You are on page 1of 14

Oleh: Halimahton binti Kamarudin

Kolej Profesional MARA Bandar Melaka


Stres kerja guru merupakan satu halangan
kepada penghasilan mutu kerja yang lebih
baik.
Kajian yang lepas: profesion perguruan
merupakan bidang kerjaya yang menghadapi
tekanan kerja yang tinggi (Cooper 1995; Hart
et al.1995) dalam Mokhtar (1998)
Implikasi: mempengaruhi cara hidup guru
dan pengalaman stres yang berlanjutan boleh
menjejaskan kesihatan mental dan fizikal
golongan ini.
Kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan
yang melibatkan 5,364 responden, didapati
dalam jangka masa 2 tahun telah menunjukkan
bahawa terdapatnya 1,288 orang guru di
Malaysia yang berpenyakit mental (New Straits
Times, 30 Mac 1990).
Punca stres dalam kalangan guru dan cara
penyelesaiannya perlu dicari bagi mengelakkan
guru-guru berhenti dari kerjaya ini.
Berdasarkan masalah yang wujud ini, pengkaji
ingin melihat tahap stres dan faktor penyebab
stres dalam kalangan pensyarah Kolej Profesional
MARA (KPM).

1. Mengenal pasti persepsi responden
mengenai tahap stres yang sedia ada dalam
kalangan pensyarah KPM.

2. Mengenal pasti faktor yang menjadi punca
stres di tempat kerja dalam kalangan
pensyarah KPM.
Soal Selidik: Instrumen utama.

106 pensyarah dari Kolej Profesional MARA

Jabatan Pengurusan Pengajian, Perakaunan,
Kuantitatif, Pengajian Am dan Higher National
Diploma (HND).

Dua bahagian:
Bahagian A: Demografi
Bahagian B: 47 item
11: Kekangan masa dan sumber
10: Hubungan interpersonal
6 : Penghargaan
12: Beban tugas
8 : Kerenah pelajar

Adaptasi: Teacher Stress Inventory (Boyle, Borg,
Fazlon & Baglioni 1995), beberapa terminologi
diubah untuk disesuaikan dengan institusi
pendidikan MARA.
Jadual 1: Jumlah skor untuk tahap tekanan kerja
Jumlah Skor Min Aras Tekanan
1.00 hingga 2.33 Tekanan Rendah
2.34 hingga 3.67 Tekanan Sederhana
3.68 hingga 5.00 Tekanan Tinggi
Sumber: (Richard I. Levin and David S. Rubin, 2000)

Tahap Tekanan
Jadual 2: Analisis tahap tekanan kerja

Tahap Tekanan n Peratusan
Tahap Tekanan Rendah 10 9.4 %
Tahap Tekanan Sederhana 71 67 %
Tahap Tekanan Tinggi 25 23.6%

Majoriti pensyarah KPM berada di tahap sederhana
(67%) diikuti oleh 23.6% pada tahap tekanan tinggi
dan 9.4% pada tahap rendah.

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian
Kamaruzaman (2007) yang menunjukkan majoriti
guru sekolah menengah mengalami tekanan kerja
sederhana.

Kajian ini juga mempunyai persamaan dengan
dapatan kajian Tan (1996) yang mendapati bahawa
sebahagian besar daripada guru sekolah rendah dan
menengah yang dikajinya mengalami tekanan kerja
sederhana dan sebilangan kecil sahaja yang
mengalami tahap tekanan kerja yang serius.

Faktor karenah pelajar (min 3.68) yang menyebabkan
tekanan kerja tahap tinggi kepada pensyarah.
Faktor beban tugas (min 3.18)
Faktor kekangan masa dan sumber (min 3.23)
Faktor perhubungan interpersonal (min 2.97)
Faktor penghargaan (2.94).

Dapatan ini disokong oleh kajian Azrul Hisham
(2009). Menurut beliau daripada tiga faktor (beban
tugas, etika kepimpinan dan disiplin pelajar) yang
dikaji, faktor disiplin pelajar merupakan faktor yang
dominan dan menjadi punca utama tekanan.

Kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan
tahap stres dalam kalangan pensyarah KPM
berdasarkan demografi (ujian t, analisis skor min dan
Anova sehala)
Jantina: (lelaki m=2.95, perempuan m=3.25)
Umur: (p<0.05)
Status perkahwinan: (p<0.05)
Pengalaman mengajar: (p<0.05)
Status akademik: (p<0.05)

Tinah (2009), juga memperolehi hasilan yang sama.
Berpendapat: sumbangan dalam latihan perguruan
yang mendedahkan ilmu psikologi.

Cadangan:
Meningkatkan disiplin dalam kalangan
pelajar. (ponteng kelas, tidak menghormati
pensyarah, tiada tumpuan semasa belajar,
tidakk menyiapkan tugasan dan latihan =
tekanan emosi pensyarah), prestasi merosot.

Polisi dan peraturan kolej diselaraskan untuk
semua KPM supaya terdapat satu garis
panduan yang jelas.
Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling



TAMAT

You might also like