You are on page 1of 24

MOHAMAD NIZAM BIN ASMUNI (BPM)

AHMAD NASZERI BIN SALLEH (BPM)


YUNUS BIN ADAM (UPM)
AZHAR BIN YAACOB (UPM)
MOHD HAFIZ BIN ROSLI (UPM)
*Sukan ragbi merupakan sukan tumpuan di Malaysia. Bukan sahaja
atlet junior malah atlet ragbi senior, kebangsaan atau yang
mewakili negara juga tidak mempunyai norm yang boleh
dijadikan panduan dan penilaian dalam pemilihan barisan atlet.
Di peringkat sekolah seperti MRSM juga masih tiada norm yang
boleh dirujuk dan digunakan dalam pemilihan atlet ragbi di
sekolah.

*Justeru langkah mewujudkan norm diperingkat menengah
(MRSM) ini boleh menjadi perintis kepada norm atlet kebangsaan
kelak. MRSM juga telah melahirkan beberapa orang pelajar
(MRSM Kuala Terengganu) yang telah berjaya menyarung jersi
pasukan ragbi kebangsaan (Mewakili Malaysia) bagi peringkat
umur bawah 16 dan 18 tahun bagi tahun 2011, 2012 dan 2013
selain daripada sentiasa mempunyai ramai pemain yang
mewakili pasukan MSSM Terengganu MSSM Peringkat kebangsaan
semenjak tahun 2001 hingga 2012.
*Masih tiada norm atau standard prestasi fizikal
bagi atlet ragbi di Malaysia dan situasi ini
menjejaskan pelaksanaan pembangunan sukan
ragbi di Malaysia (Chong, et. al 2011).
Keperluan untuk memunyai norm prestasi
fizikal penting untuk jurulatih melakukan
perancangan program latihan pasukan ragbi.

1. Untuk menentukan ciri-ciri fizikal atlet ragbi
di MRSM
2. Untuk mewujudkan norm prestasi fizikal atlet
ragbi di MRSM
3. Untuk melihat tahap fizikal dan kecergasan
atlet MRSM berbanding atlet ragbi lain mengikut
peringkat umur.

* Sukan ragbi merupakan sukan yang penuh dengan disiplin dan banyak
melibatkan kekuatan, kepantasan, ketangkasan, ketahanan dan semangat yang
jitu. Walaupun kurang popoular jika dibandingkan dengan sukan bolasepak dan
badminton, sukan ragbi masih cukup popular di peringkat universiti dan sekolah
menengah di Malaysia. Walau bagaimanapun, tiada sebarang norm prestasi
fizikal atlet ragbi pernah diwujudkan samada diperingkat rendah atau elit.
* Satu kajian rintis (pilot test) telah di buat oleh pihak Akademi Sukan UPM dalam
usaha mewujudkan norm prestasi fizikal atlet semi-professional ragbi bagi
menentukan ciri-ciri fizikal dan prestasi fizikal pemain ragbi di Malaysia (L.C
Chong et.al 2011).
* Sukan ragbi mendapat perhatian yang meluas di luar negara contonya di
Australia, New Zealand dan Afrika Selatan. Negara tersebut yang juga pernah
menjadi juara dunia ragbi mempunyai norm prestasi fizikal, bukan sahaja
diperingkat elit malah atlet di peringkat junior.
* Kajian yang dijalankan bukan hanya melihat kepada norm prestasi fizikal
keseluruhan pemain ragbi malah melihat kepada norm berdasarkan posisi
pemain dalam pasukan seperti forwards dan backs (Gabbett T, 2002 dan 2008).

Subjek

*Subjek terdiri daripada atlet ragbi dari lima buah MRSM
(Kuala Terengganu, Alor Gajah, Batu Pahat, Felda dan Tun
Abdul Razak)
*Segala risiko dan kelebihan penilaian fizikal yang
dilakukan dimaklumkan secara terperinci kepada pelajar,
ibubapa dan pihak sekolah.
*Segala prosedur yang dilakukan adalah mendapat
kelulusan daripada jawatankuasa etika di Universiti Putra
Malaysia dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Penilaian Kecergasan dan fizikal


*Semua maklumat demografik pemain ragbi sekolah akan
direkodkan (berat, tinggi, berat badan, BMI, peratusan lemak
badan, posisi pemain, kekerapan latihan, pengalaman
bermain dll).

*Menjalankan penilaian prestasi fizikal dalam beberapa aspek
seperti kekuatan otot (vertical jump), kelajuan (sprint 10m,
20m, 40m), ketangkasan (illinois/semo agility), kekuatan
maksimum aerobik (VO2max) (multistage fitness test) dan
aspek yang lain sepertin fleksibiliti, kepekaan dan ketahanan
(kaedah terperinci bagi setiap ujian akan diterangkan kepada
subjek sebelum ujian penilaian dilaksanakan).

*Semua subjek dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti
/ latihan yang berintensiti tinggi sekurang-kurangnya 2 hari
sebelum penilaian prestasi fizikal.


Analisis statistik

*Semua data yang diperolehi dalam kajian ini akan di
analisis dengan menggunakan SPSS. Analisis varians
ANOVA dan T test akan dilakukan, keputusan adalah
signifikan sekiranya nilai p<0.05. Analisis post Hoc akan
dilakukan untuk membandingkan kumpulan yang
signifikan tersebut.


*Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh
semua pihak yang berkaitan dengan sukan khususnya
pihak MARA dan MRSM sendiri dalam pemilihan atlet
khususnya atlet ragbi pada masa akan datang dengan
lebih objektif dan effektif.
*Norm ini juga boleh dijadikan norm asas bagi Program
Pencarian Bakat (Program Talent ID) yang akan digunakan
oleh kementerian/jabatan/persatuan/badan/kelab
berkaitan sukan di Malaysia.
*Norm ini juga boleh menjadi penanda aras kepada norm
prestasi fizikal bagi sukan selain sukan ragbi di Malaysia.

*Jadual 1 dan 2 menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan di antara atlet lelaki
ragbi bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun terhadap
ketinggian, berat, indeks jisim badan (BMI),
peratusan lemak, peratusan otot dan jumlah lemak.
*Ini menunjukkan dapatan ini konsisten dengan umur
dan saiz badan atlet tersebut dan ukuran
antropometri atlet bawah 18 tahun lebih tinggi
berbanding atlet ragbi bawah 15 tahun.

Bagi atlet ragbi wanita pula, tiada perbezaan yang signifikan di antara atlet
bawah 18 tahun dan 15 tahun dari segi antropometri selain peratusan lemak.
*Hasil analisis dapatan juga mendapati bahawa perbezaan
yang signifikan diantara atlet ragbi lelaki bawah 18 tahun
dengan bawah 15 tahun hanya pada kekuatan genggaman
tangan (kiri dan kanan) dan kuasa anaerobik serta indeks
keletihan mereka. Walaupun saiz badan atlet bawah 15
tahun lebih kecil berbanding atlet bawah 18 tahun tetapi
tahap kecergasan mereka tidak berbeza (Seperti jadual 3 di
bawah).

*Bagi atlet ragbi wanita pula, perbezaan yang signifikan
antara atlet bawah 18 tahun dan 15 tahun adalah terhadap
daya tahan otot (sit up), kelenturan (sit & reach), kuasa
maksimum (anaerobic) dan ketahanan aerobik (VO
2
max)
(seperti jadual 4 di bawah).
*Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa masih
terdapat jurang yang ketara bagi faktor fizikal
antara atlet ragbi MRSM dan atlet di Negara lain.
Namun begitu masih ada ruang dan masa untuk
atlet ragbi MRSM mempertingkatkan lagi keupayaan
fizikal dengan melakukan latihan yang terancang
dibantu oleh guru/jurulatih.
*Dengan adanya norm yang telah dihasilkan ini
adalah diharapkan agar dapat membantu pihak
MRSM membuat penilaian terhadap atlet ragbi
mereka dan seterusnya membuat perancangan
jangkamasa panjang tengan lebih terperinci dan
sistematik.
* Gabbett T, Kelly J, Pezet T (2008). A comparison of fitness and skill
among playing positions in sub-elite rugby league players. J Sci Med
Sport. Nov;11(6):585-92.
* Gabbett TJ. Physiological characteristics of junior and senior rugby
league players (2002). Br J Sports Med ;36:3349.
* Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (2010). Kajian Penglibatan
Golongan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan. (unpublished report in
Malay).
* Hoffman, J. (2006). Norms for fitness, performance, and health.
HumanKinetics
* Chong, L.C., Yaacob, A., Rosli, M.H., Adam, Y., Yusuf, A., Omar-
Fauzee, M.S., Sutresna, N., (...), Nazrul-Hakim, M., (2011). Physical
evaluation of selected Malaysian national rugby players, Proceedings
of World Academy of Science, Engineering and Technology 74, pp.
1021-1025.



*TERIMA KASIH

You might also like