You are on page 1of 24

PARLIMEN

MALAYSIA
Editor:
Noor Hidayah Yusuf
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
P A R L I M E N M A L A Y S I A
3
PARLIMEN MALAYSIA
Pendahuluan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen
di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan
telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaansistem
ini. Salah satukriteria sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian
dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman
dan Eksekutif (pentadbiran).
Fungsi-fungsi Parlimen
Meluluskan undang-undang
Membuat pindaan kepada undang-undang yang
sedia ada
Meluluskan cukai-cukai baru
Menyemak dasar-dasar kerajaan
Meluluskan bajet Kerajaan
4
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur
demokrasi kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat
melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia
yang merupakan badan penggubal undang undang
tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Mengikut Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil
Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai
kuasa istimewa untuk memberhentikan atau
membubarkan Parlimen. Baginda bagaimanapun tidak
mempengerusikan persidangan kedua-dua Dewan
tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua
1. Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
P A R L I M E N M A L A Y S I A
5
Dewan semasa perasmian Parlimen yang diadakan
setiap tahun. Sekiranya tidak dibubarkan lebih awal,
Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun dari
tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihan Raya
Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen
dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa
60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihan
Raya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan
Rakyat hendaklah diadakan dan Parlimen dipanggil
bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat
daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Dewan Negara
Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua
Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara
mestilah juga seorang Ahli Dewan Negara. Yang di-
Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan
yang hendaklah juga seorang Ahli Dewan Negara.
6
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah
seperti berikut:
bertanggungjawab mengawasi perjalanan
mesyuarat supaya berjalan dengan lancar;
memastikan perbahasan ada berkaitan dengan
perkara yang dibahaskan; dan
membuat keputusan mengenai Peraturan-
peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku
perbalahan.
Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua perlu
melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di
Dewan Negara tamat.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang
akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua
Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan
Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan
Yang di-Pertua Dewan Negara.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
7
Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (26 April
2010 hingga kini).
Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli. Dewan
Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:

26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili
oleh dua orangahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-
masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang
calon hendaklah:
warganegara Malaysia
tidak kurang dari 30 tahun
waras kiran
bukan seorang muis
tidak mempunyai rekod jenayah
8
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Tempoh jawatan seseorang Senator ialah untuk satu
penggal (tiga tahun) dan dihadkan kepada dua penggal
sahaja. Dewan Negara tidak terjejas dengan
pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara
dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah
mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-
masing, dalam perdagangan, industri, pertanian,
aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun
berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dalam
kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan
daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang
mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-
Pertua Dewan Rakyat.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
9
Fungsi-fungsi Yang di-Pertua secara amnya adalah:
bertanggungjawab mengawasi perjalanan
mesyuarat supaya berjalan dengan lancar.
memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-
Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
membuat keputusan dan tafsiran mengenai
Peraturan-Peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku
pertikaian.
Secara amnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
boleh melepaskan jawatannya dan hendaklah
mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:
Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan
raya.
berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat (jika beliau
ahli Dewan yang dipilih.
jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat
ketetapan sedemikian.
10
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB Tan
Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji
Mulia (28 April 2008 hingga kini).

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari
sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh
majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau
bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari
masa ke semasa.
**Lazimnya bagi maksud perenggan
di atas Ketua Majlis merujuk kepada
Perdana Menteri dan Timbalan Ketua
Majlis merujuk kepada Timbalan
Perdana Menteri
Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan
setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui
P A R L I M E N M A L A Y S I A
11
pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Parti
yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk
kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.
Kelayakan menjadi Ahli Dewan Rakyat
adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
Berkiran waras.
Bukan seorang muis.
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan
kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dalam satu masa.
12
P A R L I M E N M A L A Y S I A
RANG UNDANG-UNDANG
DEWAN RAKYAT
BACAAN KALI PERTAMA
Bacaan Tajuk Panjang
BACAAN KALI KEDUA
Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan
Undian melalui majoriti mudah (dengan suara)
atau 2/3 majoriti melalui undian belah bahagi
PERINGKAT JAWATANKUASA
Perbahasan spesik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang
undang-undang akan diadakan
Pindaan-pindaan akan dibincangkan
BACAAN KALI KETIGA
Undian untuk kali kedua
Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Rakyat
DEWAN NEGARA
BACAAN KALI PERTAMA
Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan
Undian melalui majoriti mudah (dengan suara) atau 2/3 majoriti
melalui undian belah bahagi
PERINGKAT JAWATANKUASA
Perbahasan spesik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang
undang-undang akan diadakan
Pindaan-pindaan akan dibincangkan
BACAAN KALI KETIGA
Undian untuk kali kedua
Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Negara
PERKENAN SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG
DIWARTA DAN DICETAK
UNDANG-UNDANG
Lampiran 1
Proses penggubalan undang-undang
12
P A R L I M E N M A L A Y S I A
13 13
Lampiran 2
Soalan lazim berkaitan Parlimen
1. Bilakah bangunan Parlimen Malaysia
dirasmikan?
Bangunan Parlimen telah dirasmikan pada 2
November 1963.
2. Siapakah yang boleh dilantik sebagai Yang
di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat?
Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik
berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 56
Perlembagaan Persekutuan dan beliau dilantik
daripada kalangan Ahli Dewan Negara itu sendiri.
Manakala Yang di-Pertua Dewan Rakyat dilantik
berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1)(a)
Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan
beliau boleh dipilih daripada kalangan Ahli Dewan
ataupun seseorang yang layak dipilih menjadi
Ahli.
14
P A R L I M E N M A L A Y S I A
3. Siapakah yang boleh dilantik sebagai
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat?
Berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1)
Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan seorang
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
hendaklah dilantik daripada kalangan Ahli Dewan
Negara. Bagi Dewan Rakyat, dua orang Timbalan
Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah dilantik
berdasarkan kepada Fasal (1) (b) Perkara 57
yang mana mereka dipilih daripada kalangan Ahli
Dewan Rakyat.
4. Apakah Peraturan yang diguna pakai ketika
perbahasan di dalam Dewan Negara dan
Dewan Rakyat?
Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan
di Dewan Negara adalah Peraturan-Peraturan
Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan bagi
Dewan Rakyat, peraturan yang terpakai
adalah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat
Dewan Rakyat.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
15
5. Apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan penggal Parlimen?
Penggal adalah tempoh antara pembukaan
sidang Parlimen hingga penamatan penggal atau
pembubarannya.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan
mesyuarat?
Mesyuarat adalah persidangan atau persidangan-
persidangan Majlis bermula daripada Majlis
bermesyuarat pertama kalinya selepas dipanggil
mesyuarat pada bila-bila masa jua dan habisnya
apabila Majlis ditangguhkan selama lebih
daripada 14 hari atau tidak ditentukan hari
bulan mesyuarat akan datang atau setelah tamat
sesuatu penggal Parlimen.
16
P A R L I M E N M A L A Y S I A
7. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan
persidangan?
Sidang bermaksud mesyuarat Dewan. Sidang
bermula dan berakhir pada waktu yang ditetapkan
dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat,
kecuali diubah dengan pemberitahuan Tuan Yang
di-Pertua dan ketetapan Dewan.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan
prorog?
Prorog adalah tamatnya satu penggal/sesi
Parlimen untuk digantikan dengan penggal yang
berikutnya.
9. Bilakah Parlimen boleh dibubarkan?
Pembubaran Parlimen adalah berdasarkan
kepada Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan bahawa
Parlimen boleh dibubarkan selepas 5 tahun dari
tarikh mesyuarat pertama atau pada bila-bila
masa yang lebih awal.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
17
Lampiran 3
Soalan lazim berkaitan pembubaran Parlimen - Isu
Kerajaan Sementara
1. Jika pemerintahan kerajaan semasa sudah
berakhir, siapa yang memerintah negara?
Elemen kerajaan sementara (caretaker
government). Konsep kerajaan sementara ini
secara umumnya dipraktikkan di semua negara
Komanwel dan Amerika Syarikat.
2. Adakah caretaker government diamalkan
di negara lain di dunia?
Hakikatnya dalam semua amalan Komanwel yang
berasaskan undang-undang Common Law dan
amalan berkerajaan berparlimen dunia, Malaysia
sebenarnya telah lama menghormati amalan itu
sejak merdeka. Dalam aspek ini, jika Perdana
Menteri berdepan dengan sesuatu darurat,
beliau sebenarnya masih boleh menggunakan
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan
menasihati Yang di-Pertuan Agong sewajarnya
18
P A R L I M E N M A L A Y S I A
serta melaksanakan apa juga tugas sedia ada
di bawah undang-undang. Di India, kerajaan
sementara di New Delhi berjalan selama enam
bulan.
3. Apakah isu kerajaan sementara caretaker
government
Isu sah atau tidak kerajaan sementara ini
pernah dibangkitkan oleh Penasihat DAP, Lim
Kit Siang sebelum PRU ke-12 yang kemudian
memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia bagi
menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara
mengambil alih kerajaan dalam tempoh antara
tarikh pembubaran Parlimen sehingga penubuhan
Kabinet baru selepas pilihan raya.

Kit Siang turut menuntut perisytiharan bahawa
dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara
itu hanya melaksanakan pentadbiran harian
kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar
kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau
P A R L I M E N M A L A Y S I A
19
penggunaan kemudahan-kemudahan awam
semasa kempen pilihan raya umum nanti.
Konvensyen berkerajaan dunia ini menjadi
terasnya untuk kerajaan sementara dikekalkan.
Ini kerana perkara ini merupakan satu Konvensyen
Berparlimen yang telah menjadi amalan dan adat
negara-negara di dunia.
4. Mengapa perkara ini dibangkitkan?
Menjelang PRU-13, isu kerajaan sementara ini
dibangkitkan lagi antara dalam 22 syor untuk
dikaji oleh Jawatankuasa Penambahbaikan
Pilihan Raya. Jawapan SPR kepada isu ini ialah
badan ini akan membuat kajian berhubung
langkah untuk menyediakan garis panduan dan
kod etika (code of conduct) yang perlu dikenakan
terhadap kerajaan sementara semasa tempoh
selepas pembubaran Parlimen sehingga kepada
selesainya urusan pengundian. Perkara ini, tegas
SPR, perlu bagi menjamin wujudnya keadaan
pertandingan yang adil atas landasan yang sama
20
P A R L I M E N M A L A Y S I A
rata dalam kalangan semua parti politik yang
bertanding dalam pilihan raya.
5. Adakah (caretaker government) isu baru?
Pada 1970-an, sifat dan elemen kerajaan
sementara ini dipersoalkan oleh satu pihak
di mahkamah. Ketika itu, tindakan Menteri
berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah
dipersoalkan kerana mengumumkan satu
bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah
dibubarkan untuk menghadapi pilihan raya
umum.
Keputusan mahkamah akhirnya memutuskan
bahawa kerajaan sementara masih berhak
memberikan bantuan kepada rakyat semasa
tempoh Parlimen bubar asalkan ia tidak
melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan
raya. Dengan ini juga bermakna semua
Menteri dan Timbalan Menteri semasa tempoh
kerajaan sementara masih boleh menggunakan
peruntukan untuk rakyat.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
21
Antaranya, memberi bantuan kewangan untuk
membaiki jambatan usang, baik pulih sekolah
daif dan memberi sumbangan kepada mangsa
banjir. Cuma asalkan jangan dikaitkan dengan
undilah saya.
6. Bagaimana (caretaker government)
berfungsi?
Fungsi kerajaan sementara berlaku selepas
Parlimen dibubarkan yang urusan itu
ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong serta
diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Maka, apa yang wujud dalam struktur kerajaan
ialah kerajaan sementara yang semata-mata
mentadbir negara mengikut lunas-lunas
Perlembagaan. Namun ia bukan bermakna
kerajaan sebelumnya tidak berkuasa. Cuma,
yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.

22
P A R L I M E N M A L A Y S I A
Juga hak lupus yang kerajaan sebelumnya tidak
boleh laksanakan ialah meluluskan peruntukan
undang-undang dan dasar baru menerusi kuasa
Parlimen. Peruntukan undang-undang menerusi
Parlimen baru tidak boleh dibuat. Namun
begitu, kuasa-kuasa di bawah semua undang-
undang yang diluluskan oleh Parlimen sebelum
bubar boleh dilaksanakan terus oleh kerajaan
sementara.
Satu lagi aspek kerajaan sementara ialah ia
membawa pengertian mengambil alih kerja-
kerja pentadbiran. Ia selaras dengan amalan
berkerajaan dunia dan Komanwel semasa
Parlimen dibubarkan sehingga Parlimen baru
dilantik semula, maka kerajaan sementara itu
hendaklah secara berhati-hati menjalankan
tugasnya. Ini bermakna secara minimum
kerajaan sementara menyudahkan sahaja kerja-
kerja pentadbiran yang dilaksanakan.
P A R L I M E N M A L A Y S I A
23
Namun, sekiranya muncul sebarang peristiwa
yang memerlukan tindakan tegas misalnya yang
menghendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menjalankan tugas penguatkuasaan undang-
undang, maka perkara itu masih boleh diteruskan
oleh kerajaan sementara. Ia bukan bermakna
kuasa itu dihentikan.
Sumber: www.parlimen.gov.my
www.utusan.com.my

You might also like