You are on page 1of 45

Struktur Koperatif Cara

Terbaik Otak Belajar


Puan Haslinah Abdullah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
National Action Research Conference, 24-25 Jun 2014
Pengenalan
Pendidikan berasaskan-otak ialah pembelajaran mengikut
cara otak secara semula jadi direka untuk belajar (Jensen,
2008).
Pembelajaran berasaskan otak mengambil kira bagaimana
cara terbaik otak belajar bagi membolehkan suatu
pembelajaran aktif dan maksimum berlaku di dalam kelas.
Setiap perkara yang berlaku di dalam kelas adalah di bawah
kawalan otak.
Oleh demikian, sekiranya tidak mengambil kira cara terbaik
otak belajar adalah sesuatu yang tidak wajar.
Pembelajaran berasaskan-otak melibatkan lima prinsip
penting iaitu selamat dan berkhasiat kepada otak, interaksi
sosial, emosi dan pemproses maklumat (Kagan & Kagan,
2009).

Selamat Kepada Otak
Pada bahagian tengah sistem limbik otak yang dikenali sebagai
amygdales berfungsi sebagai sensor ancaman.
Sekiranya berlaku ancaman dalam persekitaran mereka contoh
dimarahi oleh pensyarah, menyebabkan amygdales mencetuskan
impuls dengan kepantasan yang tinggi menghasilkan satu tindak
balas perembesan hormon tekanan seperti kortisol dan ACTH.
Hormon tersebut mengganggu fungsi hippokampus sehingga
merendahkan kecekapan ingatan maklumat baru. Sebaliknya,
badan bersiap sedia untuk melawan balik atau melepaskan diri.
Pada tahap ini, kita telah menyempitkan kognitif dan persepsi
(Jensen, 2008).
Berkhasiat Kepada Otak
Otak berfungsi dengan baik sekiranya mendapat
bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi.
Otak menjadi lebih peka dan dapat menerima
pelajaran dengan baik. Bekalan oksigen dan
nutrien meningkat dengan meningkatnya kadar
pernafasan melalui pergerakan (Jensen, 2008).
Pelajar menjadi tidak mengantuk dan bosan, peka
dan berfikiran cergas sepanjang proses
pembelajaran kerana pergerakan dalam
menjalankan aktiviti PdP merangsangkan bekalan
oksigen dan nutrien ke otak.
Interaksi sosial
Otak lebih peka dan berfungsi jika berlaku
interaksi sosial berbanding mendengar
kuliah atau melihat persembahan visual.

Lebih banyak penglibatan pelajar semasa
aktiviti berlaku maka otak lebih aktif dan
penumpuan lebih tinggi
Emosi
Apabila emosi pelajar seronok, teruja,
gembira dan rasa dihargai, perkara ini
menyediakan keadaan yang selamat
kepada otak.

Dengan demikian amygdales tidak
mencetuskan impuls dan otak boleh
menjalankan pemprosesan maklumat dan
pembelajaran ke tahap maksimum.
Pemprosesan Maklumat
Sistem ingatan semantik menyimpan
maklumat berbentuk fakta
Sistem ingatan episodik menyimpan
maklumat peristiwa
Otak direka mudah menyimpan maklumat
peristiwa berbanding dengan maklumat
semantik
Isu Kajian
Saya tidak menyediakan satu pembelajaran
yang aktif, pelbagai aktiviti, menyeronokkan,
meningkatkan pemahaman
Masa kuliah yang panjang iaitu 3 jam meletih
dan membosankan kepada guru pelatih
Penggunaan slaid power point merendahkan
tahap interaksi pembelajaran dua hala
ataupun pelbagai hala
Sukar menghabiskan isi kandungan pelajaran
walaupun peruntukan masa yang panjang
Dapatan Awal
Perkara Respons guru pelatih
Henti
(tidak melakukannya lagi)
Tidak senyum
Ujian sebelum kuliah yang kerap
bosan
letih
Mula
(mula melakukannya)
Interaksi bersama guru pelatih lebih menyeronokkan
Pembelajaran aktif
Pembelajaran yang seronok bagi mengelak kebosanan kerana
waktu kuliah yang lama
Pelbagai aktiviti pembelajaran yang dapat meningkatkan
kefahaman
Menjalankan aktiviti berkumpulan, aktiviti aplikasi
Persembahan slaid power point yang menarik dan ada animasi
Pemberian nota dalam bentuk salinan keras
atau e-mel sebelum kuliah
Memulakan kuliah dengan mengingatkan semula apa yang telah
dipelajari

Terus
(terus melakukannya)
Senyum
Ujian/kuiz/latihan selepas kuliah dalam bentuk objektif
Latihan untuk kuliah seterusnya
Penjelasan yang jelas
Teknik pengajaran yang mudah faham
Komitmen yang tinggi dalam pengajaran

Fokus Kajian
Memperbaiki pengajaran saya dalam kuliah
Menyediakan satu pembelajaran aktif, menarik dan
menyeronokkan serta memudahkan pemahaman isi
kandungan
Pembelajaran berasaskan-otak menggunakan struktur
koperatif
Okt Nov 2013 menjalani latihan pembelajaran
koperatif dalam Kursus Perkembangan Profesionalisme
Peluang untuk mengaplikasikan dalam P&P
Soalan Kajian
Adakah penggunaan struktur
koperatif dapat membaiki
pengajaran saya mengikut cara
terbaik otak belajar?
Kumpulan Sasaran
Guru pelatih Sem 7 Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Major Sains
seramai 22 orang
Perancangan dan Tindakan Kajian
MEREFLEK
Berasaskan tindakan yang
dilaksanakan serta data yang
dikumpulkan, refleksi dibuat
terhadap dapatan kajian.

MERANCANG
Struktur koperatif digunakan
untuk mewujudkan satu
pembelajaran yang aktif dalam
kelas berperinsipkan cara terbaik
otak belajar.
BERTINDAK
Menggunakan beberapa struktur
koperatif yang dipilih iaitu
Talking Chips, Rountable, One
Stray dan Numbered heads
Togerher dalam PdP dalam kelas.
MEMERHATI
Data dikumpulkan dengan
pelbagai cara iaitu diari,
temubual focus group, soal
selidik

Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)
Perancangan Tindakan
Terdiri daripada 4 langkah:

1. Membina pasukan
2. Penjelasan prosedur struktur koperatif yang dipilih
3. Pernyataan Kejayaan Kita berdasarkan hasil
pembelajaran
4. Penilaian Submatif


Membina pasukan

1. Pensyarah menyediakan 5 gambar untuk setiap kumpulan. Tiga gambar
dikoyak kepada empat bahagian dan dua gambar dikoyak kepada lima
bahagian.
2. Setiap bahagian gambar diagihkan kepada setiap guru pelatih secara
rawak. Mereka perlu menyelesaikan gambar misteri tersebut dengan
mencari bahagian gambar yang lain yang dipegang oleh rakan mereka
yang lain.
3. Mereka dikehendaki duduk dalam kumpulan dan memberikan nama
kumpulan mereka serta mereka satu sorakan kumpulan masing-masing.

Struktur koperatif yang dipilih
Talking Chips
Rountable
One Stray
Numbered Heads Together
Struktur koperatif dan sampel
mengikut fungsi spesifik.

Struktur Struktur Sampel Fungsi Spesifik Ciri-ciri kritikal
Bina-pengetahuan
Numbered Heads Together

Roundtable
Pelajar membina maklumat asas
berdasarkan keupayaan mereka mengingati
semula fakta dan maklumat penting.
Pelajar berinteraksi untuk
memperoleh fakta dan maklumat.
Prosedur Pembelajaran Numbered Heads Together (Dalam
kumpulan)

Pelajar dapat mengembangkan semua jenis
kemahiran akademik seperti kemahiran
belajar, kemahiran berfikir, kemahiran
membuat rujukan, kemahiran membuat
laporan dan kemahiran penulisan akademik.
Pelajar berinteraksi untuk
memperoleh dan melatih
kemahiran dan prosedur.
One Stray (Antara kumpulan)

Persembahan Informasi One Stray (Antara kumpulan) Pelajar dapat berkongsi idea dan
penyelesaian dengan berkesan
menggunakan struktur persembahan
Pelajar berinteraksi secara
spontan untuk berkongsi idea
Kemahiran Sosila Talking Chips

Roundtable
Pelajar lebih hormat menghormati dan
bekerjasama serta mengawal emosi.
Pelajar berupaya menyelesaikan konflik,
memahami dan menerima perbezaan
pandangan
.
Pelajar berinteraksi anatara satu
sama lain dalam membantu
mereka memperoleh kemahiran
sosial, kecerdasan emosi dan
keperibadian yang sempurna.
Kejayaan Kita

Topik Hasil pembelajaran Struktur sampel koperatif
Topik 1: Pengenalan kepada Kaedah
Penyelidikan dalam Pendidikan
Tujuan penyelidikan dalam
pendidikan
Ciri-ciri penyelidikan dalam
pendidikan
1. Menjelaskan penyelidikan dalam pendidikan Talking Chips
1. Menerangkan ciri-ciri penyelidikan dalam
pendidikan
Roundtable
1. Pendekatan penyelidikan dalam
pendidikan: pendekatan positivis dan
interpretatif
One Stray

Topik 4: Penyelidikan Tindakan:
Definisi dan Konsep
Definisi dan konsep
Ciri-ciri penyelidikan tindakan
Kepentingan penyelidikan tindakan
Model Penyelidikan Tindakan
- Model Stephen Kemmis
- Model John Elliott
- Model Dave Ebbutt
- Model Jack Whitehead
- Model Jean mcniff
- Model Kurt Lewin

1. Menghuraikan definisi, konsep dan
kepentingan penyelidikan tindakan
Tallking Chips
1. Menganalisis ciri- ciri penyelidikan
tindakan

Roundtable
1. Membanding beza model penyelidikan
tindakan
One Stray

Kejayaan Kita

Kejayaan kita pada hari ini ialah:
1. Kita dapat menjelaskan penyelidikan
dalam pendidikan
2. Kita dapat menerangkan ciri-ciri
penyelidikan dalam pendidikan



Implimentasi Tindakan
Gambar Misteri Kejayaan Kita Talking Chips
Numbered
Heads Together
Adakah kita berjaya? Rountable
Numbered
Heads Together
Adakah kita berjaya? One Stray
Numbered
Heads Together
Adakah kita berjaya?
Instrumen Kajian
Temubual Separa
Terstruktur Focus
Group
Diari
Soal selidik
Pengumpulan Data
Diari

1. Tiga orang pelajar dipilih rawak dan suka
rela daripada kumpulan pandai, sederhana
dan lemah diberi satu buku latihan,
masing-masing.
2. Pelajar diberi masa seminggu untuk
menulis pengalaman, perasaan dan
sebagainya dalam buku diari tersebut
3. Pelajar memulangkan buku diari kepada
saya selepas seminggu
Pengumpulan Data
Soal selidik

Terbahagi kepada 5 komponen mengikut 5 prinsip
pembelajaran berasaskan-otak

Soalan dibina bagi mengenalpasti aktiviti PdP
dapat mengikut kepada prinsip tersebut

Soal selidik diberikan kepada guru pelatih selepas
kelas berakhir



Pengumpulan Data
Temubual Separa Terstruktur Focus Group

Soalan dibina berdasarkan 5 prinsip
pembelajaran berasaskan-otak iaitu
selamat dan berkhasiat kepada otak,
interaksi sosial, emosi dan pemproses
maklumat


Cara Analisis Data
Soal selidik tukarkan bilangan orang
kepada bentuk peratusan dengan bantuan
perisian Microsoft Excell

Diari dan Transkrip Temubual kaedah
analisis kandungan (Creswell, 2008)
Analisis dan Interpretasi Data
Soal selidik
1. Emosi/Selamat Kepada Otak
Seronok : Setuju (43%) Sangat Setuju (57%)
Teruja : Setuju (43%) Sangat Setuju (57%)
Diri dihargai : Tidak pasti (14%) Setuju (24 %) Sangat setuju (62%)

2. Berkhasiat Kepada Otak
Berlaku pergerakan semasa aktiviti: Setuju (62%) Sangat setuju (38%)
Rasa mengantuk : Sangat tidak setuju (52%) Tidak setuju (48%)
Peka : Setuju (43 %) Sangat setuju (57%)
Cergas : Setuju (33 %) Sangat setuju (67%)

Sambungan.
3. Interaksi Sosial (IS)
Melakukan IS memperoleh maklumat :
Setuju (33%) Sangat setuju (67%)
Melakukan IS untuk kongsi maklumat
Setuju (33%) Sangat setuju (67%)
Mengembangkan kemahiran komunikasi
Setuju (33%) Sangat setuju (67%)
Saling kerjasama dan bantu-membantu
Setuju (33%) Sangat setuju (67%)
4. Pemprosesan Maklumat
Mencabar pemikiran kreatif dan kritis
Tidak pasti (5%) Setuju (29%) Sangat setuju (67%)
Mengingatkan semula pengetahuan sedia ada
Setuju (38%) Sangat setuju (62%)
Membina ilmu baru melalui pengalaman bermakna
Setuju (33%) Sangat setuju (67%)

Analisis dan Interpretasi Data
Temubual - FG1 (perempuan)
Soalan 1: Boleh jelaskan bagaimana keadaan emosi diri
semasa menjalankan struktur koperatif?
T1:Menyeronokkan..semua orang terlibat
T2: Teruja dan boleh aply semasa praktikum
T3: Pembelajaran yang tidak stress walaupun isi kandungannya berat
T4: .....koperatif ni fun...pembelajaran yang berbeza daripada kuliah
T5: Setuju apa yang kawan-kawan cakap
Sambungan
Soalan 2: Semasa menjalankan struktur koperatif melibatkan pergerakan,
bagaimana perkara ini memberi kesan ke atas pembelajaran semasa kuliah?
T1: bila bergerak effect kepada saya ialah tidak mengantuk. jika saya duduk
lama dalam kuliah maka saya akan buat bergerak dan bergoyang, bila bergerak
otak feel fresh, jika pergi kepada kumpulan cergas dan semangat, kita kembali
cergas dan semangat semula...tak mengantuk dan seronok..
T2:Pergerakan juga membuat kita alert, kita nak tahu apa daripada kumpulan
ini, otak lebih fokus
T3: ..pergerakan aktif memudahkan saya mengingat walaupun dah sebulan
berlalu saya masih ada gambaran mental
T4: .saya setuju dengan aliya (T3)
T5: .............. tak da bosan

Sambungan
Soalan 3: Sejauhmana berlaku interaksi sosial semasa
menjalankan struktur koperatif?
T1:.. bagi peluang bercakap dan memberikan interaksi sosial...
T2:Ada interaksi sosial dalam kumpulan agak kuat. macam saya yang susah sikit
nak bercakap, macam boleh gembira dapat boleh berikan idea saya.
T3:. mengembang interaksi sosial lebih luas... saya boleh lihat pandangan
orang lain dan membanding dan membuat penilaian daripada pelbagai pendapat....
T4:saya setuju ..... saya akan dengar dan saya cakap balik samada saya setuju atau
saya tidak setuju dengan pandangan yang mereka berikan
T5:saya merasakan pembelajaran koperatif mengalakkan interaksi sosial.......
mengalakkan semua ahli dalam kumpulan untuk bercakap, orang yang banyak
bercakap pun kena senyap sikit bagi peluang orang lain bercakap. memang
mengembangkan kemahiran sosial

Sambungan
Soalan 4: Sejauhmanakah berlaku pemprosesan maklumat
semasa menjalankan struktur koperatif ?
T1: . . pembelajaran aktif menyebabkan memory saya jangka panjang
berbanding dengan melalui kuliah belum tentu saya dapat masih ingat apa yang
dibelajar...
T2: saya setuju dengan aliya, yang saya masih ingat sebab saya terlibat dalam
aktiviti tersebut, kerana saya mengalami pengalaman sendiri.
T3: Kita boleh berinteraksi dan melibatkan pemahaman kita. jika pensyarah
nyatakan isi kandungan kurang faham, jika kita berinteraksi dengan kawan lebih
faham
T4: Ada interaksi dua hala dan pelbagai hala maka bina pengetahuan baru
berlaku
T5:: daripada kita tak tahu apa-apa...kemudian mereka terangkan...pergi ke
kumpulan lain..mereka terangkan model lain pulak....kemudian kita buat
perkaitan antara model
Sambungan
T1:.bila kita pergi daripada satu kumpulan ke kumpulan lain dengan
membuat perkaitan dan perbandingan antara maklumat yang didapati
daripada kmpulan berbeza dan daripada individu berbeza.
T3: kita kena fikir, push factor...apa yang kita nak tulis orang dah tulis
maka kena fikir nak tulis apa pulak, nak tak nak kena fikir lagi ...cari idea
lain.


Analisis dan Interpretasi Data
Temubual FG2 (lelaki)
Soalan 1: Boleh jelaskan bagaimana keadaan emosi
diri semasa menjalankan struktur koperatif?
T1: . kita bergerak bukan sorang tetapi dalam 4 atau 3 orang
maka sambil berbincang kita merasa keseronokan.
T2: ....tak bosan...
T3: . akan cepat bosan jika hanya satu hala...dalam koperatif ada
perbincangan dua hala..tidak bosan
T4:.cukup seronok .
T5: (angguk muka)


Sambungan
Soalan 2: Semasa menjalankan struktur koperatif melibatkan
pergerakan, bagaimana perkara ini memberi kesan ke atas
pembelajaran semasa kuliah?
T1: .bila bergerak baru senang nak berfikir, nak bagi idea
T2: ..tidak mengantuk
T3: Otak pun ok la.maksudnya.otak senang berfikir
T4: Rasa lebih peka.bila bergerak, kita tarik nafas lebih pantas
jadi otak kita lebih peka.
T5: Mmmm.setuju dan tidak bosan sebab dapat jalan-jalan
tengok model yang lain dan pendapat yang lain.

Sambungan
Soalan 3: Sejauhmana berlaku interaksi sosial semasa
menjalankan struktur koperatif?
T1: ..wujud interaksi dengan pihak yang lain, mesti akan berlaku perbincangan
interaksi dua hala atau pelbagai hala samada antara seseorang dengan orang lain
atau seseorang dengan ramai orang
T2: berlaku interaksi... Jika kita tak dapat idea tu kawan bagi idea...kay..kita cakap
macam ni..kenapa dia cakap macam tu...kemudian berlaku interaksi...merangsang untuk
berfikir
T3: walau pun yang menjawap hanyalah seorang tapi sebelum dipanggil menjawap
kita perlu berbincang terlebih dahulu maka bila kita berbincang maka kita akan
berkomunikasi
T4: Macam dalam TC, setiap orang ada chips macam jika dalam kumpulan itu sorang
yang pendiam tak akan dia tak nak cakap dah semua orang bercakap.
T5:semua bercakap tidak akan ada komunikasi yang baik jika semua orang bercakap
tidak akan ada komunikasi yang baik. kita jadi pening, jika kita take turn kita dengar
dulu, jika kita nak suggest atau bangkang pun kita dengar dulu. so kita take turn...ada
impak positif dalam kemahiran komunikasi

Sambungan
Soalan 4: Sejauhmanakah berlaku pemprosesan maklumat
semasa menjalankan struktur koperatif ?
T1:. sebab kita pergi ke kumpulan lain kita kena faham dan kita perlu bawa ke
kumpulan untuk faham kawan kita yang lain.
T2: Aktiviti 1 stay, orang yang bergerak dia diberikan taklimat tentang orang yang
stay dalam kumpulan itu, tafsirkan maklumat dan buat simpulan ke atas tafsiran,
tafsir dalam ayat dia dan terangkan kepada orang yang tinggal sehingga lah dia
faham maka berlakulah kemahiran belajar.
T3:macam TC, jika orang lain dah cakap maka kita perlu fikir idea yang lain...untuk
kita bercakap idea kita pulak...maka kita kena fikir
T4: Memang berlaku pembinaan ilmu sebab kita kena fikir dan proses maklumat
yang diperolehi daripada kumpulan lain.
T5: Mudah nak ingat sebab kita menjalankan aktiviti itu sendiri dan kita dirangsang
untuk berfikir

Analisis dan Interpretasi Data
Diari
Emosi / Selamat Kepada Otak
Saya merasa sungguh seronok apabila diberi tanggungjawab
memilih chips
Saya merasa gembira semasa melaksanakan aktiviti ini.
Saya merasa seronok apabila saya dapat memberi idea dan
idea saya diterima.
Keseronokan itu timbul apabila kita berbincang sambil melihat
gelagat masing-masing yang menghiburkan hati.
Saya merasa tidak tertekan dan lebih tenang walaupun topik
pembelajaran adalah berat dan penuh fakta.
Aktiviti yang memerlukan kita bergerak lebih
menyeronokkan.

Sambungan
Khasiat Kepada Otak
Aktiviti yang memerlukan pergerakan daripada
satu tempat ke tempat yang lain ini secara
langsung dapat mengelakkan diri daripada
mengantuk.
Apabila bergerak daripada satu meja ke meja yang
lain merangsang otak kita untuk lebih berfikir.
Peluang bergerak dari meja ke meja membantu
saya lebih fokus dalam mendengar penerangan
kawan lain.
Sambungan
Interaksi Sosial
Perbincangan dalam kumpulan dalam pada masa yang
sama meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Apabila mula terbiasa, rasa bersemangat bertukar-
tukar pendapat dengan rakan-rakan lain.
Lebih banyak perkongsian maklumat semasa
perbincangan meningkatkan kefahaman.
Semasa bergerak daripada kumpulan ke kumpulan kita
bertanya dan mendapat maklumat baru.
Saya boleh memberi idea dan mendengar idea
daripada kawan-kawan.
Sambungan
Pemprosesan Maklumat
Apabila jawapan kurang tepat ini memberi semangat
supaya kami lebih berfikiran kritikal dan kritis
Saya berasa tercabar untuk berfikiran kritikal dan
kritis supaya jawapan kami diterima.
Saya dan rakan-rakan perlu berfikir pantas.
Kami perlu berfikir dan bertanggungjawab membina
pengetahuan melalui perbincangan.
Kaedah ini mencapah idea dan berkongsi idea secara
sihat.

Refleksi Rumusan Dapatan Kajian
Semasa menjalankan struktur koperatif, guru pelatih
mengalami emosi yang baik yang mana selamat kepada
otak bagi membolehkan pemprosesan maklumat berlaku
berlaku secara maksimum.
Pergerakan semasa aktiviti memberikan khasiat kepada
otak yang mana dapat menyumbangkan oksigen dan
nutrien kepada otak, perkara ini turut membantu kepada
pemprosesan maklumat di otak yang cekap.
kegembiraan dan keterujaan, perkara ini
menyePergerakan semasa aktiviti juga menimbulkan
keseronokan, babkan otak berasa selamat.
Interaksi sosial turut membantu dalam pemprosesan
maklumat apabila menimbulkan perasaan seronok,
gembira, teruja dan yakin

Refleksi Terhadap Amalan
Profesional Guru
Seronok, gembira dan teruja apabila melihat pelajar
saya berada dalam keadaan sedemikian semasa aktiviti
P&P.

Memotivasikan diri, beryakinan dan rasa lebih dihargai
oleh pelajar saya.

Meningkatkan profesional berasaskan-penyelidikan

Berkeyakinan dan semakin mudah untuk menyelia
pelajar dalam penyelidikan tindakan.
Cadangan
Meneruskan kitaran kedua, dengan mewajibkan
pelajar membawa bahan-bahan rujukan atau nota
supaya perbincangan semakin rancak,
pemprosesan maklumat cekap dan berkesan serta
lebih menyeronokkan dan meningkatkan
keterujaan. Perkara ini dengan harapan dapat
memberi manfaat kepada pelajar lemah dan pasif.
Rujukan
Jensen, E. (2008). Brain-based Learning. The New
Paradigm of Teaching. Thousand Oaks, California:
Cprwin Press.
Johnson, R. B., & Christensen, L. (2014). Educational
Research Quantitative, Qualitative and Mixed
Approaches. California: SAGE Publishing, Inc.
Kagan, S. K. (1994). Cooperative Learning. San Juan
Capistrano, CA: Kagan Cooperative Learning.
Kagan, S. K., & Kagan, M. (2009). Kagan Cooperative
Learning. San Clemente, CA: Kagan Publishing.
Woolfolk, A. E. (1993). Education Psychology (5th Ed.).
Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.

Terima kasih

You might also like