You are on page 1of 5

Rujuk Soalan Rumusan SPM NOV 2012

Baca petikan di hawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan


tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri
pelancongan kesihatan kepada negara kita Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Terdapat sedikit perubahan format menjawab soalan rumusan pada
soalan SPM NOVEMBER 2012 iaitu pada bahagian pendahuluan
Pendahuluan:-
a) Mengubah kata kunci dengan perkataan yang sinonim + frasa
tambahan berkaitan dengan tema keseluruhan petikan. (lebih mudah)
Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema
Petikan
Frasa Tambahan **
Petikan
membincangkan
punca/ sebab/
alasan pemilihan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan
kesihatan

(1 markah)
berbanding dengan
negara lain/ di
peringkat Asia
Tenggara/di
peringkat
Dunia
( 2 markah)

b) Pengenalan berdasarkan tema keseluruhan petikan rumusan:-
Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan
Tema Petikan
Frasa Tambahan **
Petikan
membincangkan
keistimewaan /
kelebihan Malaysia
sebagai
destinasi pelancongan
kesihatan (1
markah)
berbanding dengan negara
lain/ di peringkat Asia
Tenggara/di peringkat
Dunia. ( 2 markah)

Cara mengesan tema:

Tema merupakan isu atau persoalan pokok atau utama yang diberi
tumpuan atau diperbincangkan dalam teks. Contohnya, dalam petikan
teks bertajuk faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan kesihatan. Anda boleh melihat
keseluruhan teks membicarakan tentang keistimewaan atau
kelebihan destinasi pelancongan kesihatan di Malaysia. Oleh
sebab itu, frasa untuk kata kunci yang digunakan
ialah keistimewaan/kelebihan. Justeru, pelajar perlu
melakukan banyak latihan untuk menguasai kemahiran
mengesan tema dalam sesuatu teks.


c) Pendahuluan 1 m
Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema
Teks
Frasa Tambahan
Petikan
membincangkan
punca/ sebab/
alasan pemilihan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan
kesihatan
di Malaysia ( 1
markah)
** Tidak
menunjukkan
perbandingan
dengan negara
lain.

d) Pendahuluan 1 m
Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan
Tema Teks
Frasa Tambahan
Petikan
membincangkan
keistimewaan /
kelebihan Malaysia
sebagai
destinasi pelancongan
kesihatan
di
Malaysia. ( 1
markah)
** Tidak menunjukkan
perbandingan
dengan negara lain.

e) Pendahuluan 0 m
Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan Tema
Teks
Frasa Tambahan
Petikan
membincangkan
faktor pemilihan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan
kesihatan.
(**Istilah faktor tidak
diubah)
di Malaysia ( 0
markah)


f) Pendahuluan 0 m
Frasa permulaan Kata Kunci Berdasarkan
Tema Teks
Frasa Tambahan
Petikan teks
membicarakan
keistimewaan /
kelebihan Malaysia
sebagai
destinasi pelancongan**

(**pelancongan umum
tidak merujuk kepada
pelancongan
kesihatan.)
di Malaysia. ( 0
markah)




Panduan menulis Pendahuluan: (Target 2 markah) (rujuk perbincangan
di atas)

Isi Tersurat: (Target 12 markah penuh)
1. Kemukakan sekurang-kurangnya 6 isi( lebih mudah kerana isi ada
dalam petikan soalan)
2. Boleh disalin terus dari petikan (tinggalkan huraian & contoh)
3. Salin isi tersurat dengan lengkap. Jangan meninggalkan perkataan
sesuka hati.
4. Tulis satu isi dalam satu ayat.

Contoh: (rujuk soalan rumusan SPM Nov 2012)
isi tersurat 1 - kebanyakan hospital di negara ini mendapat
pengiktirafan di peringkat antarabangsa. (kalau tiada perkataan di
peringkat antarabangsa + 0m)

isi tersurat 4 - mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.
(tiada perkataan di dunia + 0m)

isi tersurat 8 - pusat perubatan swasta di Mal aysi a menawarkan
pel bagai pi l i han pengi napan. (ti ada perkataan swasta +0m)

Kesi mpul an: (Target 2 markah penuh)
1. Mul akan dengan frasa ' Kesi mpul annya....'
2. Menggunakan satu ayat sahaja
3. Tul i s dal am perenggan keempat
4. Mesti jel as dua bahagi an i ai tu cadangan+rasi onal nya..
menggunakan kata hubung ' agar'
5. mesti merujuk kepada tema soal an
Contohnya:
Seti ap rakyat hendakl ah bekerjasama untuk
memajukan i ndustri pel ancongan kesi hatan agar Mal aysi a terus
menjadi perhati an para pel ancong asi ng (tepat)


Setiap rakyat hendaklah bekerjasama untuk memajukan industri
ini agar Malaysia terus menjadi perhatian para pelancong asing
(0 markah)










PANDUAN FORMAT PENULISAN RUMUSAN YANG TEPAT

a) Tulis dalam empat perenggan
iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulan
- Rasionalnya ialah untuk memudahkan pemeriksa untuk mengenal pasti
isi di setiap perenggan. Kita mudahkan pemeriksa ...pemeriksa
mudah memberi kita markah.

b) Jumlah perkataan jangan melebihi 120 patah perkataan.
- Perkataan yang melebihi 120 perkataan itu akan dipotong dan tidak
akan diperiksa oleh pemeriksa. Alangkah ruginya jika ayat/perenggan
yang tidak diperiksa itu mengandungi isi tersirat dan
kesimpulan. Walaubagaimanapun, jika tidak dapat dielakkan maksimum
5 patah perkataan yang melengkapkan ayat terakhir itu masih diterima.

c) Mulakan setiap perenggan dengan frasa yang tepat dan jelas.

Contoh

Perenggan 1- Pendahuluan
Petikan membincangkan punca/ sebab/ alasan pemilihan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan kesihatan di peringkat antarabangsa

Perenggan 2 - Isi tersurat
Antara faktornya/faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan kesihatan
ialah ..........................................................................

Perenggan 3 - Isi Tersirat
Antara faedahnya kepada negara ialah............

Perenggan 4 - Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak haruslah ....................
agar.............................................................













Panduan
Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)

Fokus Utama maksud
Masalah

Kekangan
Halangan
Rintangan
cabaran
Faktor Punca
Sebab
Perkara yang menyebabkan
Kepentingan Keperluan
Kebaikan
Faedah
Manfaat
Kelebihan
Keistimewaan
Langkah Alpukah
Strategi
Kaedah
Cara
Tindakan yang perlu diambil
Peranan Tugas
Tanggungjawab
Kewajipan
Tujuan Matlamat
Objektif
Motif
Kesan Akibat
Impak
Implikasi
Keburukan Kesan negatif

You might also like