You are on page 1of 8

Bahan bukan material

1. Basikal
Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang
dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal
telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah
melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu
cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk
pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah
asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak
model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 , walaupun banyak
perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan
menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD). Basikal telah
memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian.
Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada
pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada
bidang-bidang yang lebih baru.

Berdasarkan cerpen Maaf Kupinta, basikal digunakan oleh Fauzi sebagai alat
perhubungan. Basikal pada zaman tersebut menjadi alat perhubungan. Berbeza dengan kini
motorsikal dan kereta merupakan bahan pengankutan utama yang digunakan tidak mengira
usia. Basikal pada zaman itu merupakan pengankutan yang digunakan oleh orang-orang
yang senang.

Hari itu, pagi-pagi lagi Fauzi mengayuh basikalnya menuju ke rumah neneknya.

Basikal merupakan alat perhubungan. Basikal digunakan Fauzi untuk ke rumah
neneknya. Tanpa basikal, Fauzi mungkin akan berjalan kaki.

2. Asrama

Asrama ialah bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (seperti murid sekolah,
mahasiswa, jururawat, dll),

Dalam cerpen ini, Fauzi tinggal diasrama ketika dia mengigat kembali kisah-kisah
lama dia dimana dia begitu membenci ayahnya. Disebabkan ayahnya jugalah dia masuk ke
asrama ini.

Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya
seringmembawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang
saku untuk kegunaan di asrama.

Cikgu Zaunuddin bersusah payah mendapapatkannya tempat di asrama di salah sebuah
sekolah di bandar.

Tujuan Fauzi dimasukkan ke asrama ialah untuk mengelakkan die bertengkar dengan
ayahnya dan supaya dia lebih menumpukan perhatiannya kepada pelajarannya. Selain itu
juga, Fauzi selalu dilawati oleh ibu bapanya ketika dia berada di asrama. Asrama jugalah
menjadi tempat Fauzi berubah dan menginsafi kesalahannya kerana dia begitu berdendam
dengan ayah tirinya. Di asrama inilah Fauzi mendapat kawan baru yang sering
menasihatinya dan bukan merosakkannya.
3. Sawah
Sawah ialah tanah yang bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~
(mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yang berair kerana hujan; ~ bencah sawah yang
mendapat airnya dari tali air; ~ rawang sawah di tanah yang berpaya-paya; ~ tadahan sawah
yang hanya mendapat air daripada air hujan.

Dalam cerpen Maaf Kupinta ini, sawah menunjukkan latar masyarakat yang hidup
sebagai petani. Ayah Fauzi merupakan seorang petani.

Selama cuti persekolahan itu, dia bertekad untuk membantu keluarganya di sawah.


Latar masyarakat yang hidup di kampung dan bekerja sebagai petani menampakkan
taraf kehidupan yang sedarhana. Ayah Fauzi merupakan seorang yang rajin turun ke sawah.
Fauzi bertekad menolong keluarganya ketika cuti sekolah di sawah. Kehidupan yang saling
tolong-menolong di sawah akan meingankan beban yang dipikul oleh ayahnya.



Bahan bukan material
1. Pendidikan
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah perihal
mendidik. Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu
mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi daripada perkatan
didik yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Menurut perkataan Inggeris
pula, pendidikan adalah Education iaitu perkataan yang berasal daripada Latin Educare
yang bermaksud mengasuh, memelihara dan juga membimbing. Oleh itu, melalui definisi
tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan kearah yang
lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani.
Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam
sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak
tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam
mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan
sesebuah Negara.

Berdasarkan cerpen Maaf Kupinta, pendidikan disini merujuk kepada cara bagaimana
seorang ayah tiri mendidik anak tirinya untuk memahami erti kehidupan yang sebenarnya.
Ayahnya yang tegas dalam mendidik anak telah menyebabkan dia dibenci oleh anak tirinya
itu. Ketegasan ayahnya telah disalah sangka oleh anak tirinya itu sehingga menyebabkan
wujudnya masalah dalam keluarga mereka. Namun begitu, walaupun si ayah begitu dibenci
oleh anak tirinya, beliau tidak pernah jemu dan berputus asa untuk terus memastikan anak
tirinya itu menjadi seorang manusia yang berguna di dunia dan di akhirat kelak. Fauzi
merupakan anak tiri begitu membenci ayah tirinya kerana menganggap ayah tirinya suka
mengongkong hidupnya. Dia menjadi pendendam. Hal ini menyebabkan dia telah
dimasukkan ke asrama oleh cikgunya bagi mengelakkan pertelingkahan pendapat diantara
sia anak dan si ayah.contoh yang terdapat didalam cerpen Maaf Kupinta ialah:

Cikgu Zainudin bersusah payah mendapatkannya tempat di asrama di bandar supaya
dapat melupakan masalah keluarga dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap
pelajaran.


Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat
malam dan juga tidak dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah. Saban hari
ayah tirinya akan bertanya kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja
pulang dari sawah

Pendidikan dalam cerpen ini berfungsi sebagai bahan bukan material. Pendidikan yang
diamalkan oleh si ayah dalam memastikan anaknya berjaya dan tidak terjebak dalam gejala
negatif. Amalan yang dipraktikkan oleh si ayah dengan tidak membenarkan anaknya supaya
tidak pulang lewat malam dan tidak menonton filem-filem patut dicontohi oleh kita pada hari
ini. Hal ini demikian kerana, pada hari ni, ramai budak-budak remaja yang asyik pulang lewat
malam dengan memberi alasan belajar berkumpulan dan tuisyen. Disamping itu juga, budak-
budak muda pada hari ini begitu gemar untuk menonton telivisyen. Pelbagai rancangan yang
menarik minat budak-budak muda pada hari ni sedikit sebanyak mempengaruhi tingkahlaku
mereka.

Selain itu juga, pendidikan disini berfungsi dalam mendidik anak-anak supaya tidak
bersangka buruk kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana, ibu bapa begitu menyangi anak-
anak sampai sanggup membuat apa sahaja demi memastikan anak-anak hidup bahagia dan
berjaya. Ibu bapa berperanan dalam mendidik anak-anak supaya mereka mendapat
pendidikan yang secukupnya yang merangkumi ilmu dunia dan ilmu akhirat.

2. ketua keluarga

Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah
yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat yang bermaksud: Kaum lelaki itu
adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana
Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian
dari harta mereka. (an-Nisa: 34). Begitu juga dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh
Abu Daud dan al-Nasai yang bermaksud: Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami?
Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau
makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.
Hujah-hujah ini telah menjadi panduan umum kepada umat Islam di seluruh dunia tentang
kewajipan yang diamanahkan kepada kaum lelaki iaitu dalam konteks pemberian nafkah
keluarga.

Ketua keluarga dalam cerpen ini menunjukkan ayah Fauzi yang merupakan seorang
ayah tiri kepada Fauzi dan keluarganya. Ayah tirinya merupakan seorang yang tegas dalam
mendidiik anak-anaknya untuk memastikan anak-anaknya berjaya dan tidak terpengaruh
dengan gejala negatif. Walaupun ayahnya tegas, beliau merupakan seorang yang
penyayang. Ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggunjawab kerana beliau
menjaga kebajikan anak-anaknya walaupun Fauzi merupakan seorang anak tiri. Dia tidak
pernah mengasingkan Fauzi da anak-anaknya yang lain. Sebagai contoh:

Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering
membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku
untuk kegunaan di asrama.

Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat
malam dan juga tidak dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah.


Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah
tirinya. Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan
Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem.

Ayah Fauzi merupakan ketua keluarga yang begitu bertanggunjawab. Dia tidak pernah
mengabaikan tanggunjawabnya sebagai seorang ayah dan ketua keluarga. Dia tidak pernah
melupakan untuk memberikan wang saku kepada Fauzi terutamanya ketika melawat Fauzi
di asrama.

3. Budaya Penyayang
Kebelakangan ini, institusi pendidikan sering ditekankan agar menerapkan "Budaya
Penyayang." Penulis merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat menggariskan maksud
penyayang ialah orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pecinta dan besifat belas
kasihan. Oleh itu, konsep Institusi Penyayang bolehlah ditakrifkan sebagai institusi yang
dapat menyemai dan menanam ciri-ciri kasih dan sayang antara guru dengan murid, murid
dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa bagi menuju ke arah pendidikan
dan masyarakat yang berkualiti.

Dalam cerpen Maaf Kupinta ini, budaya penyayang yang ditunjukkan oleh keluarga
Fauzi terutamanya patut dicontohi orang ramai. Ayah Fauzi begitu menyanyangi Fauzi
kerana sanggup melawat Fauzi ketika Fauzi berada di asrama. Ibunya juga turut melawatnya
dan membawa bekalan kepadanya. Selain itu juga, nenek Fauzi juga menunjukkan kasih
sayang kepada cucunya ketika Fauzi datang untuk mengadu kepadanya akibat benjolan
terhatuk. Neneknya yang baik hati menunjukkan satu sikap yang patut dicontohi orang
ramai. Selain itu juga, Cikgu Zainuddin begitu prihatin dan mengasihi anak muridnya Fauzi
dan sanggup berusaha mendapatkan tempat untuk Fauzi di asrama. Contohnya ialah:

Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh
dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan
marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya
berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama.

Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi
tinggal di asrama.

Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering
membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku
untuk kegunaan di asrama.

Kasih sayang yang ditunjukkan dalam keluarga Fauzi boleh dijadikan contoh. Mereka
begitu mengambil berat diantara satu sama lain. Ibu, ayah, nenek dan adik beradik Fauzi
yang lain begitu menyayangi diantara satu sama lain. Keprihatinan dan kasih sayang antara
Fauzi dan Cikgu Zainuddin membolehkan Fauzi dibantu oleh cikgunya itu untuk
mendapatkan tempat di asrama.


4. Kemaafan
Kemaafan adalah proses melegakan perasaan kesal atau kemarahan terhadap orang
lain atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Kemaafan boleh ditafsirkan kepada
orang yang memaafkan dan orang yang dimaafkan.

Kemaafan Menurut Pandangan Pelbagai Agama:

Ajaran Buddha melihat kemaafan sebagai latihan menghalang pemikiran jahat
daripada menjadi kaca/bilau kepada kesihatan mental seseorang. Perasaan dendam serta
hasad dengki boleh meninggalkan kesan jangka panjang dalam karma minda. Oleh itu,
agama Buddha menggalakkan percambahan fikiran yang boleh meninggalkan kesan positif
yang menyeluruh. Ajaran Kristian mengajar penganutnya menerima kemaafan lebih telus
melalui perasaan ikhlas bertaubat kepada Tuhan. Pengakuan dan doa oleh pesalah
merupakan cara memohon kemaafan. Hal ini disokong dengan pengakuan kepada Tuhan
kerana Tuhan Maha Pengampun. Ajaran Hindu, iaitu petikan dalam kitab Mahabharata
menyebut "Hanya ada satu kecacatan dalam memaafkan sesorang, iaitu ramai menganggap
orang yang memafkan bersifat lemah. Hal ini tidak wajar diambil kira kerana kemaafan
merupakan kuasa terhebat." Ajaran Islam pula menegaskan bahawa Allah Yang Maha
Pemaaf dan Maha Pengampun menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang
seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang
ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)


Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya
selama ini. Fauzi sedar akan tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah
tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk
menyebabkan kepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan
perasaannya kepada keluarganya tercapai.


Dalam cerpen Maaf Kupinta ini, penulis menunjukkan sikap ayah tiri Fauzi sangat
tegas orangnya sampai Fauzi sendiri telah berdendam dan membecikan ayahnya itu. Namun
begitu, semasa di asrama, Fauzi telah mendengar satu ayat daripada ustaznya yang
membuatkan dia sedar akan kesilapannya. Oleh itu, dia bertekad untuk meminta maaf
daripada ayahnya akan sikapnya yang teruk sebelum ini. Oleh hal yang demikian, dapat
disimpulkan bahawa kemaafan ini perlu dalam mngecapi kehidupan yang aman dan
bahagia. Sikap pemaaf perlu ada dalam diri setiap individu.

5. Persahabatan
Pernah kita merenung dan memikirkan apa erti persahabatan. Sahabat, kawan,
rakan atau teman semuanya memberi maksud yang sama. Alangkah beruntungnya kita
andainya mempunyai seorang teman yang memahami kita. Seorang teman yang hanya
mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat.

Seorang teman sejati adalah teman yang tidak pernah membuat kita rasa kecewa,
sentiasa berada disisi di saat kita memerlukan, sentiasa bersedia untuk mendengar dan
memberi jalan penyelesaian untuk kita. Pada masa yang sama, apa kah kita mampu untuk
menjadi teman sejati kepada mereka. Adakah pernah kita membuat mereka rasa kecewa, di
manakah kita di saat mereka memerlukan kehadiran kita, pernahkah kita meluangkan masa
kita untuk mendengar luahan dan cerita mereka. Kadang-kadang kita asyik bercerita
tentang diri kita hingga terlupa bahawa teman kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang amat memenatkan dan menyakitkan.
Tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan
sering dihiasi dengan cubaan. Tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani
cubaan itu malah berkembang mekar bersama dengannya.

Bagaimana untuk mencipta keindahan bersahabat? Ada dua perkara yang
diperlukan iaitu; pertama, rasa mencintai sahabatnya sehingga tidak rela melihat sahabatnya
terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Kedua, adalah lapang dada, iaitu
sentiasa terbuka untuk menerima dan mendengar nasihat seorang sahabat. Seorang
sahabat sentiasa memberi penghargaan kepada teman yang sentiasa menegur dan
mengingatkan kita. Sebagai sahabat hindarilah sifat orang-orang yang sombong, mudah
rasa tersinggung, kecewa, dan dendam di saat ada seorang sahabat yang mengingatkan
kita. Hati yang tulus hanya akan melihat kebenaran dan kebaikan, manakala hati yang
sombong amat sukar untuk menerima kebenaran biar sebaik apa pun kebenarannya atau
sehebat manapun penyampainya.

Dalam cerpen ini, Fauzi dan Syahir begitu akrab. Hubungan mereka mula terjalin
semasa Fauzi memasuki asrama. Persahabatan ini kekal sehingga keakhirnya. Syahir dan
Fauzi sering kali pulang ke kampung halaman mereka bersama-sama daripada asrama.
Contohnya ialah:

Fauzi tidak dapat melelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan
rancangan yang telah diaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum
tidur walaupun hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia
teringat punca dia tinggal di asrama sekolah.
Nilai persahabatan yang terjalin akan mengakibatkan seseorang itu dipengaruhi. Jika
mereka bersahabat denga orang yang baik-baik, baik la jadinya. Manakala jiika mereka
bersahabat dengan yang tidak baik, maka jadi tidak baiklah mereka. Oleh itu, dalam
bersahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik dan yang paling penting sahabat yang
sanggup menghadapi masa susah bersama-sama.

You might also like