You are on page 1of 28

EDU 3104

PENGURUSAN BILIK DARJAH


DAN
TINGKAH LAKU
Pelajar diminta melaksanakan
aktiviti seperti Lampiran 4 iaitu
Recognising Listening Responses
(Aktiviti Mengenalpasti Respon
Mendengar dan Respon Empati)

LAMpIRAN 4
ACTIVITY: RECOGNIZING LISTENING
RESPONSES

Each of the following dialogues depicts a statement
and a variety of teacher responses. In each case,
decide which one is closest to a listening response,
that is, invites further discussion or best reflects the
idea or feeling. Check your accuracy against the key
in the Appendis.
1. Student: School stinks
Come on, things arent that bad.

Penjelasan:
Guru haruslah mewujudkan suasana bilik darjah
yang harmonis dan selesa supaya murid-murid
dapat memberi perhatian yang sepenuhnya
dalam pembelajaran mereka.
Huraian:
Guru perlu menghapuskan pandangan negatif
murid-murid terhadap sekolah kerana
pandangan tersebut akan menjejaskan
prestasi murid dalam sekolah.
Selain itu, keadaan persekitaran bilik darjah
yang tidak kondusif juga boleh menimbulkan
halangan kepada pengurusan masalah bilik
darjah.
2. Student: I cant understand
fractions. Why do we have to learn
this stuff?
Just keep at it. Itll make sense after a while.

Penjelasan:
Guru haruslah mengelak daripada mencabar,
atau bertekak dengan murid.

Huraian:
Menurut Dreikurs (1968), terdapat situasi, iaitu murid
cuba mencabar kuasa guru dan menimbulkan konflik di
dalam bilik darjah.
Apabila situasi ini timbul, elakkan daripada bertekak
dan saling mencabar.
Situasi ini akan menjatuhkan imej guru sekiranya guru
dilihat saling mencabar dengan murid.
Cuba selesaikan masalah secara baik.
Panggil murid yang bermasalah berjumpa dengan anda
secara individu.
Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan
pertelingkahan di hadapan murid-murid lain.
3. Student: I dont want to sit near
those boys any more
If theyre bothering you, I can move you.

Penjelasan:
Guru perlu peka dengan susun atur murid di
dalam bilik darjah supaya dapat mengekallkan
keharmonian di dalam bilik darjah.
Huraian:
Faktor persahabatan, dinamika kumpulan, rutin
dan peraturan bilik darjah serta keadaan fizikal
bilik darjah perlu diberi perhatian untuk
membentuk persekitaran yang kondusif di dalam
bilik darjah.
Hal ini sedemikian kerana keadaan yang tidak
selesa akan mendorong murid melakukan salah
laku seperti ponteng kelas, mengacau rakan dan
tidak menumpukan perhatian dalam bilik darjah.
Guru yang tidak prihatin dengan sikap dan
sahsiah murid akan menimbulkan masalah.
Guru boleh menggunakan kajian sosiometri
yang dibuat untuk mengatur kedudukan murid
di dalam bilik darjah.
Murid yang popular dan senang
mempengaruhi rakan yang lain perlu dikawal.

4. Parent: My child is very upset and
needs more help or she wont be able
to pass. She says she doesnt
understand anything.
Shes very anxious, but actually shell do just fine.
She only needs to review more before tests.

Penjelasan:
Adalah penting bagi seorang guru untuk
mengetahui peringkat perkembangan murid-
muridnya.
Huraian:
Murid-murid yang mempunyai masalah
perkembangan fizikal, kognitif, emosi, sosial dan
kendiri akan menimbulkan masalah di dalam bilik
darjah.
Guru perlu mengenali dan bijak mengenal pasti
masalah murid.
Dekat murid dan bantu murid untuk seimbangkan
kekurangan diri mereka.
Beri peluang kepada murid untuk meraih
kejayaan.
5. Teacher next door: My class is going
to drive me up a wall. They have been
impossible lately!
Have you ever considered being more
assertive with them?

Penjelasan:
Guru haruslah memahami masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid-murid mereka, dan
bukanlah selalu memarahi mereka tanpa alasan.
Huraian:
Apabila guru mengetahui sebab-sebab murid
mempunyai tingkah laku sedemikian, guru boleh
mencari altenatif yang selanjutnya untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, guru haruslah bertimbang rasa dan
prihatin terhadap murid-murid mereka, bukanlah
selalu memarahi mereka.
Hubungan yang baik antara guru dan murid akan
menimbulkan suasana bilik darjah yang harmonis
dan ini memudahkan pengurusan bilik darjah
terhadap guru.
Definisi Empati
Kemampuan seseorang untuk
mengenali,mempersepsi dan merasai
perasaan orang lain.
Empati= keupayaan memasuki dunia
murid bagi mengalami dunia murid
tersebut seolah-olah anda sebagai diri
orang tersebut. (Roger,1997)
3 Peringkat Empati
Kaitkan perasaan dengan situasi
Membantu murid menghubungkait perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi.
Fahami situasi
Memahami situasi yang dihadapi oleh murid.
Mendengar dengan sensitif
Guru mendengar dengan sensitif tentang
perkara yang disampaikan oleh murid.
Cuba fahami perasaan murid dan bantu
murid memahami perasaan tersebut.
Situasi A
o Monica adalah seorang pelajar tahap
sederhana dan lemah dalam penulisan. Suatu
hari, dengan tangisan, dia menjumpai
anda(guru) selepas kelas dengan membawa
tugasannya. Dia tidak berpuas hati dengan
markah yang diperolehinya dan berkata saya
berasa saya telah melakukan yang terbaik.
Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif
Guru cuba memahami masalah yang dihadapi oleh
Monica. Contohnya: guru faham bahawa awak tidak
berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi.
2. Fahami situasi
Guru menyelami perasaan Monica yang menghadapi
masalah.
3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi
Guru memahami bahawa Monica tidak berpuas hati
dengan keputusannya kerana dia telah berusaha untuk
melakukan yang terbaik.
Situasi B
o David, seorang pelajar yang cerdas, memberi
anda beberapa cadangan dan berkata kelas
ini akan lebih menarik jika kita tidak perlu
melakukan sebarang lembaran kerja. Bolehkah
sekali-sekala kami memilih untuk melakukan
kerja sendiri?
Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif
Guru mendengar dengan sensitif tentang cadangan
yang diberi oleh David.
2. Fahami situasi
Guru cuba memahami kehendak dan motif David
mengeluarkan cadangan sebegini.
3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi
Guru mengenalpasti kewajaran kehendak David
sebelum melakukan tindakan selanjutnya. Contoh:
David kemungkinan berasa bosan dengan lembaran
kerja yang diberi oleh guru lalu memberi cadangan ini.
Situasi C
o Apabila pelajar lain sedang melakukan
tugasan mereka, Barry tutup bukunya,
melemparkan kertas tugasannya, dan
meluncur turun di kerusinya dengan meluat.
Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif
Guru cuba fahami perasaan Barry dan bantu Barry
memahami perasaan tersebut. Guru boleh bertanya
Barry adakah dia menghadapi sebarang masalah dalam
melakukan tugasannya.Contoh: Barry melakukan
tindakan sedemikian kerana dia tidak tahu bagaimana
untuk melakukan tugasan tersebut.
2. Fahami situasi
Guru memahami situasi yang dihadapi oleh Barry. Guru
tahu seba Barry melakukan perbuatan sedemikian.
3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi
Guru membantu Barry untuk menghubungkait perasaan
sebenar dengan situasi yang dihadapi. Contoh:Barry
bertindak sedemikian kerana dia tidak tahu bagaimana
untuk melakukan tugasan tersebut.


Situasi D
o Pada minggu ini, SueAnn sudah dua kali tidak
menghantar tugasannya. Pada minggu lepas,
dia lupa untuk membawa kerja rumahnya
selama dua kali. Kemudian, anda
mengingatkan SueAnn bahawa tugasan
tersebut sangat penting. Dia menjawab saya
tidak kisah.
Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif
Guru cuba memahami situasi dan perasaan SueAnn.
Guru cuba memahami sebab SueAnn tidak menghantar
tugasannya.
2. Fahami situasi
Guru memahami situasi SueAnn. Guru tidak terus
marah tanpa menyelami perasaan dan memahami
situasi SueAnn.
3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi
Guru membantu SueAnn untuk menghubungkait
perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi. Guru
cuba untuk membantu SueAnn supaya dia dapat
menghantar tugasannya.
Situasi E
o Armand, seorang pelajar baru, telah mengalami
masalah untuk berkawan dengan orang lain.
Kebelakangan ini, dia telah berdalih dengan
beberapa orang lelaki yang lebih popular. Dia juga
mengusik beberapa orang pelajar perempuan
bertujuan untuk mendapatkan perhatian mereka.
Walau bagaimanapun, dia tidak berjaya untuk
bersosial dengan orang lain. Suatu hari selepas
kelas, dia berkata saya berharap saya dapat balik
ke sekolah lama.
Penyelesaian
1. Mendengar dengan sensitif
Guru cuba bertanya sebab Armand berkata sedemikian
dan mendengar dengan sensitif terhadap perkara yang
disampaikan oleh Armand.
2. Fahami situasi
Guru cuba memahami situasi Armand. Armand berasa
sedih kerana dia berusaha untuk berkawan dengan
orang lain namun gagal.
3. Bantu murid kaitkan perasaan dengan situasi
Guru membantu Armand menghubungkait perasaan
sebenar dengan situasi yang dihadapi. Armand tidak
berjaya berkawan dengan orang lain kerana dia telah
menggunakan cara yang salah. Guru membantu
Armand untuk memperbetulkan perbuatannya.

You might also like