You are on page 1of 42

Siti Aishah Rahmat dan Kamisah Osman

Universiti Kebangsaan Malaysia


aishahrahmat2012@gmail.com
KESEDIAAN GURU
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
SEKOLAH RENDAH DAERAH SABAK BERNAM
DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH

ABSTRAK
Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah menimbulkan pelbagai respon rakyat Malaysia
terutamanya dalam kalangan ibu bapa, guru dan pihak berkepentingan berikutan kurangnya
kajian yang menjustifikasikan bahawa guru telah bersedia melaksanakan penilaian berasaskan
sekolah (PBS). Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesediaan guru Dunia Sains dan
Teknologi (DST) Sekolah Rendah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Kajian
kuantitatif ini melibatkan 72 orang guru Dunia Sains dan Teknologi sekolah rendah dalam
daerah Sabak Bernam. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 5
bahagian iaitu maklumat demografi guru, kesediaan guru membina instrumen pentaksiran,
membuat persiapan pentaksiran, melaksanakan pentaksiran dan membuat penilaian
pentaksiran. Skala Likert bernombor ganjil digunakan dalam pengukuran. Analisis deskriptif
digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang tahap kesediaan guru dan analisis
inferensi pula menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian ANOVA satu hala. Dapatan kajian
menunjukkan kesediaan guru DST sekolah rendah dalam melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
signifikan kesediaan guru DST dalam melaksanakan PBS antara jantina, lokasi, bidang ilmu
dan tempoh berkhidmat. Implikasi kajian ini dijangka dapat memberi penanda aras terhadap
kesesuaian kursus-kursus yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selama tiga
tahun pelaksanaan KSSR dan membolehkan sebarang strategi penambahbaikan dirangka bagi
meningkatkan kesediaan guru melaksanakan PBS.
Kata kunci: Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kesediaan, Dunia Sains dan Teknologi

1.0 PENDAHULUAN
1.0 PENDAHULUAN


Tema Dunia Sains dan Teknologi yang telah menggantikan mata pelajaran Sains
bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan
kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu
sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan
nilai murni (Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012). Bagi memenuhi tujuan yang lebih
berdaya saing ke arah abad ke-21 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mentransformasi kurikulum sedia ada dengan memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang telahpun dilaksanakan hampir 3 tahun secara soft
landing menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Berbeza dengan KBSR
yang menggunakan peperiksaan sebagai alat pengukuran pencapaian murid, KSSR
menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai alat pengukuran yang
memberi autonomi kepada guru untuk menilai murid sepanjang proses pembelajaran
(Lembaga peperiksaan Malaysia. 2012).

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN
Weeden, Winter and Broadfoot (2002), Steven dan Castelijns (2001) Wilson (2005).
PEMBERIAN AUTONOMI KEPADA GURU DALAM
PBS
RESPON NEGATIF
PENILAIAN YANG RAPUH

TIADA SOALAN
STANDARD UNTUK
SEMUA

SEBATI DENGAN
PENILAIAN
PERBANDINGAN
BIAS
KURANG PERCAYA

~Siti Khadijah. 2013)
``masalah global``
``menggantikannya dengan guru bukan opsyen sedia ada di sekolah namun tindakan ini dilihat tidak profesional``

~ Senarai Perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran. 2007), kekurangan guru terlatih
yang di bidang seperti Sains menyebabkannya diisi oleh guru tidak terlatih dalam bidang itu dan sudah tentu
mempengaruhi mutu pelajaran. Ini kerana kelayakan pengkhususan bidang akademik dan kelayakan professional
membolehkan seseorang guru mengajar mengikut bidang latihan yang.

Ishak dan Koh Boh Boon (2007) menyatakan untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan memperkembangkan
kemahiran-kemahiran memerlukan jangkamasa latihan yang panjang.

Wilson (2005) menyimpulkan kesediaan guru yang tinggi boleh menjadikan guru tersebut berkeyakinan dan
seterusnya menjadi guru yang efisien dalam melaksanakan tugas.

Abdul Zubir (2007) menunjukkan hampir 50% guruguru masih belum menerima latihan dan taklimat khusus
berhubung dengan PBS.
PENYEDIAN SUMBER MANUSIA
GURU DST BERKUALITI
Situasi di sekolah yang tidak menjanjikan guru-guru opsyen Sains sebagai guru mata pelajaran Dunia
Sains dan Teknologi.
1.2 KERANGKA KONSEPTUAL
DEMOGRAFI GURU IAITU JANTINA, BIDANG ILMU, LOKASI SEKOLAH DAN TEMPOH BERKHIDMAT
KECEKAPAN GURU SAINS MELIPUTI KECEKAPAN SAINTIFIK (PENGETAHUAN) DAN KECEKAPAN MANIPULATIF
(KETERAMPILAN). PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MELIPUTI MEMBINA REKABENTUK,
MELAKUKAN PERSIAPAN, MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN MELAKUKAN PENILAIAN.
Demografi guru
Jantina
Bidang ilmu
Tempoh
berkhidmat
Lokasi sekolah

Kemahiran
manipulatif
Kemahiran saintifik




Membina rekabentuk
pentaksiran




Melaksanakan P&P
pentaksiran




Melakukan Penilaian
Pentaksiran




Melakukan persiapan
pentaksiran





Kerangka konseptual diubahsuai dari Arends dan Fried (dalam Jimmi Copriady 2011)
1.3 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesediaan guru Dunia Sains dan Teknologi sekolah rendah
dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap kesediaan guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam
mata pelajaran Sains dari aspek:
1.1)Membina reka bentuk pentaksiran
1.2)Melakukan persiapan pentaksiran
1.3)Melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran
1.4)Melakukan penilaian pentaksiran
2. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan jantina.
3. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan kesediaan guru DST dalam melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan bidang ilmu.
4. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan kesediaan guru DST dalam melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan tempoh berkhidmat.
5. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan kesediaan guru DST dalam melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan lokasi sekolah.

2.0 KAJIAN LITERATUR.

pendekatan berpusatkan pelajar
membina tiga jenis kemahiran yang dianggap laris di sektor
pekerjaan (Abdullah Ibrahim 2008)
pengetahuan
kemahiran
interpersonal
kemahiran dalam work
related area
Pentaksiran berasaskan sekolah umumnya dilihat berpotensi bagi menghasilkan. Ini kerana
pentaksiran berasaskan sekolah terbukti dapat memberi ruang yang sebanyak mungkin kepada
pelajar untuk mempelajari konsep, proses dan ruang bagi percambahan idea melalui pelbagai
bentuk pembelajaran (English. 2000).
ISU PBS DI MALAYSIA
Malaysia dilihat masih mengalami konflik seperti di Hong Kong
seperti mana kajian McTighe (2001)

Konflik wujud diantara sistem peperiksaan yang sudah lama
dipraktikkan dengan sistem instruksional berdasarkan rubrik dan
portfolio.

Guru-guru yang masih baru dengan sistem pentaksiran
berasaskan sekolah juga mungkin menghadapi masalah dalam
membuat penilaian berdasarkan beberapa jenis hasil kerja
pelajar seperti penulisan kreatif, reka bentuk projek dan ujian
lisan berbanding dengan penilaian lama yg mempunyai bukti
konkrit berdasarkan markah peperiksaan.

RUBRIK DAN PBS
STEVENS DAN LEVI (2005)
penilaian perlu dibuat terhadap kompetensi pelajar dalam kemahiran generik, sebuah
rubrik yang standard,mempunyai kriteria dan penanda aras diperlukan.
Bertepatan dengan apa yang disarankan oleh Stevens dan Levi, Lembaga Peperiksaan
Malaysia (2012) telah mengeluarkan buku panduan yang bertindak sebagai rubrik
pentaksiran berasaskan sekolah sebagai asas penilaian yang perlu dipatuhi oleh guru
semasa membuat penilaian terhadap murid.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012) berkata Penjaminan kualiti merupakan piawaian
untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.
Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan
bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan
dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.
Melalui rubrik yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, guru-guru boleh
membina dan menambahbaik kesediaan mereka dalam melaksanakan pentaksiran
berasaskan sekolah.

3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 REKABENTUK KAJIAN
rekabentuk kajian tinjauan rentas silang berdasarkan aliran pendidikan, jantina, bidang
ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah. Ini adalah untuk mengkaji tahap kesediaan
guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan elemen
i) membina reka bentuk pentaksiran, ii) melakukan persiapan pentaksiran, iii)
melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran, iv) melakukan penilaian pentaksiran.
Kajian tinjauan rentas silang merupakan kajian penyelidikan yang melibatkan
pengumpulan data daripada satu sampel kajian pada satu peringkat dalam satu titik
masa (Cresswell. 2005).
Kajian tinjauan digunapakai dalam kajian ini berdasarkan kepada aplikasinya yang
membolehkan sesuatu isu dan persoalan diteliti daripada pelbagai perspektif
terutamanya dalam menghuraikan tahap kefahaman, persepsi dan sikap responden
berkenaan sesuatu isu yang dikaji (Chua. 2006).
Rekabentuk tinjauan juga membolehkan pengumpulan data dibuat secara terus supaya
data-data yang dikumpul boleh digunakan untuk menghuraikan fenomena-fenomena
yang wujud. Selain itu, rekabentuk kajian tinjauan menggunakan saiz sampel yang
besar, maka dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan
berkesan.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian melibatkan guru-guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran
Dunia Sains dan Teknologi di daerah Sabak Bernam.
Daripada keseluruhan populasi kajian ini, sebanyak 72 guru akan dijadikan sampel kajian.
Mengikut Cohen, Manion, dan Morrison (2001) dalam Chua (2006), penentuan saiz
sampel adalah berdasarkan aras kesignifikanan dan ralat persampelan. Penentuan saiz
sampel mengambil kira saiz populasi serta aras kesignifikanan pada p<0.05 (aras
kebolehpercayaan= 95%) dan p<0.01 (aras kebolehpercayaan 99%).
Mengikut Cresswell (2005) mencadangkan saiz sampel minimum bagi penyelidikan
tinjauan ialah 30 responden.
Daerah ini pula dipilih kerana mengandungi struktur demografi guru yang seimbang dan
dapat menggambarkan keseluruhan populasi Selangor yang terdiri daripada penduduk
bandar dan luar bandar(Chua. 2006).

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sepenuhnya
sebagai alat penting bagi mendapatkan data.
Menurut Cresswell (2005), rekabentuk tinjauan dengan soal
selidik merupakan alat kajian yang paling sesuai kerana
versatiliti, efisien, dan boleh membuat generalisasi kepada
populasi.
Selain itu, instrumen soal selidik mampu untuk merangkumkan
pelbagai masalah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang sikap, persepsi, kefahaman dan pengetahuan
responden(Chua. 2006).

3.4 KAJIAN RINTIS











Daripada keseluruhan analisis yang dijalankan, setiap konstruk mencatatkan nilai Cronbach Alpha
yang tinggi iaitu diantara 0.81 hingga 0.90. Nilai yang melebihi 0.6 menunjukkan item-item dalam
setiap konstruk instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunapakai
(Jamil 2002).


Bil. Bahagian Jumlah Item Nilai Cronbach Alpha Kosntruk
1 Kesediaan guru sains dalam melakukan persiapan PBS 14 0.90
2
Kesediaan guru sains dalam membina instrumen pentaksiran
PBS
10 0.85
3
Kesediaan guru sains dalam menjalankan pengajaran untuk
PBS
9 0.81
4
Kesediaan guru sains dalam menjalankan penilaian
berdasarkan PBS
11 0.84
KESAHAN
Analisis secara empirikal pula boleh dilakukan melalui pencarian korelasi
antara skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk berkaitan
(Jamil 2002). Ini bermakna darjah kesahan dapat ditunjukkan dengan
menggunakan kofisien korelasi.

Dalam konteks kajian ini, soal selidik yang digunakan telah diuji kesahannya
melalui analisis secara empirikal. Ini adalah kerana soal selidik yang
digunapakai adalah soal selidik yang telah dibangunkan dan digunapakai
oleh kajian-kajian lepas.Maka soal selidik ini telah mendapat pengesahan
kandungan daripada pakar.
4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan hasil analisis data kajian dan deskripsinya yang
meliputi
profil responden
analisis tahap kesediaan guru-guru Dunia Sains dan Teknologi dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut konstruk-
konstruknya.
Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, dan min digunakan untuk
menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Interpretasi
skor min digunakan untuk menentukan tahap konstruk-konstruk yang dikaji.
Selain itu, statistik inferensi iaitu ujian-T sampel tidak bersandar dan ANOVA
satu hala turut digunakan untuk menguji hipotesis kajian.

4.2 PROFIL RESPONDEN

Latar belakang Responden Frekuensi Peratusan
Jantina guru
Lelaki 22 30.6
Perempuan 50 69.4
Jumlah 72 100.0
Pengalaman
Kurang 5 Tahun 12 16.7
6 10 Tahun 17 23.6
11 15 Tahun 12 16.7
Lebih dari 15 Tahun 31 43.1
Jumlah 72 100.0
Kelulusan
Sijil 19 26.4
Diploma Pendidikan 33 45.8
Sarjana Muda Pendidikan 19 26.4
Lain-lain 1 1.4
Jumlah 72 100.0
Bidang Ilmu
Sains 41 56.9
Matematik 2 2.8
Bahasa Melayu 17 23.6
Bahasa Inggeris 3 4.2
Lain-lain 9 12.5
Jumlah 72 100.0
Lokasi Sekolah
Bandar 27 37.5
Luar Bandar 45 62.5
Jumlah 72 100.0
Menghadiri Kursus
Berkaitan PBS
Ya 68 94.5
Tidak 2 2.8
Tiada Data 2 2.8
Jumlah 72 100.0
4.2 PROFIL RESPONDEN

Daripada analisis deskriptif yang dijalankan, didapati seramai 22 orang (30.6%) guru lelaki dan 50
orang 69.4%) guru perempuan telah menjadi responden dalam kajian ini.
Dalam melihat kepada aspek pengalaman mengajar, responden yang mempunyai pengalaman
kurang daripada 5 tahun pengalaman terdiri daripada 12 orang (16.7%), pengalaman 5-10 tahun
terdiri daripada 17 orang (23.6%), 11-15 tahun 12 orang (16.7%) dan pengalaman mengajar
melebihi 16 tahun adalah seramai 31 orang (43.1%).
Dalam menilai kelulusan tertinggi para responden, majoriti responden mempunyai kelulusan
Diploma Pendidikan (45.8%) diikuti dengan kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan Peringkat
sijil, iaitu masing-masing dengan 19 orang responden (26.4%). 41 (56.9%) orang responden
merupakan guru dalam matapelajaran Sains.
62.5% responden adalah guru di sekolah luar bandar, manakala selebihnya adalah guru di
sekolah bandar.
Majoriti guru pernah menghadiri kursus yang berkaitan PBS, 2 orang tidak pernah menghadiri
kursus yang berkaitan, manakala 2 orang responden tidak memberikan maklumat berkaitan profil
ini.

4.3 TAHAP KESEDIAAN GURU-GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Aspek

Frekuensi dan peratusan
Skor min Sisihan Piawai Tahap
Skor min 1.00-2.33
(Rendah)
Skor min 2.34-3.66
(Sederhana)
Skor min 3.67-5.00
(Tinggi)
Kesediaan Guru Dalam
Melakukan Persiapan PBS
0
(0.0%)
10
(14.1%)
61
(85.9%)
3.990 .3473 Tinggi
Kesediaan Guru Dalam
Membina Instrumen
Pentaksiran PBS
0
(0.0%)
22
(31.0%)
49
(69.0%)

3.832 .3605 Tinggi
Kesediaan Guru Dalam
Melaksanakan Pengajaran
Untuk PBS
2
(2.9%)
26
(38.2%)
40
(58.8%)
3.688 .5858 Tinggi
Kesediaan Guru Dalam
Menjalankan Penilaian
Berdasarkan PBS
0
(0.0%)
13
(18.1%)
59
(81.9%)
3.928 .3712 Tinggi
Kesediaan Pelaksanaan PBS
0
(0.0%)
18
(25.4%)
53
(74.6%)
3.861 .3388 Tinggi
Kesediaan guru dalam melaksanakan PBS dikaji berdasarkan kostruk
kesediaan guru dalam melakukan persiapan PBS,
kesediaan guru dalam membina instrumen pentaksiran PBS,
kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran untuk PBS,
dan kesediaan guru dalam menjalankan penilaian berdasarkan PBS.

Didapati bahawa secara keseluruhannya tahap kesediaan
melaksanakan PBS dalam kalangan guru-guru adalah berada pada
tahap tinggi dengan skor min 3.861. Kesemua konstruk yang dikaji
ini juga menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi dalam kalangan
guru.
4.3 TAHAP KESEDIAAN GURU-GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
DALAM MENELITI TAHAP PERSETUJUAN
RESPONDEN KE ATAS SETIAP ITEM, ANALISIS
FREKUENSI ITEM TELAH DIJALANKAN
SEPERTI DALAM JADUAL 4.3, 4.4, 4.5 DAN 4.6.
Item Kesediaan Guru Dalam Melakukan Persiapan PBS
Kekerapan dan Peratus
Skor Min
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Saya memahami konsep PBS
0 (0.0%)
3
(4.2%)
13 (18.3%) 46 (63.9%) 9 (12.5%) 3.859
Saya memahami konsep pentaksiran sekolah
0 (0.0%)
4
(5.6%)
15 (20.8%) 43 (59.7%) 9 (12.5%) 3.803
Saya tahu menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS) 0 (0.0%)
0
(0.0%)
17 (23.6%) 39 (54.2%) 15 (20.8%) 3.972
Saya merasakan pengurusan evidens murid dalam PBS memakan banyak
masa 0 (0.0%)
0
(0.0%)
1
(1.4%)
23 (31.9%)
47
(65.3%)
4.648
Saya berbincang dengan rakan-rakan sekerja berkenaan konsep PBS
0 (0.0%)
0
(0.0%)
18 (25.0%) 44 (61.1%) 9 (12.5%) 3.873
Saya sentiasa bersedia berkongsi pengetahuan berkaitan konsep PBS
0 (0.0%)
1
(1.4%)
19 (26.4%) 42 (58.3%) 9 (12.5%) 3.831
Saya tahu menguruskan Fail Perkembangan Murid (FPM)
0 (0.0%)
1
(1.4%)
14 (19.4%) 49 (68.1%) 7 (9.7%) 3.873
Saya tahu menguruskan Fail Showcase (FS)
0 (0.0%)
1
(1.4%)
14 (19.4%) 51 (70.8%)
5
(6.9%)
3.845
Saya tahu yang setiap murid perlu mempunyai satu FPM yang mengandungi
evidens semua mata pelajaran 0 (0.0%)
0
(0.0%)
3
(4.2%)
50 (69.4%) 18 (25.0%) 4.211
Saya tahu setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod
Perkembangan Murid
1
(1.4%)
0 (0.0%)
2
(2.8%)
53 (73.6%) 15 (20.8%) 4.141
Setiap guru mata pelajaran bertanggunjawab mengemaskini evidens
pentaksiran 0 (0.0%)
0
(0.0%)
2
(2.8%)
42 (58.3%) 27 (37.5%) 4.352
Saya tahu FS perlu disediakan dari awal tahun kerana pentaksiran berjalan
sepanjang tahun 0 (0.0%)
12
(16.7%)
12 (16.7%) 40 (55.6%) 7 (9.7%) 3.592
Saya tahu evidens hendaklah diserahkan semula kepada murid setelah
direkodkan dalam SPPBS
1
(1.4%)
0 (0.0%)
7
(9.7%)
54 (75.0%) 9 (12.5%) 3.986
Saya tahu pelajar boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan
0 (0.0%)
2
(2.8%)
12
(16.7%)
50 (69.4%) 7 (9.7%) 3.873
JADUAL 4.3 ANALISIS KEKERAPAN DAN SKOR MIN ITEM
DALAM KONSTRUK KESEDIAAN GURU DALAM MELAKUKAN PERSIAPAN PBS
JADUAL 4.4 ANALISIS KEKERAPAN DAN SKOR MIN ITEM D
ALAM KONSTRUK KESEDIAAN GURU DALAM MEMBINAN INSTRUMEN PBS
Item Kesediaan Guru Dalam Melakukan Persiapan PBS
Kekerapan dan Peratus
Skor Min
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Saya mempunyai pengetahuan dalam membina instrumen pentaksiran
0 (0.0%) 13 (18.3%) 28 (38.9%) 28 (38.9%)
2
(2.8%)
3.268
Saya merasa selesa untuk membina instrumen pentaksiran yang pelbagai
bentuk
2
(2.8%)
21 (29.2%) 31 (43.1%) 15 (20.8%)
2
(2.8%)
2.916
Saya membuat persediaan rapi sebelum membina instrumen pentaksiran
0 (0.0%) 5 (6.9%) 13 (18.3%) 40 (55.6%) 13 (18.3%) 3.859
Saya merujuk kepada sukatan pelajaran bagi memastikan elemen yang
ditaksir adalah mengikut kehendak kurikulum
0 (0.0%) 0 (0.0%)
4
(5.6%)
47
(65.3%)
20 (27.8%) 4.225
Saya bersedia untuk mengikuti kursus pemantapan pembinaan instrumen
pentaksiran
0 (0.0%)
1
(1.4%)
3
(4.2%)
51 (70.8%) 16 (22.2%) 4.155
Saya berbincang dengan rakan-rakan sekerja bagi membina instrumen
pentaksiran
0 (0.0%)
4
(5.6%)
10 (14.0%) 50 (69.4%)
7
(9.7%)
3.845
Saya sentiasa bersedia berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan guru-
guru lain dalam mereka bentuk instrumen pentaksiran
0 (0.0%)
1
(1.4%)
15 (20.8%) 48 (66.7%)
7
(9.7%)
3.859
Saya tahu PBS ini merupakan pentaksiran bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif, afektif, psikomotor dan sosial.
0 (0.0%) 5 (6.9%) 0 (0.0%) 53 (73.6%) 13 (18.3%) 4.113
Saya tahu PBS mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif
0 (0.0%) 0 (0.0%) 8 (11.1%) 53 (73.6%) 10 (14.0%) 4.028
Saya tahu instrumen PBS perlu dipelbagaikan mengikut kesesuaian tahap
pelajar
0 (0.0%) 0 (0.0%) 9 (12.5%) 49 (68.1%) 13 (18.3%) 4.056
JADUAL 4.5
ANALISIS KEKERAPAN DAN SKOR MIN ITEM DALAM KONSTRUK KESEDIAAN GURU DALAM MENJALANKAN PENGAJARAN UNTUK PBS
Item Kesediaan Guru Dalam Melakukan Persiapan PBS
Kekerapan dan Peratus
Skor Min
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Saya mempunyai pengetahuan dalam menjalankan pengajaran mata
pelajaran sains untuk PBS
1
(1.4%)
4
(5.6%)
22 (30.6%) 42 (58.3%)
3
(4.2%)
3.583
Saya merasa selesa mengajar matapelajaran sains dengan perubahan
sistem pentaksiran pelajar
7
(9.7%)
14 (19.4%) 40 (55.6%) 8 (11.1%)
3
(4.2%)
2.806
Saya membuat persediaan rapi sebelum mengajar bagi memastikan
pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan
1
(1.4%)
2
(2.8%)
12 (16.7%) 39 (54.2%) 18 (25.0%) 3.986
Saya merujuk kepada sukatan pelajaran bagi memastikan pemahaman dalam
penyampaian ilmu pengajaran mengikut kehendak kurikulum
1
(1.4%)
1
(1.4%)
5 (6.9%) 42 (58.3%) 23 (32.0%) 4.181
Saya akan memastikan pengajaran dan penyampaian saya mampu
menyebabkan pelajar-pelajar mencapai band yang tinggi berdasarkan
penanda aras yang disediakan
1
(1.4%)
1
(1.4%)
7
(9.7%)
50 (69.4%) 13 (18.3%) 4.014
Saya bersedia untuk mengikuti kursus pemantapan pengajaran dan
pembelajaran bagi memantapkan lagi pengetahuan saya.
1
(1.4%)
2
(2.8%)
5 (6.9%) 53 (73.6%)
11
(15.3%)
3.986
Saya berbincang dengan rakan sekerja bagi membuat refleksi isi kandungan
pengajaran
1
(1.4%)
7
(9.7%)
18 (25.0%) 43 (59.7%)
3
(4.2%)
3.569
Saya selalu menganalisis pencapaian pelajar untuk tindakan susulan
1
(1.4%)
9 (12.5%)
25
(34.7%)
35 (48.6%)
2
(2.8%)
3.389
Saya mempunyai pengatahuan dalam menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar.
1
(1.4%)
1
(1.4%)
22 (30.6%)
44
(61.1%)
4
(5.6%)
3.681

JADUAL 4.6 ANALISIS KEKERAPAN DAN SKOR MIN ITEM DALAM KONSTRUK KESEDIAAN GURU DALAM
MENJALANKAN PENILAIAN BERDASARKAN PBS
Item Kesediaan Guru Dalam Melakukan Persiapan PBS
Kekerapan dan Peratus
Skor Min
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Saya mempunyai pengetahuan dalam menjalankan penilaian berasaskan
PBS
0 (0.0%)
4
(5.6%)
33 (45.9%) 31 (43.1%)
4
(5.6%)
3.486
Saya boleh mengendalikan ujian-ujian mengikut band yang telah
ditetapkan
0 (0.0%) 5 (6.9%) 35 (48.6%) 28 (38.9%)
4
(5.6%)
3.403
Saya berkemahiran membuat analisis pencapaian pelajar mengikut band
yang telah ditetapkan
1
(1.4%)
10 (14.0%) 42 (58.3%) 18 (25.0%)
1
(1.4%)
3.139
Saya tahu pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran,
penggal, bulan atau tahun
0 (0.0%)
2
(2.8%)
15 (20.8%) 49 (68.1%) 6 (8.3%) 3.819
Saya tahu pentaksiran formatif perlu dijalankan pada seiring dengan
proses pengajaran dan pembelajaran
0 (0.0%) 13 (18.3%) 50 (69.4%) 9 (12.5%) 0 (0.0%) 3.944
Saya tahu bahawa murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu
berdasarkan keupayaan, kebolehan bakat, kemahiran dan potensi diri
tanpa dibandingkan dengan orang lain
0 (0.0%)
1
(1.4%)
3
(4.2%)
53 (73.6%) 15 (20.8%) 4.153
Saya tahu band 6 adalah band tertinggi manakala band 1 adalah band
terendah
0 (0.0%) 0 (0.0%)
1
(1.4%)
25
(34.7%)
47 (65.3%) 4.639
Saya tahu deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci
yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran
0 (0.0%) 0 (0.0%)
2
(2.8%)
42 (58.3%) 28 (38.9%) 4.361
Saya tahu murid perlu ditaksir berdasarkan penanda aras yang terdapat
dalam standard prestasi
0 (0.0%) 0 (0.0%)
4
(5.6%)
44
(61.1%)
22 (33.4%) 4.264
Saya tahu bahawa pelajar mesti menguasai setiap deskriptor untuk
menentukan band yang dicapainya
0 (0.0%) 0 (0.0%)
1
(1.4%)
50 (69.4%) 22 (32.0%) 4.278
Saya tahu pelajar perlu ditaksir semula sehingga pelajar menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang dinilai.
0 (0.0%) 6 (8.3%)
14
(19.4%)
46 (63.9%) 6 (8.3%) 3.722
4.4.0 Perbezaan Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan PBS Berdasarkan Jantina

Jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Kesediaan guru dalam
melaksanakan PBS
Lelaki 22 3.9439 .42441 .09048
Perempuan 50 3.8240 .29087 .04114

Levene's Test for Equality
of Variances
t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed)
Mean
Difference
Kesediaan guru dalam
melaksanakan PBS
Equal variances
assumed
1.276 .262 1.392 70 .168 .11985
Equal variances not
assumed
1.206 30.028 .237 .11985
Jadual 4.7b Ujian-T sampel tidak bersandar
Jadual 4.7a
Analisis deskriptif bagi kesediaan guru dalam melaksanakan PBS antara guru lelaki dan
perempuan
4.4.1 Perbezaan Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan PBS Berdasarkan Lokasi
Sekolah

Berdasarkan analisis ujian Lavene, nilai signifikan yang dicatatkan adalah
0.141. Nilai ini adalah lebih besar berbanding nilai signifikan piawai 0.05.
Maka hipotesis nol analisis lavene diterima dan dirumuskan tidak terdapat
perbezaan kehomogenan varians yang dicatatkan oleh sampel. Selain itu,
berdasarkan ujian-T sampel tidak bersandar mendapati nilai signifikan ujian
yang dicatatkan adalah 0.172. Nilai ini adalah lebih besar berbanding nilai
signifikan piawai p<0.05. Maka, hipotesis nol ujian ini diterima dan
dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan siginifikan skor min kesediaan
guru dalam melaksanakan PBS antara guru yang mengajar di sekolah
bandar dan luar bandar sig (t= -1.379, df=70) = 0.172.

Sekolah N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Kesediaan guru dalam
melaksanakan PBS
Bandar 27 3.7900 .22591 .04348
Luar Bandar 45 3.9030 .38746 .05776
Jadual 4.8a
Analisis deskriptif bagi kesediaan guru dalam melaksanakan PBS antara guru yang mengajar
di bandar dan luar bandar

Levene's Test for Equality
of Variances
t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed)
Mean
Difference
Kesediaan guru dalam
melaksanakan PBS
Equal variances
assumed
2.213 .141 -1.379 70 .172 -.11303
Equal variances not
assumed
-1.563 69.971 .122 -.11303
Jadual 4.8b Ujian-T sampel tidak bersandar
4.4.2 Perbezaan Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan PBS Berdasarkan Bidang Ilmu

Hasil analisis ujian Lavene menunjukkan nilai signifikan kajian adalah 0.002.
Nilai ini adalah lebih kecil berbanding nilai signifikan piawai iaitu 0.05. Maka,
hipotesis nol ujian Lavene ini ditolak, dan hasil merumuskan bahawa
terdapat perbezaan signifikan varians pemboleh ubah bergerak balas antara
kumpulan yang dikaji. Maka, prasyarat untuk menjalankan analisis ANOVA
satu hala tidak dipenuhi. Walau bagaimanapun, menurut Pallant (2007),
analisis ANOVA satu hala masih boleh dijalankan dengan menetapkan tahap
signifikan ujian kepada 0.025. Berdasarkan hasil analisis mendapati nilai
signifikan adalah 0.029. Nilai ini adalah lebih besar berbanding 0.025
(p<0.05). Maka hipotesis nol Ho diterima dan dapatan merumuskan bahawa
tidak terdapat perbezaan skor min kesediaan guru dalam melaksanakan
PBS antara guru yang mempunyai bidang ilmu yang berbeza. [F(4, 71)=
3.160; p= 0.029].

N Mean Std. Deviation Std. Error
95% Confidence Interval for Mean
Lower Bound Upper Bound
Sains 41 3.8848 .22005 .03437 3.8153 3.9542
Matematik 2 4.0747 .34557 .24435 .9699 7.1795
Bahasa Melayu 17 3.7128 .38093 .09239 3.5169 3.9086
Bahasa Inggeris 3 3.5322 .82143 .47425 1.4916 5.5727
Lain-lain 9 4.0921 .37539 .12513 3.8035 4.3806
Total 72 3.8607 .33876 .03992 3.7811 3.9403
Jadual 4.9a
Analisis deskriptif bagi kesediaan guru dalam melaksanakan PBS antara guru yang
mempunyai bidang ilmu yang berbeza
Levene Statistic df1 df2 Sig.
4.611 4 67 .002
Jadual 4.9b
Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Lavene
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 1.293 4 .323 3.160 .029
Within Groups 6.855 67 .102
Total 8.148 71
Jadual 4.9c
Analisis ANOVA satu hala bagi kesediaan guru dalam melaksanakan PBS antara guru
yang mempunyai bidang ilmu yang berbeza
4.4.3 Perbezaan Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan
PBS Berdasarkan Tempoh Guru Berkhidmat

Hasil analisis ujian Lavene menunjukkan nilai signifikan adalah 0.065. Nilai ini
adalah lebih besar berbanding nilai signifikan piawai iaitu 0.05. Maka, hipotesis nol
ujian Lavene ini diterima, dan hasil merumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan
signifikan varians pemboleh ubah bergerak balas antara kumpulan yang dikaji.
Maka, prasyarat untuk menjalankan analisis ANOVA satu hala dipenuhi. Berdasarkan
hasil analisis kajian mendapati nilai signifikan adalah 0.268. Nilai ini adalah lebih
besar berbanding 0.05 (p<0.05). Maka hipotesis nol Ho diterima dan dapatan
merumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min kesediaan guru dalam
melaksanakan PBS antara tempoh berkhidmat guru yang berbeza. [F(3, 71)= 1.341;
p= 0.268].


N Mean Std. Deviation Std. Error
95% Confidence Interval for Mean
Lower Bound Upper Bound
Kurang dari 5 tahun 12 3.9949 .18854 .05443 3.8751 4.1147
5-10 tahun 17 3.7495 .32867 .07971 3.5805 3.9185
10-15 tahun 12 3.9075 .18376 .05305 3.7908 4.0243
lebih 15 tahun 31 3.8515 .41641 .07479 3.6988 4.0043
Total 72 3.8607 .33876 .03992 3.7811 3.9403
Jadual 4.10a
Analisis deskriptif bagi kesediaan guru dalam melaksanakan PBS antara tempoh berkhidmat guru
yang berbeza
Levene Statistic df1 df2 Sig.
2.525 3 68 .065
Jadual 4.10b Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Lavene
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups .455 3 .152 1.341 .268
Within Groups 7.693 68 .113
Total 8.148 71
Jadual 4.10c
Analisis ANOVA satu hala bagi kesediaan guru dalam melaksanakan PBS antara tempoh
berkhidmat guru yang berbeza
KESIMPULAN
Daripada hasil analisis, dapat disimpulkan bahawa
tahap kesediaan guru dalam menjalankan PBS
berdasarkan kesemua konstruk yang dikaji adalah
berada pada tahap yang tinggi.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kesediaan guru dalam menjalankan PBS berdasarkan
jantina guru, lokasi sekolah, bidang ilmu dan tempoh
berkhidmat.

5.0 PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk mendapatakan maklumat tentang
kesediaan guru Dunia Sains dan Teknologi sekolah rendah dalam melaksanakan
Pembelajaran Berasaskan Sekolah. Perbincangan dapatan kajian adalah berdasarkan
analisis deskriptif dan inferensi.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesedian guru Dunia Sains dan Teknologi
sekolah rendah dalam melaksanakan PBS adalah tinggi .
Dapatan dilihat selari dengan hasil kajian oleh Lembaga Peperiksaan (2012) daripada
kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara
dalam talian pada September lalu mendapati kira-kira:
90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah didapati memahami
konsep dan cara melaksanakan PBS
kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah jelas tentang
konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS.
Melalui ke empat konstruk ini dapat di simpulkan :
Guru tahu dan memahami Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang mengaplikasi
pentaksiran berasaskan sekolah, matlamat dan objektif kurikulum. Ini kerana kurikulum
melakarkan tentang ruang lingkup bidang ilmu yang harus dipelajari oleh seseorang murid
dalam sistem pendidikan formal, konstruk yang ingin dibangunkan dalam diri
murid, meliputi ilmu dan kemahiran yang terkandung dalam mata pelajaran tersebut.
Guru juga didapati memiliki dan memahami ilmu dan kemahiran tentang pentaksiran
pendidikan, bagaimana mentaksir, apa yang perlu direkodkan, bagaimana merekod dan
bagaimana rekod disimpan.
Guru juga memahami bagaimana menghasilkan instrumen yang baik, kesahan dan
kebolehpercayaan, cara pemarkahan dan pengendalian pentaksiran supaya pentaksiran
yang dilakukan tidak bias dan adil.
Dapatan kajian juga menunjukkan guru berupaya menjalankan kerja secara berpasukan.
Ini kerana pentaksiran memerlukan maklumat yang menyeluruh daripada pelbagai
sumber yang boleh dipercayai untuk membolehkan pelaporan yang tepat dibuat.
Penyelarasan perlu dilakukan sebelum laporan akhir dibuat. Ini dapat menambahkan lagi
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang telah dibuat.
Guru boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan guru lain bagi menjamin pentaksiran
yang adil dan setara. Melalui kerjasama ini, guru boleh berkongsi ilmu dan kemahiran
bagi membolehkan guru melaksanakan pentaksiran dengan berkesan
Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kesediaan guru dalam menjalankan PBS berdasarkan jantina guru, lokasi sekolah, bidang
ilmu dan tempoh berkhidmat.
Dapatan ini disokong oleh Zamri et al. (2009) yang mendapati amalan gaya pengajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak dipengaruhi oleh sikap dan
tanggungjawab guru untuk menyesuaikan gaya pengajarannya dengan gaya
pembelajaran murid, bukan berdasarkan pada ciri demografi mereka seperti opsyen,
pengalaman dan sebagainya.
Pemahaman dan konsep pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi tema
Dunia Sains Dan Teknologi dilihat tinggi dalam kajian ini bagi guru berbeza jantina,
bidang ilmu, tempoh mengajar dan lokasi sekolah.
Ini menunjukkan sistem penyampaian maklumat bermula dari Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah seterusnya guru-guru
sebagai barisan hadapan melalui kursus-kursus yang dijalankan dilihat efektif.

Dapatan kajian ini pertamanya tidak selari dengan Zahorik (Zambri et al 2009), di mana
beliau mendapati bahawa gaya pengajaran guru dipengaruhi oleh ideologi dan
kepercayaan terhadap murid dan ilmu pengetahuan (bidang ilmu) dan juga Haberman
(Ahmad Zanzali. 2010) yang menyimpulkan guru tidak boleh mengajar mata pelajaran
yang mereka tidak kuasai kerana ia mendorong guru menjadi tidak berkeyakinan
mengajar.
Dapatan kajian juga tidak koheren dengan hasil kajian Jawatankuasa Kabinet terhadap
Perlaksanaan dasar pelajaran yang merumuskan guru yang tidak selari opsyen dengan
mata pelajaran yang di ajar, yang hanya bertujuan memenuhi kekosongan akibat
kekurangan guru opsyen pastinya mempengaruhi mutu pelajaran(Noraidaa. 2007). Ini
kerana tidak wujud perbezaan gaya pengajaran antara guru opsyen atau bukan opsyen
dalam kesediaan guru Dunia Sains danTeknologi dalam melaksanakan Pentaksiran
berasaskan sekolah .

Pelbagai kursus pemantapan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilalui oleh
guru juga dapat dibuktikan keberkesanannya apabila hasil kajian menunjukkan tiada
perbezaan signifikan terhadap kesediaan guru DST di bandar dan luar bandar dalam
memahami dan melaksanakn PBS. Ini menyangkal hasil kajian Zulkifli et al. (2011) yang
mendapati sekolah yang mempunyai demografi luar bandar dan pedalaman menghadapi
kesukaran dalam pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran kerana faktor capaian
maklumat melalui jaringan internet sekolah dan di rumah serta literasi digital ibu bapa dan
murid itu sendiri yang berbeza dengan persekitaran sekolah di kawasan bandar.

Dari segi faktor pengalaman dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor pengalaman
iaitu tempoh guru mengajar juga tidak signifikan terhadap semua konstruk yang dikaji.
Dapatan ini menyangkal dapatan kajian Grasha (Zamri et al. 2009) yang menunjukkan
bahawa gaya pengajaran ini dipengaruhi oleh jangka tempoh (pengalaman) profesion
guru-guru. Dapatan kajian ini juga tidak selari dengan Chapman et al, Eagly dan Johnson
serta Eagly dan Karau(Zambri et al. 2009) yang menyatakan jantina, pengalaman dan
perubahan masa memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya seseorang guru.
Dapatan juga tidak menyokong kajian Chapman et al. (Zamri et al. 2009) yang telah
mendapati pengalaman mengajar guru mempengaruhi corak perubahan gaya pengajaran
dalam kajian tersebut. Ini kerana tiada perbezaan yang signifikan dalam kesediaan guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam Pentaksiran berasaskan sekolah.
Dapatan juga tidak menyokong kajian Chapman et al. (Zamri et al. 2009) yang telah
mendapati jantina guru mempengaruhi corak perubahan kesediaan guru mengajar.

SIGNIFIKAN KAJIAN
Kajian tentang kesediaan guru Dunia Sains dan Teknologi dapat membantu
dalam memberi penjelasan kepada pihak berkepentingan tentang
tahap kesediaan guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan sekolah yang
genap tiga tahun pelaksanaannya.
.
Diharapkan kajian ini dapat menjawab persoalan oleh ibu bapa yang dilihat
masih meragui kesediaan guru menilai anak mereka menggunakan sistem
ini.
Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran tentang aspek
keberkesanan kursus yang telah dilaksanakan oleh setiap bahagian
pendidikan kepada guru sebagai barisan hadapan yang melaksanakan
sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Rujukan bagi kajian lanjut tentang keberkesanan pentaksiran dengan
menolak satu faktor kesedian guru dan memfokus faktor keberkesanan
instrumen PBS terhadap murid.

Rujukan:

Abdul Zubir Abdul Ghani. 2007. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Di Kalangan
Guru Tingkatan Tiga. Tesis Doktor Falsafah (Pendidikan). Universiti Malaya.

Abdullah Ibrahim. 2008. Pembelajaran berpusatkan pelajar dan kaitannya dengan pembangunan diri dan peluang pekerjaan.
Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia. Dicapai di http://umpir.ump.edu.my/943/1/27_Dr_AbdullahSCL.pdf
Chua Yan Piaw. 2006.Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Kaedah Penyelidikan, Buku 1. McGraw Hill Education (Malaysia)
Sdn. Bhd. pp 141-144
Cohen,L. Manion, L. dan Morrison, K. 2001. Research methods in education.London. Routledge Falmer.
Cresswell, J.W. 2005. Educational research, planning, conducting and evaluating qualitative and quantitative research. Ed.
Ke-2. Upper Saddle River, New Jearsey: Pearson Education, Inc. Number 4 (pp 125-146). Restou
English, F. W. 2000 Deciding what to teach and test. Developing, aligning and auditing the
curriculum. Corwin Press,Inc.
Jamil bin Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian. Tesis Dr. Fal, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jimmi Copriady. 2011. Persepsi kompetensi melaksanakan amali dalam kalangan guru kimia
sekolah menengah ats propinsi Riau, Indonesia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurs, S. G dan dan wiersma, W. 2005. Research methods in education. : An introduction. Boston. Pearson.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dicapai pada 15
November 2012; http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdf .
Lembaga peperiksaan Malaysia. 2012. Panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah.Kementerian Pelajaran
Malaysia
McTighe , J. 2001. Scoring rubrics in the classroom: using performance criteria for
assessing and improving student performance. London. Sage publication Ltd.

Mohd Sofi bin Ali. 2003. English language teaching in primary schools: Policy and implementation
concerns. atas talian <http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article70.pdf >
Noraida Mohamad Dahasan. 2007. Kesediaan guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup di sekolah-sekolah menengah daerah Kluang. Universiti Teknologi Malaysia.
NUTP. 2012. Kementerian Pelajaran diminta mengkaji semula silibus. Dicapai di
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130224/dn_28/
Sabar Afifudin , Ahmad Sobri, Mohd Taufek, Fatimah Zahra Zuazlina Mohd Sadri:
Suatu ulasan dalam pendidikan semasa. Dicapai di http://mahirppb.tripod.com/murid.html .
Siti Khadijah Ab Razak. 2013. Kesediaan bakal guru DPLI terhadap mata pelajaran reka cipta untuk
mengajar di sekolah menengah: Kajian di UTHM. Johor. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM.
Steven, L and Castelijns, J .2001. Reclaiming childrens motivation by responsive instruction.A Journal of
International Bureau Education. Atas talian www.ibe.unesco.org
Stevens, D. D. dan Levi, A. 2005 Introduction to Rubrics. Stylus Publishing.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelaksanaan PBS tidak bebankan guru.
Dicapai di http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_01/Pelaksanaan-PBS-tidak-
bebankan-guru
Weeden, P., Winter, J. & Broadfoot, P. 2002. Assessment. Whats in it for schools? RoutledgeFalmer.
Wilson, L. W. 2005 What every teacher needs to know about assessment. 2nd edition. Eye On Education
Inc.
Zamri Mahamod.,Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,. Juliawati Ibrahim. 2009. Perbandingan gayaguru Bahasa
Melayu dan guru Bahsa Inggeris. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 67 92

Zulkifli bin Abdul Hamid, Jamilah binti Othman, Aminah binti Ahmad danIsmi Arif bin
Ismail. 2011. Hubungan di antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri
Selangor.Jurnal of Islamic and Arabic education 3(2):31-40. Institut Pengajian Sains Sosial. Universiti Putra
Malaysia.

You might also like