You are on page 1of 5

PENGENALAN

Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan perdamaian kerana
perkataan Islam sendiri bermaksud aman dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak
menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah
atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah
Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib
mengangkat senjata utk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu seperti
mana ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas
menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya diserang oleh pihak
musuh spt kafir Quraisy Makkah yg memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan
umat Islam.
Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT dan konsep ini
berjaya melahirkan individu yg benar-benar mempunyai jati diri dan mampu
mempertahankan agama Islam.
Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt mempertahankan diri atau
meneguhkan kedudukan; mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan
negara; mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan melindungi hak asasi
kehidupan dan melindungi rumah ibadat. Dalam Islam, peperangan mempunyai
etikanya yg mampu memupuk disiplin tentera Islam.


ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM
Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3 mengikut situasi iaitu
etika sebelum peperangan, semasa peperangan dan selepas peperangan.
Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad atau berperang yg mesti
dipatuhi oleh tentera Islam ketika berperang. Etika utama peperangan dlm Islam
ialah mematuhi perintah Allah SWT serta mencari keredhaan-Nya.
Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk mempertahankan diri apb
diserang oleh musuh dan utk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan
merupakan jalan terakhir utk menyebarkan Islam.
Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau diajak kpd Islam,
berdamai atau berperang. Ini dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika
menggempur wilayah Hirah.
Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan peperangan sekiranya
diserang oleh musuh terlebih dahulu. Ini berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera
Islam hanya menunggu serangan drp musuh yg menceroboh barulah peperangan
dimulakan.
Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yg tdk
memiliki kekuatan dan daya usaha spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau
lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan
jizyah di zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk
mendatangkan ancaman kpd negara Islam.
Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong
pokok atau membakar rumah kecuali dlm keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa
Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini
terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif iaitu harta musuh Islam
langsung tdk diusik. Tentera Islam juga tdk boleh memerangi org yg sudah menyerah,
kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia
kpd pemerintah Islam.
Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg boleh mengaibkan
musuh spt tentera tdk boleh mencencang mayat atau musuh yg terbunuh seperti
mana yg telah dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah
ketika Perang Uhud.
Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi sebarang perjanjian damai
yg dimenterai. Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H telah
dipatuhi oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah memberi
kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran perjanjian inilah telah membolehkan Nabi
Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.
Etika seteruanya dlm peperangan ialah tentera Islam dikehendaki memberikan
layanan yg baik terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh
mereka. Ini merupakan salah satu cara berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi atau
Islam.
Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah mencadangkan agar musuh
yg ditawan dibunuh sahaja ttp Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah
baginda menggunakan cara diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dgn
ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah
atau menebus diri dgn sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata tlh
berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.
Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kpd ketua dan
tdk boleh meninggalkan medan peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam
juga membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangan krn perbuatan itu
termasuk dlm strategi peperangan.
Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan
secara adil mengikut ketetapan Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi
dlm peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti diagihkan secara
sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat dlm peperangan tersebut.


STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA
AL-RASYIDIN

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq tdk
mempunyai organisasi ketenteraan yg khusus dan tidak ada org tetap yg
menguruskan hal pertahanan dan ketenteraan.
Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan mrk tidak dibayar
gaji, cuma akan menerima habuan drp harta rampasan perang (ghanimah). Mrk
berperang secara suka rela dgn niat berjihad pada jalan Allah SWT.
Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan telah diwujudkan dan
semakin berkembang. Antaranya diwujudkan al-Diwan (daftar tentera);
membahagikan tentera kpd 2 iaitu tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera
sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun.
Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah berdasarkan sistem berbaris
(al-saf) yg diasaskan oleh baginda Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera
Islam dibhg kpd 2 barisan iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki dan
penunggang kuda bersenjatakan tombak,pedang dan perisai. Manakala barisan
belakang terdiri pasukan pemanah dan perisai.
Sistem Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam bertambah iaitu
tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg mengandungi 10 org tentera dan diketuai
oleh seorg Arif.
Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk, tentera Islam telah
disusun menggunakan sistem al-Kurdus yg ditiru drp sistem penyusunan tentera
Byzantine. Setiap kurdus (unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp
pasukan berkuda, pemanah dan tentera biasa.
Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera darat shj. Tentera laut
mula ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan dan diteruskan pada zaman
pemerintahan Islam yg seterusnya.
Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang busur dan panah,
pedang, tukul besi(diwarisi dari Parsi), kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal
(al-dabbabah), baju besi, perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan.
Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca drp pelaksanaan
pelbagai strategi bagi menewaskan musuh, sama ada cara bertahan, menunggu
ketibaan musuh atau menyerang mengikut sittuasi dan keadaan.
Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin ialah menguasai tempat strategik, kaedah bertahan,
menempatkan pasukan pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai
perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik mengepung dll.


STRATEGI ATAU TAKTIK DALAM PEPERANGAN

1. Menguasai Tempat Strategik
Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan menguasai tempat
strategik seperti menguasai kawasan punca air. Ini akan menyebabkan pihak musuh
akan terputus bekalan air sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu
pertahanan tentera Islam.
Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam seperti dalam Perang
Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah, walaupun tentera Islam hanya 313 org shj
berbanding tentera Quraisy Makkah berjumlah 1000 org.

2. Kaedah Bertahan
Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-Farisi mencadangkan
sebuah parit digali bagi melindungi Kota Madinah drp serangan musuh Islam.
Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Perang al-Ahzab (Khandak)
iaitu tentera Islam hanya 1000 org utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10
000 org. Parit telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah
dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj.
Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini telah menyebabkan
keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT
telah memecahbelahkan tentera musuh.

3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit
Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi meletakkan
pasukan pemanah di kawasan tinggi iaitu Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd
pasukan infantri.
Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu pasukan memanah
tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin Zuber berjaya dgn mudah mengalahkan
tentera musyrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid.
Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam telah kalah dlm Perang
Uhud ekoran mereka meninggalkan kedudukan di atas bukit utk memunggut
rampasan perang. Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah balas
sehingga tentera Islam kucar-kacir.

4. Kaedah Penyamaran
Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar bagi merisik maklumat
drp tentera musuh. Ketika Perang Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nuaim bin
Masud telah dihantar utk memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan
tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama
mereka.
Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan kelemahan musuh yg
bakal bakal dihadapi oleh tentera Islam. Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan
bermesyuarat dgn para sahabat sebelum berhadapan dgn musuh. Begitu juga dgn
tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya memakai pakaian biasa menunjukkan
bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.

5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh
Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah satu strategi perang spt
Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah.
Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan baginda krn menerima
syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun baginda tetap menerima
syarat perjanjian tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan
berpihak kpd Islam nanti.
Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian tersebut. Ini telah memberi
peluang kpd baginda Nabi dan tentera Islam yg berjumlah seramai 10 000 org utk
bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan darah.
6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka
Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka juga
merupakan salah satu strategi yg digunakan oleh tentera Islam seperti larangan oleh
Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Mutah. Strategi ini juga diteruskan oleh
pemerintah Khulafa al-Rasyidin.
Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dgn strategi musuh
yg akan mengorbankan lagi byk nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm
perang ini ialah Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi
Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan
menyerang secara bertubi-tubi ke atas pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin
Auf.
Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung kota atau sesuatu kawasan buat
seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan dari tempat musuh dan
bertindak melancarkan serangan.
Semasa perang ini, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan kpd penyokong Bani
Thaqif bahawa kebun mrk akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta
tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.

8. Perang Satu Lawan Satu
Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg digunakan oleh
tentera Islam dan juga bangsa Arab lain sebelum berperang secara besar-besaran.
Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat para pejuang lain
seperti mana yg digunakan ketika Perang Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi
telah keluar utk mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya perang secara besar-
besaran.

9. Merahsiakan Jumlah Musuh
Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika berperang, kaedah
merahsiakan jumlah sebenar musuh telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para sahabat utk berjuang
bermatian-matian demi agama, diri dan negara.

10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf
Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa barisan atau saf
bergantung kpd jumlah tentera yg ada. Barisan pertama biasanya diletakkan tentera
berjalan kaki (infantri) dan diikuti oleh pasukan pemanah.
Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk menguatkan lagi jentera
serangan dan memantapkan benteng pertahanan.

11. Membina Bandar atau Pusat Tentera.
Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau pusat tentera telah dibina
spt di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan
pencerobohan pihak musuh.
Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng pertahanan di samping
memperluaskan dakwah Islamiah dan mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di
kawasan berhampiran.
Tentera-tentera ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak dibenarkan melibatkan
diri dlm kegiatan lain.

12. Menggunakan Helah
Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh, tentera Islam mestilah
kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah,
Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api
yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok kayu. Ini telah menakutkan
musuh dan mrk telah berundur krn menyangkakan unggun api itu ialah jumlah
tentera Islam.
Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan perang digilat supaya
berkilat dan boleh memantulkan cahaya utk menakutkan musuh.
Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya musuh menyangkakan
tentera Islam kesemuanya muda dan mempunyai kekuatan yg luar biasa.

You might also like