You are on page 1of 12

HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

1 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL


770605025763

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Inklusif adalah dasar pembelajaran sama rata kepada semua pelajar
termasuklah pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Hal ini demikian agar pelajar
yang berkeperluan khas dapat menikmati pembelajaran yang sama di sekolah biasa bersama
dengan rakan-rakan seusia mereka. Dengan ini mereka juga dapat bergaul dan mengikuti
cara hidup seperti pelajar normal yang lain.
Menurut Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang
melibatkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal yang lain.
Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid ini akan diinklusifkan secara
separa masa atau sepenh masa dan ditempatkan di lama kelas yang dirasakan sesuai dengan
kebolehan mereka.
Pendidikan inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai
masalah kecacatan seperti masalah pendengaran, penglihatan dan juga masalah
pembelajaran seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme,
Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya.
Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang
bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, perlaksanaan kelas inklusf ini memerlukan perhatian yang
serius daripada guru-guru kelas inklusif ini memandangkan jika tersalah langkah murid-
murid berkepeluan ini akan ketinggalan serta bosan dalam proses pembelajaran pengajaran
dalam kelas inklusif memandangkan aktiviti dan juga kemahiran yang diajar terlalu banyak
kerana kebanyakan guru hanya mengejar silibus berbanding mencapai objektif pembelajaran
secara keseluruhan. Ini akan menyebabkan murid berkeperluan khas ini menunjukkan
prestasi akademik yang menurun.
HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

2 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah
ditubuhkan keranan murid-murid berkeperluan khas memerlukan bimbingan dan asuhan
yang lebih berbanding dengan murid-murid biasa. Keadaan ini menyebabkan guru-guru
pendidikan khas perlu mempunyai ilmu pendidikan dan kemahiran yang lebih untuk
membimbing kanak-kanak ini.

2.0 KAJIAN KES MURID KEPERLUAN KHAS
2.1 Latar Belakang Murid
Murid yang telah dipilih untuk melaksanakan program pendidikan inklusif ini ialah
salah seorang murid Tahun 4 iaitu Muhammad Danish Haikal. Anak kedua daripada tiga
adik beradik ini didiapati mempunyai masalah penglihatan iaitu low vision serta masih
menerima rawatan pemulihan mata daripada Hospital Mata Tun Hussien Onn Kuala
Lumpur. Murid ini telah mengalami masalah ini seawal usia dua tahun. Selain itu murid ini
adalah normal seperti kanak-kanak yang lain dimana murid ini tiada masalah dari aspek
kognitifnya mahupun fizikal. Low vision boleh didefinisikan sebagai kecatatan penglihatan
yang tidak sepenuhnya iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 2-/200 dan
20/70 iaitu kurang daripada 20%. Menurut World Health Organization (WHO) dan Norini
Salleh (1993) telah mengistilahkan kerabunan/low vision sebagai mempunyai baki
penglihatan (residual vision) yang signifikan.
Penglihatan terhad didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap
pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau
keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Masalah
penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan pengamatan
penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dengan
jelas.
Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata
dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan
HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

3 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang. Kedudukan atau orentasi
objek sama ada terbalik atau tidak.
Berdasarkan ujian visual acuity (ketajaman pengihatan) dan juga adaptasi
pendidikan khas, murid ini mempunyai penglihatan terhad tahap sederhana sahaja. Masalah
terhadap tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas
seperti kanta.
Jenis masalah penglihatan murid ini adalah dalam jenis strabismus atau dikenali
sebagai juling. Strabismus ini adalah suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah
dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah yang dihadapi oleh murid ini adalah
ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana
penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah mata iaitu mata sebelah kanan.
Masalah mata juling ini adalah disebabkan oleh mata-mata yang tidak berfungsi
dengan baik pada mata juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. Strabismus
yang dialami oleh murid ini adalah exotropia di mana mata murid ini juling di sebelah kanan
dan bergerak keluar seperti yang ditunjukkan oleh rajah di bawah. Mata sebelah kanannya
itu tidak boleh nampak sebarang imej atau objek dan hanya menggunakan sebelah mata
kirinya sahaja untuk melihat.






Rajah 1 : Jenis mata Strabismus (juling)
HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

4 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

2.2 Masalah murid dalam kelas inklusif
Dari aspek pendidikan, murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti murid
ini iaitu penglihatan terhad ini berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa
dalam bentuk tulisan atau gambaran yang lebih besar. Murid ini juga adalah normal seperti
kanak-kanak biasa yang lain Cuma mereka hanya kekurangan dari segi kebolehan untuk
melihat sahaja. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh murid ini iaitu Muhammad
Danish Haikal apabila menjalani kelas inklusi ialah:

a) Masalah komunikasi
Danish sukar untuk berkomunikasi dan bersosial dengan rakan kelas yang lain yang
normal. Murid ini hanya suka bersendirian dan mengasingkan diri apabila waktu rehat dan
juga semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam kelas. Ini menyebabkan Danish
bersikap pasif dan kurang memberikan respon terhadap aktiviti yang dilaksanakan di dalam
kelas. Hal ini mungkin kerana Danish kurang keyakinan diri atas kekurangan upayanya iaitu
masalah penglihatan.

b) Ketinggalan dalam pembelajaran
Murid ini juga tidak dapat mengejar menyesuaikan diri dengan cara belajar kanak-
kanak normal yang lain kerana terdapat guru yang kurang memberikan tumpuan yang lebih
kepada murid ini. Hal ini kerana guru kurang memahami keperluan murid ini yang
memerlukan kemudahan tambahan atau khidmat sokongan seperti kanta tangan, atau CCTV
daripada guru bagi melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Menurut Supiah Saad (2003) mengatakan pendekatan pendidikan inklusif ini telah wujud
secara semula jadi di Malaysia di mana pelbagai kategori murid berkepeluan khas belajar
bersama rakan sebaya yang normal tanpa sebarang kemudahan tambahan atau khimat
sokongan.

HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

5 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

c) Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa.
Murid ini mempunyai self-estem yang rendah kerana mereka berfikir tentang
kekurangan diri mereka dan seterusnya mengasingkan diri dari rakan normal yang lain.
Murid ini juga pendiam dan jenis orang yang senyap dan tidak banyak bercakap sama ada
denga rakan sebaya mahupun guru. Perangai atau perlakuan seharian murid ini juga tidak
konsisten di mana terdapat hari murid ini menglibatkan diri sepenuhnya dalam aktivti P&P
manakala sebaliknya pada hari-hari yang lain. Murid ini juga mengalami rasa ketegangan
dan rasa bimbing kerana murid ini disalah sangka dan digelar murid yang malas, bodoh dan
lembab kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di samping guru yang tidak
memberikan perhatian dan juga kurang peka terhadap kemudahan tambahan serta bahan
sokongan yang diperlukan oleh murid ini semasa proses P&P. Oleh itu murid ini
mempunyai gangguan emosi seperti kemurungan yang teruk sehingga mengambil langkah
dengan menyendiri dan mengasingkan diri daripada dunia persekolah bagi kelas inklusif ini.

3.0 SOALAN TEMUBUAL
Perkhimatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi
pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan
untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Berikut adalah soalan temubual
antara guru bimbingan dan kaunseling dengan murid Danish Soong tentang penglibatan dan
pencapaian murid ni di dalam kelas inklusif:
Guru menerangkan terlebih dahulu tujuan temubual ini dilaksanakan iaitu untuk
mengumpul maklumat tentang penerimaan rakan sekelas, guru dan pentadbir sekolah, cara
murid menyesuaikan diri, perkembangan akademik dan pengalaman mereka sepanjang
berada di dalam kelas inklusif atau aliran perdana.



HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

6 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

SOALAN TEMUBUAL
a) Adakah kamu mempunyai rakan di dalam kelas? Berapa orang rakan yang kamu
ada?
b) Jadi kamu tidak ramai kawan yang rapat dengan kamu. Bagaimana rakan sekelas
yang lain yang tidak rapat dengan kamu melayan kamu? Cara mereka bercakap
dengan kamu?
c) Adakah kamu pernah mengalami sebarang masalah dengan rakan sekelas kamu
contohnya seperti dibuli atau mengejek?
d) Bagaimana dengan guru yang mengajar kamu? Adakah guru tersebut memberikan
perhatian kepada kamu?
e) Adakah guru kamu tahu kamu tidak dapat melihat atau mempunyai masalah
penglihatan? Apa tindakan guru tersebut?
f) Adakah guru tersebut memberi kemudahan tambahan atau alat sokongan seperti
kanta tangan kepada kamu jika kamu tidak dapat melihat huruf dan perkataan
semasa belajar di dalam kelas? Ataupun guru tersebut meletakkan kamu di barisan
hadapan kelas?
g) Apakah subjek yang paling kamu minati? Adakah kamu suka guru itu mengajar
subjek kesukaan kamu? Apakah aktiviti yang guru tersebut lakukan menyeronokkan
kamu?
h) Adakah kamu terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum seperti pertandingan di
sekolah?
i) Adakah kamu dapat mengikuti semua subjek yang diajar oleh guru di dalam kelas?
Subjek apa yang kamu tidak faham sepanjang belajar di kelas tersebut?
j) Adakah kamu rasa tertekan semasa belajar di dalam kelas itu? Jika ada kenapa?
k) Secara keseluruhannya, adakah kamu suka belajar di dalam kelas ini? Apa perasaan
kamu suka atau tidak suka?



HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

7 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

4.0 LAPORAN DAN RUMUSAN

Gambar Murid ketika di temubual


Gambar keadaan fizikal mata murid yang bermasalah

Berdasarkan kepada hasil dapatan temubual, responden telah menyatakan bahawa beliau
mempunyai rakan di dalam kelas itu sebanyak enam orang yang rapat denganya, namun hanya
seorang sahaja yang betul-betul memahami keperluannya. Sementara rakan yang lain turut
melayannya, akan tetapi layanan yang diberikan rakan lain agak biasa dan cara berkomunikasi
dengannya juga kasar. Sementara itu responden juga menyatakan bahawa beliau tidak diejek atau
HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

8 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

dibuli sepanjang berada di dalam kelasnya. Namun sebaliknya pula berlaku di luar bilik darjahnya
apabila responden ini sering diejek atau dibuli oleh rakan satu sekolahnya.
Sewaktu di dalam kelas, beliau juga menyatakan bahawa guru kurang memberikan perhatian
kepadanya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, oleh itu beliau sendiri cuba
meraih perhatian guru dengan mengajukan soalan sekiranya tidak faham atau memberikan respon
segera kepada guru pada waktu itu. Tindakan guru sebegini boleh menyebabkan responden
mengalami penurunan keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai. Apabila tidak mendapat
perhatian secukupnya, beliau mungkin berasakan masalah yang dihadapi menjadi salah satu faktor
dirinya diabaikan.
Selain itu, responden turut menyatakan bahawa ada sesetengah guru tidak mengetahui akan
keadaan fizikal matanya, oleh itu beliau terpaksa mengambil tindakan sendiri dengan
memaklumkan kepada guru terbabit. Kesungguhan beliau memaklumkan kepada guru mengenai
masalah yang dihadapi adalah sebagai satu langkah untuk memudahkan guru lebih fokus kepadanya
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Justeru guru terbabit akan lebih memberikan
sedikit tumpuan yang istimewa kepadanya.
Di samping itu, guru juga tidak memberikan kanta atau alat yang memudahkan beliau
melihat serta menempatkan beliau di tempat duduk tepi tingkap. Hal ini menambahkan lagi masalah
kepada responden kerana beliau mempunyai kadar penglihatan yang sangat rendah. Namun, setelah
guru sedar bahawa responden adalah murid istimewa, barulah guru mengalihkan tempat duduknya
dari tepi tingkap ke bahagian depan kelas agar responden dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
serta memudahkan beliau memahami proses pengajaran.
Responden jugak menyatakan bahawa beliau begitu meminati subjek matematik dari sejak
umur lima tahun, manakala sejak umur tujuh tahun beliau mula meminati subjek sains. Kedua-dua
subjek ini adalah subjek yang paling digemari oleh beliau. Beliau gembira melakukan aktiviti sains
di dalam makmal sains serta dapat merasai sendiri pengalaman melaksanakan uji kaji. Contoh
aktiviti yang paling seronok yng dilakukan oleh beliau ialah menjawab kuiz matematik dalam
tempoh yang diberikan dengan tepat sama seperti murid yang lain serta mendapat hadiah daripada
guru.
HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

9 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

Selain itu, responden juga terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab
permainan catur di peringkat sekolah serta ahli persatuan pengakap yang sangat berdedikasi. Beliau
sangat sukakan aktiviti kokurikulum yang memberikan beliau peluaang untuk berinteraksi dengan
rakan sebaya yang lain, selain dari dapat mengembangkan keyakinan diri beliau.
Menurut responden juga, beliau dapat mengikuti semua subjek yang di ajar oleh guru di
dalam kelas. Namun sekiranya beliau tidak tidak dapat memahami apa yang telah diajarkan di
dalam kelas, beliau akan cuba untuk bertemu guru selepas kelas ataupun mengulang kaji
pelajarannya bersama keluarga dirumah. Ini adalah usaha kendiri untuk membuktikan beliau juga
mampu untuk meneruskan pengajian seperti murid-murid biasa juga.
Berdasarkan temubual ini, responden tidak tertekan berada di dalam kelas itu, namun
responden lebih suka kerana rakan-rakan di dalam kelas itu dapat menerima kehadirannya untuk
belajar bersama-sama mereka.
Secara keseluruhannya, responden melahirkan rasa suka untuk belajar di dalam kelas 4
kreatif ini kerana persekitaran serta penerimaan rakan rakan yang mampu membantu beliau untuk
membina kembali keyakinan dirinya serta tidak menyendiri lagi.

5.0 CADANGAN PENAMBAIKAN
Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi masalah yang telah di alami oleh responden
seperti guru memberi penerangan kepada rakan sekelasnya bahawa keistimewaan yang di hadapi
oleh Danish ialah keupayaan melihat yang rendah. Oleh itu, guru berharap murid yang lain dapat
memahami situasi responden supaya keadaan ini mampu membantu responden untuk lebih
berkeyakinan. Sekiranya masala hini dapat diatasi, responden akan lebih mudah berkomunikasi dan
bersosial dengan rakan kelas yang lain yang normal. Maka, responden tidak lagi mengalami
kemurungan dan mengasingkan diri apabila waktu rehat serta juga semasa pembelajaran dan
pengajaran berlaku di dalam kelas.
Manakala guru pembimbing juga harus cuba memahami keperluan murid ini seperti
menyediakan kemudahan tambahan atau khidmat sokongan seperti kanta tangan, atau CCTV
HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

10 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

daripada guru bagi melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Menurut Supiah Saad (2003) mengatakan pendekatan pendidikan inklusif ini telah wujud secara
semula jadi di Malaysia di mana pelbagai kategori murid berkeperluan khas belajar bersama rakan
sebaya yang normal tanpa sebarang kemudahan tambahan atau khimat sokongan.
Sementara guru bimbingan dan kaunseling harus membuat satu sesi perjumpaan bagi
membantu meningkatkan keyakinan murid supaya mereka berfikir kekurangan diri mereka itu
adalah satu keistimewaan dan keistimewaan itu adalah satu anugerah yang memberikan mereka
untuk mendapat lebih perhatian daripada guru dan rakan-rakan serta warga sekolah.

6.0 PENUTUP
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Pada masa dahulu istilah
"Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun
mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah
penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka
yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan
khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen
persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program
pendidikan inklusif.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations
Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang
mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap
diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan
dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
Murid inklusif perlukan persekitaran sekolah biasa dan penerimaan rakan-rakan yang baik
supaya mereka dapat membina keyakinan diri kembali dengan berkesan. Di samping guru
pembimbing haruslah memainkan peranan yang lebih mendalam supaya dapat membantu kesukaran
murid inklusif ini dalam mempelajari subjek-subjek di sekolah. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid,
HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

11 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid
berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran perlu bekerjasama dengan guru
pembimbing untuk membuat penyesuaian.
Kesimpulannya, meskipun penglihatan terhad yang dialami oleh responden disebabkan
penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18
atau keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Namun guru
dan rakan sebaya memberikan impak yang sangat besar dalam membantu murid inklusif
menghadapai segala kesukaran di dalam kelas. Oleh itu, peranan guru mata pelajaran, guru
pembimbing dan rakan-rakan di dalam kelas adalah penting bagi membantu meningkatkan
keyakinan diri serta keupayaan responden untuk mencapai kejayaan bersama rakan-rakan yang lain.













HBSE3203: Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

12 MUHAMMAD NEZAM B. ISMAIL
770605025763

7.0 RUJUKAN
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel
Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion.
London: SAGE Publications Inc.
Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David
Fulton Publisher.
Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson
Wadsworth
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
.http://store.elsevier.com/Low-Vision/Christine-Dickinson/isbn-9780750622622/
http://store.elsevier.com/Low-Vision/Christine-Dickinson/isbn-9780750622622/

You might also like