You are on page 1of 1

REFLEKSI

Setelah saya mengajar kelas 5 Anggerik tajuk Keadaan Jirim, saya telah
mendapati perjalanan pengajaran dan pembelajaran berjalan kurang lancar. Ini kerana
persekitaran bilik darjah itu sendiri agak kurang kondusif. Bilangan murid yang terlalu
ramai tidak dapat ditampung oleh saiz kelas yang agak kecil. Ini menyukarkan murid
untuk bergerak jika ada aktiviti dalam kumpulan. Kedudukan kelas yang menghadap
cahaya matahari juga mengakibatkan kelas tersebut agak panas dan beberapa murid
silau terkena pancaran cahaya matahari. Murid-murid pula ramai yang memberikan
kerjasama terhadap guru. Segelintir murid yang telah dikenalpasti sebagai murid
bermasalah masih terus dengan sikap mereka yang suka membuat kerja sendiri dan
mengganggu rakan lain. Adakah saya masih gagal untuk menarik perhatian mereka
untuk belajar? Bagaimana saya boleh membantu mereka kembali belajar? Jika saya
terlalu memberi tumpuan kepada mereka, bagaimana saya ingin memastikan murid lain
tidak akan terabai? Konsep Keadaan Jirim yang agak mudah juga masih belum
difahami oleh sesetengah murid walaupun mereka telah menumpukan perhatian.
Mereka masih keliru ciri-ciri gas serta ciri-ciri cecair. Saya rasa saya perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran saya. Intonasi suara saya sendiri masih mendatar
dan mudah membuatkan murid bosan. Bahan Bantu Mengajar seperti gambar dan
tayangan powerpoint masih belum mencukupi. Saya perlu membawa bahan konkrit
untuk memberikan mereka pengalaman belajar secara hands on. Namun, adakah
pembelajaran hands on sahaja dapat membantu mereka memahami konsep sains?
Bagaimana pula mereka dapat memerhati dengan cara yang betul? Saya perlu mencari
satu teknik supaya mereka dapat memahami konsep sains melalui kedua-dua teori dan
hands on.

You might also like