You are on page 1of 6

Kawad kaki statik & Bahasa hukuman

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di


depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam
tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap.
Faham tu skuad. (Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak.

J adikan tiga barisan
Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/
Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah
ke belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap
ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.
Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing

Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
-belakang tangan menghala ke hadapan
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
-tidak memandang 200m ke hadapan
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa :
-siku bengkok
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu
-menggerakkan kaki kiri
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa :
-kedua-dua tapak kaki bergerak
-menggeliat dan bercakap-cakap

Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

Kesalahan biasa :
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa
mengambil lurus
-pinggang lemah semasa kaki bergerak
-badan dan kepala tidak tegak
-siku bengkok
-turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan
Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa:
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
-tangan dan bahu bergerak
-mata pandang ke bawah
-badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing;
menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan,
belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan,
belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap
ke hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa :
-badan berlonjak semasa berpusing
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
-keberatan badan di atas kaki yang belakang
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan

Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan,
tingginya separas bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa :
-lutut kendur
-lenggang tidak lurus
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan
mengheret tumit.
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun
naik tangan juga tidak sama

Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
-turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa :
-melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasahentak kaki sahaja)
Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa :
-badan seolah-olah mengeliat
-terlalu pantas

Hormat semasa berjalan
Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat

Kesalahan biasa :
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

Pergerakan dan Formasi Kawad
a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan
pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up
atau pssss bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan
( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi
hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang
berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan
menghadap ke hadapan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi
tidak melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut
prosedur
tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau

You might also like