You are on page 1of 15

EVIDENS

Sebahagian daripada komponen


reka bentuk standard prestasi

Perlu digunapakai bersama-sama
dengan dokumen standard prestasi
(SP) dan dokumen kurikulum
standard sekolah rendah(KSSR).

Disusun berdasarkan urutan band
dan diskriptor..Contoh B3D1E1

Untuk menilai penguasaan murid
mengikut pernyataan diskriptor.

Guru digalakkan membina evidens
sendiri mengikut kesesuaian
persekitaran murid.

PENGUJIAN
Pengujian menggunakan evidens
ini memerlukan kejelasan tujuan
dan matlamat.

Untuk memperbaiki prestasi
melibatkan maklum balas dan
refleksi pengajaran kepada guru
dan refleksi pembelajaran kepada
murid.

Boleh diubahsuai untuk kegunaan
pengujian secara
bertulis,lisan,pemerhatian, projek
atau amali.

Rekod penilaian yang dibuat oleh
guru adalah evidens pelaporan
tentang pencapaian murid kepada
ibubapa dan pihak
berkepentingan

PENTAKSIRAN
Boleh dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran atau
mengikut kesesuaian dan dilakukan
secara berterusan.

Dibuat berdasarkan kepada tahap
penguasaan murid
Membuat tindakan susulan
terhadap murid yang tidak
menguasai sesuatu evidens
dengan membuat pemulihan dan
mentaksir semula murid.

Direkod didalam SPPBS dan
disimpan dalam fail murid.

Dibina untuk mengukur tahap
pencapaian minima murid

Perlu mempelbagaikan bentuk
pentaksiran (bertulis, lisan,
pemerhatian atau projek) bagi
memastikan prestasi murid dapat
diukur secara holistik, seimbang
dan adil.
Penguasaan semua evidens
dalam diskriptor melayakkan
murid melepasi diskriptor
tersebut.

Murid mesti melepasi semua
diskriptor dalam suatu band bagi
melayakkan berada di band itu.
BAND 6

Penskoran evidens band 6
hendaklah dibuat dengan teliti
dan menitikberatkan kejituan
reka cipta, nilai-nilai estetika serta
kepentingan. (nilai murni perlu
diterapkan dalam hasil reka
ciptanya)

Tiada tugasan perlu diberikan
oleh guru kepada murid untuk
melakukan evidens di Band 6.
Tugasan bagi evidens Band 6
perlu dilakukan atas usaha dan
kehendak murid dengan
bimbingan minima guru.

Menggalakkan murid melakukan
evidens setelah murid tersebut
melepasi Band 5.

You might also like