You are on page 1of 11

SENI ORIENTAL

SENI INDIA Indian Art/Art of Hindus


Ciri-ciri tamadun India.
Bermotifkan figura manusia serta ada unsur-unsur flora dan fauna.
Dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu zaman tamadun Harappa, zaman vedik, zaman awal Buddha
dan seterusnya zaman india islam.
Seni India biasanya mempunyai kaitan dengan agama dan dikatakan mampu menyumbang kepada
pembangkitan spiritual, intelektual melalui proses meditasi yang mampu mengawal pemikiran jiwa dan
tubuh badan.
Sejarah zaman-zaman pengaruh india.
Tamadun Harappa.
Tamadun India yang tertua berkdekatan dengan Sungai Ravi di utara India.
Selain daripada itu tamadun India juga mempunyai tamadun lain selain tamadun Harappa iaitu
Mohenjo daro.
Tamadun Harappa terkenal dengan arcanya. Contohnya seperti acuan cap kerajaan Harappa yang
berukuran 2 inci diperbuat daripada batu yang diukir. Kemudian corak-corak Harappa yang lain-lain
hasilkan melalui tanah liat yang diukir. (ms 23)
Selain itu arca yang diperbuat daripada kuprum, berbentuk perempuan juga dibina yang
melambangkan tuhan ibu yang dianggap membawa kesuburan. (ms25)


Zaman Vedik.
Pada tahun 1750 harappa didatangi oleh pendatang Nomad dari Iranian. Kaum ini dipanggil kaum
Aryan.
Era kaum Aryan ini dipanggil zaman vedik. Pada zaman ini munculnya kitab kaum Aryan yang
dipanggil kitab veda.
Kedudukan kaum Aryan terbahagi mengikut kasta dan peraturan juga digubal bagi menjaga
keharmonian dan keamanan.
Kaum Aryan percaya kepada hukum karma.


Zaman Hinduisme Zaman agama hindhu Buddha
Pada zaman ini hasil seni tampak yang terkenal ialah arca.
Arca hindu Buddha yang terkenal ialah loving couple yang menunjukkan pasangan kekasih yang
penuh dengan sifat-sifat yang mempamerkan kasih sayang. (ms30)
Selain itu arca patung Buddha juga diperbuat dalam keadaan duduk dan berdiri. Kedudukan ini
bergantung kepada kepercayaan pengganut Buddha iaitu apabila patung itu dalam keadaan berdiri ia
memberi makna rehat yang membawa ketenangan. Manakala apabila patung itu dalam keadaan duduk
ia membawa kepada meditasi.
Posisi tangan Buddha amat penting ia membawa kepada maksud rehat dan ketenangan. (ms31).
Selain itu seni bina stupa juga terlihat pada zaman ini. Antara stupa yang terkenal ialah great stupa di
sanchi. (ms27)


Mempunyai hasil seni yang berkaitan dengan dewa-dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
Mengikut keprcayaan hindu Brahma dianggap pencipta, Vishnu sebagai pemulihara dan siva sebagai
pemusnah.
Kebiasaannya dewa Vishnu dijadikan sumber inspirasi untuk karya seni kaum hindu dan dipuja ketika
upacara sembahyang dan berdoa. (ms36)
Dipercayai dewa Vishnu mempunyai isteri bernama Sri Lakhsmi.
Kuil hindu banyak dibina hasil dari ilmu seni dan seni bina. Contohnya seperti kuil durga dan
Kandariya Mahadeva. (ms41,42)

Zaman India Islam.
Apabila agama islam mula tersebar. Banyak penganut agama hindu yang telah memeluk islam.
Pada masa itu ada perbalahan antara kaum muslim dan penganut hindu.
Oleh itu putera hindu telah mengurangkan kuil-kuil utara india.
Oleh sebab ini banyak penganut hindu yang memeluk islam dan menjadi india muslim.
Karya-karya berteraskan islam juga turut dihasilkan. Tetapi masih mempunyai unsur-unsur seni india.
Contoh seni bina pada zaman ini ialah Taj Mahal yang telah dibina oleh Shah Jahan khas untuk
isterinya yang tercinta iaitu Muntza Mahal. Taj Mahal ini telah banyak menerapkan unsur seni islam dan
juga seni india (Mughal)
Di pintu masuk Taj Mahal dihiasi dengan ayat Quran dan corak-corak arabes.
Karya seni Mungal/Mughal juga dapat dilihat pada zaman ini. Datuk kepada Shah Jahan ialah orang
yang pertama menghasilkan karya seni mungal. Seni mungal lebih kepada 2 dimensi dan tidak menitik
beratkan fom yang boleh menjadikan sesuatu karya itu seperti rupa sebenar.
Catan manuskrip agama hindu yang telah terhasil pada zaman ini dipanggil rajput. Ia lebih kepada
abstract. Ia bermotifkan kerajaan yang berdikari dan mempunyai peraturan yang mengawal rakyat.


SENI ORIENTAL ISLAM

Pengenalan
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa
yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan
sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak,
sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan
manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang
bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan
melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan
konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang
berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan
rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan
oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni
masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi
dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah
bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada
mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni
dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk
kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran,
misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu
berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat
menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu
dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang
Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh
sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta
kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan
sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan
melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :
Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.
Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan
sebagainya.
Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan
sebagainya.
Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam
Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan
bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam.
Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di
mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang
disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang
bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala
yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang
paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi
dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah
tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang
tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan
dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak,
iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses
pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin
dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar"
(menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan
membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian
manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai
mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya
menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai
persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap
segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan,
moral dan lain-lain lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan
kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang
mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya.
Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian
Islam dengan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga
makhluk.
Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk
masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan.
Antaranya:
(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh
jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid
serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt
tersebut.
(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat
Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai
dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.
(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak
diperlukan oleh manusia.
(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas
terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang
batil (salah).
Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa
batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan
lain-lain.
Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan
yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama
mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-
Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah
Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti
tarian terkini (kontemporari).
Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.
(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian
Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam
telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga
manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi
kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah
pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan
makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan
seseorang yang benar-benar baik dan beradab.
Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian
kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan
berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa
dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak
kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau
dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia
sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh
sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia,
makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan
dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat
bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam
a) Tulisan Khat
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-
cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang
mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut
penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek
yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai
(hukama').
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini
tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan
rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada
perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya,
mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk
menulis ayat-ayat suci.

Kepentingan Seni Khat
1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil
aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat-
ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari
dan menghafalnya.
3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.
4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu
mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".
5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan
perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat
Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya
mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini.
Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai
bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran),
nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan
keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan
Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak
digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat
khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat
menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa
pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi
seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.
Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya,
lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah
dengan tanda-tanda syakal.

b) Penulisan (Sastera)
Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan sememangnya
mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana kesusateraan
Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua
aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan
kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang
telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang
merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik yang paling tajam terhadap
Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.
AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu keindahan
bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa mereka
yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi, bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi,
pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus
berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya
kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)
Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk
perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat pada
perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini
juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi
pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga
contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga
seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk
kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan
sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk geometri
pada kubah dan lain-lain.
Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-
helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque
dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik
seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam
biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh
menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

d) Seni binaan.
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina
bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia.
Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag
merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini
maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui
tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan
masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.
Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana
Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan
daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda
lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang
kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah
ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan
pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan
perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan
dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat
Islam.
Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur
ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada
masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalamseni bina
Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati
kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam,
tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang
bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat
berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan
terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek
(masjid uatama) dan 19 masjid kecil
Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar,
arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab,
tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i
merupakan karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya yang tersendiri berbanding
dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat
yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-
lah ia tidak berkesedahan.
Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai,
jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina
mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan
kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal,
kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan
kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)
Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan telnga ialah
nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul dan yang dapat
mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida membangkitkan nafsu bahkan
disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi.
Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka
nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar
gemar sekali terhadap hiburan".
Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh.
Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap
didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.

You might also like