You are on page 1of 16

SULIT

^/^tfgx
IE/OKT2012/CTU101
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PEPERIKSAAN AKHIR
KURSUS
KOD KURSUS
PEPERIKSAAN
MASA
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
CTU101
OKTOBER2012
2 JAM
ARAHAN KEPADA CALON
Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian BAHAGIAN A (40 Soalan)
BAHAGIAN B (3 Soalan)
Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan dua (2) soalan dari BAHAGIAN B.
i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.
ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan. Mulakan setiap jawapan di
muka surat yang baharu.
Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan
kebenaran pengawas.
Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:
) Kertas Soalan
) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti
) Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN
Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULI T
SULIT 2 IE/OKT2012/CTU101
BAHAGIAN A
Hitamkan ^ ^ g jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.
1. Manakah antara berikut BENAR mengenai Islam sebagai agama fitrah?
A Islam tidak menghalang segala kehendak manusia
B Islam bersesuaian dengan naluri kejadian manusia
C Islam merupakan peraturan hidup untuk semua makhluk
D Islam adalah agama untuk mereka yang cintakan Allah SWT
2. Firman Allah SWT bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang
terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal...".
(AN Imran : 190)
Berdasarkan maksud ayat di atas, padankan peranan akal dengan pernyataan di
bawah.
i Manusia merupakan makhluk yang istimewa berbanding makhluk lain
ii Melayakkan seseorang individu itu menerima tanggungjawab
iii Menjawab segala persoalan yang timbul dalam kehidupan
iv Mencari kebenaran yang hakiki dan mutlak
A i dan ii
B i, ii dan iii
C ii dan iii
D ii.iii dan iv
3. Syumul adalah antara ciri keistimewaan Islam.
Pilih pernyataan yang MENEPATI ciri tersebut.
A Meraikan keperluan manusia dalam setiap kemudaratan
B Merupakan agama yang dianuti oleh pelbagai kaum di dunia
C Membentuk peraturan yang menyeluruh dalam kehidupan manusia
D Menentang pencabulan terhadap hak asasi dan kebebasan manusia
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT K IE/OKT2012/CTU101
4. Firman Allah SWT bermaksud:
"...dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam".
(Ali' lmran: 102)
Maksud ayat di atas menggambarkan ciri-ciri seorang Muslim sejati, KECUALI:
A Mengucap dua kalimah syahadah
B Menjaga hubungan sesama manusia
C Beriktikaf dan berzikir sepanjang waktu
D Menjalin kerjasama dengan bukan Muslim
Soalan no. 5 berdasarkan gambar di bawah.
Tsunami di Jepun.
5. Dunia pada hari ini menyaksikan pelbagai bencana alam yang mengorbankan jutaan
nyawa dan memusnahkan harta benda.
Apakah pengajaran yang dapat diambil berdasarkan gambar di atas?
i Melambangkan Uluhiyyah Allah SWT
ii Menunjukkan fenomena alam semulajadi
iii Menggambarkan ibtila' (ujian) daripada Allah SWT
iv Membuktikan kesempumaan sifat Allah SWT
A i, ii dan iv
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D iii dan iv
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULI T
SULIT 4 IE/OKT2012/CTU101
Soalan no. 6 berdasarkan maklumat di bawah.
Al-Quran tidak dijadikan sebagai panduan kehidupan.
Tidak mempunyai pegangan akidah yang mantap.
Gerakan dakwah di kalangan masyarakat kurang
berkesan.
Pengabaian terhadap penghayatan Islam di peringkat
individu.
6. Apakah yang digambarkan oleh X?
i Faktor kelemahan iman
ii Impak amalan animisme
iii Kesan pluralisme agama
iv Pengaruh budaya hedonisme
A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, iii dan iv
D Semua di atas
7. Al-Quran di kalangan ahli tafsir mempunyai pelbagai nama.
Manakah antara berikut BUKAN nama bagi al-Quran?
A Al-Furqan
B Al-Tanzil
C Al-Kuttab
D Al-Zikr
8. Pilih pernyataan yang PALING TEPAT mengenai al-Sunnah sebagai sumber primer
selepas al-Quran.
A Merupakan mukjizat kepada Rasulullah SAW yang kekal
B Menerangkan seluruh peristiwa sam'iyyat yang akan berlaku
C Merupakan sesuatu yang dinukilkan daripada Rasulullah SAW
D Menjelaskan perlembagaan yang lengkap kepada manusia sejagat
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 5 IE/OKT2012/CTU101
9. Pengakuan Rasulullah SAW terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para
sahabat r.a. sama ada secara soreh (nyata) atau sukut (diam), dianggap sebagai al-
Sunnah.
Klasifikasikan jenis al-Sunnah yang sesuai dengan pernyataan di atas.
A Al-sunnah al-taqririyyah
B Al-sunnah al-nabawiyyah
C Al-sunnah al-qauliyah
D Al-sunnah al-fi'liyyah
10. Firman Allah SWT bermaksud:
"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam...".
(Ali'lmran :19)
Berdasarkan ayat di atas, rumuskan pernyataan yang SALAH mengenai Islam
sebagai al-Din mengikut tafsiran para ulama muktabar?
A Mencakupi seluruh dimensi kehidupan manusia
B Mengaplikasi wasatiyyah (kesederhanaan) dalam amalan kehidupan
C Menjamin hak kesamarataan dalam pengagihan harta
D Merupakan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT
;; IE/OKT2012/CTU101
Soalan no. 11 dan 12 berdasarkan gambar di bawah.
1 1 . Berdasarkan gambar A, kaitkan peranan manusia sebagai khalifah dengan alam.
i Mengaplikasi amalan kitar semula terhadap sisa pepejal untuk menghasilkan
tenaga diperbaharui
ii Mengeksploitasi sumber alam dengan optimum untuk kelestarian alam melalui
teknologi hijau
iii Menyerahkan tanggungjawab kebersihan alam sekitar kepada pihak berkuasa
tempatan
iv Menghayati konsep kebersihan sebagai sebahagian daripada iman yang mantap
A i, ii dan iv
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas
12. Berdasarkan gabungan gambar B, C dan D, apakah implikasi terhadap masyarakat
hasil daripada perlakuan yang diilustrasikan tersebut?
A Merencatkan industri muzik kontemporari di Malaysia
B Mencetuskan ketidakadilan terhadap strasifikasi sosial
C Menimbulkan polemik keluarga, masyarakat dan negara
D Menjejaskan penyediaan pasukan pelapis sukan permotoran
13. Perbincangan mengenai had kiamat merupakan tajuk penting dalam persoalan akidah.
Bagaimanakah akidah seseorang Muslim boleh terbatal berdasarkan pernyataan di
bawah?
Mengatakan kiamat tidak mungkin berlaku
i Meyakini ramalan kiamat akan berlaku pada 2012
ii Mempercayai kiamat belum pasti berlaku pada 2012
v Mengimani bahawa dunia berada di ambang kiamat
A
B
C
D
dan ii
dan iii
i dan iii
i, iii dan iv
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 7 IE/OKT2012/CTU101
14. Kebanjiran filem yang berunsurkan tahyul dan khurafat mendatangkan implikasi
terhadap umat Islam.
Nyatakan impak filem tersebut terhadap akidah remaja masa kini.
i Menjerumuskan remaja ke arah kesyirikan
ii Melahirkan remaja bersifat pasif dan berjiwa kecil
iii Menghidupkan amalan-amalan animisme dan dinamisme
iv Mencetuskan kecelaruan kepercayaan dalam kalangan remaja
A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas
Soalan no. 15 dan 16 berdasarkan maksud firman Allah SWT di bawah.
"Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang terdekat sekali; dan mereka
sesudah "kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai
sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum
berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom)
itu, orang-orang yang beriman akan bergembira".
(al-Rum : 2-4)
15. Maksud ayat di atas Allah S.W.T menjelaskan bahawa tentera Rom (Nasrani) telah
pun dikalahkan oleh tentera Parsi (Majusi). Peristiwa ini menyebabkan kaum musyrikin
di Mekah bergembira sebaliknya Rasulullah SAW meramalkan kemenangan akan
berpihak kepada Rom pada masa akan datang.
Apakah kaitan sokongan Rasulullah dan kaum Muslimin terhadap orang-orang Rom?
A Kaum muslimin dan orang Rom sama-sama beriman dengan al-Kitab yang
diturunkan oleh Allah SWT
B Orang Rom selalu membantu tentera Islam dalam peperangan menentang kafir
Quraisy
C Orang Parsi pernah mengalahkan tentera Islam dalam peperangan yang dipimpin
oleh Rasulullah SAW
D Orang Parsi menjadi ancaman yang besar terhadap umat Islam dalam gerakan
penyebaran dakwah Islam
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 8
IE/OKT2012/CTU101
16. Pada peringkat awal dakwah Rasulullah SAW di Mekah, Baginda berhadapan dengan
konfrontasi yang ditimbulkan oleh golongan musyrikin.
Nyatakan ciri-ciri musyrikin yang ditentang oleh Rasulullah SAW.
i Menyembah berhala
ii Meyakini konsep tauhidiah
iii Mempercayai lebih dari satu tuhan
iv Mengimani adanya hari pembalasan
A i dan ii
B i dan iii
C ii, iii dan iv
D Semua di atas
17. Manakah antara ungkapan berikut melambangkan kesan keimanan dalam hati
seseorang?
i "Syukur kepada Allah SWT yang melimpahkan rahmatNya."
ii "Tak apalah nak. Ada hikmah di sebalik kejadian itu."
iii "Nasib baik aku makan ubat, kebah demam aku."
iv "Lembu punya susu, sapi punya nama!"
A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D Semua di atas
18. Walaupun keletihan menghadiri kuliah di siang hari, Anas tetap bangun di satu pertiga
akhir malam untuk mengerjakan solat tahajud.
Apakah kaedah pemantapan akidah yang telah digunakan oleh Anas?
A Mujahadah
B Muraqabah
C Mu'aqabah
D Mu'ahadah
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 9 IE/OKT2012/CTU101
Soalan no. 19 berdasarkan gambar di bawah.
^ yt i gg^
Q
19. Islam diumpamakan sebagai sepohon pokok yang bertunjangkan akar yang kuat,
batang yang teguh, dahan yang kukuh, daun yang rimbun dan buah yang lebat.
Hubungkan Q dengan kandungan Islam yang sebenar.
A Solat merupakan tiang agama
B Awal agama mengenai Allah SWT
C Syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
D Akhlak adalah pemberat timbangan amalan manusia
20. Tujuan utama maqasid syariah ialah memelihara lima hak utama iaitu agama, jiwa,
akal, keturunan dan harta benda.
Nyatakan prinsip yang sesuai dengan maqasid di atas.
A Hajiyyah
B Tahsiniyyah
C Kamaliyyah
D Dharuriyyah
21 . Perbincangan mengenai syariah merangkumi aspek fiqh, hukum, undang-undang dan
nas.
Pilih maksud yang TEPAT dengan istilah fiqh.
A Norma hukum yang diterima masyarakat
B Rahsia hukum yang diturunkan oleh Allah
C Kefahaman terhadap sesuatu secara mutlak
D Kefahaman berkaitan dengan penetapan hukum
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 10 IE/OKT2012/CTU101
22. Pilih pemyataan yang BENAR mengenai peranan syariah dalam pembangunan
ummah.
i Islam mementingkan pemeliharaan nyawa dari perbuatan yang merosakkan
seperti membunuh diri dan sebagainya
ii Islam menekankan keadilan menyeluruh serta prinsip persamaan bagi semua
tanpa mengira bangsa dan warna kulit
iii Memandu manusia dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi
iv Setiap nabi dan rasul mempunyai syariat untuk disampaikan kepada umat
masing-masing
A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas
23. Ahmad seorang yang berjawatan tinggi dalam sebuah organisasi. Beliau telah
menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan wang sogokan. Setelah mengikuti
satu program agama, beliau ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Jelaskan langkah yang paling TEPAT perlu diambil oleh Ahmad?
A Menyesal, memohon keampunan dan memberi sedekah kepada fakir miskin serta
beramal salih
B Menyesal, meninggalkan perbuatan tersebut dan berazam tidak akan
mengulanginya lagi serta beramal salih
C Menyesal, memohon keampunan dan membayar denda mengikut kadar tertentu
serta beramal salih
D Menyesal, memohon keampunan dan meningkatkan amalan kebaikan serta
beramal salih
24. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan hukum
merokok dari pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok
adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.
Kenalpastikan alasan yang menyokong fatwa tersebut?
i Ketagihan
ii Pembaziran
iii Kepuasan diri sendiri
iv Menyebabkan kemandulan
A i dan ii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 11 IE/OKT2012/CTU101
25. Rakyat Malaysia telah melancarkan Tabung Aman Palestin bagi mengutip dana untuk
membantu rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis.
Kaitkan aktiviti tersebut dengan jenis ibadah yang dituntut oleh Islam?
A Fardhu Ain
B Fardhu Kifayah
C Sunat Muakkad
D Sunat Ghayr Muakkad
26. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Allah SWT tidak menjadikan umatku untuk bersepakat terhadap kesesatan".
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Padankan maksud hadis di atas dengan sumber perundangan Islam di bawah?
A Ijmak
B Qiyas
C Ijtihad
D 'Urf
27. Islam menitik beratkan umatnya menjaga akhlak dengan Allah SWT, manusia dan
alam.
Manakah ungkapan berikut yang menggambarkan hubungan yang BENAR antara
manusia dengan Allah SWT?
A "Walaupun aku tidak menutup aurat, aku tidak pernah tinggal solat"
B "Walaupun kami berduaan dengan bukan mahram, kami tak buat apa-apa"
C "Walaupun aku solat sekali sekala, aku tidak pernah tinggal berpuasa"
D "Walaupun aku tidak mampu bersedekah, tapi sentiasa berzikir"
28. Berikut adalah ciri-ciri akhlak Islam, KECUALI:
A Akhlak ialah tingkah laku yang ditentukan oleh Allah SWT
B Nilai akhlak adalah bersifat tetap yang ditentukan oleh Allah SWT
C Skop akhlak terbuka kepada hubungan sesama manusia sahaja
D Akhlak membicarakan perilaku yang terbit dari pancaran hati sanubari
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT
12
IE/OKT2012/CTU101
29. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia".
(Riwayat al-Baihaqi)
Berdasarkan maksud hadis di atas, pembentukan akhlak seseorang individu boleh
dipraktikkan melalui kaedah-kaedah berikut, KECUALI:
A Latihan yang berorientasikan Islam
B Menjadikan Rasulullah SAW sebagai 'role model'
C Pendidikan iman sebagai asas pendidikan akhlak
D Asuhan yang praktikal adalah selepas akil baligh
30. "Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud hukum, adat resam dan kebiasaan
yang bersifat teoritikal".
Apakah istilah yang sesuai dengan pernyataan di atas?
A Etika
B Moral
C Budaya
D Warisan
31 . Firman Allah SWT bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik".
(al-Ahzab:21)
Berdasarkan maksud ayat di atas, pilih cara hidup yang bersesuaian dengan
keperibadian Rasulullah SAW?
A Fatimah suka menderma sebahagian daripada hartanya
B Ali lebih selesa menunaikan solat secara bersendirian
C Abu selalu berbuka puasa dengan makanan segera
D Kasim mencukur janggut dan misainya setiap pagi
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 13
IE/OKT2012/CTU101
Soalan no. 32 berdasarkan maklumat di bawah.
Bukan kumbang sebarang kumbang
Kumbang hinggap di kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang merisik pujaan hati
32. Kaitkan pantun di atas dengan amalan masyarakat Melayu dalam memenuhi salah
satu objektif syariah berikut.
A Menjaga keturunan
B Menjaga agama
C Menjaga nyawa
D Menjaga harta
33. Manakah antara berikut BUKAN hikmah zakat dan sedekah?
A Menjaga hubungan manusia dengan Allah SWT
B Mengurangkan jurang antara golongan yang kaya dan miskin
C Mengagihkan kekayaan negara secara sama rata di kalangan rakyat
D Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk meneruskan hidup
34. Akmal telah menderma sebahagian hatinya kepada seorang pesakit. Bagi membalas
budi, pesakit tersebut ingin membayar sejumlah wang, tetapi Akmal telah menolaknya.
Manakah peribahasa berikut bersesuaian dengan nilai pengorbanan Akmal?
i Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
ii Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
iii Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
iv Bagai enau dalam belukar
A i dan ii
B i dan iii
C i, iii dan iv
D Semua di atas
35. Manakah perbuatan berikut BUKAN dalam kategori ibadah umum?
A Menyediakan lampu isyarat di persimpangan jalan raya
B Menderma kepada tabung Bersamamu TV3
C Mendirikan masjid dan sekolah agama
D Bersukan untuk menjaga kesihatan
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT
14
IE/OKT2012/CTU101
36. Apakah ideologi yang memisahkan antara agama dan sistem hidup?
A Pluralisme
B Liberalisme
C Pragmatisme
D Sekularisme
37. Pelaksanaan syariah berlaku di peringkat individu, kolektif dan negara.
Manakah antara berikut BENAR mengenai pelaksanaan syariah secara kolektif?
A Melaksanakan hukum hudud dan qisas
B Memerintah dan mentadbir negara
C Melaksanakan ibadah puasa
D Mendirikan solat berjemaah
38. Pastikan KESAN yang akan berlaku sekiranya seorang Muslim tidak memahami
tujuan syariat.
A Sentiasa menyuruh kepada makruf dan meninggalkan kemungkaran
B Melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan dan akibat
C Tidak berputus asa dengan kehendak dan ketentuan Allah SWT
D Mencari harta kekayaan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak
39. Manakah perbuatan berikut dikira sebagai ibadah yang sah menurut syarak?
A Aiman mengerjakan solat sunat ba'diyah selepas solat asar
B Lily mengerjakan solat sunat dhuha pada pukul 1.30 tengahari
C Haris mengerjakan solat sunat tarawih selepas solat maghrib
D Amar mengerjakan solat sunat witir selepas solat sunat tahajjud
40. Manakah pernyataan yang BETUL mengenai objektif utama syariah?
i Iktikad atau kepercayaan kepada Allah SWT mestilah dimantapkan dan menjauhi
syirik
ii Keseimbangan di antara unsur rohani dan jasmani akan menjamin kemaslahatan
sesuatu perkara
iii Islam membenarkan poligami bagi mereka yang mampu berlaku adil dan cukup
sumber pendapatan
iv Kebebasan beragama bagi yang bukan Islam haruslah dibenarkan selagi mana
ianya tidak bermusuhan dengan Islam
A i, ii dan iii
B i.iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 15
IE/OKT2012/CTU101
BAHAGIAN B
SOALAN 1
Al-Quran adalah sumber utama dan terpenting syariat Islam.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan:
a) Nyatakan EMPAT (4) ciri al-Quran.
(4 markah)
b) Jelaskan DUA (2) peranan al-Quran dalam kehidupan umat Islam.
(5 markah)
c) Huraikan DUA (2) akibat penolakan terhadap al-Quran dalam kehidupan masa kini.
(6 markah)
SOALAN 2
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Iman itu adalah engkau percaya kepada Allah dan malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-
rasulNya, hari akhirat, dan engkau percaya kepada qada' yang baik dan qadar Allah yang
buruk".
(Riwayat Muslim)
Umat Islam wajib beriman kepada qada' dan qadar selepas keimanan mereka kepada
rukun-rukun yang telah disebutkan.
Berdasarkan pengertian hadis dan pernyataan di atas:
a) Berikan pengertian qada' dan qadar.
(4 markah)
b) Jelaskan DUA (2) tindakan yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan keimanan
kepada qada' dan qadar.
(5 markah)
c) Huraikan DUA (2) hujah untuk menolak kekeliruan terhadap konsep qada' dan qadar.
(6 markah)
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT
SULIT 16 IE/OKT2012/CTU101
SOALAN 3
Ibadah di dalam Islam melibatkan interaksi di antara manusia dengan Allah SWT sesama
manusia dan juga alam semulajadi.
Berdasarkan pernyataan di atas:
a) Sebutkan pengertian ibadat umum dan ibadah khusus.
(4 markah)
b) Huraikan DUA (2) halangan pelaksanaan ibadah dalam kehidupan.
(5 markah)
c) Bincangkan DUA (2) strategi yang berkesan bagi mendorong remaja hari ini
mempraktikan konsep ibadah dalam semua aspek kehidupan.
(6 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA
SULIT

You might also like