You are on page 1of 2

Rujukan : http://enkalang90.wordpress.

com/kejurulatihan/ciri-ciri-dan-peranan-jurulatih/
CIRI CIRI JURULATIH YANG BAIK
1) Kecerdasan sukan/ Sport intelligence
Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu, jurulatih juga dapat
menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat. Jurulatih yang pandai telah melalui
pelbagai pengalaman yang akan digunakan sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet
dan sukan.
2) Dorongan / drive
Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini ialah, tidak
akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan. Jurulatih juga tidak
mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan dihadapi.
3) Penyabar
Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet
sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Peningkatan prestasi atlet
dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Jurulatih perlu menetapkan standard
pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila tidak mencapai sesuatu
matlamat.
4) Komitmen emosional
Jurulatih perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang masalah timbul, dapat
diatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan menggalakkan respon positif daripada atlet.
5) Berpengetahuan
Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun peraturan
keselamatan. Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik , pengetahuan berkenaan
isu sukan supaya prestasi atlet dapat meningkat.
6) Yakin
Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet. Hal ini
memudahkan jurulatih untuk member arahan .

PERANAN JURULATIH
Pengatur strategi
Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk mempastikan
pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.
Pengurus
Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.
Pereka bentuk
Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan kursus,merangka
strategi,penyempaian dan merancang penilaian.
Rakan
Rujukan : http://enkalang90.wordpress.com/kejurulatihan/ciri-ciri-dan-peranan-jurulatih/
Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk
meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit
Pendidik
Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain itu jurulatih
juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu selain membantu
menyelesaikan masalah yang melanda atlit.

Pelatih
Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih juga berperanan
meningkatkan kecergasan atlet.
Perangsang/ Motivator
Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan prestasi
terbaik
Penubuh tabung
Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan tabung,
contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana.

You might also like