You are on page 1of 12

TUTORIAL 6 :

Pelajar melaksanakan aktiviti membina kemahiran asertif seperti


dalam Lampiran 3 secara berkumpulan.
Pelajar dan pensyarah merumuskan cara terbaik dalam membina
kemahiran asertif.
Situasi 1
Victor tidak membuat kerja kerja kursus dalam kelas. Victor
menyembang dalam kelas dan terus bercakap dengan rakan sebelah.
Semasa anda memeriksa pelaksanaan pelajar dalam kelas, Victor masih
mencipta kertas kapal terbang.
Situasi 2
Anda telah mendengar dua orang pelajar anda yang
saling menghina, mereka kelihatan tidak marah
sebaliknya lebih kepada memperbodohkan pihak yang
lain. Akan tetapi di sekeliling mereka terdapat
beberapa orang pelajar yang berkumpul di situ, mereka
kemungkinan besar sedang menggalakan kedua-dua
pelajar itu berlawan.
Situasi 3
Semasa anda memulakan kelas, anda memerhati
Daphne makan Twinkie, makanan adalah tidak
dibenarkan dalam kelas. Apabila Daphne mendapati
anda menegur dia, dia masih makan Twinkie dan ambil
satu packet lagi.
Situasi 4
Semasa sesi perbincangan dalam kelas, Susan dan Kris
tidak menumpukan perhatian, sebaliknya mereka
berbisik-bisik serta ketawa terbahak-bahak. Anda
telah mendapati bahawa perbuatan mereka ini telah
menjejaskan penumpuan pelajar-pelajar lain. Anda
amat gelisah dengan bagaimana boleh menarik
perhatian semua pelajar untuk terus pengajaran anda.
Situasi 5
Anda tidak menghadiri kelas semalam, murid-murid
anda telah memberi masalah kepada guru ganti,
menurut guru ganti itu, ramai murid dalam kelas tidak
memberi kerjasama kepada beliau, 4 hingga 5 orang
murid telah ke tandas sewaktu kelas dan tidak balik
ke kelas sehingga kelas tamat, kelas juga huru-hara
sehingga mendapat perhatian daripada guru besar.
Sedar bahawa perubahan adalah
diperlukan dan memelihara hak-hak
Ramai yang diambil kesempatan berasa tertekan tetapi sukar berkata
tidak.
Tidak apa yang dapat diubah melainkan sesorang itu menyedari haknya
dan menuntutnya.
Perubahan ini akan membolehkan sesorang itu lebih asertif dan berani
untuk mempertahankan hak-haknya.

Memikirkan cara yang membolehkan anda
tenang dan asertif walaupun dalam apa-apa
situasi
Menjadikan seseorang yang asertif sebagai teladan (memerhati
bagaimana orang lain menangani sesuatu situasi).
Meluahkan perasaan anda.
Bersikap positif dengan matlamat anda.
Pastikan permintaan anda adalah wajar (mengambil keperluan orang lain).
Latihkan diri supaya asertif
Menjalankan aktiviti main peranan dengan
kawan/Menggunakan imaginasi sendiri untuk bayangkan
keadaan dan cara mengatasi sesuatu keadaan.
Selalu tenang dan mengulangi perkara yang ingin
disampaikan secara ringkas sehingga orang lain
mendapat mesej tersebut.
Mengambil giliran dengan kawan untuk meluahkan
perasaan, pendapat dan hasrat.
Mengamalkan sikap asertif
dalam kehidupan sebenar
Mula berlatih kemahiran asertif dalam situasi yang
kurang tekanan dan lebih mudah, seperti tawar-
menawar dengan penjual, tanya orang asing cara untuk
ke tempat yang ingin ditujui
Anda juga boleh cuba untuk memberi pujian kepada
orang lain apabila mereka melakukan dengan baik.

You might also like