You are on page 1of 18

1

1.0 PENGENALAN
Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang
dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi.Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini
mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. MenurutKamus Dewan Edisi Ketiga
(1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk
atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali
sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan
sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan
diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk
menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada
menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki
peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk
menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan
menanggung akibatnya sendiri. Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan
Crow (1960). Manakala menurut Shertzer dan Stone (1971), menyatakan bimbingan
merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekelilingnya. Proses
ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya.
Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee (1991:1).
Maksud menolong bermakna bantu, assisting dan availingseseorang individu dalam
menyelesaikan hal yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi
dan sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu memahami
identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki.Seterusnya alam sekeliling pula ialah
merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang harus direbut.
Oleh itu, maksud kaunseling dapat disimpulkan sebagai suatu proses bantuan secara
profesional untuk bimbingan klien memahami dirinya dan suasana sekelilingnya. Bimbingan ini
dilakukan sehingga kelihatan perubahan yang positif kepada klien tersebut.




2
2.0 KAUNSELING KELOMPOK
2.1 Definisi
Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan bagi
kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan ini
dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah yang sama dalam satu
masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang normal.

Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang individu
dengan individu lain dalam satu kelompok yang menfokuskan aspek permasalah yang sama
dalam konteks tingkahlaku dan terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau pemulihan.
Pemilihan ahli-ahlinya adalah berbentuk sukarela. Rogers (1970), mendefinisikan kaunseling
kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan dalam usaha merasionalkan
seseorang mengikut kehendak ramai. Hal ini jelas menyokong penglibatan fungsi-fungsi terapi
dalam proses kaunseling kelompok.

Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu proses
membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah laku,
perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta permilihan kerjaya yang bersesuaian dengan
kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Dalam hal ini, pelaksanaan kaunseling
kelompok dilihat sebagai satu platform yang amat berkesan dalam membantu ahli-ahlinya
dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya dan isu yang dibangkitkan oleh mereka
secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi dalam menemui kaedah yang paling
sesuai dan tepat.












3
2.2 Pembentukan Kelompok
Kaunseling kelompok ini dibentuk dengan disertai oleh tujuh hingga dua belas, orang
mengikut kesesuaian, yang terdiri daripada seorang ketua atau kaunselor dan ahli-ahlinya,
(Zuraidah,2010). Ahli dipilih secara sukarela. Pada peringkat awal pemilihan ahli, proses temu
duga perlu dijalankan supaya ahli yang dipilih bersesuaian dengan topik atau isu yang bakal
dibincangkan. Selain itu, dengan proses temu duga ini, sedikit pendedahan tentang proses
kaunseling kelompok dapat digambarkan kepada ahli-ahli sebelum perbincangan dimulakan.

Ketua bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali dan
mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan. Ketua juga
perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok tersebut agar
kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang produktif dan berjaya.

Kemesraan dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk terlebih dahulu sebelum
sesi perbincangan dimulakan. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan antara ahli kumpulan dalam
bekerjasama menjayakan sesi kaunseling. Oleh itu, proses kaunseling perlu dimulakan dengan
sesi taaruf terlebih dahulu. Gazda, Ducan dan Meadow (1967), menjelaskan bahawa dalam
pendekatan kaunseling kelompok, nilai terapinya terletak pada suasana saling mempercayai,
penerimaan, saling memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Keempat-
empat aspek ini sangat penting dalam menjayakan sesi perbincangan yang dijalankan. Hal ini
disebabkan ahli-ahli yang terlibat akan lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman hidup
mereka dengan ahli-ahli yang lain dan lebih ikhlas dalam usaha bantu-membantu sesama
mereka.

Sesi perbincangan diteruskan dengan penyataan isu yang ingin dibincangkan dan
aspek-aspek yang perlu diambil kira seperti faktor penyebab masalah tersebut dan solusi yang
tepat dalam menyelesaikannya. Sepanjang sesi perbincangan ini berjalan, setiap ahli diberi hak
kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Namun, sensitiviti ahli-ahli yang lain perlu diambil
kira agar konflik antara ahli dapat dielakkan.






4
2.3 Kelebihan dan Kekurangan Kaunseling Kelompok
Pelaksanaan kaunseling kelompok memperlihatkan beberapa impak positif terhadap
kaunselor dan klien yang terlibat. Antaranya ialah mempertingkatkan kemahiran komunikasi
ahli-ahli kumpulan. Hal ini akan mendedahkan ahli-ahli terhadap keberkesanan dalam
berhubung bukan sahaja dengan ahli-ahli yang lain, malah masyarakat sekeliling. Selain itu,
proses kaunseling kelompok ini bukan sahaja membawa pendekatan satu hala iaitu kaunselor
kepada klien, malah ia juga turut melibatkan pendekatan klien kepada klien serta klien kepada
kaunselor. Hal ini mewujudkan solusi yang bervariasi.

Melalui kaunseling kelompok ini juga, klien akan lebih berfikiran positif dengan
menganggap bahawa bukan dirinya sahaja yang mempunyai masalah, malah ahli-ahli
kumpulannya yang lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Hal ini akan memotivasikan
individu tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya bersama-sama ahli
kumpulannya. Selain itu, pendekatan kaunseling kelompok ini juga menggalakkan ahli dalam
menjadi penyumbang secara aktif dalam perhubungan dengan individu lain, (Zuraidah,2010).

Namun, kaunseling kelompok juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri.
Kaunseling kelompok berkemungkinan kurang sesuai bagi sesetengah klien. Sebagai contoh,
kaunseling kelompok tidak sesuai untuk klien yang mengalami kecelaruan mental yang serius,
atau mempunyai harga diri yang rendah. Hal ini demkian kerana, sesi kelompok mungkin akan
membawa kesan yang negatif atau hasil yang tidak diingini kerana klien tersebut akan berasa
terancam akibat maklum balas ahli-ahli yang lain. Mengikut Corey dan Corey, dalam
Nystul,(2003), antara masalah lain adalah seperti masalah unsur kerahsiaan dalam kalangan
ahli kelompok, pendedahan diri yang kurang lengkap disebabkan tekanan kelompok, perasaan
rasa diserang akibat konfrontasi yang berlaku dalam sesi dan emosi negatif akibat dijadikan
mangsa yang dipersalahkan dalam kelompok.





5
3.0 Sebagai seorang guru biasa, justifikasikan kemahiran-kemahiran asas
kaunseling kelompok dapat diaplikasikan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Sebagai guru biasa, kita tidak dapat lari daripada tanggungjawab kita sebagai
pembimbing kepada murid-murid khususnya murid-murid yang mempunyai masalah dalam
bidang akademik mahupun sosial. Kaunseling kelompok biasanya dilaksanakan dalam bilangan
ahli antara lapan hingga sepuluh orang ahli dan biasanya masa yang diperlukan adalah antara
satu hingga satu jam setengah dan berjumpa sekali atau dua kali seminggu. Situasi ini mungkin
berlaku dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Justeru,
sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, kita haruslah memainkan peranan untuk
menyelesaikan atau mengurangkan masalah ini.
Saya mengambil contoh dalam kelas saya di Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang,
saya dapati beberapa orang murid saya suka ponteng kelas dan tidak hadir ke sekolah.Sekolah
ini merupakan sekolah kurang murid dan sekolah orang Asli.Lantaran itu, saya merujuk kepada
kemahiran asas kaunseling yang pertama iaitu kemahiran membina hubungan dengan
klien.Klien saya terdiri daripada beberapa orang murid yang kerap ponteng kelas. Sebagai
langkah pertama untuk mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling kelompok, saya akan
mengumpulkan dan menyenaraikan mereka dalam satu kumpulan kecil. Saya akan meminta
mereka untuk berjumpa dengan saya selepas proses PdP dijalankan. Dengan cara ini saya
dapat membina hubungan dengan klien-klien saya. Hal ini demikian kerana, untuk mencapai
objektif dengan berkesan, maka membina hubungan di antara kaunselor dengan klien adalah
syarat penting. Dengan ini, saya mestilah menguasai kesemua kemahiran yang berkesan dan
berguna dalam membina hubungan yang baik dengan klien demi menentukan kejayaan
kaunseling yang diaturkan.Sebagai guru biasa yang bertindak sebagaikaunselor, saya haruslah
berusaha menunjukkan perasaan empati kepada klien supaya mereka berasa dan percaya
bahawa saya benar-benar memahami, mendengar dan mengambil berat terhadap perasaan
mereka. Dengan mengadakan perasaan empati ini, hubungan baik di antara saya dengan klien
dijalin dan kekal sepanjang proses kaunseling itu.



6
Selain itu, saya juga boleh mengaplikasikan kemahiran memberi perhatian dalam kelas
semasa proses PdP dilaksanakan. Kemahiran memberi perhatian memainkan peranan yang
penting dalam bidang kaunseling.Hal ini demikian kerana, melalui kemahiran ini, saya dapat
mencungkil banyak maklumat daripada klien-klien saya. Pada masa yang sama, kemahiran
memberi perhatian ini merupakan kemahiran bukan lisan. Hal ini bermakna kemahiran ini
melibatkan gerak isyarat, air muka dan kontak mata yang sukar dikawal. Oleh itu, sekiranya
saya berjaya menguasai kemahiran memberi perhatian ini, saya dapat mengesan penipuan
yang cuba dilakukan oleh klien saya. Sebagai contoh, klien mungkin berkata Saya sukakan
cara cikgu mengajar walaupun saya kerap ponteng kelas. Tetapi semasa bercakap, kontak
matanya sering mengelakkan orang lain atau tidak melihat kepada mata cikgu. Dengan
mengaplikasikan kemahiran memberi perhatian ini,saya dapat merasai dan menyedari
kerisauan dan kebimbangan klien dan cuba memujuk dan memberi nasihat supaya klien
mencurahkan perasaan yang sebenar supaya proses kaunseling dapat diteruskan di bawah
situasi yang lebih sihat.
Disamping itu, saya juga boleh mengaplikasikan kemahiran mendengar dalam sesi
kaunseling kelompok semasa proses PdP djalankan di dalam kelas.Hal ini demikian kerana
kemahiran mendengar berkait rapat dengan kemahiran memberi perhatian.Saya perlu sentiasa
bersedia untuk mendengar dan tidak memberi perhatian kepada fikiran masalah orang lain,
sebaliknya, mendengar dengan teliti dan mencari makna yangdalam berkenaan apa yang
diucapkan oleh klien saya.Dalam proses mendengar dan memberikan respon kepada klien,
saya juga perlu menunjukkan bahawa saya berminat dan menggunakan bahasa badan yang
sesuai. Kajian telah membuktikan ketiga-tiga faktor iaitu memberi perhatian termasuk kontak
mata, gaya relaks dan respons boleh menggalakkan kecurahan perasaan dan mempunyai
peneguhan yang kuat dalam kalangan klien.
Pada masa yang sama, saya juga boleh mengaplikasikan kemahiran mengendalikan
kesenyapan dan membuat interpretasi.Penyelidik-penyelidik telah membuktikan bahawa
kesenyapan-kesenyapan dalam komunikasi dua hala bukan kerana tiada gerak balas (respons),
tetapi mempunyai makna yang kompleks. Menurut Shostrom (1968), kesenyapan-kesenyapan
ini mempunyai pelbagai makna yang berguna. Kajian juga menunjukkan kesenyapan akan
membuat seseorang berucap, memberikan ruang untuk klien berfikir, mengemas idea dan
membuat refleksi. Misalnya, seseorang pelajar datang berjumpa dengan saya buat pertama
kali, tetapi tidak berucap dan kesenyapan diteruskan buat sementara.Kesenyapan boleh
diinterpretasikan sebagai tidak disetujui.Hal ini biasanya berlaku selepas klien mendedahkan

7
peribadi diri, merasa cemas dalam masa menunggu respons daripada kaunselornya.Sekiranya
kesenyapan diinterpretasikan sebagai menawarkan hati atau menyingkir, respons hendaklah
mengelakkan.Misalnya, saya boleh berkata mungkin sukar bagi anda mendedahkan masalah
anda.Adakah anda kurang yakin bahawa saya tidak akan memahami perasaan anda? Di
dalam situasi tertentu, jika klien tiba-tiba membisu, atau berhenti berucap dan memandang di
sebelah, ia boleh diinterpretasikan bahawa klien itu tiba-tiba teringat sesuatu yang penting,
misalnya mengingat kembali sesuatu peristiwa yang dia ragu sama ada patut dibongkar.
Memecahkan kesenyapan di bawah situasi ini akan lebih membantu jika saya memberi respon
dengan berkata: Bagaimana anda memikir sekarang?
Selain itu, saya seharusnya juga menggunakan bahasa yang sesuai apabila berperanan
sebagai guru bimbingan dan kaunseling.Sata mesti menggunakan bahasa yang sesuai apabila
berhadapan dengan klien. Di samping itu, saya juga perlu memastikan ibubapa diberitahu
dalam bahasa yang mereka faham mengenai pencapaian akademik dan perancangan masa
depan murid-muird. Bahasa yang digunakan mestilah konsisten dengan segala tindakan saya.
Contohnya, jika saya mengatakan, Saya sangat gembira untuk bercakap dengan kamu, nada
suara saya dan pergerakan badan mestilah menyampaikan suasana positif tesebut semasa
menerima klien.
Saya juga boleh mengaplikasikan kemahiran memberikan tindak balas yang
sesuai.Tindakbalas yang akan dibincang di sini ialah parafrasa dan refleksi.Dalam kaunseling,
parafrasa merujuk kepada pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam komunikasi lisan
daripada seseorang klien.Ia bergantung penguasaan kemahiran mendengar serta kemahiran
mengingat. Tujuan menggunakan parafrasa ini ialah bukan sahaja menunjukkan bahawa saya
sedang mendengar dengan teliti, tetapi juga memahami maksudnya dengan tepat.Yang penting
sekali ialah parafrasa pula berfungsi mendorongkan klien meneroka perasaanya lebih
mendalam serta membina hubungan baik di antara saya dengan klien. Kata-kata mula bagi
parafrasa biasanya mengandungi kata-kata seperti: Anda seolah-olah kata... manakala , kata-
kata akhir biasanya mengandungi kata seperti: Adakah ini betul? atau Adakah fikiran saya
betul?
Sebagai guru biasa, saya haruslah bijak dalam mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
kaunseling kelompok di dalam kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dan berlangsung dengan lancar dan pencapaian akademik dan sosial murid-murid
dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

8
4.0 Teori Rasional Emotif Behavioral Terapi
Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis.Beliau dilahirkan pada
tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa
teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk
pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi
kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET).
Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah
laku kognitif.
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada
orang yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis.Hipotesis RET
berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan
tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien
mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan
yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Hal ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat
pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah
dengan tepat dan mengajar.

4.1 Pendekatan Teori

RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang
mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori
Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Hal ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga
aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.Teori ini memberi penekanan kepada
pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan.Pendekatan teori ini
bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada
kepercayaan yang tidak rasional.



9
Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan
bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah
dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak
rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan output.
Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET iaitu;
pertama, mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah
akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata dalam diri demi
menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku Ellis seperti
The Art And Science Of Love, The Intelligent Womans Guide To Man-Hunting, Humanistic
Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach banyak menggambarkan sifat manusia.
Misalnya, kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui proses-prosesnya.Ellis menggalakkan
manusia supaya menganggap diri mereka adalah berkebolehan.Dia yakin jika manusia boleh
menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam
kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.
4.2 Model ABCDE
A ialah penggerak pengalaman (activating experience) atau peristiwa, faktor sikap atau
tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan.
B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang (persons belief system).
Misalnya, saya tidak kelihatan cantik atau hodoh
C ialah akibat (consequence) iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan
ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.
D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan
sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi
emosi yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya
mengalami kerugian besar dalam hidup saya.
E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang
rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.



10
5.0 Pilih satu kes masalah murid yang berlaku dalam kelas anda dan
bagaimanakah anda dapat menyelesaikan kes tersebut dengan menggunakan Teori
REBT.
Saya memilih kes masalah murid yang berlaku di dalam kelas saya di Sekolah
Kebangsaan Tohoi, Gua Musang. Rata-ratanya saya melihat bahawa mereka mempunyai
masalah yang sama iaitu malas untuk belajar. Malas untuk belajar ini adalah pandangan
daripada pihak saya sahaja, mungkin ada sebab lain dalam diri mereka yang menyebabkan
mereka tidak berminat untuk belajar.
Oleh itu, saya akan menggunakan Model ABCDE untuk melihat permasalahan yang
wujud di dalam kelas saya ini. Penggunaan akronim A-B-C-D-E ini sebenarnya
mengaplikasikan teknik kognitif di mana ia bertujuan untuk menstruktur semula pemikiran dan
kepercayaan negatif kepada yang lebih positif. Teknik ini juga bertujuan untuk
mengkonseptualisasikan masalah kepada yang lebih holistik atau menyeluruh hasil daripada
cantuman atau gabungan masalah-masalah kecil yang wujud dalam diri klien.Akronim A
merujuk kepada peringkat permulaan ataupun peristiwa pencentus. Sebagai contoh, murid-
murid saya mengatakan Cikgu, saya tak pandai. Dalam hal ini, murid sebagai klien akan
menceritakan bagaimana peristiwa yang kurang menyenangkan hati mereka berlaku. Justeru,
sebagai guru pembimbing, saya seharusnya bijak dalam memastikan klien dapat bercerita
dengan selesa dan dapat bercerita tanpa berselindung.
Akronim B pula merujuk kepada penilaian terhadap peristiwa pencetus tadi.Penilaian ini
merujuk kepada dua aspek iaitu penilaian rasional dan penilaian tidak rasional.Sebagai contoh
kepada penilaian tidak rasional, murid saya mengatakan Cikgu, saya tak pandai.Oleh itu, saya
malas untuk belajar.Penilaian rasional pula, Cikgu, saya tak pandai.Saya berasa sangat
sedih.Tetapi saya tahu, saya harus berusaha dengan gigih lagi untuk jadi pandai dengan tunjuk
ajar daripada cikgu.Sebagai guru pembimbing, saya harus mengenalpasti penilaian yang
dibuat oleh murid-murid.Dengan itu, saya dapat meneroka masalah mereka dengan lebih
dalam.
Akronim C pula merujuk kepada akibat daripada penilaian yang dibuat tadi. Penilaian
yang tidak rasional tadi akan menyebabkan klien berasa sangat sedih bahkan boleh berputus
asa untuk terus belajar. Manakal penilaian rasional pula akan menjadi pembakar semangat
kepada klien untuk mengatasi masalah tersebut.ABC ini sebenarnya dapat memberikan
petunjuk awal kepada permasalahan yang wujud dalam diri kilen saya.

11
Akronim D pula merujuk kepada usaha saya sebagai guru pembimbing untuk mengatasi
masalah tersebut atau penilaian tidak rasional yang dibuat oleh murid-murid saya. Hal ini
bermaksud saya akan mencuba membimbing murid-murid supaya melawan pemikiran atau
penilaian yang tidak rasional. Hal ini demikian kerana pemikiran yang tidak rasional inilah
sebenarnya punca kepada permasalah yang wujud. Oleh itu, saya harus membantu mereka
agar mereka lebih berfikiran positif dan ingin terus belajar walaupun tidak sepandai murid-murid
yang lain. Saya boleh menggunakan soalan-soalan seperti Mengapa ia tidak baik kalau kamu
tidak belajar?.Dalam hal ini, saya berperanan untuk membantu mereka berfikir secara berlapis-
lapis mengenai masalah yang dhadapi.
Akronim E pula merujuk kepada jawapan yang dijana bagi melawan pemikiran tidak
rasional.Hal ini bermaksud saya berfungsi sebagai fasilitator untuk mengubah pemikiran tidak
rasional kepada rasional dalam gawang fikiran klien saya. Jawapan-jawapan yang dijana
adalah berdasarkan apa yang dilalui pada peringkat D. Saya tidak memberikan jawapan tetapi
hanya membantu mereka untuk menjana jawapan atau kesan positif kepada diri mereka.
Akronim D dan E ini sebenarnya adalah mewakili langkah rawatan berdasarkan Teori Rasional
Emotif.
Selain itu, untuk membantu menyelesaikan kes tersebut juga, saya boleh menggunakan
Teknik Emotif.Teknik ini berfokuskan domain afektif atau emosi klien.Sebagai contoh, saya
boleh menggunakan unsur kecindan bagi membantu klien untuk melihat situasi mereka dalam
perspektif dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri.Dalam kes ini iaitu murid saya
berasa tidak pandai dan tidak mahu belajar.Justeru, saya boleh menggunakan unsur kecindan
seperti mengatakan Awak bukan bodoh, cuma kurang pandai sahaja. Mungkin dengan cara
ini, hati mereka akan tercuit. Saya juga boleh menggunakan unsur didik hibur dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seharian. Saya juga boleh membimbing murid saya untuk
membentuk pola-pola emosi yang positif.Sebagai contoh, saya boleh memberi gambaran
bagaimana untuk mengatasi ketakutan atau fobia sekiranya gagal dalam pembelajaran. Saya
mungkin boleh mengatakan Gagal dalam pembelajaran, tidak bermakna anda akan gagal
dalam kehidupan. Terus bangkit dan bangkit apabila terjatuh..Sebenarnya murid-murid terlalu
mengambil kira pandangan orang sekeliling terutama rakan sebaya terhadap diri mereka
sekiranya mereka gagal dan tidak pandai.Oleh itu, saya harus bijak menguasai dan
mempengaruhi emosi dan perasaan mereka agar mereka berasa terbimbing dan termotivasi ke
arah yang lebih positif.

12
Di samping itu, saya juga boleh menggunakan Teknik Behavioral untuk menyelesaikan
masalah ini.Saya memilih teknik pengurusan kendiri termasuklah pemantauan kendiri. Hal ini
bermaksud, saya akan membimbing murid-murid saya untuk belajar mengurus diri dan melihat
perkembangan diri sendiri dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana saya percaya minda
mereka boleh diubah tetapi hanya mereka sendiri yang boleh mengubahnya dan saya hanyalah
bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara sahaja. Selain itu, saya juga boleh
menggunakan teknik-teknik lain seperti teknik operan yang menggunakan latihan asertif atau
pembentukan dalaman diri dan teknik klasikal seperti latihan desensitasi bersistematik. Pada
masa yang sama, saya boleh memberikan mereka tugasan kerja rumah agar mereka dapat
amalkan apa yang diajarkan pada sesi kaunseling dalam aktiviti seharian masing-masing.
Dengan cara ini, mereka akan berasa lebih terdorong dan termotivasi dengan sendirinya.
Sebagai akibatnya, mereka akan dapat mengubah pemikiran tidak rasional kepada pemikiran
yang lebih rasional dan kesan positif yang muncul akan menunjukkan tahap kejayaan yang
dicapai dalam kalangan klien saya.
Sebagai kesimpulan, dapat saya katakana bahawa melalui REBT, klien diajar untuk
menerima diri sendiri.Dalam kes ini, murid-murid saya diajar untuk menerima kelemahan dan
kekurangan diri sendiri tetapi terus dibimbing agar tidak mudah berputus asa dan terus
berusaha ke arah yang lebih positif. Khayalan rasional emotif melatih klien untuk berfikir, berasa
dan bertindak sama seperti dalam realiti kehidupan masing-masing.










13
6.0 Berdasarkan kepada kes di atas, aplikasikan satu terapi yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Berdasarkan kes atau permasalahan yang saya hadapi iaitu murid-murid malas untuk
belajar, saya memilih Terapi Seni Kreatif yang merangkumi terapi bercerita, terapi seni, terapi
muzik, terapi drama, terapi tarian, dan kaunseling biblioterapi. Saya mengfokuskan kepada
terapi bercerita memandangkan persekitaran atau budaya hidup masyarakat orang Asli yang
cenderung kepada penceritaan.Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk
menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara.Elemen-elemen penting yang
terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai
murni.Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman.Cerita
merangkumi pengalaman emosi.Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan
untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut.Dengan
mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi
masalah harian.
Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan.Bercerita
dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi
pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu.Kesannya, pendengar lebih
bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.
Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif. Lazimnya,
cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan.Cerita membawa pendengar
menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik tersebut.Dengan cara ini,
saya dapat mengajar kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita juga
menunjukkan tindakan dan akibat.Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, kesedihan
dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau
negatif. Hal ini dapat memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positf
pada masa kelak. Dengan itu, mereka akan lebih positif ke arah untuk belajar walaupun mereka
sedar bahawa mereka tidak pandai.




14
Saya boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi kepada murid-
murid di mana saya boleh meneroka dan cuba mendekati murid bermasalah dengan bercerita.
Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara
terbuka kepada guru.Oleh itu, saya perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang
sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.Berdasarkan
sumber tersebut, saya perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan
dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid mendengar cerita tersebut dia akan
terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara
tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada saya,
saya perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan
pengajaran kepada murid tersebut.Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh saya.
Tujuan bercerita yang lain juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan
unsur-unsur teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, sebagai seorang pencerita, saya
hendaklah bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan
nilai-nilai yang positif.Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas,
mudah difahami, menarik, menggunakan bahasa yang sesuai danmempunyai nilai moral yang
tinggi supaya murid dapat menghayati pengajaran yang ingin disampaikan pada akhir sesi
bercerita.Nilai-nilai murni boleh diserapkan secara langsung dan juga tidak
langsung.Penyerapan nilai murni secara langsung selalunya dilaksanakan oleh pencerita
semasa akhir sesi penceritaan.Manakala penyerapan secara tidak langsung dapat diselitkan
semasa penceritaan tersebut berlangsung. Apabila saya menggunakan teknik bercerita sebagai
terapi, murid-murid akan diminta berkumpul membentuk bulatan atau sebagainya. Semasa
proses penyampaian, sesi soal jawab akanberlaku antara murid dengan saya. Saya perlu
mengambil kesempatan ini dengan mencungkil keberanian murid untuk menyuarakan pendapat
di hadapan kawan-kawannya yanglain.





15
Selain itu, murid-murid akan berbincang dan berbual dengan rakan-rakan tentang cerita
tersebut. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk menyediakan suasana pembelajaran sosial
yang sihat dan positif dalam kalangan murid-murid.Selain itu, dengan terapi bercerita, murid
juga dapat menambah keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan dan idea di mana
pendekatan ini memerlukanpenglibatan murid secara aktif. Proses bercerita merupakan salah
satu aktiviti yang berpusatkan murid. Oleh itu murid memerlukan keyakinan diri yang tinggi
untuk menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh saya seperti bercerita, menjawab soalan dan
aktiviti susulan. Murid akan berusaha dan berlatih untuk mempersembahkan cerita yang
menarik dan sesuai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh saya mengikut perspektif
individu.
Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh saya semasa proses penyampaian supaya
murid dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan keupayaan diri. Di samping
meningkatkan keyakinan diri, murid juga dapat meluahkan perasaan dan idea mereka dengan
cara yang sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan harta benda
jika mereka berhadapan dengan masalah. Dengan terapi bercerita, mereka dapat mengaitkan
diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan
pendapat saya dan kawan-kawannya. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka
akan berasa lebih berminat untuk belajar walaupun mereka tidak sepandai murid-murid yang
lain.



16
7.0 Refleksi
Oleh:Tengku Mohamad Farid bin Tengku Mohd Nordin
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya
akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan ini dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Setelah sekian lama berpenat lelah dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan ini, saya dapati banyak faedah dan manfaat yang telah saya
diperolehi daripadanya. Semua ini akan saya ambil untuk dijadikan panduan dan
pedoman dalam mengharungi onak dan duri sebagai bakal guru nanti.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah terdedah dengan ilmu-ilmu
bimbingan dan kaunseling khususnya berkenaan ilmu kaunseling kelompok. Apa yang
dapat saya katakan di sini adalah seseorang guru itu haruslah menguasai ilmu
kaunseling kerana kita akan bertindak sebagai pembimbing atau kaunselor secara
langsung mahupun tidak langsung. Ilmu kaunseling kelompok ini adalah penting untuk
dikuasai memandangkan saya akan mengajar bilangan murid yang ramai dan
berkemungkinan mempunyai masalah dalam bidang akademik dan sosial yang sama.
Selain itu, dengan menyiapkan tugasan ini, saya didedahkan dengan Teori
Rasional Emotif Behavioral ataupun Teori REBT.Berdasarkan pemahaman saya, saya
dapat katakan bahawa teori ini mengfokuskan tentang dalaman seseorang.Hal ini
berkaitan dengan perasaan dan emosi seseorang.Dalam hal ini, guru harus menguasai
ilmu ini agar kita lebih bersedia apabila berhadapan dengan murid-murid yang
bermasalah.Dengan penguasaan yang jitu, kita dapat meneroka masalah dalam diri
murid-murid dengan lebih mendalam dalam usaha untuk membantu dan membimbing
mereka ke arah yang lebih positif.





17
Pada masa yang sama, saya juga terdedah dengan terapi-terapi dalam bidang
bimbingan dan kaunseling. Saya berpendapat bahawa, sebagai seorang bakal guru,
saya harus bijak dalam memilih kaedah, pendekatan mahupun teknik termasuklah
terapi-terapi tersebut dalam usaha untuk membantu dan membimbing murid-murid yang
bermasalah. Hal ini demikian kerana saya akan dapat menentukan kaedah atau
pendekatan serta teknik yang terbaik untuk mengubah mereka daripada negatif kepada
positif walaupun pada hakikatnya mereka berhak untuk memilih kepada negatif
mahupun positif.
Akhir kata, tanpa dorongan daripada semua yang terlibat saya pastinya tidak
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya mengambil peluang ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tersayang yang telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya iaitu Encik Aziz bin Mahmood. Saya berharap agar
semua hasil yang saya usahakan dapat memenuhi setiap garis panduan yang telah
ditetapkan. Insyaallah,segala ilmu yang saya perolehi semasa melaksanakan tugasan
ini akan saya praktikkan apabila saya melangkah ke alam pekerjaan sebagai seorang
guru. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH S.W.T dan
segala lemah itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.




18
8.0 Rujukan
Choong Lean Keow (2010).Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur: Percetakan Season
Sdn.Bhd.
Cheong Lean Keow. (2012).Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Dr. Maznah Baba & Zainal Madon.(2003) Kaunseling Individu.Kuala Lumpur; PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi.Kuala
Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1997). Edisi Kedua. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kauseling. Siri Pendidikan
Fajar Bakti. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ibrahim Ahmad. (2002) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah.Kuala
Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2011). Edisi Kedua. Bimbingan dan Kaunseling Kanak- kanak, Siri Pengajian
Profesional.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Wan Abdul Kader Wan Ahmad. (1994) Kaunseling Kelompok Berstruktur: Pengurangan
Kebimbangan Bersosial. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Definisi Bimbingan dan Kaunseling.diakses pada 14 Februari 2014, daripada
http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27
Definisi Kaunseling Individu. diakses pada 14 Februari 2014, daripada http://mas-
himpunan1001.blogspot.com/2010/02
Kaunseling Individu & Kelompok.diakses pada 16 Februari 2014, daripada
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01
Kaunseling Kelompok.diaksesi pada 18 Februari 2014, daripada
http://www.oocities.org/asia/kaunseling4u/kaunselingkelompok.htm
Kemahiran Asas Kaunseling.diakses pada 18 Februari 2014, daripada
http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06

You might also like