan tidak mahu tidur
balik jadi saya pun terus bersiap dan pergi ke sekolah. Dalam
perjalanan ke sekolah saya berasa seperti di ekori dari belakang
munkin kerana hari masih gelap dan saya masih mamai mamai
lagi. Saya dapat dengar seperti ada bunyi seperti ada orang yang
berjalan di balakan saya.
Jantung saya berdegup dengan pantas dan saya berkata di
dalam hati, itu orang lain je yang munkin nak pergi ke sekolah
atau mana mana, dah la tu tak payah la fikir benda ni lagi. Tiba
tiba dia memanggil saya dan menyuruh saya supaya berhenti
bergerak. Tampa berfikir apa apa saya pun berhenti kerana takut
di apa-apa kan oleh dia jadi lebih baik berhenti dari melakukan
sesuatu yang sangat kurang cerdik.
Saya menjadi ketakutan dan mengeletar apa bila dia sudah
berada betul betul di depan saya dan menyuruh saya pandang
dia. Saya pun bertanya kenapa? sambil memandang ke tepi
kerana ketakutan. Dia cuma membalas pandang je, aku bukan
ye nak buat apa apa pun. Apabila saya sudah memandang dia
tiba tiba sahaja dia terus memegang muka saya dan memeluk
saya. Otak dan fikiran saya menjadi bercelalu dan tidak tahu
kenapa dan apa sebab ye dia buat bergitu. Jadi saya pun cuba
untuk melepaskan diri dan lari daripada dia.

Tetapi setiap kali saya mencuba untuk melepaskan diri
semakin kuat la dia memeluk saya dan dia cakap jangan
tinggalkan saya lagi. Saya terus menolak dia ke tepi dan berlari
ketakutan, disebabkan saya berlari tidak begitu laju dia berjaya
memberhentikan saya. Kemudian saya terjatuh akibat dia
menarik tangan saya dengan kuat sehingga tangan dan kaki saya
berasa sangat sakit dan tidak mampu untuk melepaskan diri lagi.
Jangan tinggalkan aku lagi aku nak awak jadi milik saya,
dia berkata sambil memegang saya. Saya melihat muka dia
seperti sangat serius dengan apa yang dia kata kan tadi. Saya
hanya mampu berdiam, saya sudah tiada kekuatan untuk
bergerak apatah lagi lari. Saya menjadi sangat takut jikalau dia
mahu membuat apa apa kepada saya. Muka dia makin lama
makin hamper dengan muka saya seolah olah dia mahu
mencium saya ni.
Saya berasa seperti ingin menangis dan menyesal keluar
rumah awal. Apa salah saya sampai saya diperlakukan bergini.
Saya meminta daripada dia untuk melepaskan saya dengan baik,
tapi dia cakap kalau aku tak dapat awak dengan cara macam ni,
aku akan gunakan cara paksa. Saya tidak mampu berkata apa
apa lagi saya hanya mampu berdiam dan menitiskan air mata.
Tiba tiba saya terdengar suara seorang laki laki menjerit oi kau
buat apa kat dia tu?!. Saya pandang kiri dan kanan untuk
mencari dari mana suara itu datang.

Kemudian saya ternampak seorang budak lelaki berlari ke
arah saya, munkin dia ini yang jerit tadi saya berfikir cemas.
Budak tu terus menendang ke tepi lelaki tersebut dan berkata
woi! Kau jangan nak kacau orang la. Kau fikir kau tu siapa nak
buat macam tu kat dia?. Lelaki tu terduduk selepas ditendang
kau siapa ha? Nak tendang tendang orang, ko fikir kau hebat
sangat ke? Biar la aku nak buat apa pun kat dia tu kau pulak
macam la ada apa apa hubungan dengan dia pun. Cakap si
lelaki tu.
Aku ni kawan satu sekolah dia lah, ko pergi la cari yang
sesuai dengan kau, ini budak kecik pun kau nak kebas. Sebelum
aku bawak kau pergi balai baik kau berambus. Balas budak tu.
Selepas budak lelaki tersebut cakap bergitu, lelaki itu pun terus
beredar dan melepaskan saya. Saya pun berdiri dan terus berlari
ke sekolah tampa mengucapkan terima kasih kepada budak
lelaki tu, mesti dia berasa kecik hati sebab saya terus lari dari
situ.
Setibanya saya di sekolah saya duduk di kantin dan
membeli air kosong untuk menhilangkan dahaga saya setelah
penat berlari sebentar tadi. Bila saya terfikir balik saya rasa
semua ni macam mimpi je jadi saya rasa saya tidak perlu
beritahu pekara ni kepada sesiapa pun. Hmm loceng dah bunyi
ke huhu malas ye nak gerak pergi perhimpunan harap harap la
perhimpunan tak lama penat la nak berdiri saya mengeluh dan
bergerak pergi ke tapak perhimpunan.

Selepas 17 minit perhimpunan pagi pun berakhir. Semua
orang bergerak masuk ke dalam kelas masing masing saya pun
ikut je dari belakang. oh ye lupa pula cikgu suruh ambik buku
latihan komsas kat bilik guru 2. Cakap kat cikgu saya pergi
ambik buku ye saya memberi tahu penolong kelas ke mana
yang saya mahu pergi. Jadi saya pun pergi lah ke bilik guru
untuk pergi ambik buku yang cikgu suruh ambik pagi tadi
sebelum perhimpunan bermula.
Banyak ye buku ni larat ke nak angkat ni dah la kelas kat
tinggkat 4 huhu pagi pagi lagi dah penat. Perangai malas saya
dah keluar. Saya pun angkat jela semua buku buku tu tampa
banyak songeh. Seperti yang saya sudah agak memang buku
buku tu berat sangat sampai tergetar getar tangan saya men-
angkat buku tu. Baru sampai tingkat 2 dah penat susah la kalau
saya yang angkat hari hari macam ni.
Nasib baik saya ni jenis yang suka menolong cikgu, kalau
bawa buku senang je. Tiba tiba pergelangan tangan dan kaki
saya sakit, saya rasa seperti nak terjatuh ke belakang tapi jika
saya jatuh di tangga ni opps, hati hati la adik nak naik tangga
tu tengok la bawah bukan ye berangan. Meh sini saya tolong
angkatkan buku tu. Seorang budak laki tahan saya dari jatuh tu
berkata. ehh takpa ke? Susah susah je balas saya. takpa ape
salah ya saya tolong awak dua kali? Awak dah lupa ke pasal
pagi tadi? Dia balas. awak ke yang tolong saya tu? Hmm terima
kasih saya membalas. haha kelakar la awak ni, nama saya
Amirul selamat berkenalan. Dia tersenyum manis.
Bab 3 ~Kisah Amirul
Amirul telah menolong saya membawa buku tu ke kelas
saya seperti yang dia cakap kan mahu menolong saya. Tapi saya
tidak tahu sama ada dia ada muslihat lain untuk mengenakan
saya atau dia memang ikhlas untuk membantu saya itu saya
tidak pasti. Tapi tengok pada warna tanda nama dia, saya rasa
dia murid tingkatan 4. Manakala saya masih lagi di tingkatan
satu umur kami sungguh jauh berbeza, jadi saya berangap dia
memang ikhlas membantu saya.
Dia sempat bertanyakan nama saya dan dia cakap ingin
berjumpa dengan saya lagi lepas waktu persekolahan, saya
cakap saya okey je. Saya sendiri tidak tahu kenapa saya cakap
okey sedangkan saya ni takut dengan budak lelaki. Tapi dari riak
wajah Amirul saya tidak rasa yang dia ni jahat, tapi saya rasa dia
sebenarnya sangat baik dan peramah. Sepanjang saya berada di
dalam kelas saya terfikir je hadiah tanda terima kasih yang saya
patut bagi kat Amirul sebab dah menolong saya.
Pada waktu rehat saya pergi ke kelas Amirul diam diam
supaya dia tidak nampak saya. Saya bukan apa, saya saja je nak
tengok kelakuan dia di dalam kelas. Rupa rupa ye dia seorang
budak yang rajin dan betul betul baik. Dari cara dia berlajar,
pemakaian dia semua ye sempurna saya jadi semakin ingin tahu
tentang Amirul dan saya ingin buat sesuatu untuk dia pula. Baru
lah saya rasa lega sikit sebab dah menolong orang yang
menolong saya semasa saya susah.
Sebelum waktu rehat habis saya sempat bertanya kepada
cikgu cikgu dan beberapa orang murid tingkatan 3 dan tingkatan
2 tentang Amirul. Maklumat yang saya dapat daripada cikgu
semua ya hampir sama dan kebanyakan ya mengatakan Amirul
seorang budak yang rajin membantu cikgu dan tidak pernah ada
rekod masalah disiplin sebelum ni. Namun begitu ada juga
segelintir cikgu yang berpesan kepada saya, bahawa Amirul ni
sebenanya orang daripada keluarga yang susah, dan munkin
jugak dia buat baik di depan cikgu untuk meraih simpati
Informasi yang saya dapat dari murid tingkatan 2 dan 3
ialah Amirul baru lagi pindah ke sekolah ini pada tahun lepas.
Jadi tidak ada seorang pun yang bergitu tahu tentang Amirul.
Tapi dia terkenal dalam kalangan budak perempuan kerana
perwatakan dia yang sangat peramah dan baik. Tapi saya jugak
dengar dia akan menolak semua budak perempuan yang telah
meluahkan perasaan diorang kat Amirul.
Tapi ada dua perkara yang menjadi tanda tanya kepada diri
saya, walau macam mana sekali pun saya berfikir saya masih
tidak dapat untuk mentafsir tentang pekara tersebut. Pekara yang
pertama ialah cikgu cakap yang Amirul ni suka memainkan
perasaan budak perempuan yang dimana saya tidak merasakan
bergitu. Yang kedua kenapa dia tidak mahu terima sahaja budak
budak perempuan tu daripada menolak mereka macam itu sahaja
kalau ada alasan saya ingin sangat mengetahui alasan ya.
Walaupun saya tahu saya tiada kaitan dengan dia lansung.

Pada waktu balik saya menunggu dia di pondok bacaan
saya sangat berharap saya dapat bertanya dan dia akan men-
jawap persoalan saya nanti. Walaupun dia lambat saya tetap
tunggu dia disitu walaupun 1 jam 14 minit telah berlalu. Saya
tak nak balik tampa tahu pekara yang seberna dan kenapa dia
menyuruh saya tunggu dia di sini. Saya berasa seperti ingin
mengalah dan pulang ke rumah jadi saya buat keputusan untuk
tunggu dia lagi 10 minit lagi jika dia tidak muncul saya akan
lansung pulang ke rumah.
Saya meletak kan kepala saya dia atas meja dan terus
terlelap. Apabila saya tersedar Amirul sudah duduk di depan
saya dan merenung saya sepanjang saya tertidur. Saya menjadi
kelam kabut kerana terkejut melihat dia sudah menunggu saya
semasa saya tertidur sebentar tadi.
Mia: err Amirul dah lama ke tunggu saya bangun? Maaf mia
tak sengaja tadi penat sangat sampai tertidur.
Amirul: oh mia ea? Hmm saya panggil awk mia la comel sikit,
boleh tak?
Mia: ehh mana ada la. Umm boleh tapi mia ada benda nak
tanya dulu.
Amirul: hehe apa bende ye yang nak tanya tu?
Mia: kenapa awak tolak semua budak budak perempuan yang
meluahkan perasaan kat awak?
Amirul: sebab saya tak percayakan perempuan lansung.

Masa itu saya berasa seperti dipermainkan oleh dia. Kenapa
dia jawap macam tu, apa sebab ye, saya nak sangat tahu itu
semua. Munkin dia pernah ada sejarah hitam yang terukir di hati
ya sebelum ini. Atau pun apa yang saya fikir tentang semua
lelaki itu sama adalah betul. Ini semua membuatkan saya lebih
pening kepala dan membuat saya lebih banyak berfikir.
Mia: kenapa awak cakap macam tu? Habis tu kenapa awak
menolong saya pagi tadi?
Amirul: salah ke saya menolong mia? Kalau orang lain yang lalu
dia pun mesti tolong jugak kan? Jadi tak payah nak fikir
kan pekara ni sangat pun. Dan tujuan saya menyuruh
mia tunggu di sini adalah untuk memberi tahu mia
supaya jangan dekat dengan saya kalau tak nak disakiti.
Mia: apa maksud awak disakiti? Saya dah biasa di sakiti oleh
budak lelaki la, saya sebernanya sangat takut kepada
budak lelaki tapi mia rasa mia nak tolong awak pulak
sebab awak dah tolong saya. Saya betul betul
menhargai pertolongan awak pagi tadi kalau awak tak
ada, mia tak tahu apa yang akan jadi kat mia nanti.
Amirul: kenapa nak tolong saya? Mia sendiri takut dengan laki.
Macam mana nak tolong.
Mia: Mia tetap nak tolong awak percayakan perempuan.
Amirul: okey saya bagi tiga hari je nak buat saya percayakan
perempuan kalau dah lebih 3 hari lupakan je. Hari
jumaat sampai ahad mia kena tinggal kat rumah saya
sangup ke?
Mia: okey mia akan buat. Mia sanggup.
Bab 4 ~Bermula nya kisah cinta
Saya telah memberi tahu ibu saya yang saya akan tidur di
rumah rakan sekelas saya pada hari jumaat hingga lah hari ahad.
Saya telah berfikir panjang sama ada saya betul ingin pergi
ataupun tidak, dalam fikiran saya hanyalah bagaimana nak buat
dia percaya dan apa yang dia nak buat kat saya kalau saya tak
dapat pujuk dia nanti. Saya harap dia tidak akan menakutkan
saya nanti.
Tepat pukul 2.30 petang saya menunggu dia untuk
menjemput saya di depan sekolah. Berselang 3 minit Amirul pun
sampai untuk menjemput saya ke rumahnya
Amirul: oh datang jugak rupanya mia ni. Lagi sekali saya tanya
sanggup ke budak yang hidup mewah dan manja ni
tinggal di rumah saya yang tidak seberapa tu.
Mia: mia dah buat keputusan dan mia tak nak munkir janji
supaya awak boleh percayakan perempuan.
Amirul: rumah saya tak ada orang lain tau umi dengan adik adik
saya tak ada untuk tiga hari ni.
Mia: ehh diorang pergi mana pula? Takkan la mia nak kene
tinggal dengan awak sorang sorang je?
Amirul: dah takut ke? Kalau macam tu tak payah la pergi, mia
duduk rumah je lagi bagus.
Mia: takpa mia tetap nak pergi.
Amirul: okey jangan menyesal nanti ea.
Tampa membuang masa dia terus membawa saya pergi ke
rumah dia di dalam se-akan akan kawasan pendalaman. Apabila
saya sampai di hadapan rumah dia, saya melihat rumah nya
walaupun nampak sedikit usang tapi segala ya tersusun rapi dan
kemas rasa seperti pulang ke kampung halaman saya sendiri.
Selepas dia membuka pintu dia mengajak saya masuk jadi saya
pun ikut sahaja.
Amirul: mia boleh letak barang kat dalam bilik tu nanti mia nak
rehat ke tidur ke kat dalam tu tau. Saya tidur kat ruang
tamu ni je.
Mia: kenapa awak tak tidur dalam bilik jugak?
Amirul: bilik ada satu jelah napa nak saya teman tidur sekali ke?
Mia: sapa nak dia teman mia bukan ye budak kecik lagi la.
Amirul: alala comel ye patut la ramai yang nak mia ni. Haha tak
risau ke saya buat apa apa kat mia yang comel ni nanti?
Mia: mia tak kisah pun awak buat la apa apa pun kat mia
asalkan awak boleh percaya balik nanti.
Amirul: oh yeke ni kalau mandi sama sama nak?
Mia: ap-apa? Kenapa mia nak hmm untuk tiga hari ni je
boleh. Sengajakan nak buat mia malu macam ni.
Amirul: salah ke? Bukan mia yang nak jadi personal maid saya
ke? Jadi kena lah ikut apa yang saya nak paham?
Mia: okey mia ikut je apa yang awak nak.
Amirul: bagus susah nak dapat maid muda dan comel macam ni.
Pada petang tersebut saya menyiapkan kerja sekolah
terlebih dahulu sebelum meneruskan agenda saya yang
seterusnya tak lain tak bukan untuk mengetahui kenapa Amirul
tidak percayakan mana mana perempuan lagi dan untuk
membuat dia percaya semula kepada perempuan. Saya juga
nampak dia sedang menyiapkan kerja rumahnya terlebih dahulu
jadi saya hanya tumpukan perhatian untuk menyiapkan kerja
saya dahulu.
Ada juga subjek yang saya suruh dia ajarkan saya kerana
saya masih kurang jelas bagi satu satu bab tu, peperiksaan akhir
tahun sudah makin hampir jadi lebih baik menulang kaji terlebih
dahulu. Saya harapkan dengan cara ini saya dah cukup dekat
untuk mengetahui segala tentang dia. Lepas semua ye siap saya
pun pergi ke dapur untuk buatkan makan malam dengan bahan
yang saya bawa dari rumah, disebabkan Amirul tidur dia tak
akan perasan la kalau saya nak memasak sekarang ni
Hari ni saya nak pujuk dia kat rumah sahaja lah besok saya
akan bawak dia keluar jalan jalan supaya dia boleh tenangkan
hati dia nanti dan boleh terima apa yang saya nak cakapkan.
Tapi kenapa dia suka main main dengan saya sedangkan dia
macam tu tak percayakan perempuan. Ataupun dia sengaja nak
buat saya jatuh cinta kat dia supaya senang dia nak buat saya
menangis dan mengalah nanti? Apa yang penting sekarang ni
saya nak dia menjadi normal seperti orang lain yang menharap-
kan bantuan daripada orang lain dan boleh menerima mereka
dengan hati yang terbuka semula.
Apa apa jelah saya nak pergi mandi dulu la kalau nak
tunggu lambat pula nanti, takut nanti dia dah bangun sibuk nak
mandi sekali cakap saya perlahan. Saya pun ambil la tuala dan
pergi ke bilik air untuk mandi sebelum kejut Amirul untuk
makan malam nanti. Harap harap la air tak sejuk sangat demam
nanti kalau sejuk sangat, jenuh dia nak jaga dengan hantar saya
balik nanti .
Saya tengok dia tak ada la macam budak jahat pun dia
nampak macam periang bagi saya adalah. Tapi saya dapat
rasakan dia ada sorokkan sesuatu yang sangat menyedihkan di
dalam hati dia. Kalau ditakdirkan untuk saya bersama dia
adakah saya pun akan membuat dia sedih macam itu jugak?
Sekarang ni fikiran saya penuh dengan persoalan yang saya
sendiri tidak dapat cakap apa apa lagi dah.
Moga moga lepas mandi reda la sikit pening kepala saya ni.
Agak ye kalau dia tau saya dah mandi apa yang dia nak buat ye,
mesti dia marahkan. Bukan ye salah dia pun saya yang mengada
ngada sangat, saya rasa takpa agak ya saya buat perangai budak
budak dengan dia kali ni je biar la apa pun jadi kat saya asalkan
saya dapat tunaikan janji saya dan dapat membantu dia. Amirul
tu boleh tahan jugak kemanjaan dia tu walaupun dia tak tunjuk
tapi saya tahu yang hati dia lembut tak padan la ada ramai yang
tergila gila kat dia sebab perangai dia yang manja, cool dengan
boleh tahan kecomelan dia tu.

Tiba tiba saya terdengar suara amirul oit apa yang mia
masak ni dah hangit la. Saya pakai tuala dan terus berlari keluar
ke dapur.
Mia: apa yang hangit?
Amirul: tak ada apa apa saja je nak main main haha napa pakai
tuala ni? Tak malu ke?
Mia: a-awk ni mana adala! Saya nak masak makan malam
untuk awak la saya pergi la mandi sekejap tengok awak
tidur tu diam diam la saya mandi kalau tak awak sibuk
nak mandi sekali. Arhh dah la mia nak pergi pakai baju.
Amirul: haha dah blush ke? Comel ye maid saya ni nak cubit
cubit je rasa.
Mia: apa apa jelah awak yang buat mia macam ni hmph.
Saya pun terus memakai baju dan pergi ke dapur untuk
sambung memasak. 10 minit lepas tu dah pun siap. Saya pun
bagi la dia makan, dia puji saya lebih lebih pula lepas tu suruh
saya panggil dia mirul je. Saya pun ok la.
Selepas makan dia menceritakan pasal seseorang yang dia
pernah sayang sebelum ni. Saya tak sangka dia dah melalui
masa yang sangat perit dan saya rasa saya ni seperti menyibuk
sahaja. Sekarang ni baru saya paham kenapa dia jadi macam tu.
Saya tak sepatutnya mengetahui pasal pekara ni. Saya dah
membuat dia ingat kembali kisah silam dia dan membuat dia
menangis. Jadi saya suruh dia tidur dulu saya tak nak dia terus
menangis lagi dah. Saya pun tidur sekali.
Bab 5 ~Hari ke-2
Pada pagi sabtu tu saya terbangun awal dan terus
mengemas tempat tidur saya. Selepas itu saya pergi melihat
Amirul yang sedang tidur di ruang tamu, comel jugak ea bila dia
tidur tak ada la dia buat muka nakal dia tu. Macam budak kecik
sahaja itu pendapat saya dari melihat cara dia tidur itu. Dia tak
nampak macam jahat pun, dia buat semua itu mungkin sebab
nak lupa kan tentang kisah silam dia tu.
Saya pun apa lagi terus ke dapur dan masakan sarapan pagi
mesti dia lapar bila dia dah bangun, lelaki ni kalau manja selalu
lebih lebih kalau perempuan nak manja manja mesti ada sahaja
alasan yang lelaki ni akan bagi. Nasib baik lah saya ni pandai
memasak kalau tak memang tak makan la saya nanti hmm
makan Maggie je kot nanti, tapi nanti dah macam orang bujang
pula makan mi segera je.
Ha! Isteriku sedang masak apa ini, nak kene peluk ke?
alala tomey tomey ni lepas habis masak ni jom mandi sama
sama, baru boleh makan, Amirul datang kebelakang saya dan
meletakan dagunya di leher saya. Saya lari menyorok ketakutan
kerana dia tiba tiba sahaja mengejutkan saya macam itu, bila
masa pula mia kawin dengan Amirul ni? Kenapa pula nak peluk
mia? Mia bukan ye bantal mirul nak peluk peluk ni. Mirul kan
boleh mandi sendiri. Saya membalas. hmm yela yela tapi
malam nanti mandi sama sama tau balas amirul dengan dengan
ketawanya. dah pi mandi la saya menolak dia ke bilik air.
Saya dah membuat beberapa senarai aktiviti yang saya nak
lakukan bersama dia selepas ini. Di antaranya jalan jalan, lepak
di taman permainan, bermain di dalam hutan, dan banyak lagi.
Yang penting saya tidak lupa kenapa dan apa tujuan saya ke sini.
Tapi saya takut kalau dia tetiba saja nak marah saya, saya tak
nak di pukul lagi. Jadi saya nak pastikan dia gembira sahaja
walaupun saya ashik ashik tarik dia kehulu kehilir nanti.
Selepas sahaja Amirul selesai mandi saya terus menyuruh
dia pakai baju kemas kemas untuk berjalan hari ni. Ada sahaja
alasan dia kata malas la tak ada duit buang masa je. Saya terus
cakap yang saya yang akan belanja nanti biar la dia kata tak elok
kalau perempuan yang belanja budak laki. Apa saya perduli saya
ni kalau dah memang nak buat sesuatu tu mesti paksa paksa
punya la, kalau tak dapat saya mesti terus merajuk punya la.
Semasa saya berjalan dengan dia saya terfikir apa sahaja
yang saya buat untuk dia mesti berakhir dengan sia sia sahaja.
Sebab saya tengok muka dia yang dia seolah olah hanya senyum
palsu sahaja, walaupun yang sebenarnya dia sedang menangis di
dalam hati. Saya cakap jangan mengalah tapi saya dapat rasa
yang ia-nya tidak cukup sama sekali. Tapi kemudian amirul
hanya perlu bersemangat sikit untuk hari je pun tak apa atau
sampai besok pun akan gelap tau. To the rays of the sun, feeling
blue of course, Im honestly worried about you bila saya cakap
macam tu dia tidak membalas apa apa pun saya menjadi serba
salah pula.

Tiba tiba dia mula untuk menangis dan cakap saya ni
seorang yang penakut, seorang yang lemah. Saya sememang ye
tak ada guna, saya selalu susah kan umi saya. Kat sekolah saya
tidak diperlukan lansung dan untuk dia saya tak dapat buat
apa apa pun. Saya hanya mampu duduk tepi dan menangis..
Tapi saya percaya sebab itu memang awak. Balas saya
Teruskan pandang ke hadapan dan bila ianya betul betul
satu masa yang bahagia, saya akan jaga hati amirul supaya tidak
terjadi macam dulu. Dan jikalau awak mahu mengalah dengan
berkata biar la atau saya dah biasa bersendiri, itu sama sekali
tidak elok. Hey nak tak kita pergi sama sama. Jom kita hancur-
kan kesunyian dan kesihan awak tu. Sambung saya lagi. Tapi
saya masih tidak faham kenapa dia masih berdiam diri?
Dan saya melihat riak wajah ye seperti ingin menangis
semula. Dia cuma menutup mata nya dan mengeluh. Bagi saya
ia sememangnya tidak elok kerana dia menyimpan segalanya di
dalam hati dia itu bersendirian. awak cuma perlu berusaha
dengan lebih keras lagi mesti kesedihan awak akan hilang ke
hari semalam dan teruskan hari yang seterusnya dengan
gembira. Saya ingin mencuba bercakap dengan dia. Saya tarik
Amirul berlari pusing pekan ia sememangnya memaksa betul
tak? Petang, terasa biru, sinaran matahari pun menhilang di
taman. Tepat pada masa itu riak muka dia mula berubah. Tampa
ada sebarang bunyi, titisan air mata jatuh dan menhilang.


Di dalam dunia yang kecil ini yang selalu kejam terhadap
saya ia membuat saya nak cakap, saya nak selalu bersama awak
dan nak selalu nak buat awak tersenyum dan malu, tapi awak
dah tak ada dengan saya kenapa awak perlu pergi! Amirul
berkata sambil menangis. Saya terus membalas Walaupun saya
ini mencakap sesuatu perkataan yang kecil dan tidak bermakna
bagi apa apa kepada awak pun, saya nak jadi berguna saya nak
tolong awak! Tolong benarkan saya.
Saya percaya sejak ianya awak, awak cuma perlu jerit
sekuat kuat ya luahkan segala ya biar hati awak puas. saya yakin
ia bukan ye tak ada harapan lansung untuk awak gembira
semula. Kalau awak dah berniat untuk nya, mesti awak boleh!
Ambik nafas dalam dalam dan jeritlah pada bulan sekaran
dengan sepenuh hati! sambung saya lagi. umm baiklah.. saya
akan buat!! Saya akan terus untuk sambung kehidupan saya
walaupun saya masih tidak bolah lupakan dia saya akan cuba!
jerit Amirul.
Sebenanya masa tu saya tengok Amirul nampak macam
bergaya sikit dengan muka serius dia tu. Saya tak sangka ada
lelaki yang jenis setia macam ni, yang selalu saya jumpa lelaki
yang suka mempermainkan perasaan perempuan dan buat
mereka macam hamba diorang je. Hmm saya rasa siapa yang
dapat laki yang macam Amirul ni mesti sangat sangat bertuah.
Kalau saya memang tak ada perluang la nak dapat lelaki yang
macam ni.
Mia: bagus la amirul dah okey, kan bagus macam ni.
Amirul: haha ini semua sebab isteri saya yang comel sangat ni la
terus memegang dagu saya.-
Mia: bila masa pulak saya jadi isteri awak ni? Saya ni bukan
ye sesiapa pun dalam hati awak pun jadi jangan nak
main main macam tu hmph
Amirul: mia?
Mia: apa?
Amirul: saya suka mia comel ni nak peluk peluk je rasa. Takpa
kat rumah nanti bagitau ea suka am ke tak? Oh ye
panggil saya am ye saya pula nak panggil awak ai
boleh? dokong mia jalan balik-
Mia: awak! Saja kan nak main main nanti saya juga yang
kene dipermainkan dengan awak. Dah la tu turunkan la
saya nanti saya dah sukakan awak susah la saya nanti.
Amirul: yeke? Kalau macam tu lagi bagus boleh manja manja
dengan ai hari hari. Haha cair am tengok muka ai kalau
dah blush ni comey ye picit pipi mia-
Mia: urmm mana ada la.. awak! Dah la tu mia takut laki la.
Amirul: takpa ai kene dengar cakap tuan ai kan? ai ni dah jadi
my personel maid, am nak ai jadi milik am je boleh?
Mia: huhu yela yela cuma awak jangan sakitkan mia tau.
Amirul: ye saya janji saya akan jaga maid saya yang comel ni.
Mia: okey mia terima am, ai suka am, ai nak am gembira.
Amirul: ye am pun sayang ai
Amirul mendokong saya sampai ke rumah kerana saya
tertidur semasa dia mendokong saya munkin sebab saya penat
sangat berjalan jalan sampai tertidur di tangan dia. Tapi mesti
dia lagi penat nak melayan saya dan lepas tu mendokong saya
sampai ke rumah. Dia bukan ye hendak mengejut saya pun apa
yang dia buat letak saya dia dalam bilik di atas tilam dan biarkan
saya tidur.
Saya tidak sangka dia boleh menjadi sebaik dan sangat
penyayang macam ni. Dia buat saya makin sukakan dia setiap
kali saya bersama dia kerana perangai dia yang macam budak
budak itu yang mesti akan dapat membuat saya tersenyum lebar.
Nampaknya saya dah lakukan satu benda yang saya tak jangka
lansung iaitu jatuh cinta dengan dia tu. Pada mula ye saya hanya
ingin membantu dia tapi sekarang dah lain. Bila saya bangun
saya ambik satu bantal, keluar dari bilik dan duduk di sebelah
Amirul, tengok dia baring.
Mia: am hmm
Amirul: ye ada apa ai? Lapar ke? kalau lapar am pergi kedai beli
apa apa untuk ai.
Mia: bukan lapar la. Umm ai nak tidur sebelah am boleh?
Amirul: kenapa tetiba sahaja ni? Nak manja manja la ni takpa
boleh je meh la sini, nak kene peluk jugak ke?
Mia: takpa tidur sebelah am je dah ok, selamat malam am ai
tidur dulu ye baring, pakai selimut dan mula tidur-
Amirul: selamat malam ai usap usap kepala saya-
Bab 6 ~Permulaan baru
Sapanjang saya tidur di sebelah dia, saya dapat rasakan
yang dia sedang merenung saya . saya pun tidak tahu mengapa
saya ingin tidur di sebelah dia munkin sebab ini hari terakhir
saya tinggal di rumah dia agaknya. Pada mulanya saya takut jika
dia membuat apa apa kat saya tapi sekarang saya sudah tidak
kisah , kerana saya dah suka dia. Tapi boleh ke orang macam
saya ni layak untuk dia?
Saya ni hanya selalu menjadi bahan ketawa dan ejekan dari
orang lain, saya takut kalau dia akan di ejek sekali. Tambahan
pula, munkin kalau mak ayah saya tau pasal saya dengan dia
diorang terus tak membenarkan lansung untuk saya bertemu dia.
Walaubagaimana pun saya tetap nak berada di sisi dia, saya nak
teman dan bantu dia lupakan kisah silam dia tu. Walaupun saya
ni tak seberapa berguna saya tetap nak bantu dan akan terus
menyokong dari belakang dia.
Jika saya berakhir dengan dipermainkan oleh dia pun saya
tak kisah sebab saya yang buat keputusan untuk menerima dia.
Saya tahu munkin dia tak dapat terima yang kekasih lamanya
sudah pergi disebabkan itulah saya nak ubah pandangan dia tu
dan munkin dia boleh menerima saya suatu hari nanti. Saya dah
rasa bersemangat untuk meneruskan perjalanan saya walaupun
selalu dibuli dan di ejek, saya tetap akan berdiri kukuh dan maju
ke hadapan dengan harapan untuk bersamanya sentiasa.

You might also like