You are on page 1of 16

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN


PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014

1.0 PENGENALAN

Program UPMKB Agrotech Exhibition 2014 merupakan satu program pameran yang
dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan penggunaan dan
aplikasi teknologi dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan dengan
tema Innovation for Sustaining Agriculture diharap dapat memberi input dan
pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam
bidang pertanian khususnya kepada pelajar sekolah.

2.0 OBJEKTIF

Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk:

i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi
dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian.
ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau
pengetahuan dalam bidang pertanian untuk menunjukkan kemampuan
mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.
iii. Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi
pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha
membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.


PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart
partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan
kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang
persendirian di dalam dan di luar negeri.
v. Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang
dihasilkan oleh peserta.

3.0 TEMA PERTANDINGAN

3.1 Tema pertandingan ialah Innovation for Sustaining Agriculture.
3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian bidang
pertanian dan penghasilan produk yang mesra pengguna.

4.0 TEMPAT DAN MASA

4.1 Tarikh : 21 dan 22 Jun 2014 (Sabtu dan Ahad).
4.2 Tempat : Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.
4.3 Masa : 8.00 pagi 5.00 petang.

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kategori utama:
i. Kategori Sekolah (Terbuka kepda individu 13 tahun sehingga 17 tahun)
ii. Kategori Utama (Terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas)








PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

6.0 KATEGORI BIDANG

Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menyertai program
ini berdasarkan bidang kategori:
i. Pertanian
ii. Perikanan
iii. Penternakan
iv. Perhutanan tani
v. Industri asas tani

7.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN
Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014 menekankan kepada 3
kategori produk yang dipertandingkan:
i. Invention/Penciptaan Penciptaan proses atau produk baru.
ii. Innovation/Inovatif Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.
iii. Design/Rekabentuk Rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia.


8.0 SYARAT PENYERTAAN

i. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua pelajar, staf UPMKB dan mana-
mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.
ii. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00
bagi setiap pasukan yang bertanding.
iii. Setiap jabatan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, PERLU
menghantar sekurang-kurangnya SATU (1) penyertaan bagi mewakili jabatan
tersebut dalam pertandingan ini.
iv. Setiap jabatan dihadkan kepada TIGA (3) penyertaan sahaja.
v. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan
dengan bilangan ahli tidak melebihi EMPAT (4) dan boleh terdiri daripada
gabungan pelajar dan staf.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

vi. Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-
masing.
vii. Individu yang dilantik sebagai urusetia pertandingan tidak dibenarkan
menyertai pertandingan ini.


9.0 SYARAT PERTANDINGAN

Syaratsyarat bagi menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014
adalah seperti berikut:

i. Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema
pertandingan.
ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan
plagiat.
iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari
pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
iv. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan
projek adalah sangat digalakkan.
v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek
penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau
dimajukan kepada sektor pembuatan.
vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana
pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah
TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia
Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang
bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan
penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.
viii. Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi
undang-undang pengkomputeran Malaysia.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

ix. Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang
kemudaratan adalah tanggungjawabnya.
x. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.


10.0 KOD ETIKA

i. Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta mestilah
menjaga integriti.
ii. Penyelidik/Peserta hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau
penipuan, seperti memalsukan data atau nota, cetak rompak atau
plagiarisme, menggunakan karya penyelidik lain. Projek tersebut tidak layak
bertanding.
iii. Sebuah projek kajian mungkin menjadi sebahagian kajian yang lebih besar
dilakukan oleh para saintis profesional namun peserta hanya boleh
mempamerkan hasil kajian yang terlibat aktif sahaja.


PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

11.0 FORMAT KERTAS PROJEK

PERKARA PENERANGAN
Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, penasihat dan
institusi. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan mudah
dibaca.
Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan
persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil, analisis
dan kesimpulan kajian)
Pengenalan Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan
kajian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan
kajian lepas.
Metodologi / Proses
kajian
Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan,
rawatan dan prosedur yang dijalankan.
Manual Operasi Terangkan proses kerja yang digunakan dalam
pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto serta
lakaran bahan projek atau penyelidikan. Boleh direkod
dalam buku data.
Hasil Kajian Analisa kajian, tafsiran keputuan dan hasil dapatan.
Perbincangan dan
Keputusan
Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu
dianalisa secara terperinci, membuat perbandingan
antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal
dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan
jika ada serta ringkasan perlu spesifik.
Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan
dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut
format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama
pengarang, tahun terbitan, muka surat dsb.)

* Kertas Projek hendaklah dilampirkan bersama ketika sesi penghakiman dan
pameran dijalankan.
* Saiz poster adalah A1 (594 mm x 841 mm). Orientasi poster adalah Potrait (Lebar
: 594mm & Tinggi : 841 mm).
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014


CONTOH LAKARAN POSTER KERTAS PROJEK
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

12.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN

i. Peserta akan diberi masa selama 10 15 minit bagi membentangkan hasil
kajian / inovasi projek dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dan 5 minit
untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim.
ii. Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan
memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan dan
aplikasi, potensi komersial / kebolehpasaran dan persembahan dan
demonstrasi.
iii. Setiap penyertaan akan dihakimi secara penilaian lisan.
iv. Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan penyelidik/peserta
mengenai rekacipta yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi
terkini, fungsi model serta status rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan,
pembangunan dan penyediaan untuk hasil tersebut. Berikut adalah perincian
kriteria pemarkahan:


BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS
Persembahan
(40%)
Pameran
projek (20%)
-Menggunakan pengetahuan
kejuruteraan, prinsip
sains/matematik, kaunseling.
Mengaplikasikan pengetahuan
ilmu sains/matematik,
kaunseling dan kejuruteraan
yang menjurus kepada
penyelesaian masalah dan
penggunaan teknologi terkini.
10

-keaslian/kreativiti/inovasi yang
digunakan.
05
-Menggunakan komputer atau
teknikal grafik:
05
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

Penggunaan multimedia/media
cetak sebagai platform
penyebaran maklumat

Penyampaian
laporan (20%)
-Kemahiran penyampaian
individu/pasukan; kemahiran
komunikasi, sebutan yang
lancar/jelas dan penerangan
teratur dan sistematik.
10
-Kemahiran saintifik dan
kreativiti.
Melihat kepada objektif yang
disasarkan, pengembangan
potensi dan kemahiran sainstifik
dan kemahiran dalam
penyelidikan dan pembangunan
inovasi.
03
-Kemahiran interaksi dan
menjawab soalan.
Berkebolehan berinteraksi dan
kebijaksanaan dalam
menghuraikan jawapan.
03
-Personaliti keseluruhan.
Kesesuaian pakaian, keyakinan
diri dan penampilan yang
beretika.
04
Produk
(60%)



Dokumentasi
(20%)



-Abstrak/ringkasan projek
Sinopsis keseluruhan kajian
melibatkan persoalan kajian,
hipotesis, metodologi, hasil
analisis dan kesimpulan.
02
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014





































-Pengenalan.
Latar belakang projek,
penyataan masalah, signifikan
kajian.
03
-Metodologi dan perincian
projek.
05
-Keputusan,hasil dapatan dan
perbincangan.
Analisis data, tafsiran keputusan
dan hasil dapatan serta
perbincangan analisis.
05
-Kesimpulan dan cadangan
kajian.
Melakukan ringkasan keputusan
dan perbincangan inovasi dan
pembaharuan.
05
Projek
Signifikan
(15%)
-Pemikiran sainstifik/matlamat
inovasi menepati tema.
Memenuhi matlamat inovasi dan
tema pertandingan.
05
-Efisien (kecekapan).
Jimat masa, jimat kos,
tingkatkan produktiviti dan
mudah digunakan.
05
-Kesan kepada kualiti alam
sekitar masyarakat.
Implikasi terhadap alam sekitar,
penggunaan bahan tempatan
kitar semula dan mesra alam.
05






PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014










Status
Prototaip
(25%)





-Kekemasan/warna yang ceria. 05
-Keselamatan
Mudah, mesra pengguna, stabil,
kukuh dan selamat digunakan.


05
-Ciptaan inovasi. 10
-Potensi komersial/kos.
Memenuhi kehendak pengguna,
kebolehpasaran dan dapat
meningkatkan perkembangan
teknologi pertanian di Malaysia.
05

13.0 HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah pertandingan akan diberikan mengikut kategori pertandingan:
i. Pemenang bagi kategori Sekolah akan menerima pengiktirafan seperti
berikut:
Bil TEMPAT HADIAH
1. Tempat pertama Wang tunai, hamper dan sijil
penghargaan.
2. Tempat kedua Wang tunai, hamper dan sijil
penghargaan.
3. Tempat ketiga Wang tunai, hamper dan sijil
penghargaan.

ii. Pemenang bagi kategori Utama akan menerima pengiktirafan seperti
berikut:
Bil TEMPAT HADIAH
1. Tempat pertama Wang tunai, hamper dan sijil
penghargaan.
2. Tempat kedua Wang tunai, hamper dan sijil
penghargaan.
3. Tempat ketiga Wang tunai, hamper dan sijil
penghargaan.


PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

14.0 PAMERAN

Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja lipat
dan 4 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi
sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan
untuk mempamerkan dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi mereka.
Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap booth
pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

15.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG

i. Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan
hadiah yang diberi pada hari pertandingan.
ii. Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada
pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.

16.0 PENAFIAN

i. Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya akan bertanggungjawab untuk mengurus,
mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang
diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur
atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan
kehilangan barangan di atas.
ii. Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.
Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur.
Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat
sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau
berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan
iii. Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakan negara
lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan
hakcipta di bawah undang-undang hakcipta masing-masing. Peserta
dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan
berlakunya rampasan hakcipta akaibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa
Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta
yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam
penyertaan ini.

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014


BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN
PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014
Innovation for Sustaining Agriculture
*Sila baca arahan berikut:

1) Penyertaan dari:
Sila tanda X pada petak yang berkenaan dan nyatakan.




Nyatakan:

2) Butir-butir peserta (maksimum 4 orang):
Nama peserta No. Kad Pengenalan No. Telefon







Semua peserta harus membaca terma dan syarat-syarat pertandingan.
Semua maklumat mestilah diisi dengan lengkap dengan menggunakan huruf besar.
Borang ini perlu dihantar dan dikembalikan semula kepada pihak uruetia pertandingan
sebelum ataupun pada 3 MAC 2014.
Lain-lain
Individu Agensi Swasta Agensi Kerajaan
IPTA Sekolah Menengah IPTS
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

3) Pegawai Iringan (jika ada):
No Kad Pengenalan : _________________________________
No Telefon : _________________________________

4) Kategori bidang yang dipertandingkan:
Pertanian
Perikanan
Penternakan
Perhutanan Tani
Industri Asas Tani

5) Kategori produk yang dipertandingkan:
Invention/Penciptaan Innovation/Inovasi Design/Rekabentuk

6) Nama Produk (nama yang ringkas)
_________________________________________________________________________

7) Pengisytiharan:
- Kumpulan kami mengisytiharkan bahawa kami telah membaca dan bersetuju mematuhi
peraturan dan syarat pertandingan.
- Keputusan panel hakim dan jawatankuasa penganjur adalah muktamad.
- Kami bertanggungjawab untuk menanggung semua kos yang terlibat dalam menyertai
pertandingan ini.
- Kami juga ingin mengisytiharkan bahawa produk rekaan kami adalah asli dan sekiranya
hal ini tidak berlaku kami bersedia untuk memulangkan semula anugerah dan hadiah
yang kami menangi kepada pihak penganjur.

Tarikh : ______________________

Tandatangan ketua kumpulan : __________________________________
( )
No Kad Pengenalan : _________________________________
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

Borang penyertaan ini boleh dihantar ke alamat berkenaan:
Ketua Urusetia Pertandingan Rekacipta Inovasi Pertanian 2014,
Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan,
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,
Peti Surat 396 Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak.

No Telefon : 086 855217 / 019 9528984
No Fax : 086 855428
Laman blog : upmkbagrotechexhibition.blogspot.com
E-mail : agrotechexhibition@yahoo.com

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur
Tarikh Terima Diterima Oleh Tandatangan

You might also like