You are on page 1of 4

Rancangan Pengajaran Harian 12

Minggu 7(a)

Mata Pelajaran: Fizik
Kelas: 5 Abu Bakar
Tarikh: 10 April 2014
Masa: 10.00 pagi 10.35 pagi
Bilangan Murid: 22 orang
Bab: Elektromagnet
Tajuk Pelajaran: 3.1 Menganalisis kesan magnet ke atas suatu konduktor pembawa
arus.
Objektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1) Menyatakan maksud elektromagnet secara lisan dengan
tepat.
2) Menandakan arah medan magnet yang disebabkan oleh
arus dalam suatu dawai lurus, gegelung bulat dan solenoid
secara bertulis dengan tepat.
Konsep: Medan magnet, konduktor dan arus elektrik.
Bahan Bantu Mengajar: Buku teks, komputer riba, projector dan slide show.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mempelajari corak dan arah medan magnet.
Kemahiran KBKK: Menjana idea, menyelesaikan masalah, membanding beza
Nilai: Keberanian, kerajinan dan kesyukuran.























Langkah
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktivti Guru Aktiviti Murid
Set induksi
(5 minit)
Menarik perhatian
pelajar terhadap isi
pembelajaran:
Tayangan gambar

1. Guru menunjukkan tayangan gambar
beberapa aplikasi elektromagnet.

2. Guru menyoal murid secara lisan
tentang tayangan gambar:
a) Apakah yang anda dapat
perhatikan daripada tayangan?
b) Nyatakan jangkaan anda situasi
tersebut dengan konsep fizik.

3. Guru mengaitkan tayangan dengan
tajuk pengajaran.

1. Murid memerhatikan tayangan guru.


2. Murid menjawab soalan guru
berdasarkan pemerhatian.
Jangkaan jawapan:
a) Aplikasi-aplikasi elektromagnet.
b) Elektromagnet banyak digunakan
dalam kehidupan seharian.

3. Murid memberikan respon.


Nilai:
Rasional

Kaedah:
Lisan

BBB:
Tayangan Gambar

Langkah 1
(10 minit)



1. Guru menggunakan tayangan slide
untuk mendefinisikan maksud
elektromagnet.

2. Guru menerangkan Petua
Genggaman Tangan Kanan dan Petua
Skru Maxwell.







1. Murid mendengar dengan teliti
penerangan guru.


2. Murid mencatat maklumat-maklumat
penting yang dinyatakan oleh guru
dalam buku nota.







KBKK:
Menjana idea

Teknik:
Syarahan
Demonstrasi

Nilai:
Kerajinan
Keberanian

BBB:
Tayangan Slide
Langkah 2
(10 minit)



1. Guru menunjukkan tayangan gambar
untuk menunjukkan corak dan arah
medan disebabkan oleh arus dalam
suatu dawai lurus, gegelung bulat dan
solenoid.

1. Murid mendengar dengan teliti
penerangan guru.




KBKK:
Menjana idea

Teknik:
Perbincangan

2. Guru menerangkan kaedah
menentukan arah medan magnet bagi
setiap jenis bentuk konduktor.


2. Murid memberikan respon kepada
penjelasan guru.


Nilai:
Kerajinan
Keberanian
Kerjasama

BBB:
Tayangan Slide
Langkah 3
(5 minit)

Penaksiran

1. Guru menayangkan soalan kuiz
kepada pelajar dan meminta pelajar
menjawab.

2. Guru membincangkan jawapan
dengan pelajar.

3. Guru mengenal pasti bilangan murid
yang memberikan jawapan yang betul
dan sebaliknya.



1. Murid menyiapkan kuiz yang diberikan
oleh guru.


2. Murid menyemak jawapan yang
diberikan oleh guru.

3. Murid memberikan kerjasama kepada
guru.


KBKK:
Menyelesaikan
masalah

Kaedah:
Perbincangan

Nilai:
Kerajinan

BBB:
Tayangan Slide
Refleksi
(5 minit)

Nilai dan rumusan

1. Guru meminta murid merumuskan
pelajaran.

2. Guru membuat penegasan terhadap
rumusan yang diberikan oleh murid.

3. Guru meminta murid menyatakan
nilai yang diperolehi.



1. Murid merumuskan pelajaran.


2. Murid mendengar rumusan murid
dengan tekun.

3. Murid menyatakan beberapa nilai
yang diperolehi.



KBKK:
Membanding beza

Teknik:
Syarahan

Nilai:
Kesyukuran

You might also like