You are on page 1of 8

Nota Kawad

Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik


Kawad Asas Disiplin
BIL PERKARA KATA PERINTAH/ PERGERAKAN
1 Kawad Tanpa
Senjata

1.1 Sedia

Arahan kawad:
Skuad, Skuad. Sdia

Pergerakan:

1) Dengan pantas angkat kaki kiri separas pergelangan kaki (angklet) atau setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak di sebelah
kaki kanan.
2) Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan Satu.
1.2 Senang diri

Arahan kawad:
Senang Dri

Pergerakan :
1) Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet bawa ke sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi dengan kiraan Satu,
2) Masa itu juga bawa kedua-dua tangan ke belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang.
1.3 Rehatkan diri

Arahan kawad:
Rehatkan.... Dri

Pergerakan:
1) Lemahkan semua anggota badan & kepala.
2) Tangan dinaikkan di atas punggung serentak dengan kiraan Satu.
1.4 Membentuk
Skuad

(Jadikan tiga
berisan)

Arahan kawad:
Tiga barisan di hadapan saya... Grak

Pergerakan:
Anggota dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan jurulatih.
1.5 Langkah ke
Hadapan

Arahan kawad:
...... langkah ke hadapan.... Grak (Contoh: 1 langkah ke hadapan.....Grak)

Pergerakan:
1) Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri sejauh satu inci ke hadapan dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.

1.6 Langkah ke
Belakang
Arahan kawad:
....... Langkah ke Belakang....Grak
Nota Kawad
Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik
Kawad Asas Disiplin

Pergerakan:
1) Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet tolak ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kiri dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.
1.7 Langkah ke
Kanan


Arahan kawad:
....... Langkah ke Kanan....Grak

Pergerakan:
1) Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan bawa ke sebelah kanan sejauh 12 inci.
2) Letakkan hujung kaki kanan ke bumi dengan kiraan Satu.
3)Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.
1.8 Langkah ke
kiri
Arahan kawad:
....... Langkah ke Kiri....Grak

Pergerakan:
1) Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan bawa ke sebelah kiri sejauh 12 inci.
2) Letakkan hujung kaki kiri ke bumi dengan kiraan Satu.
3) Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.
1.9 Membetul-
kan barisan

a. Ke Kanan
Lurus.
Arahan kawad:
Ke Kanan.........Lurus

Pergerakan:
1) Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.
2) Anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan letakkan tapak ke bumi dengan kiraan Satu
3) Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua.
4) Pada masa sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang nombor satu di dalam setiap barisan, dan anggota di dalam
barisan hadapan angkat tangan kanan paras bahu melalui belakang orang di kanannya kecuali penanda kanan.
5) Setelah itu angkat kaki kiri separas angklet dan hentakkan di sebelah kaki kanan dengan kiraan Tiga dan terus hentak kaki kanan
/ kiri berturut-turut mengambil lurus.
6) Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan tunggu perintah Pandang Depan

Peringatan:
Jika kawad dengan senjata (tangan kanan memegang senjata) orang dalam barisan hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah kiri
serta pandang kanan.



Nota Kawad
Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik
Kawad Asas Disiplin
b. Pandang
Depan

Arahan kawad:
Pandang ....... Dpan

Pergerakan:
Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk kembali ke
kedudukan sedia.
c. Ke Kiri Lurus Arahan kawad:
Ke Kiri...... Lurus

Pergerakan:
1) Pergerakan adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota dalam barisan belakang paling ke kiri.
2) Penanda di sebelah kiri hendaklah diam dan anggota nombor satu dalam barisan tengah dan belakang hendaklah menentukan jarak.
d. Luruskan
Barisan
Arahan kawad:
Luruskan.......... Barisan

Pergerakan:
1) Penanda diam, anggota lain dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan.
2) Pada masa yang sama palingkan muka ke kanan serentak angkat tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang orang di
kanannya.
3) Hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut bergerak ambil lurus.
1.10 Nombor Arahan kawad:
Skuad.......... Nombor

Pergerakan:
Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.
1.11 Buka/ tutup
Barisan

a. Buka Barisan
Arahan kawad:
Buka Barisan....... Grak

Pergerakan:
1) Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraan Satu.
2) Ambil satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraa Dua.
3) Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan kiraan Tiga balik ke kedudukan sedia.
4) Bagi anggota barisan belakang, pergerakan dibuat secara mengundur dua langkah ke belakang dimulakan dengan kaki kiri
mengikut jarak dan kiraan sama dengan barisan hadapan.


Nota Kawad
Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik
Kawad Asas Disiplin
b. Tutup barisan Arahan kawad:
Tutup Barisan........Grak

Pergerakan:
1) Anggota barisan hadapan membuat pergerakan sepertimana anggota barisan belakang semasa Buka Barisan (Mengundur).
2) Bagi anggota barisan belakang pula membuat pergerakan sepertimana anggota barisan hadapan semasa pergerakan Buka
Barisan (langkah ke hadapan).
1.12 Berpusing

a. Berpusing ke
kanan
Arahan kawad:
Bergerak ke kanan, kanan....... Sing

Pergerakan:
1) Lutut lurus
2) Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.
3) Angkat kaki kiri separas angklet
4) Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua.
b. Berpusing ke
kiri
Arahan kawad:
Bergerak ke Kiri, kiri ....... Sing

Pergerakan:
1) Lutut lurus.
2) Pusing badan 90 darjah ke kiri dengan kiraan Satu.
3) Angkat kaki kanan separas angklet
4) Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua.
c. Berpusing ke
belakang
Arahan kawad:
Bergerak ke kiri, Belakang ........ Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kiri).

Pergerakan:
1) Lutut lurus.
2) Pusing badan 180 darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan Satu.
3) Angkat kaki kiri separas angklet
4) Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua.

Arahan kawad:
Bergerak ke Kanan, Belakang...Sing
(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kanan.)
Nota Kawad
Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik
Kawad Asas Disiplin

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
Menghadap ke Belakang, Belakang.... Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.

Arahan kawad:
Menghadap ke Hadapan, Belakang.... Sing

(Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang)

Pergerakan:
Pergerakan adalah sama seperti di atas.
d. Berpusing
separuh kanan
Arahan kawad:
Bergerak ke kanan, Separuh.......Kanan.

Pergerakan:
1) Kedudukan lutut lurus.
2) Pusing badan 45 darjah ke separuh kanan dengan kiraan Satu.
3) Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet.
4) Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan Dua.
e. Berpusing
separuh kiri
Arahan kawad:
Bergerak ke kiri, Separuh.......Kiri.

Pergerakan:
1) Kedudukan lutut lurus.
2) Pusing badan 45 darjah ke separuh kiri dengan kiraan Satu.
3) Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet.
4) Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan Dua.


Nota Kawad
Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik
Kawad Asas Disiplin
1.13 Bersurai
dan keluar baris

a. Keluar baris

Ingatan:
keluar baris
digunakan
semasa:
- Anggota dalam
kelas.
- Jurulatih
memberi
penerangan .

Arahan kawad:
Keluar......Baris

Pergerakan:
1) Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua
3) Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu terus ke hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan
bersurai.
(berbeza dengan bersurai, ianya belum tamat. Hanya bersurai sementara dan anggota tidak dibenarkan keluar dari kawasan latihan.

b. Bersurai


Ingatan:
Tujuan bersurai
adalah
menandakan
tamatnya latihan
/ aktiviti.





Ingatan:
Pegawai di
padang
digunakan untuk
skuad pegawai.
Arahan kawad:
Ber.........surai

Pergerakan:
1) Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua
3) Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu terus ke hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan
bersurai.

Arahan kawad:
Pegawai di padang/ dalam baris, Ber........surai

Pergerakan:
1) Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.
3) Buat pergerakan hormat dengan kiraan Satu.
4) Turun tangan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.
5) Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu , terus ke hadapan dengan kiraan Dua, Tiga dan
bersurai.



Nota Kawad
Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik
Kawad Asas Disiplin
1.14 Paras



Ingatan:
Semua anggota
buat pergerakan
keluar baris
kemudian
beratur mengikut
tinggi masing-
masing dan
berdiri sedia
menunggu
perintah
seterusnya.





















Arahan kawad:
Tinggi ke Kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan....Paras

Pergerakan:
1) Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.
3) Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan Satu , terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan Dua,
Tiga dan terus beratur dalam satu barisan.



Arahan kawad:
Dari Kanan.......Nombor

Pergerakan:
Anggota menyebut bilangan nombor dari kanan ke kiri.

(Anggota sebelah kanan sekali menyebut nombor Satu, yang lain mengikut dengan nombor Dua dan seterusnya sehingga anggota
terakhir dalam barisan. Semasa membilang kepala tegak ke hadapan. )

Arahan kawad:
Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang......... Grak

Pergerakan:
1) Ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 darjah ke hadapan dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kanan separas angklet dan
3) Hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan Dua balik ke kedudukan sedia.
4) Bagi anggota yang mengundur, mula dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan yang sama.

Arahan kawad:
Penanda diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, kanan dan kiri......... Grak

Pergerakan:
1) Anggota barisan nombor ganjil dengan pantas pusingkan badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan Satu.
2) Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan Dua.
3) Bagi anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan yang sama.

Nota Kawad
Kawad Tanpa Senjata Dalam Kedudkan Statik
Kawad Asas Disiplin
Ingatan:
Apabila sampai
di tempat
ditetapkan,
anggota
dikehendaki
belok ke kiri dan
mengambil jarak
dan lurus dengan
betul serta
berhenti di
tempat masing-
masing dalam
kedudukan sedia.
Arahan kawad:
Jadikan tiga barisan di hadapan saya, dari kiri/kanan....cpat jalan

Pergerakan:
1) Langkah ke hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) mulakan dengan kaki kanan dengan memacakkan tumit ke bumi.
2) Orang nombor genap ikut belakang orang nombor ganjil.
3) Orang nombor satu tetap menjadi orang nombor satu barisan hadapan.
4) Nombor tiga jadi nombor satu barisan tengah.
5) Nombor lima jadi nombor satu barisan belakang.
6) Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya sehingga anggota yang penghabisan.

You might also like