You are on page 1of 2

Tajuk : Refleksi Bina Insan Guru Fasa ke 6

Unit : PISMP PC1/PJ/ELM


Nama : Low Wai Kang
Pada 24/6/2014 , saya berpeluang untuk melawat ke sebuah sekolah
Sk Raub Indah yang terletak di Raub, Pahang. Berdasarkan BIG kali ini , ia
merupakan Bench Marking. Menurut maklumat yang didapati , sekolah ini
merupakan sebuah sekolah yang saya rasa bangga terhadapnya kerana
sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang baru dibina selama 3 tahun dan
dalam masa dua tahun , ia telah menjadi sebuah sekolah yang cemerlang.
Antara kekuatan BIG ini ialah kita dapat satu peluang untuk menikmati
sebuah sekolah yang baru dibina selama tiga tahun dan dalam masa dua
tahun ia telah diiktiharkan sebagai sebuah sekolah yang cemerlang. Kita
berpeluang untuk mengetahui cara perlaksanaan sekolah dalam
mengendalikan pendidikan dan cara untuk menjadi sebuah sekolah
cemerlang.
Antara kelemahan yang saya dapati dalam BIG kali ini , saya
mendapati bahawa kita tidak dapat mengurus masa kita dengan baik sebagai
contohnya , mengikut tentatif program kita , kita sepatutnya hendak
berkumpul di dataran pada pukul 7.00 pagi tetapi terdapat guru pelatih yang
datang lewat dan bukan itu sahaja pengakutan kita juga datang lambat dan
kita terpaksa berlepas pada pukul 7.40 pagi.
Selain itu , saya juga berasa bahawa pakaian kita tidak selaras dan
menyebabkan kita semua berpakaian baju formal yang berlainan dan nampak
tidak berapa kemas. Di samping itu , saya juga mendapati bahawa kelas saya
tidak membahagikan tugas dengan baik contohnya kita tidak melantikkan
siapa yang mengambil jawatan untuk mengambil gambar-gambar semasa
berada di sekolah SK Raub Indah.
Di samping itu , saya berasa saya amat bersyukur kerana saya
berpeluang untuk melawati SK Raub Indah mengikut program kita iaitu BIG.
Selepas melawati sekolah tersebut, saya mendapati bahawa untuk
menjadikan sebuah sekolah menjadi cemerlang bukan merupakan perkara
yang senang, menurut ceramah yang disediakan oleh guru-guru di SK Raub
Indah, saya mendapati bahawa kerjasama semua guru adalah amat penting
dan mereka amat baik hati kerana mereka sanggup mengorbankan masa
mereka untuk berkongsi ilmu mereka dalam menguruskan pelajar dan cara
untuk melatih murid-murid dalam menghadapi peperiksaan. Guru besar juga
memberikan nasihat kepada kami semua supaya kita perlu memahami visi
dan misi sekolah dan selepas itu berusaha untuk mencapainya.
Antara ancaman yang saya dapati ialah cuaca yang panas
menyebabkan kebanyakan guru pelatih penat dan berasa amat panas dan
kebanyakkan guru pelatih adalah berada dalam keadaan yang tidak
menumpukkan perhatian semasa proses ceramah dijalankan.
Pada pendapat saya , antara cara penambahbaikkan BIG ini adalah
pihak sekolah boleh menyediakan tempat yang teduh dan tidak panas supaya
semua guru pelatih tidak dapat mempunyai alasan panas dan tidak
menumpukan perhatian. Sekian.

You might also like