You are on page 1of 19

Melibatkan guru menyusun

Mengorganisasikan dan menggunakan perkara berkaitan


Menyusun tempat duduk pelajar
Penyusunan perabot dan bahan bantu mengajar
1.0 PENGENALAN
Dalam konteks pendidikan di sekolah, guru adalah seorang insan yang
bertanggungjawab dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah dilaksanakan mengikut perancangan yang betul.
Keberkesanan pengajaran seseorang guru adalah bergantung kepada
strategi dan cara penyampaian guru serta penerimaan murid terhadap
pelajaran yang diajar. Walau bagaiamanapun, tugas seseorang guru bukan
sahaja terhad mengajar sesuatu subjek di dalam bilik darjah. Namun, pada
dasarnya guru juga berperanan dalam mengurus iklim bilik darjah bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Hal ini demikian kerana,
cara pengurusan bilik darjah yang betul dan sistematik dapat menjamin
segala aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985),
persekitaran yang dirancang dengan baik dapat meningkatkan kuasa serta
sumber pengajaran seseorang guru. Beliau telah menyenaraikan beberapa
aspek yang berkait rapat dengan pengurusan dan penyusunan bilik darjah.
Antaranya adalah seperti berikut:
Pada pandangan saya, setiap pengurusan dan penyusunan yang dibuat
oleh guru perlu mengikut kesesuaian dan objektif yang ingin diterapkan
dalam kalangan murid-murid. Hal ini kerana, penyusunan yang tidak
menepati kriteria-kriteria yang sewajarnya akan dapat memberi kesan
negatif terhadap murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Merujuk Atan Long (1986) dipetik dalam Kamaruddin Hussin (1995),
beliau menyatakan bahawa setiap pengurusan bilik darjah yang dibuat oleh
guru perlu berfokuskan kepada fungsi dan matlamat yang hendak dicapai
dalam penggunanaan bilik darjah.
2.0 FAKTOR- FAKTOR PENYUSUNAN BILIK DARJAH
Perkara utama yang mempengaruhi penyususnan bilik darjah adalah dari segi
kelancaran pergerakan guru kepada murid dan sebaliknya. Ini bermakna
penyusunan didalam bilik darjah harus berasaskan pekara ini. Ini kerana dengan
kelancaran pergerakan guru, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai
ketahap maksimum dengan guru dan murid dapat saling berinteraksi dengan
mudah. Antara pekara yang harus dipandang serius dalam melakukan dan
menyusun bilik darjah adalah berasakan kepada ruangan untuk belajar, ruangan
untuk komputer, ruangan rekod, sudut urus diri dan peralatan urus diri, sudut
pameran, sudut bacaan, ruang audio dan visual, sudut rekreasi serta ruang belajar
(ruang kecil). Setelah melakukan beberapa rujukan yang melibatkan proses
menyusun bilik darjah, terdapat lima pekara pokok yang harus diutamakan dan
beberapa penyusunan yang harus dilakukan dari masa ke semasa di dalam bilik
darjah iaitu :
i. Penggunaan papan putih, lcd, carta, gambar, dan alat bantu mengajar,
komputer, printer, tv, radio, scanner dan lain-lain yang disusun dengan
rapi dan kemas.
ii. Penyusunan kerusi dan meja murid.
iii. Pencahayaan dan pengudaraan yang kondusif.
iv. Penyusunan buku-buku dan bahan ilmiah serta bahan bantu mengajar.
v. Pembahagian tugas membersihkan kelas agar sentiasa teratur dan
kemas.






3.0 JUSTIFIKASI TERHADAP PELAN LANTAI YANG DIHASILKAN
3.1 REKA BENTUK BILIK DARJAH
Merujuk kepada lakaran serta susan reka bentuk bilik darjah yang
dihasilkan tersebut, jelas kelihatan ianya bertepatan dengan sistem
penyusunan bilik darjah KBSR dan KSSR. Hal ini kerana, sistem
penyusunan KBSR dan KSSR sangat menekankan kepada pendekatan
pengajaran secara berpusat. Berbeza dengan sistem susunan bilik darjah
tradisi yang yang disusun mengikut barisan dan susunan tersebut dianggap
tidak sesuai lagi kerana proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku
sehala sahaja iaitu berpusatkan kepada guru. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1985), setiap penyusunan bilik darjah tidak terhad dan ianya
disusun mengikut kepada keperluan pelajar dan guru seharusnya
memikirkan bentuk penyusunan bilik darjah mengikut kesesuaian murid-
murid. Oleh itu, seseorang guru perlu mengenalpasti serta mengambil kira
keperluan murid terlebih dahulu sebelum membuat penyusunan bilik darjah
supaya dapat menepati kehendak situasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
3.2 SUSUNAN MEJA GURU DAN MURID
Berdasarkan lakaran tersebut, meja guru diletakkan dibahagian
hadapan dan menghadap ke arah murid-murid. Tujuan tempat duduk guru
diletakkan di bahagian hadapan adalah untuk memastikan semua murid
dapat melihat guru serta mendengar pengajaran beliau dengan mudah.
Tambahan pula, murid-murid akan dapat menumpukan perhatian kepada
guru sekiranya guru berada di bahagian hadapan. Menurut Haliza & Joy
(2008), kedudukan guru berada dihadapan sangat sesuai kerana guru dapat
melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid serta dapat memberi
peluang kepada guru untuk berinterkasi dengan murid-muridnya. Selain itu,
ianya juga dapat memudahkan kemahiran berkomunikasi sama ada
kemahiran menghantar maklumat atau menerima maklumat.
Dalam pelan lantai bilik darjah tersebut, kerusi dan meja murid disusun
mengikut kumpulan. Pada dasarnya, susunan mengikut kumpulan ini dapat
menigkatkan lagi penglibatan langsung murid-murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta dapat memupuk pembelajaran koperatif.
Hal ini demikian kerana, sekiranya mereka diberi tugasan oleh guru
mengikut kumpulan, sudah tentu setiap ahli kumpulan akan terlibat sama
bagi menyelesaikan tugasan yang diberi itu. Oleh itu, guru sedikit sebanyak
dapat membimbing murid-murid supaya lebih aktif di dalam kelas seterusnya
dapat merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan mewujudkan proses
pengajaran guru secara berpusat.
Tambahan pula, rasional menyusun kedudukan murid-murid mengikut
kumpulan adalah bertujuan supaya perasaan negatif mereka seperti pasif,
pemalu, pendiam dan takut dapat dielakkan dan diberi bimbingan. Pada
pandangan saya, sekiranya murid diletakkan dalam kumpulan ianya akan
dapat mendorong dan memupuk setiap murid atau ahli kumpulan supaya
memainkan peranan dalam kumpulan masing-masing. Menurut Susan & Tim
(1997), beliau menyatakan bahawa apabila murid-murid berada dalam
kumpulan, pembelajaran berpusatkan murid dapat diwujudkan sekiranya
setiap murid sedar bahawa mereka adalah individu yang mempunyai
peranan di dalam kumpulan. Keadaan seperti ini secara outomatik dapat
memperkembangkan tahap sosioemosi serta penglibatan mereka di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, cara penyusunan secara berkumpulan dapat menggalakkan
interaksi antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Situasi ini
dapat dilihat apabila mereka saling berbincang dan melontarkan pendapat
masing-masing terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Sekiranya murid-murid diletakkan secara bersendirian tanpa dalam
kumpulan, penglibatan murid serta interaksi antara mereka tidak akan
berlaku. Menurut Ee Ah Meng (1994), perkembangan psikososial serta
emosi murid-murid akan bertambah baik sekiranya mereka belajar di dalam
kumpulan. Oleh yang demikian, konsep saya dengan dunia saya yang ada
pada setiap murid-murid dapat dihapuskan apabila mereka berpindah
daripada pengalaman yang menumpukan kepada diri sendiri kepada
sesuatu pengalaman yang melibatkan pergaulan.
Tambahan pula, kedudukan bagi murid lelaki dan perempuan boleh
dicampurkan di dalam setiap kumpulan. Rasionalnya adalah untuk
memastikan supaya masalah disiplin dan tingkah kalu murid dapat
dikurangkan. Pendapat ini disokong oleh Kamarudin (1995) yang
menyatakan bahawa gabungan antara lelaki dan perempuan di dalam
kumpulan dapat mengelakkan murid daripada melakukan perkara yang tidak
sepatutnya. Selain itu, setiap kumpulan juga perlu terdiri daripada tahap
kecerdasan murid yang pelbagai. Contohnya, murid yang pandai, sederhana
dan kurang pandai perlu dicampurkan dalam satu kumpulan supaya setiap
murid dalam kumpulan dapat membimbing dan menolong ahli kumpulan
yang lain. Pada dasarnya, itu adalah sebenarnya tujuan utama kedudukan
murid disusun mengikut kumpulan supaya mereka bercampur antara satu
sama lain. Walau bagaiamanpun, apabila murid-murid digabungkan di dalam
kumpulan mengikut kecerdasan serta jantina, guru pula seharusnya
memainkan peranan yang amat penting bagi menggalakkan berlakunya
interaksi, kerjasama, sikap toleransi dan aktif sewaktu proses pembelajaran
berlaku.
Melalui pelan lantai yang dibuat, terdapat satu kumpulan khusus yang
dibina diantara kumpulan-kumpulan murid yang lain. Hal ini kerana, muri-
murid dalam setiap bilik darjah sebenarnya mempunyai kepelbagaian
kecerdasan dan kebolehan masing-masing. Contohnya, di dalam sesebuah
kelas terdapat murid yang mempunyai masalah penglihatan dan
pendengaran, terlalu pasif dan aktif, mempunyai masalah pembelajaran dan
sebagainya. Oleh itu, murid-murid ini hendaklah diletakkan di dalam satu
kumpulan khusus bersama-sama dengan guru supaya mereka mendapat
perhatian serta bimbingan yang lebih berbanding murid-murid lain.
Selain itu, bentuk susunan yang direka juga adalah benbentuk seakan-
akan susunan Perimeter Roon Arrangement atau dikenali juga dengan
susunan bentuk U iaitu dengan mengelilingi kumpulan khas yang berada
ditengah dengan kumpulan-kumpulan kecil. Bentuk susunan seperti ini akan
dapat menghasilkan ruang yang mencukupi kepada murid-murid dan guru
untuk bergerak. Menurut Ron (2009), susunan seperti bentuk U
membolehkan guru dan murid bergerak secara fleksibel. Selain itu, ianya
juga memudahkan guru bergerak dan memantau aktiviti yang dijalankan
oleh murid-murid. Oleh itu, murid- murid sudah pasti tidak akan melakukan
aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembelajaran sekiranya guru sentiasa
bergerak serta memantau aktiviti mereka.
Tambahan pula, bentuk susunan ini juga dapat memastikan ruang
trafik muri-murid akan menjadi lebih selesa. Hal ini kerana, murid-murid akan
dapat bergerak dengan mudah untuk mengambil bahan pembelajaran
mereka serta mudah untuk pergi ke sudut-sudut pembelajaran yang terdapat
di dalam kelas. Selain itu, murid-murid juga akan mudah untuk bergerak dan
berinteraksi bukan sahaja dengan ahli kumpulan mereka sendiri malah
dengan ahli kumpulan yang lain. Menurut Haliza & Joy (2008), pada
peringkat umur murid sekolah rendah, sifat inkuiri mereka sangat tinggi dan
mereka cenderung untuk melihat serta ingin mengetahui cara pembelajaran
orang lain. Oleh itu, mereka perlu bergerak dari suatu tempat ke satu tempat
untuk melihat cara rakan mereka yang lain belajar dan memperoleh
pengetahuan. Oleh itu, kesediaan ruang yang mencukupi sangat perlu
kepada mereka terutamanya kepada murid-murid yang suka bergerak atau
aktif.
3.3 RUANG, SUASANA DAN PERALATAN DI DALAM BILIK DARJAH
Berdasarkan kepada pelan lantai yang direka, terdapat beberapa sudut
di sekitar murid-murid seperti sudut pembelajaran, sudut multimedia, sudut
perpustakaan mini, sudut rak buku dan pameran serta sudut papan
kenyataan.
3.4 Papan Kenyataan
Papan kenyataan perlu diletakkan di bahagian hadapan bilik darjah
kerana ianya dapat memudahkan murid-murid membaca dan melihat
perkara-perkara yang terdapat di papan kenyataan tersebut. Terdapat
beberapa perkara yang boleh diletakkan di papan kenyataan untuk tatapan
murid-murid. Contohnya seperti carta organisasi kelas, peraturan-peraturan
di dalam kelas, penunjuk prestasi murid dan jadual bertugas. Rasa
tanggungjawab murid-murid dapat dipupuk sekiranya mereka sentiasa
melihat kandungan yang terdapat di papan kenyataan. Selain itu, untuk
papan kenyataan setiap mata pelajaran, guru perlu mengarahkan murid-
murid mereka supaya meletakkan nota-nota menarik yang berkaitan dengan
pelajaran. Hal ini memudahkan murid untuk membaca dan mengingat
tentang apa yang dipelajari apabila mereka sentiasa melihat dan membaca
nota tersebut di papan kenyataan.
3.5 Almari dan Rak
Terdapat beberapa sudut yang menempatkan rak dan almari di dalam
pelan lantai bilik darjah tersebut seperti rak kasut,rak buku, rak ICT dan rak
bahan bantu mengajar. Rak-rak ini diletakkan di sekitar bilik darjah bertujuan
untuk memudahkan murid-murid meletakkan dan menyusun barang-barang
mereka serta bahan-bahan untuk pembelajaran. Di samping itu, ianya juga
dapat mendorong murid supaya lebih berdisiplin dan mengikut peraturan-
pertauran yang terdapat di dalam bilik darjah. Contohnya, murid-murid akan
menyimpan buku-buku, bahan-bahan pembelajaran, kasut dan peralatan
mengikut rak yang telah disediakan. Tambahan pula, ianya juga dapat
memberi input kepada murid supaya menjaga kekemasan dan kebersihan di
dalam bilik darjah. Dengan adanya rak dan almari serta peraturan-pertaturan
penggunaannya, murid-murid juga dapat diterapkan dengan unsur-unsur
berdikari dalam diri mereka. Contohnya, buku-buku persendirian mereka
perlu menjadi tanggungjawab masing-masing untuk disusun dan disimpan di
atas rak.
3.6 Sudut-sudut Khas
Terdapat beberapa sudut khas dalam pelan lantai tersebut seperti
sudut pameran hasil kerja, sudut pembelajaran dan multimedia serta sudut
perpustakaan mini. Sudut pameran hasil kerja murid-murid diwujudkan
supaya mereka dapat mempamerkan hasil kerja yang mereka buat. Contoh
hasil kerja yang dibuat adalah seperti lukisan, rekaan bentuk, origami dan
banyak lagi. Hal ini dapat memberikan motivasi kepada mereka apabila
merasakan hasil kerja mereka dihargai dan dipamerkan kepada semua ahli
kelas. Menurut Ee Ah Meng (1994) lagi, papan-papan kenyataan serta
almari-almari perlu disediakan untuk murid mempamerkan hasil individu atau
kumpulan supaya murid-murid yang lain dapat belajar dari kawan-kawannya
di samping memberikan peranan kejayaan serta pengakuan kepada mereka.
Selain itu, terdapat juga sudut multimedia dan pembelajaran di dalam
pelan lantai tersebut. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru
menggunakan kepelbagaian teknik pengajaran dan tidak hanya
memfokuskan kepada pengajaran secara chalk and talk sahaja. di sudut
tersebut, guru boleh mengajar murid melalui televisyen dan juga kemudahan
komputer. Rasionalnya, ianya sedikit sebanyak dapat mengembangkan
pemikiran serta pengetahuan murid terhdap penggunaan teknologi yang
canggih bagi menarik perhatian mereka terhadap pembelajaran.
Dipenjuru kelas tersebut terdapat sudut yang menempatkan
perpustakaan mini. Tujuaanya adalah untuk memudahkan murid membuat
rujukan serta memenuhi masa terluang mereka dengan membaca. Selain
itu, guru juga boleh menggunakan sudut tersebut untuk tujuan bercerita
secara santai bersama-sama dengan murid. Hal ini dapat memupuk murid
supaya bertambah minat untuk membaca. Menurut Haliza (2008), ruang
serta sudut yang terdapat di dalam kelas boleh digunakan oleh murid-murid
pada ketika tertentu seperti untuk tujuan pemulihan dan pengayaan.
3.7 PERALATAN YANG LENGKAP
Penyedian infrastuktur seperti papan tulis, almari, meja, kerusi dan juga alat-
alat membersih adalah antara pekara yang mempergaruhi guru untuk
menyusun suasana bilik darjah. Yang menjadi masalah di dalam pekara ini
adalah kurangnya kesedaran untuk memberi kesemua ini secara berterusan.
Ini kerana lazimya segala perkakas ini diberi bermula dari awal tahun sahaja.
Ini memberi masalah kepada guru untuk membentuk satu susunan bilik
darjah yang terbaik.





3.8 Keadaan Fizikal Murid
Manusia dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan. Begitu juga
dengan murid. Terdapat murid yang mempunyai saiz, bentuk badan dan juga
masalah fizikal yang harus diambil kira oleh guru dalam menyusun bilik
darjah. Sebagai contoh untuk pelajar yang mempunyai masalah penglihatan
yang kabur atau rabun haruslah diletakan dibahagian hadapan. Begitu juga
dengan pelajar yang mempunyai tubuh badan yang rendah yang turut
dilitakan dihadapan kerana mereka ini tidak mampu membaca apa yang
ditulis guru di papan tulis. Untuk pelajar yang mempunyai tubuh badan yang
tinggi, mereka harus diletakan dibelakang kerana mereka mempunyai
kelebihan untuk melihat lebih tinggi seterusnya tidak menggangu penglihatan.
murid yang mempunyai tubuh badan yang lebih rendah.

3.9 KEKANGAN KESIHATAN DAN PERIBADI MURID
Kesihatan murid merupakan salah satu pekara yang harus diambil berat oleh
guru dalam menyusun kedudukan bilik darjah. Pekara ini harus diambil serius
kerana untuk murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma dan
sebagainya harus berada dekat dengan guru untuk memudahkan
pemantauan guru terhadap mereka ini lebih mudah. Begitu juga kepada murid
yang mempunyai masalah pendengaran yang memerlukan guru meletakan
mereka hampir dengan guru untuk memperi mereka lebih pendengaran
degan jelas. Mengenai peribadi murid pula, untuk murid yang mempunyai
masalah atau sering menggangu rakan sekelas meraka haruslah diletakan
hampir dengan guru untuk dipantau pergerakan dan aksi mereka untuk
mengelakan mereka menggangu rakan-rakan mereka. Ini juga dapat
menghalang dari mereka ini membuat bising.





3.10 Pencahayaan Dan Pengudaraan
Kebolehan untuk melihat dengan terang merupakan asas kepada berjayanya
pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah. Sebuah bilik darjah yang
mempunyai pencahayaan yang baik dengan semua lampu bernyala dan
mempunyai kebolehlah menerangi bilik darjah tanpa ada halangan sama ada
dari perabut mahupun unsur lain. Tinggap merupakan salah satu pekara yang
harus diambil kira kerana ketiadaan lampu akibat kegagalan elektrik berfungsi
tetapi tingkap yang baik dapat memberi pengcahayaan untuk meneruskan
pembelajaran dan pengajaran. Untuk mengudaranan,keadaan tingkap dan
pintu harus diambil berat, guru harus memastikan tiada pekara yang
menghalang pintu atau tingkap seperti tingkap yang ditutup rapat dapat
menghalang pengudaraan. Apabila berada dalam keadaan selesa, maka
wujudlah interaksi dua hala yang baik antara guru dan murid serta boleh
menimbulkan rasa kesepunyaan antara murid-murid dan guru.

3.11 Latar Belakang Murid
Latar belakang murid yang sudah semestinya akan berbeza harus diambil
berat murid kerana seorang murid yang mempunyai keluarga yang
berpendapatan rendah dengan murid yang mempunyai pendapatan yang baik
semestinya mempunyai perbezaan. Oleh kerana itu, dalam kumpulan harus
diletakan kepelbagaian lapisan murid yang mempunyai pelbezaan antara
mereka untuk mengalakan mereka saling memahami. Kegagagalan guru
meletakan mereka bersama dan memisahkan mereka beerdasarkan latar
belakang boleh menyebabkan guru dilihat mempunyai pilih kasih terhadap
murid.



3.12 KESIMPULAN KESELURUHAN DARIPADA JUSTIFIKASI PELAN LANTAI
YANG DIHASILKAN
Hasil daripada kutipan-kutipan maklumat yang telah kami lakukan, kami dapat
membuat satu kesimpulan keseluran berkaitan dengan pelan lantai atau strategi
penyusunan pelan lantai dalam sesebuah bilik darjah. Dimana kami dapat
memperkatakan bahawa, persekitaran bilik darjah juga penting dalam situasi
pembelajaran murid-murid. Hal ini demikian kerana, melalui penyediaan pelan
lantai yang sesuai dengan konsep kurikulum sekolah yang disediakan, ia dapat
meningkatkan lagi keberkesanan kanak-kanak terhadap penerimaan isi dan
situasi pelajaran yang disampaikan guru di dalam bilik darjah. Hal ini juga
bertepatan dengan takrifan yang telah diberikan oleh Sharifah Alwiah Alwiah
Alsagoff (1986), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat
meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau selanjutnya
menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang melibatkan
beberapa perkara seperti :
1. Melibatkan guru menyusun
2. Mengorganisasidan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan
3. Menyusun tempat duduk pelajar
4. Penyusunan perabot dan alat bantu mengajar
Secara keseluruhannya, semua perkara di atas perlu diatur dengan sempurna
untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Kementerian Pendidikan Malayasia (1981) menekankan bahawa :
Kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah
seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin yang
pembelajaran telah berlaku melainkan jika guru menguruskan
murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.
Atan Long (1986) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah
berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik
darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah turut melibatkan beberapa tujuan
supaya tercapai objektif yang telah ditentukan. Antara tujuan pengurusan bilik darjah
mengikut Atan Long (1986) ialah:
1. Masa, tenaga, alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
mencapai objektif pengajaran.
2. Kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dapat digunakan dengan
berkesan.
3. Mengadakan susasana yang menggalakkan untuk pembelajaran.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif menjadi faktor keberkesanan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran. Kondusif didefinisikan sebagai satu suasana
yang menggambarkan nyaman, ketenteraman dan keselesaan yang wujud dalam
interaksi sesama individu dalam sesebuah masyarakat.
Secara umumnya, persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya
boleh difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira dan
ceria yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah
diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh
Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan
siapa dan di mana pelajar duduk juga dapat membantu dalam interaksi antara murid
dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Murid akan berasa tenang,
seronok dan bermotivasi untuk belajar. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.
Salah satu cara bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang positif ialah melalui
susun atur ruang pembelajaran dalam bilik darjah. Ruang pembelajaran di dalam
bilik darjah perlu menarik dan meyokong aktiviti pembelajaran di dalamnya. Ruang
pembelajaran di dalam bilik darjah dirangka supaya ada ruang persendirian, ruang
untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan dan ruang untuk alat bantu belajar yang
kondusif kepada murid-murid.
Dalam tugasan ini, kami telah melakar satu lakaran kasar pelan lantai bilik
darjah yang dapat menyumbangkan persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana
persekitaran fizikal memainkan peranan penting dalam pemupukan minat dan
kesediaan untuk belajar bagi murid-murid sekolah rendah.
Perkara utama yang ditekankan semasa melukis pelan lantai bilik darjah ini
ialah aspek pencahayaan dan pengudaraan yang baik iaitu kedudukan pintu dan
juga tingkap. Keadaan ini akan memudahkan kami untuk menempatkan peralatan
yang sesuai di dalam kelas supaya tidak menghalang pencahayaan dan
pengudaraan. Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk
keselesaan murid dan guru semasa melakukan proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi
pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik
darjah juga disusun tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya
halangan pencahayaan dan pengudaraan. Keadaan bilik darjah perlulah berada
dalam keadaan stabil iaitu tidak terlalu terang ataupun tidak terlalu gelap. Langsir
boleh dipasangkan di tingkap bagi memastikan faktor pencahayaan ini seimbang.
Bilik darjah yang gelap akan memberi kesan terhadap pandangan murid. Murid juga
berkemungkinan untuk tidur dalam bilik darjah yang gelap, sementara bilik darjah
yang terang pula akan menyilaukan penglihatan murid dan boleh mengganggu
pembelajaran mereka.
Antara aspek lain yang ditekankan dalam penyusunan bilik darjah sekolah
rendah ini ialah, meja guru, sudut pembelajaran, almari, sudut multimedia, meja
murid, bakul sampah, bakul sampah dan sebagainya. Meja guru perlu diletakkan di
hadapan kelas, menghadap meja murid bagi menggalakkan berlakunya kontek
visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
perlu berada sentiasa di hadapan kelas kerana murid-murid pada tahap KBSR amat
memerlukan tunjuk ajar daripada seorang guru dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
Justeru, tidak wajarlah untuk guru berada di belakang kelas kerana murid tidak
dapat untuk melihat dan meneladani tindak tanduk guru tersebut. Hal ini bersesuaian
dengan ciri-ciri seorang guru yang ditekankan oleh Falsafah Pendidikan iaitu
menjaga keterampilan.
Pengajaran yang bercorak amali juga amat memerlukan tumpuan terhadap
guru sebagai pemudah cara. Meja guru juga diletakkan di penjuru hadapan supaya
tidak menggagu pergerakan aktiviti kelas. Di samping itu, guru dapat menggunakan
papan tulis serta memberikan sepenuh perhatian terhadap semua murid di dalam
kelas. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas bukan di tengah supaya
penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang. Meja ini tidak diletakkan di
sebelah pintu supaya laluan keluar masuk tidak terhalang, sebaliknya diletakkan di
sebelah tingkap bagi memberi pencahayaan dan pengudaraan yang cukup untuk
keselesaan guru. Keselesaan guru dapat merangsang semangat untuk guru
mengajar dalam emosi yang positif.
Guru tidak boleh duduk di kawasan mejanya sahaja, sama ada sewaktu
pengajaran ataupun sewaktu pembelajaran. Semasa aktiviti pembelajaran berlaku,
sama ada menulis atau membaca, gurur seharusnya berada di sekitar pelajar dan
menjadi pembantuuntuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh
murid-murid.
Almari pula diletakkan di bahagian kanan kelas iaitu berhampiran dengan
meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu belajar termasuk
CD dan juga fail yang berkaitan untuk kegunaan murid. Selain itu juga, almari
disediakan bagi memudahkan guru menyimpan fail peribadi murid, rekod-rekod
perkembangan murid dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan
prasekolah.
Alat-alat bantu mengajar pula seperti LCD projektor yang terdapat di stesen
ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh guru bagi menjamin keberkesanan
pengajaran. Jadi, seorang guru perlu meletakkan stesen tersebut di bahagian
hadapan kelas dan guru perlu menggunakannya dengan cekap bagi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (2010)
dalam bukunya yang bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat
bantu mengajar merupakan satu medium bagi menyampaikan wadah kepada murid
memalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Bahan seperti ini
dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan menarik minat
murid untuk terus belajar.
Penyusunan kerusi dan meja lazimnya bergantung kepada umrdan keperluan
murid-murid itu sendiri. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) tiada satu cara
penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik. Ia bergantung kepada umur dan
keperluan murid-murid dan guru harus cuba memikirkan bentuk penyusunan yang
difikirkan paling sesuai dan menepati kehendak situasi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar lelaki dan perempuan,
penyusunan kerusi meja perlu mengelakkan daripada berlakunya sebarang
masalah. Oleh itu, dicadangkan supaya kedudukan pelajar lelaki dan perempuan
dicampuradukkan supaya masalh disiplin dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun,
kedudukan mereka hendaklah menggalakkan berlakunya interaksi, bekerjasama
serta dapat bertoleransi semasa proses pembelajaran berlaku.
Meja murid disusun mengikut kumpulan berenam dalam bentuk kumpulan
supaya memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. Susunan
ini turut menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan
murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, susun atur sebegini
memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan. Jika terdapat pelbagai kaum
di dalam kelas tersebut guru akan meletakan dalam setiap kumpulan akan terdiri
daripada pelbagai kaum. Hal ini bagi membentuk persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya. Bagi aktiviti kelas, murid akan berada di atas permaidani yang
berdekatan dengan meja guru. Hal ini membolehkan murid-murid dapat
menumpukan perhatian kepada guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Kedudukan murid yang berhampiran dengan guru juga membolehkan murid
berinteraksi dengan guru dengan lebih jelas lagi.
Selain itu, susunan meja dalam bentuk kumpulan ini bersesuaian dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang menekankan penyusunan meja murid secara berkumpulan
seperti mana yang dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Asas
Pendidikan 1, Terbitan Longman Malaysia. Mengikut Gibb (1969) pula,
pembelajaran berkumpulan bermaksud penukaran maklumat, kepakaran, dan
keperluan dalam kalangan ahli kumpulan. Sumbangan daripada setiap ahli
kumpulan adalah matlamat utama dalam pembelajaran berkumpulan sejajar dengan
pendapat Jim Murphy (2009) dalam bukunya Teaching Practise Conversations.
Beliau menyatakan bahawa salah satu kaedah untuk mengekalkan tumpuan murid
adalah dengan membahagikan murid kepada pasangan dan kumpulan kecil.
Dalam konteks pengajaran bahasa, murid yang belajar secara kumpulan akan
membentuk suatu suasana yang kondusif. Murid akan berani untuk mengeluarkan
idea ataupun pendapat dalam kalangan sesama mereka. Mereka juga dapat
mengembangkan bakat atau kebolehan yang sedia ada. Pengajaran secara
berkumpulan dapat menjadikan murid lebih aktif dan mempunyai semangat belajar.
Murid juga memperoleh kemahiran bersosialisasi hasil daripada perbincangan yang
dilakukan dalam kumpulan. Selain itu, kedudukan susun atur secara kumpulan ini
dapat menjimatkan ruang kelas.
Justeru, guru boleh membahagikan murid dalam kumpulan mengikut pelbagai
kriteria. Mengikut Kamarudin Hj Husin (2008) dalam bukunya KBSM dan model-
model Pengajaran Bahasa, pembelajaran berkumpulan dalam kelas KBSR dan
KSSR adalah berdasarkan pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan juga
berdasarkan minat dan tujuan sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang
meletakkan murid-murid yang berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran
secara kumpulan dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana
mereka telah didedahkan dengan bahan pengajaran yang lebih mendalam dan
tinggi. Sementara bagi kumpulan yang mempunyai murid-murid yang berpencapaian
rendah, bahan pengajaran mereka akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap
kognitif mereka. Jadi, mereka dapat membentuk konsep diri kerana tidak terjejas
dengan pertandingan bersama murid-murid yang lebih baik dalam bidang akademik.
Oleh itu, meja dan kerusi murid hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan
kecil mengikut kesesuaian guru setelah membuat penilaian terhadap prestasi dan
kebolehan mereka.
Di kelas sekolah rendah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran mengikut
tunjang pembelajaran iaitu, tunjang komunikasi bahasa (bahasa malaysia dan
bahasa inggeris), tunjang sains dan teknologi (awal sains dan matematik), tunjang
kemanusiaan, tunjang pendidikan islam dan moral, tunjang perkembangan fizikal
dan kesihatan, tunjang perkembangan kreativiti dan estetika serta tunjang
pengurusan sosioemosi. Selain itu, terdapat juga sudut pembelajaran dan kumpulan
kecil yang bertujuan untuk memudahkan pelajar belajar berbincang sesama mereka.
Setiap sudut ini berada di belakang kelas. Hal ini memudahkan murid
menggunakan sudut-sudut tersebut. Di setiap sudut ini, dihamparkan permaidani
dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih
bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka
berada di rumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus turut disusun di sudut
ini untuk bacaan umum murid-murid. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina
seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu
disusun kembali di atas rak selepas digunakan dan sebagainya. Peraturan sebegini
boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Murid-
murid boleh menggunakan sudut ini pada bila-bila masa seperti pada waktu pagi
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, sewaktu menunggu ibu bapa
datang menjemput dan ketika waktu rehat. Dengan adanya sudut pembelajaran ini
murid-murid dapat berinteraksi dengan rakan sekelas dengan lebih rapat.
Ruang-ruang pembelajaran diadakan bertujuan bagi memudahkan murid-
murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Dalam buku yang berjudul Open
Education and The American School, R.S Barth (2008) menyatakan bahawa,
Konsep pendidikan terbuka merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Murid bebas untuk memilih bahan pembelajarannya sendiri dan
guru hanya berperanan sebagai penasihat dan pemantau aktiviti pembelajaran yang
dilakukan murid itu. Jadi, ruang-ruang pembelajaran seperti ruang bacaan perlu
diwujudkan bagi menjayakan pembelajaran yang telah berlaku.
Bersebelahan dengan papan putih perlu disediakan satu papan
kenyataan.papan kenyataan diletakkan di hadapan kelas supaya memudahkan
pelajar melihatnya. Papan kenyataan penting dalam kelas untuk memaparkan
informasi, peraturan, serta jadual bertugas. Peraturan penting supaya murid-murid
mematuhi undang-undang dan larangan semasa di bilik darjah. Jadual bertugas pula
dapat mempamerkan tanggungjawab murid untuk membersihkan kelas. Peraturan
dan undang-undang ini jelasnya dapat menjimatkan masa guru. Kelas yang berada
dalam keadaan disiplin yang teratur apabila peraturan ditampal di papan kenyataan
akan mempermudah proses pengajaran yang hendak dilakukan. Selain itu,
kewujudan papan kenyataan ini akan memberikan impak positif ke dalam diri murid.
Murid-murid akan dilatih supaya sentiasa peka dengan informasi yang diberikan oleh
guru. Oleh itu, guru hendaklah meletakkan papan kenyataan di depan kelas supaya
dapat menjadi rujukan oleh semua murid.
Pada sudut multimedia, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet
untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di
bahagian tepi dinding bilik darjah berdekatan dengan meja guru. Sudut ini diletakkan
berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa
penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau
murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga
perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media ini. Rasionalnya adalah
supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini serta pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau
kemalangan.
Peti pertolongan cemas juga sangat penting dalam sesebuah kelas. Peti
pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas dan berhampiran dengan meja
guru. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap
kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka
bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan awal ketika
kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.
Di belakang sudut kelas satu bakul sampah dan tempat mengasah pensel.
Hal ini kerana kami ingin melatih murid-murid supaya menjaga kebersihan kelas.
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-
murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah dan menjadikan murid-
murid aktif bergerak apabila hendak mengasah pensel dan membuang sampah
mereka. Jadi, mereka akan kekal segar dalam bilik darjah apabila melakukan sedikit
pergerakan psikomotor untuk bergerak ke belakang kelas.
Menurut buku Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah
menyatakan bahawa aspek psikososial iaitu persekitaran bilik darjah memainkan
peranan penting dalam memupuk minat murid supaya terus belajar. Jadi, kami
meletakkan bakul sampah di belakang sudut kelas. Jika kedudukan bakul sampah
berada hadapan kelas, besar kemungkinan akan terdapat sekumpulan murid yang
tidak selesa dengan bau dan keadaan sampah yang berlonggokan. Oleh itu, sudah
pastilah murid tersebut tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan bakul
sampah perlu diubah ke bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy (2007)
pula, aspek kebersihan seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan
pembelajaran yang selesa kepada murid-murid di samping membudayakan mereka
dengan amalan kebersihan.
Guru juga perlu menjadikan amalan membuang sampah ke dalam bakul
sampah sebagai rutin kepada murid-murid. Dengan adanya amalan dan budaya
membuang sampah ke dalam bakul sampah ini, maka kebersihan kelas akan
terjamin sekali gus dapat menjadikan kelas sebagai persekitaran yang bersih dan
mesra budaya.
Di dalam pelan lantai bilik darjah mengikut KBSR yang kami lakarkan juga
terdapat satu kumpulan kecil. Terdapat pelbagai tujuan guru dalam mengadakan
kumpulan kecil dalam kelas. Antaranya adalah bagi melaksanakan kegiatan
pemulihan bahasa ataupun mata pelajaran lain. Murid-murid yang pemalu, penakut,
dan gugup yang berada dalam kelompok ini dapat diberikan sokongan moral oleh
guru apabila berada di kedudukan belakang ini kerana mereka akan malu dengan
rakan-rakan sebaya yang lain.

You might also like