You are on page 1of 11

1MALAYSIA (Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan)

HURAIAN 1MALAYSIA

1. PENGENALAN
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara
menyusun stategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan
menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh
rakyat Malaysia, tampa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai
satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mengcapai
matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih aman, maju selamat dan
makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi
pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial,
ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak
memperkenalkan Konsep1Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia
dan sejajar dengan peruntukan yang termaktup dalamPerlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat
pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai
ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
Konsep ini juga,jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan
Malaysia sebuah negara yang aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta
disegani olh seluruh dunia.
2. DEFINISI
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB. Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak :
Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People.
Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan
etnik dalam Negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputra asalkan dasar itu dilaksanakan kepada golongan Bumiputra yang
layak mendapatsesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama
2.1. Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
2.1.1. Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan peminpin memainkan
peranan masing-masing.
Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One
People memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu
berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan
tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop
bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan
mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikian
juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak
semua kumpulan etnik dalam Negara kitalrbih menjurus adalah bersangkutan
dengan kepimpinan negara. Berenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tampa mengira kaum dan
etnik di Malaysia.
2.1.2. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia
Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam
negara kita telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara
ini berjalan dalam bentuknya yang terdiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani
kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB. Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka
kepada kaum-kaum lain.
3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAAN
MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas,
konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang
berbeza Konsep Malaysiaan Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan
terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil
secara membuta tuli dengan mengambil kira reality dan sejarah negara Malaysia.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysiajuga
menekankan soal interegrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan
Malaysiaan Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamaratan hak tampa mengambil
kira reality dan sejarah Malaysia.
4. KEDUDUKAN KONSEP 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya
Konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan
satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin
Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi
kepentingan rakyat.
HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN
TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar Negara terdahulu dinyatakan
sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah keinambungan daripada dasar-dasar
yang oleh pemimpin-pimimpin terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-
usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta Negara sudah dilaksanakan
sejak zaman Tungku Abdul Rahman Purta Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-
Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri,
namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
6. MATLAMAT
1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam
kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan
kelebihan ini akan dipepelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi
sebarang cabaran.
1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB. Dato Sri
Najib Tun Razak iaituRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
7. HURAIAN
7.1. 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas
yang perlu diwajudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat
menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
1Malaysia juga akan mewujudkan sesebuah kerajaan yang mengutamakan
pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri
iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
7.2. 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegrititinggi. Dalam hal
ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting
untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
7.3. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan
yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang
tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
7.4. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas
atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan
rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
7.5 Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban
masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan peribadi demi Negara. Pemimpin
yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan
dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
7.6. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara
mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah
negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman
politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia
dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau
kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat
kerajaan yang sewajarnya.
7.7. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsayang dapat
melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dankekitaan antara satu sama
lain. Keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai
integriti, kebolehan, dedikasidan kesetiaan.
7.8. Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan
nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
8. PRINSIP TERAS 1MALAYSIA
1Malaysia disandarkan kepada tiga teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional
iaitu:
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL
8.1. PRINSIP PENERIMAAN
Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang
mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima
antara satu sama lain sebagainya rakan setia.
8.2. PRINSIP KENEGARAAN
8.2.1. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah
diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul
Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng
Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan
kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
8.2.2. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dinegara
ini.
8.2.3. Tun Hussein Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang
dilakukan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa
Perpaduan.
8.2.4. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula
membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang, Terbilang sebagai
gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
8.3 PRINSIP KEADILAN NASIONAL
8.3.1. Setiap kaum dinegara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi
keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.
8.3.2. Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan
kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum yang lain.
Namun begitu, Konsep1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah
platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-
bukan.
9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B. Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat
Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu
untuk negara.Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
Budaya kecemerlangan
Ketabahan
Rendah hati
Penerimaan
Kesetiaan
Meritokrasi
Pendidikan
Integriti
9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN
9.1.1 Pengalaman budaya cemerlangan akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan
serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi.
Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya
kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
9.1.2 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan
prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
9.1.3 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.Ketepatan
menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang
lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
9.1.4 Ketepatan pengukuran,jadual penyampaian dan kualiti berhubung rapat bagi
menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
9.1.5. Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian
perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras.
9.1.6. Negara luar akan mengiktirafkan Malaysia sebagai negara yang mementingkan
kualiti dan ketetapan dalam segala bidang terutama dalam system perdagangan dunia
yang berteraskan eksport.
9.2. KETABAHAN
9.2.1 Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan
ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat
memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
9.2.2. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan
diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah
menghadapi dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai seduatu matlamat.
9.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi
memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
9.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan
yang ada dan hendaklah memperbaikinya secara positif.
9.2.5. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis
jika ingin maju dan berjaya.
9.2.6. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil
bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
9.2.7. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai
kejayaan diri, masyarakat dan Negara.
9.3 RENDAH DIRI
9.3.1. Rasa rendah diri adalah suatu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam,
rendah hati dikatakan Tawaduk. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran
Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati
orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi
amalan hidup kita.
9.3.2. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk malu atau mengalah
dengan orang lain.
9.3.3. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dibanggakan
dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
9.3.4. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri
tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu
prinsip.
9.3.5. Sikap merendah ini perlu bersesuain dengan masa, keadaan dan tempat di mana
kita berada.
9.3.6. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap
merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan
kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekerasan dan
penindasan.
9.4. PENERIMAAN
9.4.1. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada
daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan
perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas
tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan
lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
9.4.2. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua bentuk perkara baik
dan mendapat persetujuan secara bersama.
9.4.3. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan
membina sebuah Negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu,
Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada
masyarakat negara ini.
9.4.4. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan
secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan
masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
9.4.5. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan
agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan1Malaysia.
9.4.6. Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik
sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
9.5 KESETIAAN
9.5.1. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada
Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat
negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan
kapentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
9.5.2. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras
kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.
9.5.3. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana
organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami
kehancuran.
9.5.4. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan antara dua
pihak.
9.5.5. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan
jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau
pemimpin.
9.5.6. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi
menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau
kekurangan adalah lambing setia kawan.
9.5.7. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan
dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk
kebaikan bersama.
9.5.8. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak
mahu ditegur atau dikritik.
9.5.9. Kesetian perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan
cemerlang.
9.5.10. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berdasarkan kepada keupayaan,
pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
9.5.11. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tampa sebarang kemajuan
adalah tidak bernilai.
9.5.12. Perhubungan yang berasasjan kepada cara mengampu perlu dihindari agar
tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan .
9.6. MERITOKRASI
9.6.1. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara
demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi criteria diberi peluang
untuk memacu pembangunan negara.
9.6.2. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau
ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-setet dan
perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu
golongan tersebut.
9.6.3. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria
yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak
dipilih.
9.6.4. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan
budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
9.6.5. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak
dibuat melalui tender terbuka syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-
kriteria yang ditetapkan.
9.6.6. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat perunding dan sebagainya
wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang
bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran yang terbaik
merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
9.6.7. Prinsip meritokrasi membudayakan mesyarakat Malaysia dalam menghadapi
cabaran globalisasi atau liberalisasi.
9.7 PENDIDIKAN
9.7.1. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara
mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat
yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
9.7.2. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan
pengetahuan dari segala-galanya.
9.7.3. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda
yang sentiasa terbuka.
9.7.4. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah
vernacular.
9.7.5. Semua aliran samaada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil
hendaklah sentiasa mecari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
9.7.6. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan
nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk1Malaysia.
9.7.7. Budaya pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan rakyat Malaysia.
9.7. INTEGRITI
9.8.1. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan
keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai
ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat
tanpa mengira kedudukan.
9.8.2. Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
9.8.3. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
9.8.4. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau
salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
9.8.5. Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut dalam agama Islam.
Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
9.8.6. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini
sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar
dan panduan unutk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
9.8.7. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan
atau melalui saluran tidak sah.
9.8.8. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan.
Kepentingan Negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin
mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
9.8.9. Budaya cemerlang adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat
yang diberi.
10. KESIMPULAN
Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum
bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat
sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu
diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan
sikap saling mempercayai anatara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan
bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan Negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana
segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita dimana tidak
ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan
dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran
dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui
konsep1Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana
kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang
menpunyai satu hala tuju dan citarasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga
sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina
negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan
kesetiaan.
Sesungguhnya, semua rakyat Malaysia perlu mandasari prinsip-prinsip
utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan(sense of belonging)
bagi menjayakan konsep ini.

You might also like