You are on page 1of 1

Ruangan aplikasi untuk Edisi Febuari ini membawakan aplikasi matematik dalam bidang forensik.

Pasti
anda sudah membaca artikel Ahli Forensik oleh Mr. Ang di ruangan Kerjaya. Beliau ada menulis, antara
kredibiliti untuk menjadi seorang ahli forensik yang baik ialah berkebolehan untuk membuat deduksi
bayangan. Deduksi bayangan dalam konteks forensik ialah menganalisis jenayah yang telah berlaku
dengan berpandukan kepada maklumat dari saksi, kesan jejak, bahan bukti, dan anggota badan mangsa
atau penjenayah itu sendiri.

Untuk pengetahuan semua, deduksi bayangan juga mengaplikasikan matematik untuk mengetahui proses
kejadian jenayah yang berlaku. Antaranya menggunakan aplikasi pembezaan dalam mengira waktu
kematian dari suhu badan mangsa, menggunakan kebarangkalian dalam menganalisis sampel DNA,
menggunakan geometri untuk mencipta semula situasi di tempat kejadian dan menggunakan algebra untuk
proses pengecaman mangsa. Sempena dengan fokus kita pada kali ini iaitu Pesona Algebra, saya akan
membincangkan dengan lebih lanjut penggunaan algebra dalam bidang forensik.

Apabila tulang rangka mangsa dijumpai, ahli forensik akan meggunakan ukuran tukang-tulang tertentu untuk
menganggar ketinggian mangsa tersebut. Antara tulang yang digunakan dalam proses ini ialah tulang femur,
tulang tibia, tulang humerus dan tulang radius. Untuk pengetahuan semua,
Tulang femur ialah tulang peha yang menghubungkan pinggul dan lutut. Ia merupakan tulang
terbesar dalam badan manusia.

Tulang tibia juga disebut tulang kering yang menghubungkan lutut dan buku lali. Ia merupakan
tulang kedua terbesar dalam badan manusia.

Tulang humerus ialah tulang di bahagian lengan atas yang menghubungkan bahu dan siku.

Tulang radius ialah tulang di bahagian lengan bawah yang menghubungkan siku dan pergelangan
tangan di bahagian ibu jari.

You might also like